Showing posts with label ScubaSnorkeling. Show all posts
Showing posts with label ScubaSnorkeling. Show all posts

Friday, February 27, 2009

PANTAI AL-HASSI, UMMLUJ LAGIKKKKK

On the way masuk kepantai Al-Hassi, Ummluj

Khamis lepas sebanyak 17 buah kenderaan, kami sumer berkonvoi ke Pantai Al-Hassi, Ummluj. Kali nih kami disertai pelajar2 dari Universiti Madinah dan juga kami ada tourist guide lagik! 'Mamat' arab tuuuuuu..... kuikuikui.... Sebenarnyer dia nih bukan ler tourist guide kami tapi dia ni adalah instructur anak2 aku! Anak2 aku panggil dia 'Bro' Kadir. Dia ni ler yang ajar anak2 aku scuba. Kalau ikut itinerary kami bertolak jam 7.30am. Tapi aku ngan family pun tak 'timbul' lagik masa tuh! hehehehe... Sori haaaa buat yang dah lama menunggu tuuuuu.... kikikiki

Mia lagi terror 'berpanas' dari auntie yang ber'topi' tuuuu...kikikiki

Dulu aku ngan kengkawan ada gak pegi kat sana tapi salah port arr.... kali nih alhamdulillah kami sumer sampai ketempat yang dituju. Emmm... Cantik pantai tuh... W/pun takder pokok2 macam kat M'sia dan nampak panas, tapi dengan angin yang bertiup kencang hilang rasa panas. Timbul rasa sejuk ler pulok! huhuhu... Nunnnnn jauh kat tengah laut masih nampak bebayang 'coral' omputih kata, orang melayu kata batu karang. Nampak jelas ikan berenang2 kat celah coral tuh! Memang cantik! Sempat gak aku ber 'snorkeling'! Tapi aku tak berani jauh2 takat kat tepi2 pantai jer... bukan aper, aku risau kalau 'hanyut' kat laut merah tak memasal aku tiba kat Pyramid tempat Firaun bersemadi! huhuhuhu.... Takuzzzzz nyerrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!

Aktiviti kami seperti biasa buat kaum ibu macam aku nih, makannnnnnnn........ Yer ler pelbagai juadah ada! Rugi woooo kalau tak makan! Ada sate dari Milah (aku,kau,dia), nasi dagang dari Cik Aa (Perjalanan ini...), Kuih Buah Melaka dari Din (OBM)-Noor jgn mare arrr..kikikiki, Imah orang umah Hj Ghaz dengan pelbagai lauk pauknyer, Kak Salina dengan Kek Coklat yang 'mabeles'nyer, Mas (Permata Hatiku) dengan makaroninyer, Kak za (Ummulamirul) bawak aper yer??? Luper lak aku! Sebab banyakkkkkk sangat makanan sampai dah tak tau saper punyer! huhuhu.... Kaum bapa dan pelajar2 ber'barbeque'ler... Aku?? Alah... Biasa2 jerrrr.. Takder yang special nyer..... hehehe....

Istana pasir anak2....

Anak2 aku yang 2 orang anak dara bersama ayahnyer terjun laut. Anak2 lain, ada yang snorkeling, buat istana pasir, volley ball air pun ada dannnnn yang sesaja main air pun ada! Bagi RAJA JORAN YANBU, En.Leman tuan punya Pesanan Buat Kita, biasa ler men'joran' ler dia! Dengar khabaq ler hasil tangkapannyer 5 ekor ikan 'besau' gitu! Aku pun tak pasti ler sama ada ikan2 yang 'terbakar' dek arang tuh ikan En.Leman atau ikan yang kat pasar Balad! kuikuikui....

Yang ni sumer bukan 'Puteri Bunian 7 beradik' yerrr.....


Bawak 'tent' yang tak canggih nih asyik 'roboh' jer bila ditiup angin!BUSAN!

Banyak berjasa wooo menda alah nih....

Kami sumer bertolak balik selepas asar. Perkelahan yang cukup menyeronokkan buat aku ngan anak2. Kengkawan lain aku tak tau seronok ke tidaknyer. Tapi yang pasti, aku ngan anak2 balik bawak 'tanda' yang mungkin makan bulan untuk hilang! Hapa lagik! SUNBURN!!!! Sampai rasa pijar muka aku nih!!! Anak2 aku lak merungut bila balik nengok muka memasing dah macam KEL*** tuttttttttttttttttt..... huhuhu.... Buat kengkawan sumernyer memana ada aku ter'lepas' gurau masa ber'piknik' tuh harap2 takder ler 'serik' untuk berjumpa dengan aku lagikkkk..... Wokeh! Caloooooooooooo..................

Thursday, November 13, 2008

LAUT MERAH DI YANBU

Nak berangakat pergi.....Penuh barang dalam kereta

Ready sumer????

Seawal aku 5.00pagi aku bangun. Hehehe... Macam tak biasa ler plak kan bangun awal macam nie. Biasanyer hari Khamis atau Jumaat aku bangun lewat 1 jam dari biasa. Kenapa? Yea la, hari cuti beb! Lagi la plak sekarang Subuh masuk lewat so, ok gak kan? Tapi pagi ni aku bangun awal sebab nak pergi ikut suami dan anak pergi snorkeling dan scuba diving. Aku kena masak bebnyk. Kata suami aku nanti laparrrrrr kat tengah laut. Pagi tu aku goreng mee hoon lada hitam dengan masak nasik putih. Lauk? Simple jer....Ayam goreng dengan vege scrumble egg (ikut resepi yg aku link kat sebelah tu...).

Bapak borek, anak rintik - ayah & Jihah


Jihah dengan aksi dibawah laut


Iqah dah ready nak turun kedasar laut

Kami bertolak jam 7.00 pagi bersama keluarga Sam Kae. Meriah sungguh pagi tadi! Penuh bonet kereta bawak peralatan scuba dengan bekalan makanan. Sampai jer bot pun dah menunggu bersama divemaster yang pernah pegi dive dengan suami aku. Bot kami berlepas dalam jam 8.30 pagi. Lama tu kami menunggu untuk di release kan dpd polis laut. Tapi alhamdulillah sumer berjalan dengan lancar.

Irfan nak ikut ayah scuba ker???

Bakal-bakal diver

Setibanyer ditengah2 laut, suami aku, anak aku dan Sam Kae bersama divemaster tu terjun kelaut, aku dengan Fida(isteri Sam Kae), hanya memerhati PILOT bot dengan anaknyer menjalani aktiviti 'tembak ikan'(bnyk tu dia dapat tapi seekor pun dia tak bg kami.huhuhu). Kali ni aku tak terjun laut sebab2 kesihatan. hehehe....Serik beb! Buat rakan2 Yanbu yang meminati aktiviti memancing mungkin lepas ni leh ler joint kami...hehehe...

Setelah tu kami sumer pekena dengan makanan yg kami bawak. Fida bawak nasik lemak sambal sotong! Sedapppp.... Oleh kerana pergi 2 family ni, aku dengan Fida masak, YA AMPUN!!!! punyer ler banyak! hehehe...Sampai aku bawak balik semula makanan yg aku bawak w/pun dah ku agih2 pada sumer. huhuhu....

Kami sumer bertolak balik jam 2.00 petang dengan membawa 4 ekor tiram (hasil tangkapan Sam Kae-terima kasih bebanyak). Sampai rumah tepat jam 2.30 petang. Sempat gak aku masak sambal tapi, mungkin tekak kami satu kuarga ni tak reti kot nak makan karangan laut, so aku 'say good bye' pada tiram yg aku masak ni kat TONG SAMPAH! huhuhu....

Sunday, October 19, 2008

SNORKELING DI YANBU

Minggu lepas aku dan family ada menghadiri jamuan hari raya untuk Malaysian di Yanbu ni di Dolphin Resort. Seronok sesangat.... Rasa macam kat Malaysia gitu! Dengan lagu2 hari rayanyer, baju2 kurungnyer bagi orang pompan dan yang lelakinyer berbaju melayu. Suami aku kata, kat Saudi ni kalau bilik2 yang ada kat Resort ni dipenuhi oleh expatriate, orang2 Saudi tak dibenar kan masuk kat Resort tersebut. Suami aku ada tanya kat salah sorang staff kat situ. So, satu resort tu, kami ler yang punya. Sebab tu ler ramai antara kami yang tak pakai abayah. Makanan? Boleh arr tekak aku ni masuk atau pun tekak aku ni jenis sume makanan leh masuk.....Muahahaha.....
Aik! tak der org lain ker? Macam dah 'pajak' jer jawatan MC ni...

Mama, bila nak makan ni! Lapar laaa.....

Aizal, sorok baju mahal ker?....

Aku dengan kuarga sampai agak awal. Mulanyer kami ingat kami dah terlewat bebenar ler (sebab malam tu kami sumer pegi open house umah Kak Za. Seronok gitu! Ada favorite food aku, laksa Johor! 4 pinggan aku bedal! Terima kasih kak za!) Sesampainyer aku kat Dolphin Resort, anak2 aku tak lepas peluang, dorang sume pegi terjun kolam. Yang besar2 lak, ikut ayah dia pegi snorkeling. Maklum ler dah 7 bulan gitu anak2 aku tak bermandi-manda di kolam. Kalau kat Malaysia kami anak-beranak selalu mandi kat Tanjong Puteri Resort. Nak katakan every week kalau tak de pegi memana. Kat sini limited. Segalanyer terbatas buat orang pompan...huhuhu

Lunch, kami kat Dolphin disajikan dengan sandwich. Pergh.......Bukan setakat keroncong, dangdut, R&B, Rock, balada sumer ada ler kat dalam perut aku ni... Dah macam show MUZIK-MUZIK! Itu pun selepas kami sumer dah melakukan aktiviti petang. Naik boat round keliling bay kat situ, sebelum tu beramah mesra dengan ustazah dan isteri2 consulate daripada Jeddah.

Malam tu pas solat Isyak, baru ler acara bermula. Aha! siap ada game lagi! Kat sini game sume malam. Malam sejuk sket kalau siang alamatnyer jadik ikan kering ler jawapnyer....Acara selesai aku tak pasti sangat sebab masa tu aku balik bilik jap tidurkan Irfan. Bila aku kuar jer sumer orang dah tak ada(cuma aku berselsih jalan dgn kak za nak balik) yang tinggal hanya kaum bapa jer...huhuhu. Tapi aku sempat gak minum chocolate panas dia. Sodapppp seh!


Ala-ala filem Titanic gitu!

Pagi tu aku dan family sempat gak naik boat lagi. Kali ni bukan anak2 aku jer terjun laut, tapi dengan aku sekali! Aku siap berenang dan wat snorkeling lagi kat tengah2 laut!(kat tempat cetek jer tapi kira ok ler dpd kempunan). Tak lama pas tu boat kami ditahan polis sebab dapat aduan dpd org2 Palastien ada antara kami bawak jet ski dah over border. Walhal kawan tu dah dapat information kalau tunda belakang boat tak salah. Kira kes jealous le ni sebab dorang tak dapat buat. Sib baik tak de apa2 ....Alhamdulillah....

Lepas gian, kat tengah laut tu!

Pas solat Jumaat, kami sumer check-out. Perjalanan balik, kami sume sempat singgah pasar cari ikan. Dah lama tak makan ikan. Rindu....Suami aku jer yang pegi shopping ikan!hehehe... Antara ikan yang dibelinyer, spises ikan cacat yang 'terpaku' jap aku bila proses menyiang ikan nih! Kalau ada sesaper yang tau spises ikan ni leh ler inform kat aku. Tapi sedap ikan ni. Lemak berkrim disukai ramai.....


Spises ikan yg bermata sebelah. Ikan apa ye?