Juadah sempoi di pagi raya
Irfan, Danish & Darwish makan ais krim 'raya'... hehehe
Izzat
Syakirah
Twin... Darwish (kiri) & Danish (kanan) WANITA dijadikan dari rusuk lelaki,bukan dari kepala sebagai atasan,bukan dari kaki sebagai alasnya,tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dididik dan dikasihi
Juadah sempoi di pagi raya
Irfan, Danish & Darwish makan ais krim 'raya'... hehehe
Izzat
Twin... Darwish (kiri) & Danish (kanan) Posted by REENAZ at 7:38 PM 2 comments
Posted by REENAZ at 10:01 AM 2 comments
.jpg)
Muka2 yg tersayang yg bakal ditinggalkan hampir seminggu
7 Zulhijjah 1429H - Alhamdulillah setelah hampir seminggu selesai sudah rukun Islam ke-5 aku kerjakan dan mudah2an diterima olehNya. Aku dan suami bersama kengkawan lain tiba di Yanbu pada hari Rabu yg lepas 10/12/2008 bersamaan dgn 12 Zulhijjah 1429H. Aku dan suami serta kengkawan yg lain bertolak pada hari Jumaat 5/12/2008 bersamaan dgn 7 Zulhijjah 1429H jam 11.30am. Perjalanan kami lancar tanpa ada apa2 halangan. Selama ni kalau aku dgn suami nak pegi Makkah tak pernah pun naik bas. Tapi kali ni dapat ler merasa naik bas coster. Baru lagi sehhh...Tempat duduk pun masih bungkus plastik! Aku dgn suami dan kengkawan yg lain tiba dimiqat Juhfah jam 3.40pm. Kat sana aku berniat haji (aku ambik haji Ifrad) sama tu sempat ler aku wat solat jamak takhir sekali.
Beg jer kat atas bumbung, tapi tuan beg kat dalam bas
Kat Miqat Juhfah
Khemah-khemah di Mina
8 Zulhijjah 1429H (Hari Tarwiyah-hari bersiap-sedia) - Sampai jer dikhemah Mina, aku pun buat ler apa2 yg patut. Mengqada' solat subuh aku, mandi dan seterusnya aku zzzzz.....Letih tu.... Lagi pun 8 Zulhijjah kan hari tarwiah iaitu hari bersiap-sedia so, aku merehatkan ler diri aku utk persediaan hari2 yg berikutnya. Solat pada waku di Mina adalah diqasar tanpa dijamak. Alhamdulillah, kat Mina segala keperluan asas seperti tilam, bantal, selimut serta tandas semua disediakan. Nak kata berebut2 tandas tu aku rasa tak ada dan tandas memang bersih. Minuman free flow. Ada air mineral, air kotak, air carbonat dan air panas. Mee segera pun disediakan dan aku ler yg paling bnyk makan mee segera sampai dpt gelaran 'Ratu Maggie'! Kwang kwang kwang!
Perjalanan ke Arafah
.jpg)
Jalan beramai2 ke Arafah.jpg)
Bas tanpa bumbung yg dikatakan digunakan oleh jemaah golongan Syiah
Sementara tunggu bas nak pegi Muzdalifah, siap possing dulu!
Suasana di Muzdalifah
10 Zulhijjah 1429H (Hari Nahar) - Pagi tu kami tak pegi melontar jamrah sebab kami dah berjanji kami akan pergi melontar selepas asar. Kalau nak ikut sunah, hari 10 Zulhijjah disebut juga hari Nahar pada selepas Duha adalah waktu yg afdhal untuk melontar tapi waktu tu adalah waktu peak so kami sumer kenalah 'bersabar' dulu kerana takut perkara yg tak diingini berlaku. Telahan kami memang betul, ada dikalangan group kami yg pergi melontar pada waku tersebut bercerita keadaan yg sesak pada waktu tersebut sehingga tak ada ruang nak bergerak. Aku dan suami bersama kengkawan yg lain pergi melontar jalan kaki jer. Pergh....1 jam perjalanan dari khemah sehigga ke jamrah. Kami sumer pergi di tingkat 2 untuk melontar dan alhamdulillah, aku dapat melontar dihadapan 'kawah' tersebut tanpa ada halangan. Setelah itu kami para wanita sumer bergunting sedikit dihujung rambut untuk bertahalul awal sementara yg lelaki sumer bercukur, dan sumernya 'berwajah' baru......
Terowong untuk ke Jamrah.jpg)
Suamiku dgn wajah barunyer....
.jpg)
Keadaan kota Makkah semasa Tawaf Ifadah
Tiba di Mina, kami sumer berjalan sejauh 900meter untuk sampai ke jamrah. Masa ni aku rasa macam stamina dah kureng gitu kalau nak compare dgn hari semalam. Ye le, bnyk tenaga yg aku gunakan w/pun aku ni 'Ratu Maggie' tapi kalau takat 1bungkus maggie tuh, tak leh nak cover weh....Kali ini kami melontar di tingkat yg paling atas iaitu tingkat ke-3. Alhamdulillah segalanya mudah dan aku juga dapat melontar betul2 dihadapan 'kawah' jamrah tersebut. Jadik, aku nampak ler batu yg aku lontar tu jatuh kebawah tanpa syak lagi.
.jpg)
Nak pegi melontar ketiga2 Jamrah dgn menggenggam batu kat tangan.
.jpg)
Hari terakhir, setelah melontar
Keadaan yg seperti ini menyebabkan kami tak jadi naik bas
Ni ler dia van sapu yg kami naik rasa macam 'melendut' bumbung tu.....jpg)
Sebelum tawaf wida', sarapan dulu kat D'Saji
Setelah tu kami apa lagi, isi perut dulu dan tempat yg dituju D'Saji ler....O ye, D'Saji ni kat Safwa Mall berhampiran dengan Zamzam Tower. Tengok waktu awal lagi nak wat tawaf wida' kami sempat ler dulu wat 'tawaf kedai' dikedai2 yg berdekatan. hehehe....
.jpg)
Jutaan manusia didataran Masjidilharam
Posted by REENAZ at 5:13 PM 3 comments
Labels: haji
Posted by REENAZ at 6:00 AM 3 comments
Posted by REENAZ at 8:37 AM 2 comments
Labels: haji
Fadilat haji mabrur
Dipetik daripada Harian Metro 26 November 2008
Posted by REENAZ at 7:00 AM 1 comments
Labels: haji, renungan bersama
SIRAH HAJI - HAJJATUL WADA' - Oleh : Putera Shith al-Madani
Posted by REENAZ at 9:09 AM 3 comments
Labels: haji, renungan bersama
Posted by REENAZ at 11:08 PM 0 comments
Labels: haji
Yg Bhg Ustaz Daud Bin Che' Ngah. Seronok dengar penerangan dia walaupun cuma 1 hari
Posted by REENAZ at 7:26 PM 8 comments
Labels: haji