Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

SELAMAT ULANG TAHUN


♥♥♥ SUAMIKU...... terima kasih kerana membimbing aku menjadi seorang isteri, menjadi ayah kepada anak2ku, menjadi teman ketika aku senang dan susah serta menjadi pendengar yang baik dan setia ketika aku berbicara....♥♥♥

HAPPY ANNIVERSARY

Saturday, July 10, 2010

HAPPY BIRTHDAY MAMA BUNGAS~2nd YEARS

Pada hari ini genap blogku berusia 2tahun....Emmm kalau budak baru nak belajar bercakap....Terasa macam baru jer aku buat blog ni w/pun dah lama aku tak up-date... Busy kottt...Busy dengan keadaan sekeliling, pergi gym ler, masak-masak ler....Yang penting masa banyak terluang di FaceBook...hehehe

Pada masa memula aku buat blog kesayangan aku ni, aku baru jer menjejakkan kaki dibumi anbiya yang bertuah... Pada tahun lepas dan tahun ni, aku menyambut ulangtahun blog aku, aku dan anak2 (suami aku, En Villa Bayu balik lewat sket sebab takde coti daaa) berada di Tanah air tercinta untuk bertemu sanak keluarga tercinta dan yang penting buat kedua orang tua aku yang tersayang termasuklah mertua aku...

Pada kengkawan yang mengenali diri aku dan yang berada di maya sana, terima kasih diucapkan kerana sudi singgah di blog aku yang tidak seberapanya.... Sayang kat korang semua....

Friday, July 10, 2009

HAPPY BIRTHDAY MAMA BUNGAS

Hari ini genap setahun umur blog aku. Rasanya macam baru semalam jer aku menulis blog aku ni. Aku mula menulis blog ni pun diatas permintaan ex-office mate aku di Felda-Johore Bulkers, Pasir Gudang, Nooryati. Pada asalnya aku cuma nak berkongsi cerita dan pengalaman serta melepas kerinduan pada kengkawan dan sedara-mara kat Malaysia dan aku tak sangka dengan menulis blog ni aku dapat ramai kenalan di alam maya ni. Syukur alhamdulillah.....

Masa aku buat blog aku baru jer 8hari berada di bumi Anbia' nih. Setahun dah berlalu dan sekarang aku sambut ulang tahun yang pertama ku nih kat M'sia tanah air tercinta! hehehe... Mungkin ada yang masih tertanya2 apa makner BUNGAS disebalik nama blog aku nih dan tak kurang jugak ada yang dah tahu makner disebaliknyer. BUNGAS dalam bahasa banjar bermaksud CANTIK. Oleh sebab aku nih suka yang cantik2, tak kira ler kelengkapan diri ker,rumah ker atau pape jer ler, so aku letak ler perkataan tuh. Mudah2an apa yang ada kat dalam blog nih, sumer yang cantik2 belaka...Bukan kerana aku yang cantiks!(Perasan jap!) Muahahaha......

Buat kengkawan, sedara-mara dan pelayar2 blog ni terima kasih aku ucapkan kerana sudi 'singgah' kat blog aku yang tak seberapa ni. Bukan untuk show-off tapi sekadar untuk bercerita pada kengkawan. So, kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Yer ler sebagai manusia biasa, aku tak perasan kengkadang aku yang aku tuliskan ada menyinggung perasaan pada kengkawan dan pelayar2 blog. Mungkin sebab aku nih kuat merapu2 menyebabkan ada yang rasa boring. So, MINTAK MAHAPPPPPPP ler bebanyak sebab itu ler aku!!!!

Friday, January 23, 2009

HAPPY ANNIVERSARY

OOOPPPPPPPSSSSS!!!!! Mintak MAHAPPPP lah yerr
Atas permintaan BIG BOSS, gambar 'terpaksa' di delete........

Hari ni genap ulang tahun perkahwinan aku bersama suami...Lama dah usia perkahwinan kami. 'Tsunami' dan 'sand storm' pun dah kami lalui bersama. Dahsyat ooo!!!! hehehehe....

Cahaya mata kami berdua


Untuk suami tersayang, HAPPY ANNIVERSARY semoga rumahtangga yang kita bina berkekalan hingga ke akhir hayat. Insyaallah....

Aha!!! Tadi aku ada terima e-mail dari seorang sahabat kat Yanbu ni. Dia kirim sekeping kad (sekeping kerrr???) ucapan buat aku... Cantikkkkk...... Dan aku masuk kan kad dalam blog ni untuk tatapan bersama.... Terima kasih wat Fida (orang umah Sam Kae). Len kali bg ler kek besau ker, ayam panggang ker... Boleh????? hehehe....