Showing posts with label mertuaku. Show all posts
Showing posts with label mertuaku. Show all posts

Sunday, May 2, 2010

MERTUA KU ZIARAH YANBU~Episod 3 (MADINAH)

Minggu berikutnya suamiku serta anak2 termasukler aku pergi ke Madinah. Tempat wajib yang mesti dilawati dan tempat beribadah. Kami bermalam di Madinah di Taibah Hotel. Terima kasih yang tidak terhingga buat Ustaz Qamarul kerana sudi mencarikan bilik hotel untuk kami sekeluarga sebab pada masa tu banyak hotel penuh. Menunjukkan betapa ramainya manusia yang terlah 'dijemput' menjadi tetamuNya....

Bukit Magnet


Possing maut jap kat Bukit Magnet


Irfan & Nabilah


Jappppp makkkk, orang tengah kira duit niiiii....Sabarrrrr

Suami aku bersama 'saudagar kacang & bulu kambing' dan bapa mertuaku....Mana lagi handsome?hehehe

Pagi selesai bersarapan, kamu bertolak ke Bukit Magnet. Tempat ni dulu ramai agent2 yang tak tahu, tapi sekarang aku nampak dah ramai jemaah umrah pergi kekawsan bukit magnet ni... Tempat yang menarik dan aku pernah bercerita tentang bukit magnit ni dientry aku yang lepas.

Masjid Quba
Setelah 'bersiar-siar' di Bukit Magnet, kami semua menuju ke Masjid Quba. Destinasi yang wajib pada jemaah umrah yang ziarah ke Madinah ni...

Kedai kurma di Madinah....Bukan setakat kurma tapi pelbagai jenis kacang dan coklat arab pun ada

Setelah solat sunat di Masjid Quba, kami sumer bertolak menuju ke Pasar Kurma. Memang terkenal pasar kurma Madinah ni... Memacam kurma ada! Tinggal 'ongkos' nyer jer yang perlu disediakan. Selain kurma terdapat pelbagai jenis kekacang dan coklat terdapat disana. Coklat yang aku nampak berada disana, banyak yang daripada negara arab jiran... Rasanya? Aku tak tahu sebab aku tak pernah beli. Tak interested...hehehe... Bukan sombong, tapi tak tau ler... Mungkin packing yang kurang menarik kottt...hehehe

Selesai menyopping kurma, kami sume bertolak semula ke Masjid Nabawi untuk makan tengahari dan menunaikan solat Jumaat.


Bukit pasir, Badr


Pendakian kepuncak

Selesai solat jumaat, kami sumer bertolak ke Yanbu. Tapi dipertengahan jalan, suami aku singgah jap kat Badr. Bukan nak pergi ke makam para syuhada tapi melayan anak2 yang dah lama tak main pasir... Biasaler kan, gunung pasir Badr ni memang cun! Pasirnya yang halus dan tak melekat pun kat kaki... Cuma masalah utama aku ialah, bila nak cuci baju anak2 tu kenalah aku korek segala celah poket baju dan seluar anak2 kerana terdapat banyak 'harta karun' yang tersimpan didalamnya....Pasir!!!!!

Sunday, April 25, 2010

MERTUA KU ZIARAH YANBU~Episod 2 (UMRAH 1)

Di miqat~Juhfah ~ masa ni Irfan takmo gambor sbb malu jumpa Syasha (anak Yann)

Hari rabu, 17hb March aku bersama kuarga serta mertuaku bertolak ke Kota Mekah untuk menunaikan umrah bersama... Suami aku kata umrah untuk 3 generasi...Seronok sangat2! Sebab kalau selama ni aku bersama suami dan anak2 jer, tapi kali ni aku bersama dengan mertua aku. Anak2 aku pun nampak seronok. Masa tu ler Irfan memakai ihram untuk kali pertamanya! yang sedihnya, boleh Irfan kata kain ihram tu 'towel'! Sadis.... Uwaaaa!!!

Irfan bersama ihramnya...credit dpd camera mertuaku

Irfan dgn atok nak check-in hotel

Kat bilik hotel pada malam yang pertama
3 generasi dan 3 gaya berbeza setelah selesai umrah...
Ibu mertuaku di Masjidilharam
Makan kat D'Saji,Felda~Tgk Irfan ada ker patut dia wat 'tanduk' kat tok umie...huhuhu

Alhamdulillah, urusan umrah telah selesai dengan tanpa ada apa2 halangan w/pun masa tu kaki abah mertua aku yang gout belum pulih sepenuhnya...

Sebelum berangkat ke Kota suci ni, suami ada 'booked' hotel untuk kami sekuarga menginap, tapi malangnya kami sekuarga hanya dapat menginap satu malam jerrr... Ketiadaan hotel mungkin disebabkan terlalu ramai jemaah umrah yang datang disamping banyak hotel2 budget telah diruntuhkan...Masa tu hati pun duk dak duk dak gakkk...Kalau setakat kami sekuarga, kami tak kisah sangat sebab kami dah biasa ke kota suci ni, tapi mertua aku yang jarang tiba ni mestilah akan terasa ralat bila tak dapat lama nak beribadah di kota suci ni...Malam yang berikutnya kami sekuarga terpaksalah mencari2 hotel lain...Alhamdulillah dgn pertolongan Zainudin (OBM) kami dapat bilik untuk malam yang seterusnya w/pun agak jauh daripada Masjidilharam, tapi kami bersyukur sekurang2nya kami sekuarga dapat lagi solat di Masjidilharam untuk hari yang berikutnya....Alhamdulillah... Apa2 pun jutaan terima kasih pada Din OBM kerana membantu...

Setelah selesai menunaikan solat jumaat, kami semua bertolak pulang ke Yanbu... Kenangan menunaikan umrah yang begitu indah dalam hidup kami sekuarga....Alhamdulillah...

Wednesday, April 21, 2010

MERTUA KU ZIARAH YANBU~Episod 1(KETIBAAN)

Alhamdulillah, 15hb March yang lepas mak dengan abah mertuaku selamat sampai ke Yanbu melalui penerbangan Saudi Airline daripada KLIA-Madinah... Mereka berdua tiba waktu KSA 8.30pm atau waktu Msia 1.30am. Kalau nak ikutkan mertua aku tiba di airport Madinah pada 7.30pm, tapi lewat 1jam sebab mertua aku kata flight brenti kat Riyadh dulu.... Hemmm biasalah kan kalau ikut Saudi airline ni, mesti cilok2 dulu...


Pas jer jemput mertua aku, suami aku bawak parents dia a.k.a. mertua aku terus solat kat Masjid Nabawi dulu... Dah dekat kan, rugi kalau tak pergi... Selesai solat, kami sumer bertolak ke Yanbu. Kami selamat sampai Yanbu lebih kurang jam 12.oo tengah malam...Alhamdulillah... Sesampai jer mereka berdua, aku pun sediakan ler supper (sebab dah lepas waktu dinner) untuk mereka berdua. Masa tu aku sempat buat nasi kerabu sebelum jemput mereka di Madinah airport. Selesai supper, kami sumer pun tidur ZzZzZzZz.... Untuk aku yang tengah berdiet memang cukup CUN untuk mengumpulkan lemak2 tepu kembali...Uwaaaa!!!!

Cerita berikutnya akan bersambung di episod yang berikutnya.......

Monday, September 15, 2008

3 HARI 2 MALAM

3 hari 2 malam bersama mertua, aku rasa masa cepat jer berlalu. Anak-anak aku pun rasa macam tu gak.

Dalam masa yang singkat tu, aku dan suami sempat ler ajak mereka berdua pegi 'balad' selepas solat tarawikh. Sebelum tu, petang sebelum buka posa, jiran 'arab' aku ada jemput kami sekuarga datang selepas solat Maghrib untuk berkenalan. Hanya suami, abah mertua dan Irfan jer yang dapat memenuhi undangan mereka sebab kami ada 'tetamu' nak datang umah dan berjumpa dengan mak mertua aku. So, aku dengan mak mertua aku serta anak2 pompan aku tinggal ler kat umah....
Abah mertua bersama Irfan kat rumah Abu Hasan, jiran 'arab' kami

Mertua aku shopping sket untuk dibawak pulang ke M'sia

Untuk mak dan abah mertua aku, aku ucapkan bebanyak terima kasih kerana 'bekal'kan stok makanan pada kami sekuarga walaupun tak banyak tapi alhamdulillah...

Mertua aku bekalkan kicap 2 botol(yg di'transfer' dalam botol coca-cola), anak pokok kari, daun kesum, beberapa keping belacan(w/pun aku tak order),sup bunjut, lada kering, kuih raya sket & 2 biji puting susu anak aku. Terima kasih mak dan abah....Aku pun ada terima bekalan daripada mak aku sendiri, 4 bungkus kecil kerepek ubi. Terharu sungguh! Walaupun tak banyak, aku rasa sungguh terharu....hu hu hu....

Disudut hati, aku hanya dapat berdoa agar kesemua orang tua aku sihat dan panjang umur dan insyaallah, tahun depan kita jumpa lagi.....

Sunday, September 14, 2008

BERANGKAT SEMULA KE MAKKAH

Setelah 3 hari 2 malam berada dirumah aku, mertua aku pun berangkat semula ke Makkah untuk membuat umrah Ramadhan. Mertua aku lengkap berpakai ihram sebelum keluar dari rumah aku. Suami aku hantar mak dengan abahnya after office hour dengan ditemani anak sulung aku. Sayu hati aku....hu hu hu...Walaupun tak lama, tapi lepas ler rindu kami sekeluarga.

Pada kengkawan yang ada minta kirimkan barang daripada Malaysia, aku mintak maaf on-behalf mertua aku, kalau mereka tak dapat nak bawa sumer barang2 yang dipesan kesini. Al-maklum ler, mertua aku ni dah tua, datang bulan puasa, hotel lak agak jauh jadi kudrat orang tua ni tak sama dengan kudrat kita yang muda ni. Pada kawan yang minta 'mengirimkan' barang ke Malaysia pulak, aku pun mintak maaf gak on-behalf mertua aku sebab tak dapat nak bawak banyak2 barang untuk dikirimkan ke Malaysia. Seperti yang aku katakan, mereka orang tua so kudrat pun tak ler sehebat kita....

Buat mak dan abah mertua aku, selamat menunaikan ibadah umrah ramadhan dan insyaallah kita jumpa semula di Makkah hujung minggu ni....

Friday, September 12, 2008

MERTUAKU

Teringat aku filem dulu-dulu citer Ibu Mertuaku(cerita P.Ramlee). Tapi yang aku nak citer sket kat sini, mak & abah mertua aku akan datang kerumah aku pada hari ini. Sebelum subuh suami aku pergi amek parents dia kat Makkah. Nanti pas sembahyang Jumaat, dorang sumer akan bertolak ke Yanbu Al-Sinnayah ni..Suami aku nak abah dia sembahyang Jumaat dulu kat Masjidilharam sebab bukan senang mertua aku nak sembahyang Jumaat kat situ. Sebenarnya, mertua aku dah sampai sini seminggu yang lalu sebab buat umrah Ramadhan.

Anak-anak aku sumer dah tak sabar-sabar lagi menunggu kedatangan atok dengan nenek dorang. Sebenarnya aku pun sama...Aku tak tahu nak sediakan juadah berbuka puasa apa untuk mertua aku ni...Ye le dah 2 bulan lebih aku tak jumpa. Lagi satu, mertua aku ni selama seminggu ni mesti makan makanan arab. Kesian dorang...Pape pun, SELAMAT DATANG KE RUMAH KAMI DI YANBU AL-SINNAYAH, KINGDOM OF SAUDI ARABIA buat mertuaku.

Sunday, September 7, 2008

SELAMAT DATANG

Semalam, mertua aku bertolak daripada M'sia nak buat umrah bulan Ramadhan. Dorang kata kuar rumah pegi Changi airport kul 12.00 tengahari and flight dorang dalam kul 3.00 petang(waktu M'sia). So, aku dengan suami jangkakan, kira-kira dalam jam 8.00 malam(waktu tempatan) sampai ler mereka. Tapi kiraan aku dengan suami meleset. Dorang kena transit dulu kat Riyadh. Emmm...Jam 9.00 pagi tadi baru dorang sumer sampai Madinah. Kesian mertua aku tu. Yea la, orang tua mesti penatkan.... Alangkah kita ni yang muda,(kira muda ler compare dgn dorang tu...he he he)pun sakit pinggang dok lama kat dalam flight apa lagi orang yang berusia macam mertua aku ni.

Mak & abah mertua aku

Pape hal pun, aku ucapkan SELAMAT DATANG KE KSA ni buat mak dan abah mertuaku. Insyaallah kita jumpa hujung minggu ni nanti.....