Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

CUTI-CUTI RAYA QURBAN 2011 M/1432 H MADINAH, AL-HAIL, TABUK, DUBBA', AL-DISSA, AL-WAJH & UMLUJ

Pada 6-10 November yang lepas aku bersama 2 family bersama2 menjejak sejarah... Chewahhhh... Macam reporter ler pulak kannn... Sebenarnya ni last minute punya plan oleh suami aku. Maka kuargaku bersama kuarga Hj Sanusi & isterinya Ila serta anak2nya dan kuarga Zaki & isterinya Mas serta anak2nya berkonvoi ke utara Saudi. Nak ikutkan jelejah Saudi dah completed oleh kami sekuarga. Alhamdulillah.... Timur Saudi telah kami jelajah iaitu Riyadh, Dhahran, Dammam, Jubail & Al-Khobar. Selatan Saudi pulak kami dah jelajah ke Abha dan kini cerita pasal utara Saudi pulaks... Oleh kerana kami menginap di sebelah barat Saudi so banyak ler ceritera bahagian sini... kan kan kan...

 Beraya dirumah yang pertama. Bersama tuan rumah (dukung anak kecik) Ila Hj Khuz
 Beraya dirumah ke-2, rumah Prof. Kamil. Dua dpd kiri belakang, Kak Roza isteri Prof. Kamil


Sebelum bertolak ke utara Saudi, kami semua telah menyambut Hari Raya Qurban di Madinah. Setelah solat raya di Masjid Nabawi kami berkunjung kerumah Hj Khuz & isteri Pn Hjh Razilah sebab dorang ada buat open house. Seronok koooo... Makan nasi kerabu lagi! Lepas isik perut (kira sarapan) kami menuju kerumah Prof. Kamil alaaaaa yang tulis buku Trevelog Haji tuuu untuk isik perut sekali lagik sebab dia pun buat open house jugak. Ni kira lunch untuk kami... Tepu sampai leher ko dia punya kenyang! Tapi kan desert yang kak Roza (isteri Prof Kamil) tu buat memang mabelesssss.... Rugi sapa yang tak datang.... hahaha

Setelah pulun abis2 kami pun bergerak menuju ke utara Saudi dan disinilah bermulanya episod Jalan2 cari sejarah Islam. Kononnyer lahhhh.... Memula sekali kami singgah di Al-Ha'il. Sampai pun dah petang agak2 dekat nak Maghrib. Cuaca punya ler sejukkkk... Ketor2 tangan. Maklum ler sekarang ni tengah musim sejuk kat Saudi. Masa tu cuaca dalam 10deg kalau tak silap. Setelah itu mencari apartment untuk bermalam. Malangnya apartment tu tak berapa nak selesa untuk kami. Betul2 menguji kesabaran dan kami be'korban' perasaan.... huahuahua...

Esoknya kami pun start bergerak menuju ke Tabuk. Kalau bulan December ni ada satu tempat kat Tabuk ni turun snow. Tapi seelum sampai ke Tabuk kami sempat ler pergi ke National Park dorang kat Al-Ha'il. Tu pun kami sudah termasuk kawasan Emir (Gabnor Tabuk). Kwang3... Mujur ler Pak Polis Arab tu baik ati tunjuk arah pegi National Park tu. Tapi sebelum tu dia ada bagi tau ada satu kawasan baekkkkk punyaaaa.... Sekali kami pegiiiii... Adussss!!!! Kawasan fun fair! Sedeyyyyy....

National Park Al-Hail, Al-Hail

Setelah bergelumang kat National Park dorang kami pun pergi ler ke Tabuk untuk mencari sejarah. Tabuk adalah satu nama yang tak asing lagi kalau dalam sejarah Islam. Korang pernah dengar tak 'Perang Tabuk'? Kat situ laaa... Tapi aku tak tau area mana Rasulullah berperang cuma yang kami jumpa Castle pada zaman Abasiyah dan Railway Station pada zaman Uthmaniah yang dorang tak jaga warisan berharga tu.

 Signboard di Castle zaman pemerintahan Bani Abassiyah di Tabuk

 Pintu masuk ke Castle zaman Bani Abassiyah. Tapi malangnya pintu ni telah dikunci dan kami semua tak dapat nak masuk kedalam :(

 Didalam Castle peninggalan Bani Abassiyah. Kami masuk ikut pintu pagar yang terbuka. Tapi dalam castle tu kami tak dapat nak masuk hanya persekitaran luaran sahaja yang dapat kami lihat


Railway station yang dibina pada zaman Uthmaniah di Tabuk


Setelah bermalam untuk satu malam di Tabuk, kami pun bergerak turun ke Dubba'. Kat sini memang banyak kesan2 peninggalan sejarah semasa zaman pemerintahan Uthmaniah. Banyak castle lama yang telah runtuh dan pada pandangan mata aku la kannn satu ketika dulu castle ni sangat cantik. Tak tau ler kenapa rang2 arab ni takmo preserve sejarah Islam. Kalau nak ikutkan Islam ni lagi maju daripada bangsa2 Barat. Sungguh! Sebab Islam ni kan lagi bertamadun kalau compare dengan karifun tuuu... Sampai sekarang pun kafirun tu tak berapa nak bertamadun cuma orang Islam ni ikut pulak pakaian zaman batu yang orang2 kafirun ni pakai... huahuahua



 Castle peninggalan zaman Bani Uthmaniah di Al-Muailih. Yang mana kota ini pada masa dulu adalah tempat orang Egypt tiba untuk menereuskan perjalanan ke Mekah untuk menunakan fardhu Haji


Runtuhan dipersekitaran Castle di Al-Muailih

Signboard Al-Ahzam Castle
 Runtuhan Castle Al-Ahzam


 Signbord Castle Emir atau Gabenor King Abd Aziz pada suatu ketika dulu di Dubaa'
Salah satu castle Emir King Abd Aziz pada suatu masa dulu yang sedang dalam proses baik pulih di Dubaa'. Kota ini juga telah 'meniru' design kota zaman pemerintahan Uthmaniah di Al-Muailih



Al-Hawra' castle yang tinggal pintu gerbang di Al-Wajh


Selain Dubba' yang mempunyai kesan sejarah, Dubba' juga mempunya pantai yang tersangat ler cantiknyerrr... Terpukau oleh panahan pantai yang memukau... Juga Dubba' ada satu Restoran Ikan yang sangat ler sedapnyer... Tapi mintak mahap ler kannnn aku tak tau nama restoran tu...hehehe

Dekat area Dubba' juga ada satu gunung yang sangat terkenal dikalangan orang2 Saudi ni. Nama gunung tu Gunung Al-Dissa. Memang cantik banget! Sekeliling gunung tu macam ada taman kurma (kurma liar yang tumbuh), gunungnya macam kena ukir, ada tasik juga kat situ. Dengan cuaca yang nyaman aku rasa mcam takmo balik jer.... hehehe

Cantik tak? Inilah sebahagian gunung di Al-Disa tu


Selesai bermalam di Dubba' kami turun kebawah lagi iaitu Al-Wajh. Pantai yang cantik tempat kami makan tengahari. Tapi sayangnya port kami tu kawasan istirehat Emir. Sekali lagi! Tapi polis yang jaga tu baik ati. Dorang bawak kami ke pantai awam. W/pun bahasa yang digunakan bahasa ayam-itik Alhamdulillah kami dapat menikmati pemandangan indah di pantai Al-Wajh dimana persisiran pantainya terdapat serbuk2 garam yang halus. Ni aku rasa sebab nak kompemkan betul ke idaknyer garam. Weiii... tak kotor erkkkk... Sebab najis2 mullaghazah takde terdapat kat situ. Kalau ada tapi aku tak nampak kira halal jer laaaa.... Uwaaa

 Pantai Al-Wajh yang terletak lebih kurang 680KM daripada Yanbu
Garam yang berada dipersisiran pantai Al-Wajh

Sebelum berangkat pulang ke Yanbu, sekali lagi kami singgah ke pantai Umluj. Cantik pantai2 kat sini. Cantik yang berbeza kalau compare dengan Malaysia. Kalau kat Malaysia negara tercinta kehijauan pokok2 yang saujana memandang tapi kalau kat Saudi ni batu2, coral2 dia serta air yang jernih memang jatuh cinta lahhhhh....

Aku bersama kuarga selamat sampai di rumah (Home sweet home) pada waktu maghrib. Alhamdulillah... Misi jelajah utara Saudi berakhir dengan satu kepuasan kerana pengalaman tak boleh dibeli. 

Sunday, September 19, 2010

BERAYA DI JEDDAH

Hotel Intercontinantel, Jeddah... Tempat kami menginap 4hari 3malam...

Beraya kat Saudi ni tak macam kat M'sia. Bulan syawal ada sebulan maka sebulan ler kita beraya. Kengkadang tu siap ada sempena lagi...hehehe... Bukan mengata yer, sebab aku dulu pun camtu gakkkk...huhuhu... Kat sini, habis solat raya maka habis ler sudah... Takde kesinambungan lagi...huhuhu... Mujurlah lepas solat raya ada ziarah raya daripada rumah kerumah. At least terubat rindu beraya. Hari2 yang berikutnya? Emmm... Memana yang ada perancangan untuk keluar dari Yanbu untuk makan angin, maka berbondong2lah mereka keluar daripada Yanbu. Termasuklah aku sekuarga. Memana yang suami kena bertugas diwaktu raya, terpaksalah mereka duduk 'bertapa' kat rumah bersama anak2. Sebab kat sini kaum wanita tidak dibenarkan drive, w/pun naik basikal! Kesiannnnnn kan kami kannnn....

Pemandangan pantai Obhur... Pantai yang cantik & air yang jernih Nunnn dibawah payung kuning tu adalah wanita Saudi yg pakai 2pcs tgh hisap rokok yg sempat aku skodeng... Gambor tak clear sebab gambor skodeng...hehehe

Perjalanan 'raya' kami rahun ni tak jauh mana punnnn.... Cuma kat Jeddah jerrrr... Kawan2 yang menyertai expedisi Jalan2 Raya Jeddah ni sama macam kawan2 yang menyertai jalan2 raya ke Abaha tahun lepas. Sudah tentulah sahabat seperjalanan dan sepemakanan anginanku, kuarga Hj Ghaz & Imah (wajib)...hehehe... dan kuarga Hj Zaki & Mas.

Aha! Raya kali ni kami ke pantai jerrrr... Perancangan awal kami nak menginap kat Obhur iaitu salah satu pantai yang ada kat Saudi ni. Pantai ni berhampiran dengan Jeddah. Tapi malangnyer semua bilik2 dan resort penuh! Tak sangka! Ada juga yang available yang ditawarkan tapi harganyaaaaaaaaaaa MAK DATUK!!!!! Boleh wat tambang pergi balik M'sia! SR18K-SR20K! Itu pun dia kata pakej untuk 5hari. Buat hapa! Bukan kami nak berdondang sayang kat situ, kami cuma nak berehat2 disamping menjalani aktiviti snorkeling dan diving jer...

Untuk masuk ke Pantai Obhur ni, CAMERA NOT ALLOWED! Tapi handphone yang ada camera boleh...hahahaha...Kelakor kan? Tapi itulah hakikatnya... Kenapa tak boleh? Ha! Ni yang aku nak cerita. Kat dalam pantai yang 'berkepung diluar tapi terbukak didalam' ni KHAS untuk org2 luar yang macam aku ni (bukan saudi) dan untuk orang Saudi yang American minded jer... Maksudnya? Kat dalam ni abaya tak pakai pun takpe dannnnnn kalau nak pakai 2pcs pun DIBOLEHkan! Aku? Weiiiiii.... Aku ni kan perempuan Melayu terakhir...So, aku malu2 gitu (sambil jln tertunduk malu...hehehehe)...

Memula masuk tu aku terkezut unte jap! Owh! Inikah perempuan2 Saudi yang suka MENGHARAMKAN apa yang orang luar pakai? Cakap tak serupa bikin! Kat dalam tu aku betul2 terkejut dengan dorang sumer! Pakai bikini~2pcs punya, hisap rokok & bertindik pusat! Dorang ni Muslim! Kalah Minah2 saleh weiiii.... Ngeri gituuuuu... Tapi bila dorang keluar dari situ bijik mata pun tak nampak! Sebab aku pernah tanya pada pompan saudi (masa aku pegi gym) yang tahu berbahasa English ni (sebab majoriti dorang ni tak tau bahasa English atau memang takmo cakap, itu aku tak tau) dia kata pakai niqab @ purdah ni cuma culture @ budaya dorang jer... Kalau dorang tak pakai purdah bermakna dorang memalukan kuarga dorang. Itu yang dia sampaikan pada aku. Kalau dia tipu maka aku tipu ler korang yerrrr....huhuhu

Irfan 'celebrate' birthday bersama kawan2

Tengahari aku dan suami sempat ke Baskin Robin's untuk beli kek Birthday Irfan. Selama 2tahun berturut Irfan sambut birthday pada bulan puasa. Kali ni dapat ler dia celebrate bersama kawan2 kat dalam bilik hotel. Majlis kecil2an jerrr... Orang kata jangan tidak, cuma untuk sukakan hati anak2....

Air pancut tertinggi didunia, Jeddah KSA

Petang selepas celebrate Irfan birthday dan 'berpeleseran' di pantai Obhur, kami pergi beraya dirumah Consulate M'sia~En Ramlan & Pn. Ita. Emmmm.... Sedap sungguh spagetti yang dihidangkan. Hilang segala diet aku...Sebab aku rasa aku yang 2kali tambah! hahahaha... Balik daripada beraya kami semua singgah ditepi pantai laut merah di Jeddah sambil menikmati pemandangan malam dan air pancut tertinggi didunia.

Pada keesokan harinya, kami semua berkemas2 untuk pulang ke Yanbu. Itu menandakan sambutan Raya untuk kami dah sampai kepenghujungnya....huhuhu...Tapi tak tau ler kalau2 ada kawan2 yang nak buat open house bagi memeriahkan lagi suasana hari raya kannnn... Aku okey jer, dengan syarat kena jemput ler... Orang kata malu makan laporrrrrrrr.....hehehe

Saturday, December 12, 2009

RIYADH-DHAHRAN-KHOBAR-JUBAIL-MADINAH

Dah lama bebebor tak up-date blog. Bersawang sana-sini dahhhh...hehehe....Tak tau ler napa, mcm malaz jer nak up-date sekarang nih.Citer banyak, masa ada tapi tak ter up-date...hehehehe...Sebok melayan citer korea kat Youtube.Ishhhh...dah ler lembab...Kena tunggu lama baru dapat tengok citer...huhuhu...

Okey ler, nak citer pasal raya haji yang lepas. Aku sekuarga bersama2 kuarga Hj Ghaz dan kuarga Hj Rohaizat cross Arab Sudi (Timur Barat). Nak citer lebih2 suami aku dah masuk kat dalam blog dia. Untuk mengetahui cerita yang lebih lanjut, bersama gambar2 leh ler jelajah ke http://http://villabayu.blogspot.com/2009/12/journey-across-saudi-arabia.html

Tuesday, November 3, 2009

JEDDAH & MEKAH AL-MUKARRAMAH

Rabu lepas anak2 aku sumer cuti. Bukan lama pun, cumer 1hari. Biasa ler sekolah dorang memang ada hari2 yang tertentu untuk bercuti. Sebab apa pun aku tak pasti. Dah kat kalender dorang kata cuti, cuti jer ler...hehehe...

Dah anak2 sumer cuti, aku dengan suami pun plan ler nak pergi Jeddah & Mekah. Kebetulan pulak suami aku ada training, so dapat ler kami sumer pergi awal sket sebab suami aku balik awal sket daripada hari bekerja. Kami bertolak lebih kurang jam 2.30petang.

Kenapa dalam weekend yang sama kami sumer pergi 2 destinasi? Tujuan utama ke Jeddah cumer urusan amek passport suami aku kat consulate yang dah sampai tempoh expired date. Bila ada kat tempat orang nih, masuk consulate atau embassy rasa macam balik M'sia jer...Tapi malangnyer 'pak guard' yang berbangsa melayu nih tak bagi suami aku masuk dalam atas alasan bukan waktu bekerja. Hapa dorang hingat suami aku nih nak merompak ker aper??? Malaysian kat Saudi nih pun bukan ler ramai sangat. Kengkadang macam lebih sudu daripada kuah lak...Sedangkan yang bekerja kat 'dalam' siap 'jemput' masuk kat dalam. Dah suami aku 'disuruh' keluar, maka proses pengambilan passport cumer berlaku di tingkap guard house jerr...Budi bahasa budaya kita ler kata kannnn.....Uwaaa!!!

Lepas ambik passport yang dijadualkan 8pm tapi amek masa sampai 8.30pm tuh(sedangkan kami tunggu kat luar since 7.30pm), kami anak beranak pun pegi ler carik makan kat TGI Friday. Ni terpengaruh dengan kengkawan (sapa yer orang tuh!..hehehe) yang selalu malan kat Chilli's ler Apple Bees ler...Tu yang aku suggest suami aku makan ala2 omputih...Muahaha...

Selesai isik perut, kami sumer pergi ler carik baju murah2 untuk anak2 pergi sekolah(kat sini anak2 aku pegi sekolah takder uniform, so fening ma&pa). Pergi sekolah takleh baju mahal2! Ini prinsip orang yang 'kedek...' macam aku! hehehe...Dah pakai hari2 takyah ler mahal2! Membazir...Lain ler kalau anak tokey balak! kan kan kannnn....Muahaha...Kalau p jenjalan baru leh pakai yang memahal sikit...Ada yang sependapat dengan aku tak??hehehe....

Esok harinyer, hari Khamis selepas lunch kat Restoran Thailand area balad Jeddah (tomyam tak sedap!) kami satu kuarga pun bertolak ke Mekah. Kali nih kami tak wat umrah tapi kami cumer ziarah jer... Dah lama tak jejak kat rumah Allah. Last sekali masa 10malam terakhir Ramadhan. Alhamdulillah masih panjang umur aku untuk menjejakkan kaki di Masjidilharam. Kalau aku pendek umur, emm memang tak merasa ler lagik...Uwaaaa!!!!

Kali nih kami sekuarga stay kat Hilton. Selalu kat hotel comey2 jer. Sesekali nak gak rasa hotel cun. Lagi pun masa nih hotel tengah murah gilors...Kalau nak pegi lagik tunggu rega hotel runtuh. hehehe...Next week aku rasa mesti dah melambung2 rega dia! Kat Madinah pun dengar kabonyer dah melambung naik. Rega biasa daripada SR200 naik sampai SR500-600/nite.Ni hotel yang takder bintang(hotel biasa jer...). Belum hotel yang ber'bintang2' rasanyer tak kurang SR1K++/nite! Errrr....tu kira riba' ker?? hehehe....

Hujan di Masjidilharam, Kota Mekah

Untuk pengetahuan sumer, semasa solat Maghrib sampai nak masuk waktu Isyak, Allah telah turunkan hujan selebat2nyer kat kota Mekah beserta guruh & kilat. Subhanallah... Perghhhh....Rasa macam kat M'sia pulak! Seperti biasa ler kannn orang2 arab mesti jakunz dengan air hujan. Yang tak arab pun sama naikkkk....Aku ler tuuuu....hehehe...Jakunzzzzzzzzzzzz.....

Kalau nak makan kat Mekah takder masalah, D'Saji (anak syarikat Felda) ada kat tingkat 2 bangunan zamzam tower. KFC pun ada wa cakap luuuu.... Tapi aku dengan anak2 serta suami suka ayam goreng arab - Broast! KFC kat arab nih rasa tak sama dengan kat M'sia. Pizza Hut pun cenggitu gak....


Jemaah haji yang telah tiba

Kami sumer bertolak balik ke Yanbu selepas solat Jumaat. Alhamdulillah kami sekuarga sumer selamat sampai jam 5.30pm. Dah dekat nak maghrib dah. Sekarang maghrib masuk jam 5.50pm. Biasa ler kannnn dah nak masuk winter. Siang pendek malam panjang. 7.30pm dah masuk Isyak.

Ok arr sampai sini dulu aku membebel. Dah penat dah nak membebel...Ada citer cun aku publish....Tunggu!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, October 21, 2009

OPEN HOUSE DI CONSULATE M'SIA JEDDAH

Minggu lepas aku bersama kuarga dan beberapa kawan yang lain, iaitu kuarga Hj Ghaz, Hj Fadil, Hj Halim dan kuarga Zaki mengunjungi consulate M'sia di Jeddah. Buka saja sesuka tapi kami pergi 'open house'.


Weiii!!! Hapa korang hingat kat M'sia jer ker ada open house? Kat sini pun tak kurang meriahnyer tauuuuu....hehehehe...Seingat aku ramai kengkawan kat Yanbu nih wat open house dan aku pun macam biasa ler kannnn luper segala hasrat hati nak berdiet! hahaha.... Sebelum posa sampai ler abis raya nih takmo turun berat badan aku nih! Makan, makan, makan.....Muahahaha....


Kami tiba kira awal ler gak, itu pun setelah booking hotel dulu sebab taknak terjadi macam last year! Tergagap2 cari bilik nak menginap! Uwaaa!!! Biasa ler open house ada memacam juadah Melayu yang disediakan. Pertandingan anyam ketupat pun ada. Suami aku ada gak amek bahagian, tapi......Mintak mahap jer lerrrr tangan tetiba tergigil2 nak anyam! Ooooiiii Bangggggg.....masa nikah dulu sekali lafaz jer takder pun gigil2 tangan, apasal ler anyam ketupat lakkkk leh gigil2!Terharunyerrrr....huhuhu....

Aiyaaaa....Tangan gigil camner nak menang????


Balik dari consulate Jeddah, kami2 yang hadir nih dapat ler hari raya gift! Kicappppppp!!!!hehehehe....Suka aku!!!! Anak2 dapat duit raya! Macamner sukernyer anak dia dapat duit raya cenggitu gak ler mak dia ska dapat kicap! Muahahaha.....Haaaa....Sapa yang tak pegi tuh jangan jelesssssss!!!!!



Ni ler kicap2 dan sos2 yang aku dapat ari tuuuuuu....


Esok harinyer, aku bersama kuarga dan kengkawan yang lain sempat ler melilau, sambar sehelai dua abaya kat Balad Jeddah. Murah seyyyyyy.....Betullll!!!! kalau korang nak niaga pun boleh...hehehehe... Tapi kena beli kodi lerrr.........Muahahaha....


Lepas penat berjalan, kami pun pekena air tebu. Waaaa....Tak tau ler pulak ada air tebu kat balad Jeddah! Nasib baik ada kak Nani! Dia ler yang inform ada air tebu....Sedapppppp.... Terima kasih buat Kak Nani dan suami, Hj Fadil kerana sudi belanja kami sumer pekena air tebu yang mabeles! Terasa macam kat M'sia pulakkkkkk....hehehe... Lengkali kalau merayap kat Jeddah boleh ler pekena air tebu lagikkkk.....Boleh kan lalinggggggggggggg????????????


Bersungguh Bangla nih press tebu! Tapi aku rasa kebersihan air tebu nih lagi terjamin kot kalau compare kat M'sia. Jgn mareeee org M'sia!!!! M'sia tetap dihati!!!!!

Wiotttt!!!!! Tak kan amek 'part time' kotttttttttttt..Pape pun jutaan terima kasih belanja kami sumer air tebu....



Sebelum bertolak keluar dari balad Jeddah kami sumer shapedek kat Chinese Restaurant. Isi penuh2 sebab pas tuh kami sumer nak tengok pameran bot sedunia!

Lepas jer kami sumer ke pameran bot sedunia kami sumer pergi ke Red Sea Mall. Oleh kerana tempat makan terhad dan minyak kereta dah nazakkkkkkkk, so aku bersama suami dan anak2 pun balik awal ke Yanbu. Kami tapau jer dan shapedek dapam kereta! hehehe....Aku bersama kuarga selamat sampai Yanbu pada jam 11.30 p.m. Alhamdulillah.............

Friday, October 9, 2009

AL-HASI LAGIIIIII.........

Setiap kali pergi piknik mesti kami akan ke Al-Hasi. Kenapa Al-Hasi? Kenapa tak kat tempat lain?? Mungkin ada yang tertanya2, asyik2 tempat tuuuuu jerrr.... Aha! Kenapa suami aku suka ke Al-Hasi kalau nak piknik yerrr??? Suami aku bagi tahu, dia suka piknik kat Al-Hasi sebab kat sana kami kat sana agak bebas bergerak kalau compare kat pantai2 lain. Kami boleh mandi2 & snorkel (kalau kami nak) kat laut tanpa pakai abaya. Bagi yang suka diving dan snorkeling, coral yang ada kat situ memang cantik2. Kat tempat cetek pun boleh nampak coral & ikan nemo berenang2. Tak caya???? Percayalahhhhhhhhhhh.....(Bak kata Datuk Siti)..kikikiki


Hari minggu yang lepas kuarga aku bersama2 kuarga Hj Rosehizat & Kak Salina, kuarga Hj Ghaz & Imah dan kuarga Rafiq(lecturer YUC) & Nurul, Zikhan (tanpa Milah..hehehe), Ali serta students dari Madinah University bersama2 pergi piknik dipantai Al-Hasi.


Kami bertolak dari Yanbu ke Al-Hasi lebih kurang jam 7.00pagi(kalau tak silap). Tempat pertemuan didepan STAR Al-Jabriah.Seperti biasa kami sumer bawak bekal dari rumah untuk santapan di Al-Hasi.


Tolong hulurkan cencalok tuuu!!!...Itu kot yg Hj Ghaz katakannnn...


Macam2 adaaaa....

Macam biasa ler kan, aktiviti kat tepian pantai. Kaum ibu santai2 sambil makan, anak2 sumer terjun laut & main pasir. Ada gak yang pergi snorkeling & scuba. Kak Salina bersama nasi campurnyer, begitu gak aku dan Imah. Nurul bawak macam2 jenis makanan.Ada karipap, mee hoon goreng, lemang & nasi goreng kampung. Rajin sungguh Nurul!!!! Makan memang meriah!!! Kami sumer 'menumpang' dalam khemah Zikhan yang besar, kira khemah tahap bungalow ler kalau compare antara khemah2 yang ada...hehehe...


Nabilah & Nurin (anak dara Rafiq) dengan istana pasirnyerrr....

Pose mautttt!!!!Muahahaha....

Irfan & Afiq kamceng!!!! Berhenti rehat jappp...Panas tuuu....


Setelah puas budak2 & bapak2 budak bermain air dan mak2 budak makan2 & santai2 sebab mak2 sumer tak mandi laut, kami takut rentung!Muahahaha.....kami sumer pun bertolak pulang ke Yanbu lebih kurang jam 4.30petang. Perkelahan yang pasti menyeronokkan buat anak2 sumer.... Insyaallah di lain waktu dan di lain hari, jika dipanjangkan umur kami pasti akan datang kembali menikmati angin laut Al-Hasi lagi.....

Wednesday, September 30, 2009

PENGEMBARAAN KE ABHA

Kalau kat M'sia hari raya ke-2 orang masih lagi ziarah sanak saudara yang terdekat. Cuti panjang panjang lagikkkk....Kalau kat Saudi pun cuti panjang gakkk...Tapi kami nak ziarah sapa lagik?? Kengkawan dah kami ziarah pada raya yang pertama.Sedara-mara takder. Mak bapak nunnnnn jauh kat M'sia.huhuhu....Kalau panjang umur, ada rezeki buat aku dan kuarga, Insyaallah kami akan beraya kat M'sia nanti...Buat yang belum balik daripada Mekah & Madinah tuh mintak mahap bebanyak jer ler yerr...Kami tak dapat datang umah korang sebab korang lom balik lagik! huhuhu...

Public holiday untuk raya kat sini 'gomen' Saudi bagi 5 hari + weekend dah dapat 9hari + national day dorang 1hari, wehhhh 10hari beb!. Anak2 pun cuti panjang gak...Tetiba dapat e-mail dari sekolah extend cuti. So, suami aku plan pegi jer ler jalan2 raya ke Abha yang terletak di selatan Saudi. Area pergunungan. Tempat sejuk2 ala2 tempat 'orang putih' setelah setiap hari 'berpanas2an'...hehehe(macam ler aku selalu kuar rumah!muahahaha) Tapi kannnn kalau ler kami tahu cuti yang teramat panjang adalah lebih baik kami balik M'sia beraya....Boleh??hehehehe....

Taif !Aku kembali lagiii... Last year aku kat sini bersama kuarga Kak Salina,kuarga Kak Saliza, kuarga Noor Cik aa, kuarga Masdihana dan kuarga Imah. Kat sini ler kami simpan cawan plastik yg cantik wat koleksi. Org Arab buang cawan tuh.Sampai sekarang aku masih simpan cawan plastik tuh lagik.hehehe

Nabilah enjoyyyyy!!!! Main kat belakang apartment di Taif


Gunung-ganang di Taif


Aku satu kuarga pegi Abaha bersama kuarga Hj Ghaz & Imah dan kuarga Zaki & Mas. Kami sumer bertolak dari Yanbu nih jam 10.30pagi. Kami sumer 'berhenti rehat' satu malam di Taif - satu tempat yang sejuk2 juga kat Saudi nih. Sempat ler kami jenjalan waktu malam untuk carik2 makan. Sebelum nih aku dan family pernah gak sampai kat Taif pada tahun lepas. Bezanyer tahun lepas kami ke Taif bersama 6kuarga. Tapi tahun nih hanya 3kuarga jer dan kami takler naik cable car macam last year sebab kami sumer plan nak naik cable car kat Abha jer

.

Berhenti japppp....carik port untuk lunch...

Baboon jantan nih terjengah2 kat atas keta aku. Wei!! skodeng anak dara aku kerrr???? Kumpulan baboon dipinggir gunung. Nampak jerr jinak, bila didekati sumer bertempiarannn...

Next day nyer kami sumer meneruskan perjalanan ke Abha lebih kurang jam 8.00pagi. Perjalanan teramat ler memenatkan tapi menyeronokkan,w/pun aku banyak tido...muahahaha...Bukan tak nak tengok pemandangan indah, tapi mata aku nih kalau naik jer kenderaan (tak kira ler naik kenderaan aper - even naik flight pun aku akan tido. Rasa macam kena buaiiiiii jer gituuuu....hehehe) Tak tau ler berapa lama aku tido, tapi bila aku celik2 mata jer pemandangan kanan kiri memanggggggggggg cun gilerrrrr! Muahahahaha....


Tak sempat nak masuk bilik...Nampak jer taman permainan Irfan tak lepas peluang...

Kami sumer tiba di Abha lebih kurang jam 7.00petang. Maghrib masuk awal, so jam 7.00petang dah macam 8.00malam. Hotel kat Abha murahhhh sangat! Seperti biasa ler kannn fully furnished. Tak macam kat Taif. Bilik kecik pas tuh berdebu lak tuh!Dan nasibbbb....huhuhu

Cuaca yang sejuk buatkan kat dalam bilik apartment yang kami sewa takder sebijik air-cond pun! Malam tuh suami aku pegi kuar caik makanan dengan anak2 tapi aku tak ikut sebab penatttttt (penat duduk jer wehhhh..Sampai naik kematu punggungku ini!Muahahaha)

Sebelum naik cable car. Cuaca sejuk w/pun sekarang musim panas

Dah sampai destinasi....Nak pegi Muzium pulakkkk...

Muzium yang berusia 450 tahun. Pada asalnyer ni sebuah rumah

Esok pepagi lebih kurang 8.30pagi kami 3family pegi kat Sodah - salah satu tempat yang paling tinggi di Saudi. Pergi kat Sodah nak naik cable car disamping pergi ke muzium dorang yang berusia 450tahun! Muzium nih pada asalnyer adalah sebuah rumah 3tingkat siap dengan basement lagik. Barang2 kat situ sumer barang2 lama yang dah takder lagik kat zaman nih termasukler quran lama. Tapi sayang dorang nih tak reti nak susun dan hias cantik2. Kalau sekali pandang dah macam stor barang lama ker pulokkkk....hehehe...

Lepas jenjalan kami sumer pergi carik makan. Alhamdulillah kat makan kat Abha murah. Buah2an kat Abha pun segarrrrrrrrrr.....Yum yum...Lepas makan kami pun balik hotel a.k.a. apartment. Bukan aper, anak2 sumer dah terpele'ot keletihan. Penat sangat ler tu kottttttt.......hehehe...


Malam kami sumer kuar caik makan kat Green Mountain. View memang cun! Makan hampehhhh.... Kalau mahal tapi sedap, aku tak kisah! Dah ler tak sedap mahal pulak tuh! Tapi no choice perut pun dah nyanyi lagu dangdut pulun ler aper yang ada w/pun tak sedapppp... Maka kami pun 'hantam' saja lorrrr... huhuhu

'Open Market' kat Abha

Esok dalam jam 10.00 pagi, kami sumer bertolak balik ke Yanbu. Opsss!!! Hanya kuarga aku dengan kuarga Zaki & Mas jer. Kuarga Hj Ghaz & Imah meneruskan perjalanan ke Baitullah. Sebelum kami sumer bertolak balik, sempat gak kami pergi kat 'Open Market' dorang. Aku tengok tempat tuh ada ler ala2 pasar Ayer Hitam, Johor. Bezanyer kat Saudi nih waktu siang memang senyap sunyi bagai dilanda garoda!hehehe...Sebelum sampai ke Yanbu kuarga aku dengan kuarga Zaki & Mas singgah jap kat Jeddah. Tempat yang kami tuju macam biasa ler kannnn.... Jarrir Book Store tempat farvorite kami anak beranak dannnnn mana lagikkkk kalau tak kat Asia Restaurant 'isi minyak kat perut'! hehehe....Lepas dapat apa yang dihajati, kami sumer bertolak pulang ke Yanbu. Aku satu kuarga selamat sampai rumah lebih kurang jam 1.00pagi. Alhamdulillah.... Ini adalah salah satu pengembaraan yang paling jauh kami lalui di Saudi Arabia nih....



Kalau nak tahu cerita yang sama dan gambar2 yang menarik boleh ler layari ke blog http://www.villabayu.com/ dan blog http://ghazaaz.blogspot.com/.com.com tapi tak tau arr dorang dah update lom...hehehe...

Wednesday, August 5, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA YANG LALU....

Nak citer pun suami aku dah masuk kat dalam blog dier. So takder aper yg aku nak citer. Aku rasa dah ramai yg baca citer nih. Orang kata citer basi!huhuhu...Untuk teman2 yg belum baca citer nih, boleh ler korang layari kat sini.
http://villabayu.blogspot.com/2009/07/pulau-tioman.html

Friday, May 29, 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Dah penat jalan, duduk jap rehat2kan kaki. Terima kasih wat Azim anak Za sebab sudi snap kan gambo untuk auntie nihhhh....hehehehehe


Semalam aku dengan suami dan anak2 serta 2 family lagi berkesempatan jalan2 carik makan kat Jeddah. Aku bersama kuarga Mar Abg Pi dan kuarga Za Wan Azmi berkonvoi bersama. Chey chey cheyyyyyyy....konvoi kononnnnnn. hehehehe....Kami sumer bertolak sekitar jam 9.30 a.m.

Double Peace!!!!! from Irfan...

Kalau nak ikutkan memang arr nampak lewat sangat. Tapi memang itu ler plan nyerrr... Kalau pegi awal2 sangat suami aku kata nanti sampai Jeddah kedai sumer tutup sebab waktu solat zohor. Tu yang kami kuar lewat sketttt.....

Tempat utama yang kami tuju adalah Asia Restaurant. Dah nama pun jalan2 carik makan..... Kami tiba dalam jam 12.45 pm. Bermakna kami sumer terpaksa menunggu 15 minit lagi untuk masuk ke restaurant tuh. Sebab restaurant tu dibuka jam 1.00 p.m. selepas solat zohor. Rasanyer kami sumer adalah 'pelanggan' pertama setelah solat zohor yang datang untuk menikmati lunch masa tuh! Tapi alhamdulillah, ada hikmah dier disebalik 'first customer' nih! Sebab, sewaktu kami masuk banyak bilik yang dah kena booking oleh para jemaah umrah dari Indonesia! Seb baik arrr ada 2 lagik bilik kosong. 2 bilik yang kecik. So, Mar & family share arr ngan Za wan Jemi & family. Aku & family 1 bilik. Alaaaaa.... Macam tak tau ler plakkkkk kan ker rakyat jelata aku ramaiiiiiii.....

Yang aku suka kat Asia Restaurant nih selain dari makanan dier yang memang menepati piawaian tekak aku nih, kalau kita nak solat, pekerja kat situ bagi sejadah kat kita dan kita boleh solat dalam bilik tempat kita makan tuh. Nak kata luas tuh, tak ler luas sangat tapi boley lerr utk sorang solat sebab sedia maklum kan, itu tempat makan bukan musollah. Bilik air dia bersih w/pun tak luas mana.

Selepas makan, kami sumer pergi ke Jarrir Book Store. Jangan tak tau, suami aku nih kalau pergi Jeddah atau Madinah, Jarrir adalah tempat 'wajib' untuk kami sumer! hehehehe.... Seb baik arr Mekah takder Jarrir. Aku hingat arr kalau Mekah ada Jarrir Book Store (I mean Masjidilharam area), setiap lepas solat mesti suami aku port kat situ! Muahahahaha.....

Tapi kannnn kesian kami sumer! Memula tuh kami sumer pergi Jarrir yang dekat2 area Asia Restaurant, tapi tak bukak lagik! Dia bukak jam 4.30p.m. kalau tak silap aku!huhuhu....Seb baik Jarrir kat Jeddah ada 3 branches. So, kami pergi Jarrir yang satu lagik yang dekat ngan Center Point tuh! Okey arrr semasa nak tunggu Jarrir tu bukak kami sumer sempat ler 'melabur' kat tokey Center Point tuh! Dah sponsor ada, hapa lagik sumer!hehehehehe.....Tapi aku takder amek pape punnnnnn....Just untuk anak2 jerrr... Tak caya?? Betulllllll ni cakap 'imam' tauuuuuu.... Muahahahahaha..... kat situ kalau nak melepak minum pun tak kisah. Tak macam kat Yanbu nih. jangan harap ler nak duduk2 minum2! huhuhuhu.....

Setelah tuh kami sumer zoommmmm pegi ke TOP 10. Dalam arabic alphabet dia eja camni, THA WAW BA THA YA NUN....Boleh dapat?? hehehehehe..... Kat situ sumer berharga SR10. Aku ingat aku pernah cerita dalam N3 yang lepas. Quality baju made in China tau jer lerrrrr.... Tapi aku puas hati arrr sekurang2nyer harga yang semurah tu kita tau ler quality dia! Jangan tertipu dengan baju yang dijual kat balad (Bandar Yanbu), harga dia macam harga barang branded tapi quality dia sama macam quality TOP 10. Bagi aku, kalau nak beli biar barang yang branded sebab berbaloi. Kalau yang takder brand, biar yang murah sekali. Hati pun senang takder sakit sebab kalau beli dengan harga mahal tapi bila sekali pakai warna dah luntur (low quality ler tuuuu) hati memang sakit tahap gaban woooooo...... Rasa kena tipuuuuuuu gituuuu!!!!

Selesai 'melabur' kat TOP 10, kami sumer pergi kat Masjid Terapung kat Jeddah. Dulu pernah pegi sekali, masa mertua aku datang. Tapi masa tuh siang hari so parking lot sumer kosong. Tapi malam tadikkkkkkk, YA ALLAH! penuh! Tak rasa macam kat masjid tapi rasa macam kat taman rekreasi! Betulllllllll..... Ni cakap 'imam' lagik nihhhh!!!! Siap ada stall jual jagung rebus ngan kentang goreng gitu! Mat Bangla yang jual. Pandai cakap Melayu gitu! W/pun dalam loghat Indon. Kira boley laaaaa....Muahahahaha....

Pas rehat2kan kaki yang banyak berjalan, disamping makan2 (dah nama pun jalan2 carik makan) kami sumer pun bertolak ke Yanbu. Masa tuh jam 10.30 p.m. Aku & family sampai umah tepat jam 1.30 a.m., itu pun suami aku ngan abg Pi siap brenti kat padang pasir jap tido...hehehehehe... (Utk Mar & Za, korang tiba umah kul berapa??). Lepas kemas2 lebey kureng jer barang2 yang dibawak, kami sumer bedebus zzzzzzzzzzzzz...... Sebab pepagi nak kena bangun awal nih sebab anak2 ada kelas Iqra', Quran & tajwid. W/pun penat sebab cumer amek masa 1 hari jerr, tapi aku & family rasa puas sebab dapat jalan2 carik makan.....

Friday, May 8, 2009

MADAIN SALEH

Semalam dapat jugak aku ngan kuarga menjejakkan kaki di Madain Saleh setelah sekian lama memendam hasrat hati nih. Yer la, lebih kurang 2 bulan aku ngan family dalam perintah berkurung dek serangan chickenpox. Alhamdulillah tercapai juga hasrat dihati suami aku bawak kami satu kuarga ke Madain Saleh.

On the way ke Madain Saleh, aku sempat gak bacakan sirah Nabi Saleh a.s untuk aku ceritakan pada anak2. Bukan aper, kengkadang budak2 nih tahu suka jer, tapi tak tau kisah disebalik tempat yang dituju. Bukan budak jer, mak budak punnnnn sama! Muahahahahaha.....

Diantara tempat persemadian kaum Tsamud sebelum kaum tersebut diazab oleh Allah s.w.t.

Perjalanan dari Yanbu ke Madain Saleh mengambil masa selama 4jam. Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 6.30pagi. Wehhhh kat sini waktu camni dah terang-benderang dahhhhh.... Aku cuma bawak bekal nasik lemak satu periuk jer...hehehehe.... Bekalan air yang secukupnya. Sebab last week, Fida SamKae ada inform kat aku kat Madain Saleh tu panas yang menyengat! So, kami punya preparation memang baik punyaaaa...hehehe...Thanks to Fida sebab bagi info kat aku. Lenkali bagi ler info selalu.....hehehehehe...
Redup dan mendung....Kami bersarapan pagi kat tepi jalan jerrr....

Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami pergi ngan balik cuaca redup sangat. Macam mendunggggg jerrr.... Aku nampak gak matahari tapi kat celah2 awan yang mendung. Rezeki kami sekuarga.... Cuma kat Madain Saleh panas sket tapi adat ler kan, matahari terpacak kat kepala. Tapi tak ler panas yang keterlaluan. Ada ala2 panas kat M'sia waktu tengahari gitu cuma panas lagi sikittttttt jerrr....

Menghampiri kawasan Madain Saleh
Cantikkkkk. Tak terucap dgn kata2....Salah satu bukit batu ciptaan Allah.....


Aku ler tuuuuu dgn anak2....

Tak terucap dengan kata2 bila aku tengok gunung2 ciptaan Allah yang begitu menakjubkan! batu-batan yang memang tak pernah terlihat ngan mata. Terasa kerdil dalam dunia ciptaan Allah. Subhanallah.....


Satu pose dari En.Villa Bayu dan anak-anaknya.....hehehehe

Madain Saleh adalah tempat dimana kaum Tsamud telah mendapat azab Allah kerana menolak ajaran Allah. Kaum Tsamud nih adalah satu kaum yang memang terror mengukir dan dah lenyap dimuka bumi nih. Kesenian dan kehalusan kaum Tsamud dalam mengukir gunung dan batu-batan atas anugerah Allah sungguh menakjubkan! Masih lagi terdapat berhala2 kaum Tsamud yang ada di dinding2 batu2 dan gunung2. Kebanyakkan berhala2 tuh dalam bentuk kepala singa ngan burung helang. Ukiran kepala singa tuh lebih kurang macam Sphinx. Camtu ler yang aku nampak. Kawasan kat situ memang subur. Banyak pokok2 hijau kat area tuh. Padan pun kaum Tsamud tu ego. Dia lupa bahawa rezeki yang ada kat muka bumi nih hak milik Allah. Allah akan memberikan rezeki pada hambanya bila dia mengkehendakki dan Allah akan tarik semula rezeki yang ada bila DIA mengkehendakki juga.


Hasil tinggalan kaun Tsamud. Salah satu pemandangan luar rumah.
Antara ruang bahagian dalam dirumah kaum Tsamud

Kami sumer bertolak balik lebih kurang jam 2.30petang dan selamat tiba di Yanbu lebih kurang jam 6.30 petang. Alhamdulillah.....