Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

HAPPY BIRTHDAY NAZIHAH

Happy Birthday, Sanah Helwa serta Selamat ulang tahun buat anak mama NAZIHAH SYUHADA yang ke-14tahun....


Begitu cepat masa berlalu... Daripada baby yang kuat menangis menjadi kanak2 yang periang tetapi nakal dan sekarang menjadi seorang remaja yang sangat aktif.


Semoga anak mama menjadi insan yang berguna didunia & akhirat, menjadi muslimat yang taat perintah Allah serta mendapat hidayah Allah hingga ke akhir hayat.... Amin... Mama & ayah sayang Nazihah Syuhada....

Thursday, May 5, 2011

HAPPY BIRTHDAY HANISAH

Hari ini genap umur anak aku Hanisah 12tahun. Nak kena buat IC lepas ni... Tapi kena balik cuti nanti, Insyaallah...


Buat Hanisah Syuhada, Selamat ulang tahun mama ucapkan semoga menjadi insan yang berguna didunia & akhirat, menjadi muslimat yg solehah & mendapat hidayah Allah hingga keakhir hayat. Amin.... Mama & ayah sayang pada Hanisah.


HAPPY BIRTHDAY HANISAH SYUHADA

Wednesday, March 16, 2011

KEMBALI KE SEKOLAH

Dulu, Irfan cuma hantar & bye2 jer kakak2 naik bas pergi sekolah....

Sekarang 3thn berlalu Irfan dah besar... Irfan sama2 dengan kakak2 pergi sekolah... Ni tengah tunggu bas datang kat tepi rumah

Semalam, 15/3/2011 anak lelaki tunggal aku selamat memasukki alam persekolahan setelah 6bulan 'bercuti' gara2 sekolah lama tutup untuk selamanya.... Alhamdulillah aku panjatkan syukur kepada Allah kerana impian anak aku, Irfan untuk bersekolah bersama kakak2nya akhirnya terlaksana.

Schedule harian Irfan kat sekolah

Sebenarnya application untuk masuk ke sekolah suami aku dah submit tapi masa yang diambik tu lama bebenor untuk 'placement test'. 2 minggu kami terpaksa menunggu. Setelah suami aku buat follow-up akhirnya pihak sekolah YIS (Yanbu International School) telah menetapkan pada hari Ahad 13/3/2011 untuk Irfan menduduki placement test. Masa tu mama dia yang berdebor2 kooooo... Aku ingatkan boleh ler aku masuk untuk teman anak aku kedalam tapi jangkaan aku meleset sama sekali. So, terpaksalah aku duduk menunggu kat luar. Dalam hati aku ni Allah jer ler yang tau. Boleh ker Irfan bercakap bila kena soal nanti? W/pun Irfan cuma masuk untuk kelas Junior Kindergarten tapi hati aku ni rasa tak sedap. Ye laaaa... Budak ni bukan boleh percaya sangat. Depan kita wahhhh kemain lagi tapi bila kita takde takut dia melalak pulak.... huhuhu

Alhamdulillah, selama 15minit berlalu, Irfan akhirnya diterima masuk ke sekolah. Bila dia dah ke sekolah maka teman aku untuk membebel pun takde ler kat rumah... W/pun masa persekolahan Irfan cuma 3jam tapi aku rasa sunyi pulak...hehehe... Mama dia pulak yang terlebih syahdu... Kwang3... Apa-apa pun untuk Muhammad Irfan khasnya dan kepada anak2ku yang lain, semoga anak mama berjaya dalam menempuhi alam persekolahan nanti kerana bermulanya langkah pertama pada hari ini akan menentukan perjalanan yang berikutnya.... Amin

Monday, February 15, 2010

MEKAH DAN KEM IBADAH "AM I TRULY A MUSLIM?"

Last week kami sekuarga bertolak ke kota Mekah sekali lagi. Kali ini aku sekuarga bersama dengan kuarga Hj Ghaz & Imah. Sebelum bertolak, kami singgah rumah Kak Lynn (blogger Moden Mama) untuk santapan tengahari....Wahhhh...mabeles2! Majority menu kegemaran anak tekak aku...Nak pulun sumer teringat aku tengah berdiet, namun itu bukan penghalang....Makan tetap makan....Muahahahaha....Kalau dulu aku bantai 2-3 pinggan kali ni aku reduce ler jadik 1/2 pinggan. Menu utama yang disajikan adalah nasi dagang. Desert kegemaran aku cream puff dan cheese tart.... Penuh sampai leher wa cakap lu!!!! Anyway buat kak Lynn dan suami kami ucapkan bebanyak terima kasih....Sedap yang tak terhingga!

Bermiqat di Juffah serta solat asar disana perjalanan kami teruskan ke kota Mekah. Kali ini kami ke kota Mekah bukan sekadar untuk datang ziarah dan umrah tetapi beserta menghantar anak2 ke kem Ibadah yang dikendalikan oleh students Ummul Qura' University, Mekah.

Sampai saja kami di Mekah aku bersama kuarga dan kuarga Hj Ghaz dan Imah, kami sumer menginap di hotel kepunyaan Hj Arshad dan isteri, Pn Syarifah Zainon. Emmm...sebelum nih aku memang dah pernah jumpa dengan Pn Syarifah nih, tapi tak sempat nak citer kat blog. Nanti ler kalau aku senang aku masuk dalam entry akan datang....


Dari kiri: Datin Fadlon, Pn. Syarifah~owner hotel Manazil Al-Rayed, aku ler tuuu & Amy~kwn aku dpd KL...Gambar ni credit dpd Amy. Thanks Amy

Hotel tempat aku menginap ni bernama MANAZIL AL-RAYED dan kepunyaan orang melayu kita....So, sesapa yang pegi Mekah nak carik hotel leh ler ke hotel ni...Errr...Hj Arshad, ni promote ni leh dapat bilik free tak? Muahahaha...

Sebahagian daripada ibu2 yg hadir pada malam itu. Turut serta Pn Rosie(tudung kelabu) isteri ketua Consult Jeddah~Gambar credit dpd Pn Hafizah khairi...Terima kasih banyak...

Esok harinya hanya suami aku yang menghantar anak2 ke kem ibadah. Bertempat di Hotel Fattani (kalau tak silap~sbb aku xperati sangat) kepunyaan Hj Arshad gak.... Pada malam tu, aku bersama2 ibu bapa anak2 yang mengikuti kem ibadah Am I truly a Muslim ke hotel Fattani sebab ada tahlil dan kenduri arwah untuk rakyat M'sia yang meninggal akibat accident (dlm ihram~ketika dpd Madinah ke Mekah nak wat umrah) dan seorang lagi meninggal sebab sakit~tak pasti, sbb itu ler berita yg aku terima.

Selesai bacaan yassin dan solat Isyak, kami dijamu dengan nasi laham mandi....Wahhh...sejak dok sini aku memang terror ler makan daging kambing! Dulu memang aku tak sentuh daging kambing nih! Sekarang pantangggggg.... pantang jumpa! hehehe.... Sedap tak terkata! Terima kasih pada pihak penganjur....

Keesokkan paginya, aku bersama2 ibubapa yang lain pergi sekali lagi ke hotel al-Fattani untuk menjemput anak2 yang mengikuti kem ibadah. Sebelum majlis bermula, kami ibubapa disajikan sarapan pagi. Terima kasih...Kalau tak kebuloq ler aku...hehehe...Setelah tu aku dan ibubapa lain juga mengikuti motivasi yang telah diadakan untuk anak2. Wahhhh.... Touching!!!!! Memang berkesan! Kengkadang kita sebagai ibubapa tak sedar kesilapan tu berpunca daripada kita sebagai ibubapa. Mengapa dan kenapa anak derhaka. Membentuk peribadi dan akhlak anak bermula daripada ibubapa. Kalau kita doakan anak, anak juga akan mendoakan kita, Insyaallah...

Selesai program motivasi, kami sumer menaiki cab pergi ke Masjidilharam untuk solat Jumaat. Selesai solat Jumaat di Masjidilharam, aku bersama kuarga Hj Ghaz pun bertolak ke Yanbu. Aku selamat sampai di Yanbu lebih kurang jam 7.00p.m....Alhamdulillah

Sunday, February 14, 2010

KONSERT YIS

Sebelum bertolak pergi, Haziqah sempat shoot gambor 'model2' cilik nih....

Hari selasa lepas, YIS (Yanbu International School) telah mengadakan Talent Show untuk para pelajar. Kalau tahun2 yang sudah warga M'sia memang kurang tapi pada tahun ni agak meriah sebab kat dewan ada ler dengar gak bahasa yang aku fahami...hehehehe...

Mr Thomson, pengetua YIS
Elementry koir
Persembahan dpd KG~yg ala2 baju princess tu anak Noor Cik AA dan yg tudung merah muka monyok tu anak Mas Leman...hehehe

Sebelum bertolak aku selaku 'mak andam' yang tak resmi telah 'menconteng' muka anak2 yang ambik bahagian...macam tahun2 lepas gak lerr....hehehe...Muka2 comel yang aku conteng selain daripada anak2 aku adalah anak Imah Hj Ghaz~aku pajak dia, dia pajak aku...Boleh?~..hehehe...dan anak kembar Kak Lynn Pawi....Lepas conteng2 muka dorang sumer berlatih tiup flute untuk konsert yang akan diadakan.

Persembahan dpd Grade 2
Nabilah dan Adlina
3 serangkai~Malaysian girls...Dpd kanan : Aina, Adlina dan Nabilah....
Hanisah, Aisyah dan Dina & gang~sebahagian dlm gambor ready nak tiup flute

Memang seronok bila tengok aksi anak2 kat atas stage. Macam2 gelagat yang ada. Tapi kali ni aku tak dapat nak duduk kat row yang tengah. So, gambar pun takdak! Gambar2 yang aku masuk dalam entry aku ni adalah daripada ihsan En Suhaimi (suami pada Aizal~blog Tentang Sesuatu)....Terima kasih banyakkkkk....Budimu ku kenang.....hehehehe...

Faqihah anak Kak Gee dan Afiqah anak Mahaya~persembahan dpd Grade 6



Persembahan dpd Grade 7~Malaysian :Nazihah, Azmi~anak Kak Salina dan Afif anak Kak Lynn

Persembahan dpd Grade 9...Ala2 Micheal Jackson yg tak menjadik...hehehe~kiri sekali anak Kak Salina

Majlis berakhir lebih kurang jam 8malam (kalau tak silap). Pape pun aku happy bila anak2 happy....

Monday, October 26, 2009

IRFAN DAH SEKOLAH!!!!!

Muka ceria dihari pertama nak ke sekolah



Minggu yang lalu Irfan dah start sekolah. Alaaaa....Start pun hari Selasa 20hb October. Yea lahhh hari Sabtu 17hb October lepas baru aku bersama suami register Irfan masuk sekolah. Aku pergi bersama kak Salina dan suaminyer, Hj Rosehizat. Terima kasih.... Alaaaa....Sesaja biar dia bersosial. Kalau sangkut apa yang dia belajar kat sekolah tuh kira bonus ler bagi aku wat Irfan.....Lagi pun kalau kat umah mana ler Irfan ada kawan...Mama ler teman sejati, kemana aku pegi kat situ dia ada...Gaduh pun dengan mama gak...hehehe




Hasil kerja hari pertama sekolah




Dia tahu jer esok nak sekolah, memalam siap bawak beg kehulu kehilir...Kalau boley tido pun nak ngan beg! huhuhu...Takper ler nakkkkk....janji engkau nak sekolah. Excited sungguh!!!! Muahahaha...Irfan sekolah sessi petang sebab sessi pagi dah penuh. Bermakna lepas pukul 2petang jer aku kesunyian lerrr..huhuhuhu...

Untuk Acik Sarah, Mak Su Seri, atuk mak, atuk abah, atuk man & atuk umi ni ler sebahagian gambar Irfan 1st day nak pegi sekolah dan hasil kerja hari pertama bersekolah buat tatapan sumer.

Tuesday, May 5, 2009

HAPPY BIRTHDAY HANISAH SYUHADA

Sambut ulang tahun yang ke-7. Tak sempat bukak baju sekolah daaa....

Hari ni genap umur anak aku yang ke-3, Hanisah 10 tahun. Masa memula pragnent dia aku takder ler banyak alahan. First 3months pragnent doktor bagitahu kat aku plasenta low(uri kat bawah). Keadaan nih berlarutan sampaiiiiiii ler kandungan aku berusia 7bulan! Alhamdulillah plasenta tuh naik kat atas. Memula tuh, doktor kata kalau plasenta tuh tak gerak2 still kat position yang sama, kemungkinan besar aku tak leh bersalin normal. Orang tua2 kata kena IKUT TINGKAP ler...hehehe... Alhamdulillah plasenta tuh tahu kat mana sepatutnyer dia berada...hehehe...

Kat Tanjong Puteri Golf Resort. Lepas swimming main dulu...


Baru balik dari Tadika Nuri. Masa nih umur 6tahun

Tempat pertama acara sukaneka masa tahun 1

Hanya dapat tempat ke-3 acara 4x100 perempuan B...Jadik laaa....
Jap lagik nak lari nih, acara 4x100m perempuan B

Ready nak pegi kelas Taekwondo

Perangai aku masa pragnent Hanisah masa tuh, suka masak, kuat makan, kuat tidur dannnnnn sukaaaaaaaa sangat nengok citer CINA! Sumer programme citer cina kat channel TV aku tau. Dari TV M'sia sampaiiiiiiii ler ker TV S'pore. Siap tau nama2 pelakon dari Hong Kong ngan S'pore, wa cakap lu....Muahahaha.... Tapi sekarang dah tak ingat lagik dahhhhh.....huhuhu...

Sambut Raya kat umah Atok Mak ngan Atok Abah....

Bersama sepupu sebelah mama....

Pegi beraya umah atok sedara sebelah ayah. Syokkk jenjalan ngan sepupu sambil kumpul2 duit raya...hehehehe

Hanisah lahir setelah aku wat appointment ngan doktor sebab aku ngan suami nak anak kami lahir pada 5/5/99. Kenapa aku leh suka2 pilih tarikh? Aku bukan caser tapi aku induce. Anak2 pompan aku kan sumer overdue. Hanisah dalam perut selama 41 weeks! Syok sangat kotttt. So, ngan senang ati leh ler pilih tarikh! hehehehe....

Hanisah Syuhada berusia 2hari

Hanisah lahir pada hari Sabtu tepat jam 8.20malam seberat 3.30kilogram! Semoga menjadi anak yang solehah, insyaallah......

Monday, March 9, 2009

SAKIT OH SAKIT

No entry!!!!

Citer nih citer anak2 aku yang kena chickenpox! Memula sorang pas tuh kena lagik sorang! huhuhu.... Suami aku kata dorang sumer kena perintah berkurung sebab darurat! Oleh sebab mereka ni duk dalam bilik yang sama maka senang ler suami aku 'mengurung' mereka berdua nih! Muahahahaha....

Tak aku sangka, ada satu notice yang dorang tampal kat pintu bilik dorang! hehehehe... Kelakau bebeno aku nengok! Siap ngan lukisan ala2 'kepala pontianak' pun ader macam 'kepala hantu penaggal' pun ader bila aku nengok! Muahahahaha.... Kesian ada kat dorang berdua nih, kelakau punnnnn adaaaaa.... kwang kwang kwang!!!!!!!

Kalau orang kena sakit chickenpox nih rasa tak selesa, tapi anak2 aku yang dorang nih nampak macam happy jer... Boleh??? Yea ler, dalam bilik siap gelak2, memain laptop sesama.... Pelik, pelik.... Tapi itu ler citer anak2 aku yang sekarang nih di'serang' ngan chickenpox nih! Mudah2an cepat ler baik dannnnnnn jangan ler kena yang lain w/pun Irfan aku dah hantar injection kat RC Clinic tapi 'curiga' bak kata lagu Ning Baizura.... huhuhu

Oh yer, sebut pasal vacination nih, yang boley mengambilnyer adalah dari baby hingga ke kanak2 berusia 4 tahun jer.... Lebih dari umur tuh, mintak mahapppp ler yerr.... Satu lagik, vacination nih FREE!!! Dan vacination nih hanya boley didapati di RC Clinic Health Centre kat Yanbu nih! Kalau nengok ruper clinic dier aku rasa korang musti tak caya! Buka kerana kecanggihannyer tapi ruper dia ada ala2 kilang lama gitew! huhuhu.... Mintak mahap ler yer aku tak sempat nak merakamkan keadaan clinic tersebut... Syahdu sungguh keadaan kat luar tapi dalam macam condo wa cakap luuuuu..... Service adalah Free. Itu untuk vacination tapi yang lelain tuh aku tak pasti.

Saturday, February 7, 2009

KONSERT ANAK-ANAKKU

Bunyik macam 'MEGA KONSERT' gitew!!!! Atau mungkin korang hingat Rancangan kanak2 yang dikendalikan oleh Pak Aji Nil?? Ooooo tidakkkkkk...... Sebenarnyer konsert untuk anak2 yang bersekolah di Yanbu International School sahaja. Termasuk ler Hanis dan Nabilah.... Muahahaha....


'Show' The Adam Family dan yang paling sexy tu anak Hj Ghazz...Carikkk yg mana


Hanis & Friends


Nabilah & Friends

Student Grade 2, anak Kak Salina diapit 'sang puteri'

Student Grade 6, yang malu2 tu anak Kak Salina....

Nak cerita sket tentang gelagat anak2 aku yang ambik bahagian nih! Walla!!!! Macam2 ler yang dorang nak...Nak pinky dress lew, nak dress ala2 cinderella lew, nak hitu lew, nak hini lew.....Sumer2 ler dorang nak! Naik fening kepala mak pak dia nih!!! Itu sebelum hari yang dinanti tiba! Nih bila hari yang dinanti tiba lak, dorang nih nak mintak touch-up skwt kat muka terutama Hanis! Seperti yang diketahui umum, Hanis ari tuh kan accident, so kesan lebam kat dagu dia yang hitam tu still ada lagikkkkk.... Kesian lak aku tengok dia! Susah sangat ati dia bila nengok ruper dia tak macam oghang lain!!! huhuhu.... Aku nih dah macam seorang mama yang MPM(Multi-purpose Mom[perasan jap!hehehe]), aku pun touch-up ler muka dia untuk cover dagu dia yang biru dan kehitaman tuuuu.... Dah siap kat muka, dorang request lak untuk wat rambut! Walla!!! Aku ler lagik! So, aku wat ler pape yang patut! Selesai hanis, Nabilah lak jealous.... Akak 'draw' kat muka, si adik ni teghingin ler plak! So dengan Nabilah sekali! Tak lama Si Aisyah anak Hj Ghaz sampai umah aku, dengan Si Aisyah sekali aku 'taram'! hehehe....Tapi bila nengok bebudak tuh happy, aku pun tumpang semangkuk happy!!!!Seronokkkkk sesangat!!!! Pulak aku memang suka kaler2 kat muka nih! hehehe.... Hobi no.1! Muahahaha....

Possing maut beb....

Pepagi nak pegi sekolah, dagu Hanis masih hitam....huhuhu

Nabilah yang sentiasa ceria!

Hanis 'hilang' jap lebam kat dagu...hehehe

Ni ler ghuper bebudak tuuuuu......Tapi malangnyer gambar Aisyah anak Hj Ghaz aku tak sempat nak rakamkan sebab masa tu dah lewat nak pegi show. Gambar anak2 aku nih pun lepas dorang balik show.....

Monday, December 15, 2008

TERIMA KASIH

Rasanya masih belum terlewat lagi aku nak mengucapkan jutaan 'TERIMA KASIH' pada Fuad dan Yann (Harum Chempaka), Wan Azmi dan Za, Shah dan Siti (Kembara KSA) yang datang melawat anak2 kami dan anak2 Hj Ghaz semasa ketiadaan kami selama lebih kurang seminggu. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik anda semua.....

Saturday, November 29, 2008

HUJAN EMAS

Irfan dah bersiap nak pegi solat dgn ayah....

Pagi ni seperti biasa aku masak untuk anak2 aku untuk dorg bawak bekal ke sekolah. Irfan pun bangun macam biasa. Kalau aku bangun seawal 5.00 pagi, jap lagi dia akan turun kebawah carik aku kat dapur dalam jam 5.30pagi atau 6.00pagi. Huh! kengkadang tuh rimas gak bila dia merengek dan baring kat kaki tempat aku berdiri. Tapi kesian gak bila dia sambung tidur kat bawah dapur tempat aku masak. Maklum jer ler nama pun dapur... Entah kenapa pagi tadi aku tengok mata dia merah sebelah. Dia bagi tau aku sakit. Laaaa....Kena sakit mata ke budak ni??? Kesiannnnn aku tengok dia. Tahu jer ler sakit mata dah tentu selebet jer muka dia. Tambah lagi baru bangun tidur.

Anak2 yg bakal aku tinggalkan sementara waktu

Dalam jam 7.15pagi aku terus jer tepon suami aku kat Jubail cerita tentang Irfan. Suami aku suh aku pegi klinik dalam jam 9.00pagi. Aku ni ati ada kecik sket...Ye ler kat tempat orang tak sama dengan tempat sendiri. Kat M'sia panjang langkah aku kalau nak hantar anak pegi klinik.Tak yah sebok2 nak tepon suami aku kalau anak sakit. Tau ler aku apa nak buat. Kat sini aku terpaksa bagi tau suami aku dan tanya apa yang perlu aku buat. Emmm...Betul orang tua2 kata HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI. Ye la, kat sini mana ada orang pompan drive. Tapi ada gak aku drive secara curik, tapi bukan kat Yanbu ni aku buat kerja tu....huhuhu.

My hero

So, aku pun tunggu ler sampai anak2 aku yang besar balik sekolah untuk teman aku pegi klinik. Bukan tak leh pegi sendiri, tapi kat sini orang lelaki dia pelik sket, macam tak pernah nampak orang pompan gitu w/pun kami sumer dah pakai 'uniform Ninja'! Sayangnyer, lepas zohor klinik untuk rawatan biasa tak bukak, yang ada hanya untuk emergency. Maka aku pun patah balik ler kerumah tunggu lepas Maghrib lak. Kat sini bila waktu solat jer sumer kedai tutup. Klinik pun tutup. Aku rasa kalau ada org yg dah nazak mahu 'meninggal' on the spot! huhuhu....

Lepas jer solat Maghrib, aku dan anak2 beramai2 pergi klinik. Alhamdulillah sumer berjalan lancar. Cuma yang leceh sket, masa nak amek ubat. Tutup lagi sebab break solat Isyak. Fuiyo!! Berasap jap! Pas tuh aku pun pegi ler kat Pharmacy dia nak amek ubat. Ha! kat sini lain lak citer dia, senarai ubat yang Doktor bagi tuh sumer tak ada and dia suh aku pegi amek kat tempat lain. Panas jer aku! Dah ler orang pompan kat sini tak leh drive, pas tuh senang2 jer suh aku pegi amek ubat kat Pharmacy lain! Ada ker patut! Aku tepon lagi suami aku and dia inform kat aku tunggu jer ler esok sebab esok dia balik. Memang arr leh amek esok, tapi sekarang kedua2 mata 'hero' aku tuh dah bengkak! Tension aku...huhuhuhu...Satu lagi, sakit mata ni penyakit yang berjangkit! Seram gak aku. Yea la, dalam membuat persiapan nak menunaikan ibadah haji aku cuma boleh bertawakkal jer pada Allah supaya aku sekuarga beroleh kesihatan yang semaksimumnyer. Lagi2 aku memang tinggal kesumer anak2 aku tu... Pada kengkawan yang buat haji tahun depan atau tahun yang akan datang tu, nanti tolong2 ler jenguk2 kan anak2 aku nih...Bukan aku bimbang pasal makan atau pakai, tapi kesihatan mereka tu yang aku cukup bimbang. Dan aku harap, sebelum aku berangkat menunaikan fardhu haji sumer anak2 aku sihat termasuk aku dan suami aku.

Kat sini aku cuma mampu berdoa dan tawakkal kepada Allah semoga semuanya dipermudahkan olehNya....Insyaallah...

Saturday, October 11, 2008

BERMULANYA HARI INI.......

Hari ni tak seperti biasa. Rumah aku bagai dilanda 'garuda'! Senyap dan sunyi yang tinggal hanya anak aku yang bongsu, Irfan. Sumer 'rakyat jelata' pergi sekolah. Biasanya pepagi macam ni aku agak santai sebab anak2 dara aku yang sulung & yang kedua yang kerap tolong aku cuci kain baju & vacum habuk kat umah (tunggu aku jerit arr baru dorang buat), tapi pagi ni aku agak kelam-kabut sket sebab 'assistant' aku pegi sekolah. So, sumer kerja2 tu aku kena take over! he he he... Rasa aman pun ada, rasa sunyi pun ada. Yang ketara sesangat anak aku yang bongsu....

Awal pagi nak pegi sekolah, awal tahun ni...

Anak sulung dan kedua dorang masuk sekolah Al-Tawheed near Balad(International School gak, tapi facilities kurang sket if compare dgn YIS). But the third and the forth one ke Yanbu International School(YIS). Kesian gak aku tengok dorang (yg sulung & yg ke-2). So, aku dengan suami aku bagi nasihat dan perangsang biar dorang tak rasa rendah diri. Failing forward aku bagi tau kat dorang.
Bibik Mor yang bnyk cakap tapi rajin bekerja....

Bila aku renung2 semula(ni kira flash-back arr), aku rasa banyak masa yang aku buang untuk anak2 aku. Aku tak tengok pembesaran dorang sepenuhnya. Especially yang sulung & yang kedua. Kenapa? Masa tu aku keja, so 'bibik' ler yang mengasuh anak2 aku. Yang mandikan bibik, yang bagi makan bibik dan sumernyer bibiklah yang urus. Sampaikan anak aku yang kedua dulu tak tahu pun lagu Kebangsaan M'sia, yg dia tahu lagu BENDERA MERAH PUTIH! hu hu hu... terharu aku! But, things won't change! Aku rasa masih belum terlambat untuk aku 'pantau' anak2 aku yang kian membesar. Kalau kita kerja, ilmu tu untuk kita bekerja, tapi kalau kita kat rumah, ilmu yang kita ada kita curah untuk anak2 kita. Itu kata2 hikmat suami aku pada aku. Dan kini, aku dah tak bekerja sejak 3 tahun yang lalu. Tapi lain orang lain pandangan dia. Ye tak???

Bibik Titin full of problem, 1 bln sblm aku ke KSA dia cabut lari! hu hu hu

Untuk anak2 aku, aku harap aku akan menjadi seorang MAMA yg terbaik untuk kalian....Insyaallah....

Sunday, October 5, 2008

FIRST DAY

Today is a first day for Hanisah & Nabilah going to School. Tengok muka derang berdua excited sesangat. Yea ler, almost 3 months duk kat umah mesti boring giler....Activity yang derang buat masa kat umah ni, makan, tidur,main,tengok movie & kengkadang kena marah dengan aku (buat sepah barang mainan). he he he.... Petang jer sumer ada kelas al-quraan. Masa tu ada ler aman sket kat umah ni. Maklum ler anak ramai. Namun begitu meriah! Kalah suasana Hari Raya kat KSA ni!!!!! he he he......

Pagi ni, tengok muka Hanisah Syuhada & Nabilah Syuhada nak pergi sekolah ceria gitu! Aku siapkan 'lunch' dalam lunch box untuk dorang. Takut lak dorang tak leh nak makan makanan kat sekolah. Maklum ler 'tekak melayu' ni lain sket.... 2 hari sebelum masuk sekolah, dorang mintak beg sekolah. Kat sini beg sekolah, 'mak datuk!' punyer ler mahal. Tekezuttttt aku tengok harga dia....hu hu hu...

Sorry arrrr, kat sini tak de uniform la macam kat M'sia....

Bawak bekal nasik putih dengan ayam goreng jer.....

Ni beg sekolah Nabilah. Cantik tak???

Yang ni pulak, beg sekolah Hanisah........