Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Tuesday, November 15, 2011

HAPPY BIRTHDAY NABILAH

Nabilah & Irfan sewaktu musim bunga di Yanbu Al-Sinna'iyah, Saudi Arabia

Hari ini genap anak aku Nabilah berusia 10tahun. Diam tak diam dah besar anak dara aku ni walaupun masih lagi bergelumang dengan anak2 patung barbie dia. Baru2 ni dia ada belajar 'goreng telur' tapi malang minyak pulak tepercik kat mata. Alhamdulillah tak serius sangat. So, pada sesapa yang ada anak yg tengah nak belajar masak tu pantau2 ler dia supaya insiden yang tak diingini berlaku. Anyway HAPPY BIRTHDAY TO MY LOVELY DAUGHTER NABILAH SYUHADA. MAMA LOVE YOU FOREVER... Mama doakan semoga Nabilah menjadi anak yang solehah berguna pada masyarakat didunia dan akhirat nanti... Amin

Wednesday, September 14, 2011

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD IRFAN



BUAT ANAK LELAKI TUNGGALKU MUHAMMAD IRFAN. MAMA DOAKAN SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH, TAAT PERINTAH ALLAH DAN MENJADI SEORANG MANUSIA YANG BERGUNA KEPADA DUNIA DAN AKHIRAT.
SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-6 BUAT MUHAMMAD IRFAN
MAMA SAYANG IRFAN! MUAHHHHH

Wednesday, July 13, 2011

HAPPY BIRTHDAY NAZIHAH

Happy Birthday, Sanah Helwa serta Selamat ulang tahun buat anak mama NAZIHAH SYUHADA yang ke-14tahun....


Begitu cepat masa berlalu... Daripada baby yang kuat menangis menjadi kanak2 yang periang tetapi nakal dan sekarang menjadi seorang remaja yang sangat aktif.


Semoga anak mama menjadi insan yang berguna didunia & akhirat, menjadi muslimat yang taat perintah Allah serta mendapat hidayah Allah hingga ke akhir hayat.... Amin... Mama & ayah sayang Nazihah Syuhada....

Thursday, May 5, 2011

HAPPY BIRTHDAY HANISAH

Hari ini genap umur anak aku Hanisah 12tahun. Nak kena buat IC lepas ni... Tapi kena balik cuti nanti, Insyaallah...


Buat Hanisah Syuhada, Selamat ulang tahun mama ucapkan semoga menjadi insan yang berguna didunia & akhirat, menjadi muslimat yg solehah & mendapat hidayah Allah hingga keakhir hayat. Amin.... Mama & ayah sayang pada Hanisah.


HAPPY BIRTHDAY HANISAH SYUHADA

Tuesday, February 8, 2011

HAPPY BIRTHDAY HAZIQAH SYUHADA


HAPPY BIRTHDAY UNTUK ANAK SULUNGKU YANG KE 16 TAHUN....
SEMOGA MENJADI MUSLIMAH YANG BERTAQWA, TAAT PERINTAH ALLAH, MENJADI MANUSIA YANG BERGUNA PADA MASYARAKAT DIDUNUA DAN AKHIRAT SERTA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH PADA MAMA DAN AYAH.... AMINNNNNNNNN


HAZIQAH SYUHADA BINTI ZURAILI

Monday, November 15, 2010

HAPPY BIRTHDAY NABILAH SYUHADA




Hari ini genap anak aku yang ke-4 berusia 9tahun. Cepat betul masa berlalu. Tak sangka dah sebesar ni anak mama... Kepada Nabilah, mama ucapkan selamat ulangtahun yang ke 9 semoga menjadi anak yang solehah, taat perintah Allah, berguna pada masyarakat didunia & akhirat serta menjadi muslimah yang sejati... Aminnnnn....




HAPPY BIRTHDAY NABILAH SYUHADA


MAMA LOVE YOU!!!

Tuesday, September 14, 2010

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD IRFAN






Hari ini genap anak lelaki tunggal ku a.k.a yang bongsu berusia 5tahun... Terasa masa cepat berlalu. Semoga anak aku ni panjang umur taat perintahNya dan taat pada ibu bapa serta menjadi anak yang soleh....





HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD IRFAN



SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN BERGUNA DIDUNIA & AKHIRAT



MAMA SAYANG IRFAN.... MUAHHHHHHH

Tuesday, July 13, 2010

HAPPY BIRTHDAY NAZIHAH SYUHADA

Hari ini dan waktu ini genaplah usia anak yang ke-2 aku 14tahun... Cepat betul masa berlalu dan anak aku semakin membesar... Tak sangka dah remaja... Terasa begitu cepat masa berlalu dan terlalu pantas masa meninggalkan zaman kanak-kanaknya...Aku pun macam rasa tak puas lagi dukung dan belikan gula-gula serta kupas kulit kuaci untuk dia, pergi McD belikan Happy Meal kegemarannya.... Cepat sungguh masa berlalu... Buat anak mama yang tersayang, ucapan mama pada hari ini;

HAPPY BIRTHDAY NAZIHAH SYUHADA
MAMA DOAKAN SEMOGA MENJADI
ANAK YANG SOLEHAH
BERGUNA KEPADA MASYARAKAT DIDUNIA DAN AKHIRAT

Wednesday, May 5, 2010

HAPPY BIRTHDAY HANISAH SYUHADA




Hanisah Syuhada...Happy Birthday sweetheart!!!


Hanisah under the red sea
Hari ini genap anak aku yang ke-3 menyambut ulangtahun yang ke-11....Mama nak ucapkan buat anak mama;

"SELAMAT HARI LAHIR BUAT ANAKKU HANISAH SYUHADA
SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH,
BERGUNA PADA MASYARAKAT DIDUNIA DAN AKHIRAT, INSYAALLAH..."

Wednesday, February 17, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN SUAMIKU....


Hari ini hari ulangtahun buat suami aku yang tersayang.... Semoga panjang umur untuk terus beribadah kepada Allah, diluaskan rezeki, bertambah iman, menjadi ayah yang baik dan kepada 5orang cahayamata, menjadi anak yang soleh kepada mertua aku dan suami yang penyayang kepada isteri~aku ler tuuu....hehehe...

Semoga suamiku yang tersayang didalam lindungan Allah dan diberkati selalu, Insyaallah...

Monday, February 8, 2010

HAPPY BIRTHDAY HAZIQAH SYUHADA

Happy Birthday Haziqah Syuhada

Hari ini genap umur anak sulungku 15tahun....Bermakna dah besar dah anak aku...Orang kata dah remaja...Mama dia??? Wahhhh....semakin 'berusia' ler...uwaaa!!!! Cenggitu ler putaran hidup...Dulu aku sebaya dengan anak sulung aku, mak aku lebih kurang umur aku....Esok2 dah bercucu pulak dah aku....huhuhu....Ishhhh apa ler yang aku merepek2 nih.....

Haziqah (belakang) bersama adiknya Nazihah (depan)

Kepada anak sulungku yang tersayang HAPPY BIRTHDAY mama ucapkan semoga menjadi anak yang solehah, berguna kepada masyarakat didunia dan akhirat....Insyaallah...Marah bukan bermakna mama tak sayang, pukul bukan bererti mama benci....Mama sayang anak mama....HAZIQAH SYUHADA.....

Sunday, November 15, 2009

HAPPY BIRTHDAY NABILAH

HAPPY BIRTHDAY NABILAH SYUHADA


Happy Birthday Nabilah Syuhada. Dah besar anak mama sekarang...8tahun yang lalu, mama terpaksa berulang alik ke hospital sebab ada komplikasi. 2 bulan pertama mama kena amek injection anak mama tak sihat dan kebarangkalian besar anak mama tak daapat melihat dunia ini.... Setiap minggu dan selama 2bulan mama kena amek time-off untuk ke hospital. Masa tuh mama kerja....


Sekejap jer masa berlalu....Harapan mama, semoga Nabilah Syuhada dipanjangkan umur, diluaskan rezeki, menjadi anak yang solehah, taat kepada perintah Allah dan berguna kepada masyarakat didunia dan akhirat.....Amin....

Monday, September 14, 2009

HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD IRFAN


"HAPPY BIRTHDAY MUHAMMAD IRFAN"

Pada hari ini mengikut sejarah 4 tahun yang lepas lahirlah seorang bayi lelaki yang lebih kurang 18jam kami sekuarga menunggu kelahirannyer.... Bayi tersebut aku dan suamiku namakan MUHAMMAD IRFAN! Waaaa..... Bersemangat gitu buat mukadimah kali nih! Muahahaha...


Buat Muhammad Irfan, Mama ucapkan selamat menyambut ulang tahun yang ke-4 semoga menjadi anak yang soleh, berguna pada masyarakat didunia dan akhirat. Insyaallah.......

Monday, July 13, 2009

HAPPY BIRTHDAY NAZIHAH SYUHADA

HAPPY BIRTHDAY BUAT NAZIHAH SYUHADA BINTI ZURAILI


Nazihah berusia 2 hari
Laparrrr.... 1st time umrah. Begitu teruja!!!!



Boat Diving dengan kakak....
Jieha kat dasar laut bersama ikan2 dicelah coral...

Hari nih, genap umur anak aku yang ke-2 berusia 13 tahun! Tahun lepas kami sekuarga celebrate kat Al-Baik jerrr.... Tapi kali nih Jieha dia celebrate birthday kat dasar laut bersama ikan2! Waaaa..... Kesiannnnnn mama kat atas darat nihhhhh.....
Bersiap sedia nak wat Beach Diving ngan kakak gakkkk...

Graduation Day di Tawheed International School


Teringat masa nak bersalin dak Jieha nih, aku terpaksa berulang-alik sebab nak ikutkan memang dah due. Tapi doktor kata tanda2 dak Jieha nak kuar tak nampak lagik! Waaaa.... Ini budak sudah syiok duk dalam daaaaa.....

Di SKTR2

Kejohanan Taekwondo sekolah2 Daerah JB

Akhirnyer pada hari Sabtu, 13 Julai 1996 tepat jam 8.20 pm, dak Jieha selamat kuar setelah duk dalam perut selama 41 minggu! Itu pun setelah aku bertarung nyawa selama 8 jam!Kira dier nih paling cepat ler...hehehehehe..... Lama seyyyyyy.... Dah ler tuh, nak kuar pun induce!Uwaaaa!!!!!


Malangnyer selepas kelahiran Jieha, plasenta atau uri tertinggal kat dalam. Tak tau ler napa... Doktor kata melekat! Masa proses keluarkan uri tuh aku rasa nyawa kat hujung tanduk! Sakitnyer hanya Allah jer yang tau! Perghhhhh!!!! Masa tu rasa macam dah nak matiiiiiii sangatttt!!!! Uwaaaa!!!!!


Kalau nak ikutkan masa pragnent Jieha, aku tak banyak masalah. Cumer tak nak makan. Tu jerrr.... Masa tu slim abisssss wa cakap luuuuu!!!! Masa tuh aku dapat kekalkan sampai aku anak 5! hehehehehe..... Bila anak2 dah besar, tak sedo ler pulak pump lori mana tah direct kat badan aku sampai jadik bulat! huhuhuhu.....


Jieha bergurau ngan Irfan...



Mama harap, semoga Nazihah Syuhada menjadi anak yang solehah dan berguna pada masyarakat didunia dan akhirat, Insyaallah.....



HAPPY BIRTHDAY!!!!!

Tuesday, June 30, 2009

HAPPY BIRTHDAY IBU MERTUAKU!!!!


Hari nih hari ulang tahun ibu mertuaku.... Ibu mertuaku nih takder ler macam ibu mertua Kasim Selamat! Muahahahaha....


Selamat hari lahir buat ibu mertuaku Pn. Yami @ Madinah Binti Jelani semoga dipanjangkan usia untuk terus beribadah kepada Allah, Insyaallah....



Suami aku bersama maknyer yang tersayang sebelum berangkat ke Saudi....

Tuesday, May 5, 2009

HAPPY BIRTHDAY HANISAH SYUHADA

Sambut ulang tahun yang ke-7. Tak sempat bukak baju sekolah daaa....

Hari ni genap umur anak aku yang ke-3, Hanisah 10 tahun. Masa memula pragnent dia aku takder ler banyak alahan. First 3months pragnent doktor bagitahu kat aku plasenta low(uri kat bawah). Keadaan nih berlarutan sampaiiiiiii ler kandungan aku berusia 7bulan! Alhamdulillah plasenta tuh naik kat atas. Memula tuh, doktor kata kalau plasenta tuh tak gerak2 still kat position yang sama, kemungkinan besar aku tak leh bersalin normal. Orang tua2 kata kena IKUT TINGKAP ler...hehehe... Alhamdulillah plasenta tuh tahu kat mana sepatutnyer dia berada...hehehe...

Kat Tanjong Puteri Golf Resort. Lepas swimming main dulu...


Baru balik dari Tadika Nuri. Masa nih umur 6tahun

Tempat pertama acara sukaneka masa tahun 1

Hanya dapat tempat ke-3 acara 4x100 perempuan B...Jadik laaa....
Jap lagik nak lari nih, acara 4x100m perempuan B

Ready nak pegi kelas Taekwondo

Perangai aku masa pragnent Hanisah masa tuh, suka masak, kuat makan, kuat tidur dannnnnn sukaaaaaaaa sangat nengok citer CINA! Sumer programme citer cina kat channel TV aku tau. Dari TV M'sia sampaiiiiiiii ler ker TV S'pore. Siap tau nama2 pelakon dari Hong Kong ngan S'pore, wa cakap lu....Muahahaha.... Tapi sekarang dah tak ingat lagik dahhhhh.....huhuhu...

Sambut Raya kat umah Atok Mak ngan Atok Abah....

Bersama sepupu sebelah mama....

Pegi beraya umah atok sedara sebelah ayah. Syokkk jenjalan ngan sepupu sambil kumpul2 duit raya...hehehehe

Hanisah lahir setelah aku wat appointment ngan doktor sebab aku ngan suami nak anak kami lahir pada 5/5/99. Kenapa aku leh suka2 pilih tarikh? Aku bukan caser tapi aku induce. Anak2 pompan aku kan sumer overdue. Hanisah dalam perut selama 41 weeks! Syok sangat kotttt. So, ngan senang ati leh ler pilih tarikh! hehehehe....

Hanisah Syuhada berusia 2hari

Hanisah lahir pada hari Sabtu tepat jam 8.20malam seberat 3.30kilogram! Semoga menjadi anak yang solehah, insyaallah......

Tuesday, February 17, 2009

HAPPY BIRTHDAY ZURAILI!!!!


Selamat ulang tahun buat suami aku ZURAILI(tuan punya VILLA BAYU) semoga dipanjangkan umur untuk beribadah kepada ALLAH, semoga dilimpahkan rezeki dan juga supaya menjadi seorang suami dan ayah dilindungi dan diberikan hidayah olehNya selalu, Insyaallah....

Permata hati Zuraili dgn aku ler...

Bersama hero nyer Irfan.....

Sunday, February 8, 2009

HAPPY BIRTHDAY HAZIQAH

Happy Birthday Myspace Comments


HAPPY BIRTHDAY BUAT HAZIQAH SYUHADA

Dah besar dah anak dara aku yang sulung ni.... Masa 14 tahun yang lalu aku rasa macam baru jer semalam berlaku! Teringat masa menunggu kelahiran akan sulung tuh! Teruja sangat!!!! Maklum ler anak sulung!!! Dannnn aku rasa sumer orang mengakuinyer... kan kan kannnnnn.....


Haziqah selepas 2hari dilahirkan

Kalau mengikut perkiraan yang doktor berikan, aku sepatutnyer bersalin pada 23hb Januari iaitu tarikh perkahwinan kami (itupun doktor kira dah 40 minggu). Biasalah mengikut perkiraan, doktor mesti lewatkan sikit tarikh dari yang sebenar. Tapi Kelahiran, Jodoh dan Kematian sumer ditentukan Allah. Aku bersalin lewat daripada tarikh jangkaan doktor! Lewat 16hari! Bukan salah kira, tapi itulah kenyataannyer!!! Bermakna aku 'menghusung' perut aku yang gedabak ni selama 42 minggu bersamaan dengan 10 1/2bulan!!! Gelihati pun ada bila doktor terkejut bila aku jumpa dia untuk check-up sebab yang saing2 aku sumer dah bersalin tapi anak aku yang sorang ni 'syok' lak kat dalam perut!!! hehehehe....

Bersama Cikgu Fazilah semasa di Tahun 6 SKTR2

Akhirnya, doktor bagi aku ubat untuk dimakan. Doktor tu kata 'Bila you makan jer ubat ni nanti, malam ni you akan rasa nak bersalin'. Tapi setelah 4hari aku 'telan' ubat tu bersama2 'air selusuh' baru ler aku rasa sakit nak bersalin....hehehe...Takder maknenyer malam tuh sakit!hehehe...Sampai Doktor pun pelik masa tu sebab anak aku 'liat' nak kuar. Siap dah tulis date lagik nak caser! kui kui kui.... Dannnnn baru aku tahu, aku hanya 'overdue' hanya untuk anak2 pompan jer itu pun setelah kemunculan anak lelaki tunggal aku tu.... hehehe....

Kenangan menjadi seorang MAMA semasa melahirkan anak sulung adalah kenangan terindah! Sebab???? Bila mendapat anak sulung ler baru aku bergelar sorang MAMA. W/pun aku terpaksa bertarung nyawa lebih dari 10 jam! Bermula jam 12 tengah malam sampai ler hampir jam 10 pagi! Perghhhhh!!!!! Tak tido aku satu malam.... Tepat jam 9.50 pagi akku selamat melahirkan anak sulung aku yang beratnyer 3.20kg dan aku namakan dia HAZIQAH SYUHADA....Semoga menjadi anak yang solehah wahai anakku! AMIN....................

Thursday, December 4, 2008

HADIAH ULANGTAHUN

Hari ni adalah ulangtahun aku. Yang ke berapa? Shyyyyy...'BIARLAH RAHSIA'.........Bak kata Datuk Siti Nurhaliza.

Terima kasih buat suami aku kerana memberikan 'hadiah' yang paling berharga dan tak ternilai harganya dalam hidup aku pada hari ini! Membawa aku MENGERJAKAN IBADAH HAJI! Terima kasih suamiku diatas hadiah yang sangat berharga dan tidak ternilai harganya....Terharu aku!


Kami sambut panggilan-Mu ya Allah.....Labaikallahhummalabaik....


Dan pada hari esok aku dan suami akan pergi ke Kota Makkah bersama2 rakan2 yang lain untuk mengerjakan rukun Islam yang ke-5. Mudah-mudahan aku & suami mendapat haji yang mabrur......Insyaallah....

TERIMA KASIH SUAMIKU....

Saturday, November 15, 2008

HAPPY BIRTHDAY NABILAH

Nabilah 5 tahun - Nak pegi wat konsert, mama make-up kan
Hari nie, genap umur anak aku Nabilah 7 tahun. Emmm...Dah besar dah anak mama...Teringat dulu masa mengandungkan si Nabilah ni. Ada komplikasi masa aku mengandungkan dia. Doktor bagi tahu kat aku, janin dalam rahim aku tak berapa kuat dan chances untuk gugur besar. Masa tu, doktor advise pada aku untuk amek suntikan hormon selama 2 bulan, pada setiap minggu. Doktor kata masa tu, aku tak leh wat kerja-kerja berat. Even drive pun doktor tak benarkan. So, in early stage pregnant ni aku banyak ler berehat dan MC pun banyak...he he he

Baru pandai meniarap

Nabilah 6 tahun - Nuri Graduation Day

Nabilah nak pegi sekolah agama, awal tahun ni

Aku panjatkan syukurkepada Allah selepas selama 8 jam aku 'bertarung' nyawa, maka Allah kurniakan aku dan suamiku insan yang bernama NABILAH SYUHADA. Nabilah lahir sama tarikh dengan abah mertua aku. Bestkan??? Yea la...anak-anak aku lahir semuanyer induce, sebab over due-41 to 42 weeks. So, boleh ler aku pilih tarikh! he he he..Tapi yang tak 'best'nyer masa tu, esok adalah hari pertama umat Islam berpuasa. Maka....Aku 'terpaksa'lah mengganti puasa selama sebulan...hu hu hu

Dan....SELAMAT ULANGTAHUN juga buat abah mertua aku YANG KE-66 TAHUN, buat TN HJ A. RAHMAN SIDEK BIN HJ MOHD MOKRI, semoga panjang umur & dimurahkan rezeki untuk beribadah kepada Allah...Insyaallah

Abah, dengan Irfan masa datang ke Yanbu dirumah Abu Hasan