Showing posts with label hariraya. Show all posts
Showing posts with label hariraya. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Rasanya masih belum terlewat lagi untuk aku sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA untuk kawan2 yang mengenali aku.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Monday, November 22, 2010

HARI RAYA QURBAN 2010

Juadah sempoi di pagi raya
Irfan, Danish & Darwish makan ais krim 'raya'... hehehe


16 November 2010.... Umat Islam diseluruh dunia menyambut Hari Raya Qurban atau juga disebut Hari Raya Haji & Hari Raya Aidil Adha. Tahun ni aku sambut sesempoi yang mungkin sebab suami dan anak2 aku menunaikan rukun Islam yang ke-5. Giliran aku pulak kat rumah menemani anak2 yg belum baligh... hehehe... Disamping tu aku ada juga menerima anak2 angkat seramai 4 orang selama seminggu yang ditinggalkan sementara oleh kedua ibubapa mereka kerana menunaikan rukun Islam yang ke-5 bersama rombongan suami & anak2ku. Mereka sumer ni anak2 pasangan En. Fadli & Pn Zuzarni. Comel tak mereka semua? hehehe...
Izzat

Syakirah
Twin... Darwish (kiri) & Danish (kanan)

Pagi raya tu aku takde ler masak special sangat. Sekadar untuk memeriahkan dan meriangkan hati anak2 yang kena tinggal sementara. Pagi tu aku cuma masak ketupat segera yang diimport khas daripada M'sia (masa balik cuti summer aritu sempat ler aku pikul 2-3 bungkus), sambal kacang @ kuah kacang, kuah lodeh, rendang ayam dan serunding daging atau orang Kelantan panggil Sambal Daging. Serunding daging ni pun aku kirim pada sahabat yang juga ustazah anak2 aku dulu iaitu Puan Noor Azmah yang kebetulan balik bercuti ke kampung beliau di Kota Bahru, Kelantan semasa cuti penggal bulan 6 yang lepas. Jutaan terima kasih untuk beliau yang sudi mengkagro serunding2 daging itu untuk aku... Jauh tuuu daripada Kota Baharu ke Johor Bahru dan seterusnya ke Yanbu... Ahaks! Kuih raya pulak aku buatkan ler sebuku Blueberry Cheese Cake resepi seorang sahabat yang memang terror buat kek kat Yanbu ni, tak lain dan tak bukan Puan Fazimah atau nama glamour dia Ima Ghaz dan Chocolate Chips Cookies resepi dari seorang sahabat yang jauh nunnnnn kat Taxes US iaitu Puan Salina Hawa atau nick name yang aku bagi kat dia Kak Sally... Thanks a million both of you....

Sunday, September 19, 2010

BERAYA DI JEDDAH

Hotel Intercontinantel, Jeddah... Tempat kami menginap 4hari 3malam...

Beraya kat Saudi ni tak macam kat M'sia. Bulan syawal ada sebulan maka sebulan ler kita beraya. Kengkadang tu siap ada sempena lagi...hehehe... Bukan mengata yer, sebab aku dulu pun camtu gakkkk...huhuhu... Kat sini, habis solat raya maka habis ler sudah... Takde kesinambungan lagi...huhuhu... Mujurlah lepas solat raya ada ziarah raya daripada rumah kerumah. At least terubat rindu beraya. Hari2 yang berikutnya? Emmm... Memana yang ada perancangan untuk keluar dari Yanbu untuk makan angin, maka berbondong2lah mereka keluar daripada Yanbu. Termasuklah aku sekuarga. Memana yang suami kena bertugas diwaktu raya, terpaksalah mereka duduk 'bertapa' kat rumah bersama anak2. Sebab kat sini kaum wanita tidak dibenarkan drive, w/pun naik basikal! Kesiannnnnn kan kami kannnn....

Pemandangan pantai Obhur... Pantai yang cantik & air yang jernih Nunnn dibawah payung kuning tu adalah wanita Saudi yg pakai 2pcs tgh hisap rokok yg sempat aku skodeng... Gambor tak clear sebab gambor skodeng...hehehe

Perjalanan 'raya' kami rahun ni tak jauh mana punnnn.... Cuma kat Jeddah jerrrr... Kawan2 yang menyertai expedisi Jalan2 Raya Jeddah ni sama macam kawan2 yang menyertai jalan2 raya ke Abaha tahun lepas. Sudah tentulah sahabat seperjalanan dan sepemakanan anginanku, kuarga Hj Ghaz & Imah (wajib)...hehehe... dan kuarga Hj Zaki & Mas.

Aha! Raya kali ni kami ke pantai jerrrr... Perancangan awal kami nak menginap kat Obhur iaitu salah satu pantai yang ada kat Saudi ni. Pantai ni berhampiran dengan Jeddah. Tapi malangnyer semua bilik2 dan resort penuh! Tak sangka! Ada juga yang available yang ditawarkan tapi harganyaaaaaaaaaaa MAK DATUK!!!!! Boleh wat tambang pergi balik M'sia! SR18K-SR20K! Itu pun dia kata pakej untuk 5hari. Buat hapa! Bukan kami nak berdondang sayang kat situ, kami cuma nak berehat2 disamping menjalani aktiviti snorkeling dan diving jer...

Untuk masuk ke Pantai Obhur ni, CAMERA NOT ALLOWED! Tapi handphone yang ada camera boleh...hahahaha...Kelakor kan? Tapi itulah hakikatnya... Kenapa tak boleh? Ha! Ni yang aku nak cerita. Kat dalam pantai yang 'berkepung diluar tapi terbukak didalam' ni KHAS untuk org2 luar yang macam aku ni (bukan saudi) dan untuk orang Saudi yang American minded jer... Maksudnya? Kat dalam ni abaya tak pakai pun takpe dannnnnn kalau nak pakai 2pcs pun DIBOLEHkan! Aku? Weiiiiii.... Aku ni kan perempuan Melayu terakhir...So, aku malu2 gitu (sambil jln tertunduk malu...hehehehe)...

Memula masuk tu aku terkezut unte jap! Owh! Inikah perempuan2 Saudi yang suka MENGHARAMKAN apa yang orang luar pakai? Cakap tak serupa bikin! Kat dalam tu aku betul2 terkejut dengan dorang sumer! Pakai bikini~2pcs punya, hisap rokok & bertindik pusat! Dorang ni Muslim! Kalah Minah2 saleh weiiii.... Ngeri gituuuuu... Tapi bila dorang keluar dari situ bijik mata pun tak nampak! Sebab aku pernah tanya pada pompan saudi (masa aku pegi gym) yang tahu berbahasa English ni (sebab majoriti dorang ni tak tau bahasa English atau memang takmo cakap, itu aku tak tau) dia kata pakai niqab @ purdah ni cuma culture @ budaya dorang jer... Kalau dorang tak pakai purdah bermakna dorang memalukan kuarga dorang. Itu yang dia sampaikan pada aku. Kalau dia tipu maka aku tipu ler korang yerrrr....huhuhu

Irfan 'celebrate' birthday bersama kawan2

Tengahari aku dan suami sempat ke Baskin Robin's untuk beli kek Birthday Irfan. Selama 2tahun berturut Irfan sambut birthday pada bulan puasa. Kali ni dapat ler dia celebrate bersama kawan2 kat dalam bilik hotel. Majlis kecil2an jerrr... Orang kata jangan tidak, cuma untuk sukakan hati anak2....

Air pancut tertinggi didunia, Jeddah KSA

Petang selepas celebrate Irfan birthday dan 'berpeleseran' di pantai Obhur, kami pergi beraya dirumah Consulate M'sia~En Ramlan & Pn. Ita. Emmmm.... Sedap sungguh spagetti yang dihidangkan. Hilang segala diet aku...Sebab aku rasa aku yang 2kali tambah! hahahaha... Balik daripada beraya kami semua singgah ditepi pantai laut merah di Jeddah sambil menikmati pemandangan malam dan air pancut tertinggi didunia.

Pada keesokan harinya, kami semua berkemas2 untuk pulang ke Yanbu. Itu menandakan sambutan Raya untuk kami dah sampai kepenghujungnya....huhuhu...Tapi tak tau ler kalau2 ada kawan2 yang nak buat open house bagi memeriahkan lagi suasana hari raya kannnn... Aku okey jer, dengan syarat kena jemput ler... Orang kata malu makan laporrrrrrrr.....hehehe

Saturday, September 18, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA pada kaum keluarga, serta rakan2 yang mengenali aku mahupun dialam maya.

Sebelum solat raya Irfan possing dulu dgn ayah

Irfan ditengah2 kelompok pak arab utk bersolat raya dipadang pasir, Yanbu

Hari Raya tahun ni aku sambut kat Yanbu lagi. Tapi tahun ni aku sempat ikut suami aku pergi bersolat raya di padang pasir Yanbu ni. Alhamdulillah...Tahun lepas tak berkesempatan disebabkan kerja2 'opis' yang bertimbun...(alasan jer tuuuu...hehehe) Tahun ni pergi pun sebab aku tengok keadaan 'opis' aku dah clear dan takde apa lagi yang aku rebutkan, so keputusan last minute aku buat pada pagi itu. ~ erkkkk...bukan menunjuk yerrr tapi sekadar bercerita tauuuu... Bersolat raya kat padang pasir Yanbu ni banyak bezanya kalau compare kat dalam masjid. Kalau dulu tahun 2008 aku bersolat raya di Masjidilharam, tahun lepas missed...hehehe dan tahun ni aku bersama2 kumpulan wanita arab majoritinya dan sebahagian kecil wanita2 Pakistan & India serta wanita Indonesia (maid mak2 arab). Aku? Sorang2 pompan Melayu terakhir kat tengah2 kelompok wanita arab...hahahaha... Tapi pengalaman yang menyeronokkan! Tengok dorang bergaya dipagi raya bersama manisan & coklat untuk diberikan pada kawan2. Tapi aku dapat jugak manisan daripada orang2 arab ni. Manisan ni termasuk ler kurma selain daripada coklat arab dan manisan dorang....

Rumah pertama kami beraya. Rumah Abg Pee & Mar 'Abg Sulong' warga Yanbu...hehehe

Sebahagian tetamu yg hadir dirumah kami pada hari raya pertama
Beraya disebahagian daripada rumah kwn2 Yanbu


Setelah selesai solat raya, aku bersama kuarga menyertai programme raya di Yanbu ni. Biasalah ziarah raya dari rumah kerumah dari pagi sampai kepetang. Terasalah juga suasana raya untuk kami yang 'tertinggal' di Yanbu dan tak dapat balik M'sia. Ramai juga kawan2 yang suami mereka terpaksa bertugas dipagi raya, so pada kawan2 yang suami mereka kena bertugas pada hari raya pertama tu mereka akan menumpang kereta kwn2 untuk ziarah raya. Bila berjauhan dari kuarga, kawan2 sekeliling yang jadi kuarga serta pengubat rindu... Macam ni ler orang hidup merantau...huhuhuhu...


Selesai sudah cerita sambutan hari raya di Yanbu.... Cerita beraya seterusnya akan bersambung nanti........ tatatititutu.... hehehehe

Saturday, September 26, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA

Juadah Hari Raya tahun nih...Meriahhhh ler skett....hehehe


Tahun nih adalah tahun yang ke-2 aku bersama family tak balik beraya kat M'sia. Biasalahhhhhhhh kat sini raya pun macam tak raya. Seperti entry aku yang lepas, kemeriahan hanya dirasai masa bulan Ramadhan jerrr...


Teringat tahun lepas, aku sambut raya kat Mekah bersama family. Aku ingatkan meriah ler sambut raya kat sana. Rupernyer habis solat raya jer keadaan back to normal! Senyap sunyi. Tak nampak pun orang ziarah dari rumah ke rumah. Yang sedih sekali, aku bersama family makan pagi raya kat dalam hotel. Juadah kami pada masa tuh hanyalah nasik arab beralaskan 'saprah plastik nipis' kat atas lantai! Kalau saprah tuh tebal kira okey ler gakkkk nih saprah tuh alahaiiiii memang jelas nampak lantai hotel tempat kami menginap! Sayuuuuuu jer rasa hati...huhuhu


'Possing maut raya' duluuuu sebelum pegi ziarah rumah kengkawan Yanbu...Muahaha

Tapi kali nih, suami aku ambik keputusan untuk sambut raya kat Yanbu jer. Dia kata nak solat raya kat padang pasir. Kat sini dorang tak solat kat masjid, dorang solat raya kat padang pasir unless kat Masjidilharam dengan Masjid Nabawi. So, raya tahun nih kami sumer sambut raya kat Yanbu jer.....

Rumah pertama yang kami tuju, rumah Zaki & Mas

Rumah Hj Ghaz & Imah

Sebahagian daripada kengkawan Yanbu yang 'tertinggal' & kengkawan yang datang dari Jubail

Aku rasa sambutan raya pada tahun nih agak meriah kalau compare dengan tahun lepas. Yer ler, tahun nih siap konvoi reramai pergi ziarah dari rumah ke rumah kengkawan yang 'tertinggal' kat Yanbu nih. Yang paling best, ramai kengkawan daripada Jubail datang dan turut serta. Memang meriah! Anak2 pun dapat ler rasa suasana raya.Walaupun tak semeriah beraya di M'sia,sekurang2nyer kemeriahan raya ada ler jugakkkk dirasakannnnn...Alhamdulillah...

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena dihari yang mulia ini aku ingin memohon ampun dan maaf kepada mak, abah, mertua, adik2, ipar-duai serta biras2 aku yang berada jauhhhhhhhh di M'sia diatas kekasaran bahasa dan perbuatan yang menyinggung perasaan. Panjang umur dan ada rezeki aku akan menyambut Hari Raya bersama2 kalian semua......Insyaallah....

Kepada semua pelayar2 blog semua sama ada yang mengenali aku khasnyer atau yang berada di alam maya pada am nyer aku mohon keampunan dan kemaafan seandainyer ada tersilap typing atau terkasar bahasa. Disini ingin aku mengucapkan kepada kalian semua;



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
DARI KAMI SEKELUARGA
SAUDI ARABIA.

Sunday, October 19, 2008

SNORKELING DI YANBU

Minggu lepas aku dan family ada menghadiri jamuan hari raya untuk Malaysian di Yanbu ni di Dolphin Resort. Seronok sesangat.... Rasa macam kat Malaysia gitu! Dengan lagu2 hari rayanyer, baju2 kurungnyer bagi orang pompan dan yang lelakinyer berbaju melayu. Suami aku kata, kat Saudi ni kalau bilik2 yang ada kat Resort ni dipenuhi oleh expatriate, orang2 Saudi tak dibenar kan masuk kat Resort tersebut. Suami aku ada tanya kat salah sorang staff kat situ. So, satu resort tu, kami ler yang punya. Sebab tu ler ramai antara kami yang tak pakai abayah. Makanan? Boleh arr tekak aku ni masuk atau pun tekak aku ni jenis sume makanan leh masuk.....Muahahaha.....
Aik! tak der org lain ker? Macam dah 'pajak' jer jawatan MC ni...

Mama, bila nak makan ni! Lapar laaa.....

Aizal, sorok baju mahal ker?....

Aku dengan kuarga sampai agak awal. Mulanyer kami ingat kami dah terlewat bebenar ler (sebab malam tu kami sumer pegi open house umah Kak Za. Seronok gitu! Ada favorite food aku, laksa Johor! 4 pinggan aku bedal! Terima kasih kak za!) Sesampainyer aku kat Dolphin Resort, anak2 aku tak lepas peluang, dorang sume pegi terjun kolam. Yang besar2 lak, ikut ayah dia pegi snorkeling. Maklum ler dah 7 bulan gitu anak2 aku tak bermandi-manda di kolam. Kalau kat Malaysia kami anak-beranak selalu mandi kat Tanjong Puteri Resort. Nak katakan every week kalau tak de pegi memana. Kat sini limited. Segalanyer terbatas buat orang pompan...huhuhu

Lunch, kami kat Dolphin disajikan dengan sandwich. Pergh.......Bukan setakat keroncong, dangdut, R&B, Rock, balada sumer ada ler kat dalam perut aku ni... Dah macam show MUZIK-MUZIK! Itu pun selepas kami sumer dah melakukan aktiviti petang. Naik boat round keliling bay kat situ, sebelum tu beramah mesra dengan ustazah dan isteri2 consulate daripada Jeddah.

Malam tu pas solat Isyak, baru ler acara bermula. Aha! siap ada game lagi! Kat sini game sume malam. Malam sejuk sket kalau siang alamatnyer jadik ikan kering ler jawapnyer....Acara selesai aku tak pasti sangat sebab masa tu aku balik bilik jap tidurkan Irfan. Bila aku kuar jer sumer orang dah tak ada(cuma aku berselsih jalan dgn kak za nak balik) yang tinggal hanya kaum bapa jer...huhuhu. Tapi aku sempat gak minum chocolate panas dia. Sodapppp seh!


Ala-ala filem Titanic gitu!

Pagi tu aku dan family sempat gak naik boat lagi. Kali ni bukan anak2 aku jer terjun laut, tapi dengan aku sekali! Aku siap berenang dan wat snorkeling lagi kat tengah2 laut!(kat tempat cetek jer tapi kira ok ler dpd kempunan). Tak lama pas tu boat kami ditahan polis sebab dapat aduan dpd org2 Palastien ada antara kami bawak jet ski dah over border. Walhal kawan tu dah dapat information kalau tunda belakang boat tak salah. Kira kes jealous le ni sebab dorang tak dapat buat. Sib baik tak de apa2 ....Alhamdulillah....

Lepas gian, kat tengah laut tu!

Pas solat Jumaat, kami sumer check-out. Perjalanan balik, kami sume sempat singgah pasar cari ikan. Dah lama tak makan ikan. Rindu....Suami aku jer yang pegi shopping ikan!hehehe... Antara ikan yang dibelinyer, spises ikan cacat yang 'terpaku' jap aku bila proses menyiang ikan nih! Kalau ada sesaper yang tau spises ikan ni leh ler inform kat aku. Tapi sedap ikan ni. Lemak berkrim disukai ramai.....


Spises ikan yg bermata sebelah. Ikan apa ye?

Thursday, October 2, 2008

BERAYA DI YANBU AL-SINAIYYAH

Beraya di Radwa 6, Yanbu Al-Sinnayah

Selepas menyambut Aidilfitri di Makkah, kami sumer balik ke Yanbu Al-Sinnayah untuk makan2 lak. Yea ler, pepagi raya orang sumer kat Malaysia makan ketupat dengan rendang tetiba kami anak-beranak sumer makan nasi arab beralaskan saprah diatas lantai. Kesian ler aku tengok anak2 aku tu.... So, pagi tu aku, suami aku dan anak2 sumer 'gotong-royong' masak untuk raya walaupun masa tu kami masak agak lewat sket, tapi berkat kesabaran dan kesungguhan kami (nak makan punya pasal), makanan pun siap dihidang jam 3:30 petang. he he he... Yea la, nak masak awal, kedai sumer tak bukak pepagi. So, kami sumer start pun lambat ler... Yang penting, aku puashati bila tengok anak2 dan suami aku dapat makan makanan raya macam kat Malaysia walaupun tanpa ketupat dan lepat(orang Johor memang tak lepas dengan ketupat & lepat nih...)

Tak sabar nak makan ni mama!

Nabilah nak lauk kari ayam dengan rendang unta.

Malam tu lak, kami sumer dijemput makan di rumah Leman & Mas. Lepas makan dari rumah Leman dan Mas, kengkawan dari YIC/YUC pun tiba rumah kami.

Irfan sebok melayan 'tetamu'nyer...

Esoknyer pulak, kami buat makan2 sket untuk kengkawan yang tak dapat balik beraya di Malaysia (macam aku). Aku masak ler seadanya...Buat kengkawan sumer, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kerana sudi datang walaupun malam tu, nasik impit aku tak berapa menjadik sebab kurang sejuk. Aku potong awal sebab dah jadik kelam-kabut sket.....Insyaallah, panjang umur, murah rezeki dan kami masih lagi ada disini, aku masak2 lagi buat ubat rindu kat Malaysia....


Antara kengkawan yang hadir....

Tuesday, September 30, 2008

MENYAMBUT AIDILFITRI DI ARAB SAUDI

Menyambut aidilfitri tanpa mak, abah, adik-beradik, sedara-mara,atuk,pak cik & mak cik tahun ni memang agak berbeza buat aku. Apa taknyer, aku ni mana pernah sambut hari raya kat luar negara. Berbeza dengan suami aku yang dah pernah beraya diperantauan so, dia tak ler rasa sangat kalau compare dengan aku ni....Sedih beb! sob sob sob.....

Tahun ni, aku dengan anak2 serta suami, kami sumer menyambut hari lebaran di Tanah Suci Makkah dan kami sumer bersolat aidilfitri di Masjidilharam. Malam raya kami sumer menjamu selera di D'Saji bersama family Mas (Permata hatiku) & family Nazir.

Menjamu selera dimalam Hari Raya di D'Saji

Seawal 3:30 pagi kami sumer menuju Masjidilharam untuk solat subuh dan seterusnya solat Aidilfitri. Kat sini solat raya awal. 6:30 pagi kami sumer dah mula bersolat dalam 6:45 pagi dah selesai solat raya. Pas tu kami sumer menjamu selera 'nasi arab' yg beralaskan plastik 'saprah' diatas lantai bilik hotel(gambar tak sempat nak rakam bateri kong!). Sedihnyer....



Suasana selepas solat aidilfitri didalam Masjidilharam

Bersama keluarga selepas solat Aidilfitri di Masjidilharam

Lepas solat asar kami sumer bertolak dari Makkah menuju ke Jeddah. Bukan aper, cuma cari brg2 mentah untuk masak sok hari. Yea la, mana sempat nak masak pepagi raya pertama, takut 'rentung' lak bilik hotel tu nanti...he he he

Kami sumer tiba dirumah Radwa 6, jam 11:30 malam dengan makan nasi arab sepanjang hari dan kenangan beraya tanpa keluarga di Malaysia...hu hu hu....

Sunday, September 28, 2008

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidil Fitri buat kaum keluarga aku yang berada di tanah air, kepada kengkawan sumer yang berada di Malaysia mahupun di Yanbu dan kepada semua pelayar2 blog ini.


Mohon ampun dan maaf pada mak dan abah tercinta


Pada mak dan abah mertua, kemaafan dipinta

Dengan rendah hati, aku menyusun 10 jari memohon kemaafan seandainya apa yang tertulis di blog aku ni ada yang terkasar atau tersinggung perasaan.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN
dari aku (yang empunya blog MAMA BUNGAS) & KELUARGA
dan

Friday, September 26, 2008

PERSIAPAN RAYA

Persiapan raya kat Yanbu Al-Sinnayah ni, aku rasa macam tak de rasa pape pun. Orang2 kat sini lebih meriah menyambut 10 hari terakhir Ramadhan di Masjid2. Kalau tengok masjid2 kat sini penuh orang. Lelebih lagi kat Masjidilharam Makkah, Masjid Nabawi Madinah dan tak kurang gak Masjid Quba'(masjid pertama yg Nabi bina setelah tiba di Madinah). Tak macam kat M'sia, waktu2 macam ni ler bnyk SALE HARI RAYA. Banyak perbezaan dia....

Selalunyer bulan posa ni aku sebok jahitkan baju untuk anak2 aku tapi tahun ni lain sket. Semalam, aku dengan family pegi ler 'shopping' cari baju raya kami satu family. Aha! Jgn terkejut, kat sini pun aku ada baju raya tau! he he he...Nak tengok baju raya aku???? Jeng! Jeng! Jeng! Surprise!!!!

Tak ada baju kurung, abayah pun jadik lah....

Tahun lepas, waktu macam ni aku sebok kat bazar Ramadhan dengan Shikin, kawan karib aku sejak kecik lagi sama tu aku jual kuih raya yang aku amek dari kawan aku(carik duit raya he he he). Untuk aku buat sendiri, mintak maaf le bebanyak. Bukan aper, aku ni bukan reti buat cookies. Aku sendiri pun, 'buat kuih raya' kat Plaza Angsana, JB atau aku order dgn kengkawan aku sendiri (kuih tunjuk ler tu!). Aku ni kalau bab kuih raya especially cookies ni aku surrender awal2...hu hu hu. Nasib baik ari tu mertua aku ada bawakan sket kuih raya untuk kami. Dia tau menantu dia tak reti buat cookies....he he he...Tapi sini lain lak citer dia. Anak2 aku dah request suh aku wat cookies sebab dorang sumer nak tolong gentel2 tepung, nak tak nak aku 'terpaksa' gak buat cookies aku ni. Kalau kek tu aku masih okey lagi, sebab tuang jer dalam acuan. Ni cookies! hu hu hu... Maka 'tercipta' ler cookies ni aku yang aku namakan ALMOND CHOCOLATE COOKIES. Cheeewah!!!Nama sket punyer glamour, rasa? Tu, aku tak gurantee arrrr.....Kalau sudi, datang le kerumah aku, rasa ler nanti...huk huk huk...