
Eeeee... Seronoknyerrrr!!!!!

Ustaz Abdul Rahman
Pada kenkawan yang berada di Yanbu ni mesti tahu tentang lawatan yang diadakan pada hari Khamis 29 Januari yang lalu. Pada kenkawan yang tak dapat mengikuti lawatan tersebut tuh, insyaallah kalau ada rezeki kita buat lagikkkkk..... Lawatan kali ni agak special sket sebab Ustaz Abdul Rahman yang menerangkan serba sket tentang tempat2 sejarah yang kami tuju. Memula tuh kami sumer bertolak ke Jabal Tsur. Kat situ Ustaz ada menceritakan yang Nabi Muhammad S.A.W bersembunyi ke gua Tsur kerana dikejar oleh orang2 Musyrikin pada masa tuh. Bila dengar cerita ustaz tuh, aku rasa sedih bila mengenangkan betapa bersusah-payahnyer Rasulullah nak mengembangkan ajaran Allah pada manusia kat dunia ni. Dan ustaz juga ada beritahu bahawa penghijrahan Rasulullah dari Mekah adalah pada 20 Safar dan baginda tiba di Madinah pada 12 Rabiulawal. Bukan pada 1 Muharram.

Nuunnnn...Sayup kat atas tu ler Gua Tsur

Anak Dahisham yang 'bersemangat waja!'

Aku ler tuu dgn anak2....

Khusyuknyer anak2 dengar cerita ustaz....
Setelah tu kami sumer bertolak ke Padang Arafah. Tapi rombongan kami hanya singgah di Jabal Rahmah sahaja. Setibanya kami disana, rombongan kami telah 'disambut' dengan meriahnyer dengan 'para businessman' yang menyediakan perkhidmatan menunggang unta dan motor roda 4 yang selalu anak2 arab bawak kat padang pasir! 'Para businessman' ni ber'business' secara 'paksa' kepada pengunjung yang mengunjungi Jabal Rahmah nih! Untuk menunggang unta berhias ni harga yangdikenakan adalah SR5 untuk satu pusingan dan motor pasir ni SR10 untuk 10minit. Tapi taktik kotor yang dorang gunakan SR10 untuk sebuah motor! Jahat sungguh cara orang2 ni nak carik rezeki! Antara yang 'kehilangan' anak akibat di'curik' oleh orang2 ni adalah anak2 Noor (Perjalanan ini). Dorang ni kannnn main ambikkkk jer anak2 yang turun daripada bas dan letak anak2 ni kat unta kepunyaan mereka. Pas tu siap amek gambar 'pelanggan' paksaan mereka ni dannnn hapa lagi, dorang charge ler kat mak pak budak2 kecik nih! Irfan pun hampir jadik 'pelanggan paksaan' orang2 yang tak bertanggung jawab nih! Seb baik aku nampak dia try nak dukung Irfan nih, so aku jerit ler! Hangin aku jap!
Amboiiii!!!! Sukenyer Nabilah!!!!!!
Hj Ghaz naik 'motor'dgn style Pak Arab!
Bersama anak2 aku, anak Abang Halim dan anak Hj Ghaz

Best ghupenyer naik unta 'berhias' nihhhhh...

Owner motor ni ler yg marah2 budak2 tu dan mintak gantirugi!

Mana boleh tahan, tengok ayah dgn kakak merempit! Nak ler gak....
Tak lama suami aku sampai dan dia offer kat anak2 aku kalau2 ada yang 'teringin' nak naik 'kereta unta berhias' dorang. Hanya Jiha dengan Hanis jer yang naik. Yang lain tak mau atas alasan unta tu busukkkkkkk.....huhuhuhu. Tak lama kemudian, anak aku yang sulung, Iqah dengan anak abang Halim, Eileena turun dari Jabal Rahmah. Masa dorang berdua turun jer 3-4 buah motor tu mengelilingi budak dorang tuh dan apa lagik 'offer' ler dorang! Oleh sebab kat Yanbu nih permainan yang semacam tu tak dibenarkan, tetiba kat Arafah lak kata boleh anak2 dara aku ni hapa lagik! Sumer ler naik motor tuh! Iqah naik dengan Eileena dan Jiha lak naik dengan Hanis! Hapa lagik 'merempit' sakan ler budak2 tu sumer! Sebelum tuh suami aku dulu yang 'merempit'! Aku masa tu ada gak 'gatal hati' nak merempit tapi disebabkan si Irfan nih ada sket gayat, so aku tengok jer lerrrrr dorang merempit....
Dalam keasyikan tengok dorang sumer bersuka-ria tetiba aku dikejutkan oleh jeritan yang mengatakan ada budak accident! Haaaa! Sapa lagik kalau bukan anak2 aku! Sebab budak lain takde yang 'lasak' macam anak aku w/pun anak2 aku nih majoritinyer pompan! Bila aku sampai kat tempat kejadian aku nampak suami aku (dia dah sampai dulu) tengah angkat anak aku yang no.3, Hanis. Owner motorbike tu siap marah2 anak2 aku sebab tayar yang dorang naik tu tercabut! Pas tuh mintak gantirugi kat aku dengan suami! Memula dia mintak dengan aku SR200 tapi aku wat dakkkk jewww... Tapi bila jumpa suami aku leh ler plak yer naik ghega jadik SR350! Tak patut betul! Dah ler tak tanya macamner condition bebudak tuh, lagi ler dihentam cukup2 kat suami aku! Hangin jer aku dengar! Mujurlah ustaz ada masa tu dan memberitahu jika kita terkena apa jua musibah sekali pun hendaklah kita membaca doa yang telah diamalkan oleh Ummu Salamah ataupun Hindun semasa dia ditimpa musibah.
"Ketika Abdullah meninggal dunia, Hindun pun ber-istirja’ dan membaca doa seperti yang pernah diajar oleh suaminya. Beliau kemudian berkata kepada diri sendiri, “dari mana akan aku dapat suami yang lebih baik daripada Abdullah?”Setelah tempoh iddah Hindun selesai, Rasullah telah meminang Hindun. Hindun atau lebih dikenali sebagai Ummu Salamah kini telah mendapat jodoh yang lebih baik dari sebelumnya. Semenjak hari itu, Ummu Salamah bukanlah ibu bagi Salamah seorang, tetapi juga ibu bagi seluruh orang yang beriman dan beliau bergelar Ummul Mukminin Ummu Salamah Hindun binti Umayyah."
Doa itu adalah:
اَللَّهُمَّ آجِرْنِي فِى مَصِيْبَتِى وَأَخْلِفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا
Yang bermaksud :
Ya Allah, berikan daku pahala dalam musibahku ini, dan gantikanlah buatku yang lebih baik daripadanya.
Eileena dgn Iqah selepas kemalangan berlaku

Hanis, bengkak kat dagu dgn pinggang
Memula tuh aku sangka cuma kecederaan kecik jer... Rerupanyer serius gak budak2 tuh sumer! Jadik sumer para ahli rombongan mengikuti aku sekuarga dan kuarga abang Halim ke hospital. Menurut saksi kejadian, Jamilah dan suami (aku,kau,dia) dia nampak tayar yang tercabut tu kena kat muka sorang budak. Emmm sapa lagik! Anak aku lerrr... Aku rasa kena sipi2 jer sebab dagu dia bengkak!!! Kalau ler kena tepat, musti patah tulang rahang! Nauzubillah!!! Tapi menurut budak2 nih (motor yang dinaiki Iqah dgn Eileena), dorang ni tak sedar tayar tercabut dan Iqah try nak break tapi dah lost control. Pas tu hapa lagikkk...Bertembung ler dengan motor Jiha! Tu yang budak berempat ni 'terbang' dan tercampak!

Iqah lebam kat dagu dgn terhentak kat kepala
Jiha cuma bengkak dan lebam2 kat badan dgn kaki
Setelah selesai sessi x-ray, anak abang Halim kena simen kat kaki sebab tisu otot kat pergelangan kaki koyak! Anak aku yang 1st, Iqah doktor suh admit sebab dia pening kepala dan muntah akibat hentakan kat kepala! Tapi suami aku kira take risk ler ni tak mau anak aku admit disebabkan hospital tu jauh! Setelah sumernyer beres, kami sumer balik ke bilik hotel masing2 dengan menaiki perebet sapu. Terima kasih pada Hj Ghaz yang banyak membantu kami sumer! Dan pada kengkawan yang mengikuti rombongan tersebut, aku dan suami mohon jutaan kemaafan pada kenkawan sumer disebabkan tragedi yang menimpa kami, sumer kengkawan tak dapat meneruskan lawatan yang sepatutnyer kami lawati bersama!
Setelah kami sumer lepak kat bilik, tetiba anak aku yang 1st (Iqah) muntah lagik! Halamakkkk!!! Aku dah ngeri jewwww!!!! Lak tu dia kata jalan pun tak balance! Aku dah ngeri dahhhh....Tapi suami aku ni kata mungkin anak aku ni masih tekezut lagik dan perut kosong sebab tu ler muntah. Aku hanya sedap2kan hati jewww...Mudah2an takder pape kannnn....
The next day nyer aku tengok anak2 aku sumer beransur okey w/pun kesaan membengkak semakin ketara! Kami satu kuarga bertolak pulang daripada Makah selepas solat Jumaat. Pas tuh brenti jap kat Juhfah makan ler pe lagik!!! Lepas tu aku terpaksa berhenti lagik disebabkan anak aku yang no.4, Nabilah lak muntah! Kami sekuarga sampai kat umah lebih kurang jam 6.45petang!

On the way balik, kami nampak puluhan Unta kat Padang pasir...Sapa ler tuannyer yerrr...
W/pun perjalanan kali ni 'tak berapa' menyeronokan, tetapi aku akur setiap apa yang berlaku sudah pasti ada hikmahnyer... Seperti message yang aku terima daripada kak Salina yang lebih kurang bunyiknyer 'KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI. MUNCUL KEGELAPAN, GURUH DAN PETIR. KITA MENANGIS, TERTANYA2 KEMANA HILANGNYA SINAR. RUPA2NYA ALLAH HADIAHKAN SINAR PELANGI YANG INDAH....'