Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Sunday, October 25, 2009

HAPPY BIRTHDAY MAK! ABAH!

Hari nih adalah hari ulang tahun mak ngan abah aku! Pagi tadi sempat aku telefon mak & abah aku untuk wish Selamat Hari Lahir pada mereka. Ya, mereka berdua sambut hari lahir pada hari dan bulan yang sama. Cumer tahun ler yang lain.

Walaupun dari jauh aku mengucapkan selamat ulang tahun kepada mereka berdua, air mata aku nih lajuuuuu jer turunnnnn....Tak tau ler kenapa. Mungkin kedua orang tua aku yang semakin lanjut usia dan kesihatan yang semakin uzur menyebabkan aku mengalirkan air mata.

Pada kengkawan yang melayari blog aku nih mungkin tertanya2 kenapa entry aku tak seceria entery yang lepas. Tak tau ler kenapa hati aku sebak jer bila aku dengar suara abah aku. Mungkin aku rapat dengan abah aku kottt....

Kepada mak dan abah, disini anakmu ingin mengucapkan bersama doa SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR UNTUK TERUS BERIBADAH KEPADA NYA, DIBERIKAN KESIHATAN & AKAL FIKIRAN YANG BERPANJANGAN SERTA DIMURAHKAN REZEKI DAN SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI PADA TAHUN DEPAN, INSYAALLAH....

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.


Kepada kawan2 yang mengenali aku atau dialam 'maya', selamat hari kemerdekaan untuk anda semua. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Semoga kemerdekaan bukan hanya dimulut, tapi diminda dan diri kita semua...... Insyaallah...

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA

'DIA' pergi bercuti sebulannnnnnnnnnn jerrrrrrrr..... Bergembiralah wahai orang2 Muslim!




Sama2 lah kita tingkatkan amalan kita dibulan yang mulia ini.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM
Buat mak, abah, mertuaku, adik-beradik, ipar-duai, biras2, sedara-mara, sumer kengkawan yang mengenali diri ini sama ada yang dah bertentang mata atau dialam maya. Mintak maaf diatas segala dosa2 yang nyata atau yang terlindung...............

Sunday, August 2, 2009

TERIMA KASIH

Mini kebun....

JUTAAN TERIMA KASIH BUAT PN RAHIMAH a.k.a Emma (Ruang Rindu)DAN SUAMI EN KHAIRUDIN(Lobo).


Ucapan nih aku tujukan kerana selama aku berada di M'sia bumi tercinta, mereka berdua nih ler yang tolong jagakan tanaman aku. Sampaikan Ema bagi serai yang dia tanam pada aku atas alasan serai aku yang dia jaga 'mati' akibat terlebih air. Alaaaaa....Benda dah nak mati kannnn... Terlebih air tu salah satu penyebab jerrrrr.... Macam manusia gak, mati dengan macam2 cara sebagai penyebab. Aku tak salahkan sesapa tapi aku bersyukur sebab Ema dan suami sudi jagakan pokok2 kesayangan aku tu....



TERIMA KASIH DAUN KELADI! Panjang umur nak mintak tolong lagi tahun depan boleh???hehehehe

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU!

Kalau kat M'sia waktu macam nih sebok anak2 aku heret aku pegi Tesco ker, Giant ker, Jusco ker nak carik hadiah untuk cikgu kelas ngan cikgu kesayangan dorang sumer. Tapi tahun nih berbeza. Takdernyer nak cari menda2 tuh sumer.....


Pape pun, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU wat kesemua adik2 perempuan aku - Ros, Ita dan Sarah(cumer aku jer yang idakkkkk...huhuhu). Tak lupe gak wat adik ipar aku Lan-suami adik aku Ita. Semoga menjadik seorang pendidik yang disegani dan dihormati masyarakat! Buat Mak Cik aku, Cik Azie yang mengajar kat Puterajaya, Mak Busu aku Busu Izan kat Kajang, sepupu-sepapat aku, abang Udin (anak arwah Mak Ngah sebelah mak aku), abang Yusof, abang zam dan isteri, kak muhai, abang ali(anak & menantu pak long sebelah abah aku), abang Khair(anak mak ngah sebelah abah aku), kengkawan aku Azmah dan Juria. Oppppssss!!!! Tak luper juga wat sumer kengkawan cikgu yang berCUTI kat Saudi nih. Selamat hari guru untuk anda semua!

Kepada semua cikgu2 yang bertugas kat Saudi nih, Mahaya, Aizal,Siti, Kak Ju, Kay dan Kak Ayu dan yang tak dapat aku sebutkan tuh, Selamat Hari guru gak aku ucapkan..... Tak tau ar kat sini sambut ker tak yer....

Oppssss!!!! Wat rakan maya, catz_mafia pada awak gakkkkk dan Daddy Cool dan pada sumer cikgu2 silent readers..... Selamat Hari Guru wat anda!

Wat yang bukan cikgu macam aku nih(suri rumah ler tuuuuu...hehehe), selamat hari guru gak sebab kita sebagai ibu, adalah GURU pertama buat anak2.....

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU

Kepada semua ibu-bu, mama-mama, uni-umi, mak-mak, amma-amma(panggil ikut loghat India), mok-mok (ikut loghat Gannu) atau apa saja pangilan seorang anak kepada seorang wanita yang melahirkan dan membesarkannya, aku ucapkan
SELAMAT HARI IBU
kepada anda semua semoga menjadi seorang ibu yang lebih baik dari yang sebelumnya. Ucapan ini aku tujukan juga buat diri aku sendiri.....hehehehe....

Thursday, January 1, 2009

GOOD BYE AND WELCOME

GOOD BYE 2008
WELCOME 2009

Monday, December 29, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430H

SALAM MAAL HIJRAH 1430H PADA KUARGA YANG TERCINTA, BUAT KENGKAWAN YANG MENGENALI DIRI AKU SAMA ADA DIALAM NYATA ATAU ALAM MAYA DAN PADA SUMER PELAYAR2 BLOG

Sunday, September 28, 2008

SALAM AIDILFITRI

Salam Aidil Fitri buat kaum keluarga aku yang berada di tanah air, kepada kengkawan sumer yang berada di Malaysia mahupun di Yanbu dan kepada semua pelayar2 blog ini.


Mohon ampun dan maaf pada mak dan abah tercinta


Pada mak dan abah mertua, kemaafan dipinta

Dengan rendah hati, aku menyusun 10 jari memohon kemaafan seandainya apa yang tertulis di blog aku ni ada yang terkasar atau tersinggung perasaan.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR & BATIN
dari aku (yang empunya blog MAMA BUNGAS) & KELUARGA
dan

Sunday, August 31, 2008

SALAM RAMADHAN & SELAMAT HARI MERDEKA


Salam Ramadhan aku ucapkan pada sumer kengkawan, tak kira ler kat mana korang berada. Buat mak & abah aku, adik-beradik aku, mak & abah mertua serta ipar-duai aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan esok. Mohon maaf dari aku , suami & anak2 kat Yanbu ni.

Teringat tahun2 yang lalu Ramadhan kat M'sia ni meriah sesangat. Meriah dengan bazar2 Ramadhan nyer, kuih2 raya nyer, baju2 raya nyer (orang hantar tempahan-pengalaman aku sebab mak aku ni tailor), masjid pun penuh orang2 solat tarawikh. Sumer kedai2 ada promotion. Emmm....Kat sini aku tak tau ler macam ner keadaan dia. Sebab ni ler first time aku berjauhan dengan family masa berpuasa. Kalau sekolah dulu, masa duk asrama tu lain ar sebab hujung bulan or awal posa macam ni leh balik sahur & bukak posa dengan mak & abah. Tapi kali ni rasaa macam sayu jerk...Tangkap leleh jap...hu hu hu

Tahun yang lalu aku sebok cari 'duit raya' selama sebulan(tak penuh ar)-jual air. he he he...Tahun ni, aku jual air & makanan' kat suami & anak2 aku dah ler...he he he. Tapi kalau ada kengkawan yang nak sesama bukak bazar leh gak. Agak2 tak abis, kita tukar ler sesama rela...he he he.

Emmm....Sebelum aku luper, aku pun nak wish to all Malaysian citizen, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-51. Diharap fikiran & hati tak lagi dijajah. Penjajahan ni bukan daripada negara luar, tetapi fikiran kita, hati kita, even pakaian kita pun juga. Sebagai anak merdeka, kita mesti merdekakan diri kita. Chewwaah....Patriotik ler plak....

Apa-apa pun aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN PADA HARI INI DAN SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN KAREEM ESOK......

Salam dari kami, Yanbu KINGDOM of SAUDI ARABIA