Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Monday, January 31, 2011

CINNAMON ROLL

Cinnamon rolls dengan glaze sebagai topping
Cinnamon rolls yang kanak2 suka dgn topping coklat bersama choc chips


Emmm... Dah lama tak berceloteh kat blog ni. Rindu pun ada tapi keadaan tak mengizikan buat aku. Lama dah tak 'sembang' dengan kawan2 blog ni. 'Ziarah' tu ada cuma tak bagi salam jer... hehehe...



Baru-baru ni ada kelas masak2 Kat Yanbu ni. Biasa ler kannnn setiap 2 minggu sekali pasti ada kelas diadakan. Bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan berkenal2an diantara yang baru dan yang lama. Terbuka kepada sesiapa saja yang berminat. Bukan tunjuk terror siapa yang terror masak atau yg paling expert. Just for sharing.



Okey kat sini aku nak share ilmu yang kami perolehi semasa kelas memasak. Jom kita masuk dapur dan mari kongsi resepi CINNAMON ROLL ataupun Roti Gulung serbuk kayu manis....



Bahan-bahan doh

5 cawan tepung gandum
3/4 susu tepung
3 sudu makan cream cheese
1 sudu makan bread improver
1/2 cawan minyak masak
1 1/4 cawan air (bergantung pada tepung; kalau guna tepung high protien air kena kurang)
3 sudu makan yeast @ 22gm yeast kering
3/4 gula pasir


Untuk bahagian inti

1/2 cawan gula
2 sudu makan cinnamon atau serbuk kayu manis
2 sudu makan butter (lembutkan)

Untuk glaze

1/2 cawan gula ising
4 sudu makan susu cair (jika terlalu pekat tambah susu lagi)
1 cmt vanilla essence
* satukan kesemua bahan dan panaskan diatas api kecil hingga pekat.


Cara

1) Campur kesemua bahan hingga menjadi serbuk roti
2) Tambahkan air dan uli hingga menjadi doh.
3) Tutup dengan plastik supaya angin tak masuk selama lebih kurang 1jam.
4) Bila doh dah naik 2kali ganda, canai diatas papan pencanai setebal 1/2inci dengan bentuk 4segi dgn size 12'x6'
4) Sapukan hingga rata dengan butter yang telah dilembutkan diatas doh tersebut
5) Taburkan dengan gula yang telah dicampurkan dengan serbuk kayu manis tadi hingga rata
6) Gulung doh bermula dari size 12inci tadi. Gulung seperti menggulung tikar.
7) Gamkan hujung doh dgn tepung yang dibancuh dgn sedikit air supaya doh tidak terbuka semasa proses pengembangan dan membakar
8) Potong setebal 1 inci atau 2 inci (ikut ketebalan yang disukai)
9) Bakar dalam suku 250 degree selama 20 minit atau sehingga kekuningan
10) Curahkan dgn icing glaze diatas cinnamon roll itu tadi.
11) Sedia dihidang.


**Boleh juga gunakan chocolate syrup Hershey's bagi yang nak mudah.
** Inti boleh juga ditambah dgn menaburkan chocolate chip selepas tabur serbuk manis @ cinnamon dan gulung

Wednesday, November 24, 2010

MARSHMELLOW


Resepi ni aku dapat daripada Blog Mat Gebu yang mana resepi asal daripada MyResepi. Mudah sesangat nak buat cuma Mat Gebu kata dapur dia ada kecah sikit, so aku prepare awal2, siap2 bentang plastik untuk mengelak daripada berkecah kat dapur. Cuma bila dah siap tu adunan agak melekit2 kat tangan, kat scraper aku kat sumer ler tempat kalau terkena dengan adunan ni. Ada ala2 macam perangkap tikus pulak... hahahaha.
Ok jom kita share resepi ni. Laris sungguh kalau bagi kat budak2....

Bahan-bahan

1/4 cwn tepung jagung*

1/3 aising sugar* (disatukan & ayak)

21g gelatin halal

1/3 cwn air

2/3 cwn gula halus

1/2 cwm corn syrup/glucose syrup

secubit garam

1cmt strawberry emulco (tp sy guna essen strawberry + sedikit pewarna merah)

Caranya

1) Lenser dasar & tepi tin dgn sedikit myk, tabur rata dgn bahan dan diayak tadi. Kemudian ketuk keluar lebihannya. Ketepikan utk kegunaan kemudian

2) Satukan gelatin bersama air dan biarkan selama 5 minit. Masukkan gula dan masak dgn api perlahan hingga sebati dan larut.

3) Masukkan kedalam maxing bowl bersama2 corn syrup, strawberry emulco dan secubit garam. Putar pada kadar kelajuan tinggi selama 15 minit. Kemudian alih kedalam bekas yg berisi bahan ayak tadi dan ratakan.

4) Biarkan keras sekurang2nya 2jam. (Jgn letak dalam peti ais-biarkan keras sendiri)

5) Potong dgn pisau basah atau pisau yg disalut dgn lebihan gula aising dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sunday, November 7, 2010

CHOCOLATE CAKE MOIST



Chocolate moist cake



Resepi kek ni aku dapat daripada 'rumah' kak Ina KL pemilik Tertunailah Hasrat dihati. Sedap hingga menjilat sudu. Tapi chocolate ganache aku dapat kat Creative Cake Decorating(ada aku link kat blog aku). Untuk menambahkan selera mata (w/pun tak cun) aku letak ler sikit deco yang memang tertera buruknya untuk gambor atas dan sejemput bunga keropok untuk gambor bawah. Jom kita layan jap...

Bahan Kek
1 cawan tepung kek (aku guna tepung superfine brand Blue Key)*
1 cmt baking powder*
125gm butter
2 Telur size A
1 cawan gula
1cmt esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/4 cawan gula*
1/2 cawan air panas*
1/4 susu segar @ susu cair*
1/2 camt nescafee*

** Tepung+baking powder disatukan (tepung+baking powder hendaklah diayak sebanyak 3x supaya tepung ringan) dan gaul hingga sebati
** serbuk koko+gula+nescafee+air panas+susu cair @ segar hingga menjadi pes coklat.


Cara
1) Pukul butter dan gula hingga sebati
2) Masukkan telur dan esen vanila pukul hingga kembang
3) Masukkan tepung+baking powder
4)Masukkan coklat yg telah dijadikan pes
5) Bakar selama 30minit atau hingga masak. Untuk pastikan kek masak dengan sempurna, cucuk ditengah bahagian kek.Jika kek kering menandakan kek telah masak.

Chocolate ganache

Bahan

25gm glucose syrup
250gm fresh cream
250gm coklat masakan
25gm butter

Cara
1) Cincang coklat masakan kecil2 dan ketepikan.
2) Masukkan fresh cream didalam pan. Buat secara double boil sehingga fresh cream cair kemudian masukkan glucose dan syrup.
3) Kacau hingga sebati. Alihkan ketempat lain dan masukkan coklat masakan yg telah dicincang tadi dan kacau dengan spatula sehingga sebati.
4) Sejukkan coklat tadi. Setelah sejuk barulah disapu diatas kek tadi

Nota : Masukkan coklat masakan setelah dialihkan dari tempat panas. Jika tidak, coklat tidak akan pekat.

Wednesday, March 10, 2010

KUIH BAKAR

Kuih Bakar


Resepi dikutip daripada blog Mat Gebu...Sedap sangat... Seingat aku kan, dah 4kali aku buat kuih ni... Macam biasa ler kan setiap resepi yg dapat kat tangan aku pasti aku derhaka pada pemilik asal...Mintak mahappppp bebanyak... Ni aku C&P jer ler resepi tu. Memana yg telah aku khianati, aku akan tukar....Jom layannn...

BAHAN-BAHANNYA


2 cawan tepung gandum
3 biji telur gred A
600 ml santan (sy tukar 600ml air+santan serbuk 6sdm~santan fresh susah nk cari kat sini~boleh guna susu cair)
250 ml jus pandan (kisar 4 -5 helai daun pandan dengan 200 ml air, perah dan tambah air untuk mendapatkan 250 ml)~sy tukar dgn 1/2 tutp essen pandan+250ml air
Sedikit pewarna hijau
1 cawan gula
1/2 camca teh garam
2 camca besar minyak sapi, dicairkan (resepi asal guna myk sapi tapi aku ganti dgn myk jagung)
Bijan secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA

1) Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser tin (4 x 8 x 3) inci dengan mentega, alas dengan aluminiun foil dan lenser juga aluminium foil tadi. Biar berlebih sikit dibahagian kanan dan kiri tin, supaya senang nak keluarkan kuih bila masak nanti. Ketepikan.(sy xletak alumunium foil just letak butter lebih kat dinding loyang)

2) Satukan semua bahan2 di atas kecuali bijan, dan kacau dengan whisk hingga larut dan halus atau masukkan dalam blender dan kisar halus. Tapis adunan dan ketepikan.

3) Panaskan tin dalam ketuhar selamat 5 minit. Berhati2 keluarkan tin dan curah no. 2 ke dalam tin dan bakar kembali. Lepas 10 minit, keluarkan kuih tadi dan tabur bijan rata2.

4) Sambung membakar selama 40 - 50 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan dan sedikit berkerak. Bila masak, longgarkan tepi kek dengan pisau dan biar sejuk sepenuhnya dalam tin. Potong dan hidangkan....

** kalau permukaan kuih tak kuning keperangan boleh bukak api grill sampai kuih kuning perang...

Thursday, March 4, 2010

MEE SIZZLING

Mee sizzling

Last week ada lagi projek masak2 bagi kaum ibu di Yanbu ni... Projek ni pun bukan paksaan. Sesiapa yang berminat leh ler join. Sapa2 yang tak berminat takkan ler nak paksa kannn...hehehe... Sebab projek masak2 ni diadakan 2minggu sekali. Bukan nak tunjuk sapa yang terror masak, tapi saja2 nak berkumpul dan beramah mesra. Kalau nak ziarah dari satu rumah ke satu rumah memang ler tak termampu masa dan tenaga. Lagi pun mana boleh jumpa dgn kengkawan semua dlm satu masa. Dgn cara ni ler boleh kumpul ramai2...Just for fun. Tak sama bila kumpul kalau ada pape kelas. Sebagai contoh kelas bahasa arab ata kelas quran.


Kali ni resepi mengancam telah pun kami kongsi daripada PN. HJH JAMILAH. Memang sedap...Lepas jer daripada mendapat ilmu yang diperturunkan, aku terus jer mencuba. Menjadik... Dalam minggu ni jer aku dah buat 2kali w/pun resepi ni telah aku derhakai...Mintak mahap ler Milahhhh...huahuahua...Jommm kita layannnnzzzz....Aku C&P resepi Milah...



Chef sedang tunjuk cara memasak...


Resepi asal yg telah ku skodeng...

Bahan utama....mesti ada mee

Bahan perencah

Ni minyak bijan atau sesame oil bukan minyak unta tauuuu

MEE SIZZLING YANBU

~ Bahan ikut mana yang ada di Yanbu sahaja..

Bahan-bahan ( utk 10 org )

1. 10 keping mee
2. 3 keping daging ayam- potong kecik
3. 10 biji cili kering- potong 2@3
4. 15 ulas bawang putih – cincang
5. 1 ½ inci halia- hiris halus
6. 6 cawan air
7. 6 sudu besar sos tiram
8. 12 sudu besar kicap masin & manis
9. Serbuk lada hitam
10. 15 biji cendawan shitake - rendam sampai lembut, potong2(klu tak de guna cendawan putih aje ye)
11. Lobak & sawi
12. Garam(klu dah masin tak perlu)
13. 3 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
14. 1 sudu teh minyak bijan
15. sedikit minyak utk menumis
16. limau
17. cili

Cara-cara
1. Tumis bahan no. 3, 4 & 5 hingga naik bau.
2. Masukkan bahan no.2 , biar agak empuk.
3. Masukkan bahan no.6.
4. Masukkan bahan no. 7, 8 & 9. Biarkan mendidih.
5. masukkan bahan no. 10, 11 & 12.
6. Masukkan bahan no. 1, kacau dan masukkan bahan no.13, biar hingga agak lembut, tutup api
7. Masukkan bahan no. 14-1 sudu teh
Tambah sotong pun sedapppppp kannnn.....hehehe....


****** Milahhhh...resepimu telah ku derhakai....












Monday, February 22, 2010

CREAM PUFF


Cream puff credit dpd FB Pn Aizal (Blogger tentang sesuatu) thanks...

Kak Lynn(blogger moden mama)~chef 'cream puff'


Nak update blog pun syusahhhh.... Tak tak tau ler naper...Merajuk kot blog aku nih sbb dah lama tak update...huhuhu... Citer banyak resepi pun banyak nak aku tepek tapi tu ler takleh nak masyuk lak...huhuhu...



Okay ler untuk tak membuang masa, resepi special yang dah berkurun lama aku mintak tuan punya resepi ni tunjuk demo ni adalah kepunyaan Pn Hajjah Azlina (blogger Moden mama)...hehehe... Kak lynn resepi masuk dalam blog ni jer yerrr...hahaha... Okay, meh kita layan resepi ni...



Ni resepi asal kak lynn utk kami semua... Korang nak? amek lerr...hehehe




Bahan utk puff


120gm tepung high protien

200 ml air

1/8 sdt garam

4 biji telur (grade A)

100gm butter



Cara


1) Masak air, garam dan butter sehingga mendidih dan masukkan tepung hingga menjadi doh

2) Masukkan doh yang masih panas kedalam mixer. kemudian masukkan telur kedalam doh dan putar ditahap kelajuan maksima

3) Masukkan kedalam plastik bag serta gunakan nozzle star dan paipkan diatas tray yang telah dialas dengan kertas minyak. Pastikan jarak 1 inci diantara satu sama lain kerana puff ini akan mengembang.

4) Bakar pada suhu 200 degree selama 25-30 minit atau sehingga kekuningan



Bahan untuk inti


100gm whipping cream

50gm tepung custard

150ml air sejuk (masuk dlm fridge dulu)

250gm durian yg fresh buang biji



Cara


Masuk kesemua bahan dan kacau diatas api sehingga sebati dan pekat. Pastikan kacau dengan cepat kalau tak adunan akan berketul.



Apabila puff masak, ambil inti dan masuk kedalam plastik bag dan gunakan nozzle yg muncung tajam tembak kedlm puff tersebut. Tembak dibahagian bawah. kalau nak potong pun boleh tapi kalau tembak dibahagian bawah inti akan berada didalam dan tak meleleh keluar.



Resepi asal ada diatas... Sila rujuk semula

MEE LAKSA

Mee laksa

Resepi yang telah pelajari daripada seorang kawan kat Yanbu nih... Pn Kay Marlina...Thanks Kay diatas resepi ni...

MEE LAKSA

Bahan2

2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn tepung ubi
sedikit garam
air panas secukupnya

Cara

1) Campur kesemua tepung bersama sedikit garam
2) Masukkan air panas dan kacau rata sehingga tepung tak berketul ~ adunan jgn terlalu keras dan jgn terlalu cair
3) Masuk adunan dalam acuan maruku dan rebus dalam air mendidih. (air kena panaskan dulu baru boleh masuk adunan yg diletak dlm acuan maruku)
4) Bila mee laksa timbul angkat dan rendam dlm air sejuk supaya tak melekat (kitaorg guna air biasa jer...air paip pun boleh)
5) toskan air dan sedia dihidang bersama kuah laksa. Kl nak simpan pun boleh tp xleh lama2 sgt sbb xder pengawet

Sunday, December 27, 2009

KEROPOK LEKOR

Keropok lekor yang sedia untuk dimakan

Hari tu, teruja dengan keropok lekor seorang teman dari Riyadh, tu yang aku buat keropok lekor. Dulu sebelum datang sini, aku ada gak belajar cara nak buat keropok lekor. Belajar dengan Chef Li (yang menulis buku jutawan senyap). Resepi yang aku belajar ada 2jenis. Satu yang traditional dan satu yang moden punyer. Seingat aku entry aku yang lalu aku ada gak masuk resepi keropok lekor resepi Chef Li.

http://mama-bungas.blogspot.com/2009/04/keropok-lekor.html

Tapi kali nih aku cuba resepi daripada MyR. Ada kelainan sket. Resepi yang dari MyR nih ada bawang putih dan tepung gandum. Memang sedap sebab bila sejuk still lembut. Tak liat. Sedap.....bagi aku ler sebab kat sini mana nak jumpa...hehehe...Okey jom kita layan....Aku C & P jer lah yer....

Setelah direbus dan sedia untuk dipotong...
Sedia untuk digoreng


Bahan-bahan

  • 1kg ikan selayang/ kembung
  • 5-10 ulas bawang putih
  • 1kg tepung ubi/kanji
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Perasa
  • Air

Cara-cara

  1. Asingkan isi ikan dari tulang.
  2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas. (aku blander halus~baru nampak cun)
  3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalu lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...
  4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut. Barulah uli bentuk memanjang.
  5. Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
  6. Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.




Tuesday, November 17, 2009

NASI KERABU - KELANTAN STYLE

Nasi Kerabu Kelantan style

Walaupun aku dengan suami pure orang selatan, tapi kami sekuarga memang menggemari masakan pantai timur & utara. Tak tau ler napa. Mungkin sebab berkawan. Apa yang penting yang boleh anak tekak aku nih lalu...hehehe...

Resepi asli Kelantan yang aku dapat dari seorang teman yang sememangnyer anak jati Kelantan. Nor Azmah Yaakob. Terima kasih Azmah!!!!!Dulu masa duduk M'sia, kalau dia jemput untuk makan2 kat umah dia menu utama adalah NASI KERABU! Dia nih rajin kalau masak2 nih.... Pernah satu ketika dia siap masak kat umah aku dan kami makan sesama....Best!!!! Lagi pulak pekena budu ulam timun....Mertua lalu belakang pun tak nampakkkkk wa cakap luuuuu!!!!Perghhhhhh!!!!! Pada kengkawan yang suka makan nasik kerabu, korang boleh ler try resepi asli nih....


Untuk jamu kengkawan kat Yanbu nih akan aku fikir kan dulu...Aku taknak janji takut kalau aku takleh nak kotakan janji nanti ramai pulak yang terluka. hehehe...Buat nasi kerabu nih tak susah cumer agak cerewet bagi yang pertama kali mencuba. Selamat mencuba............


NASI KERABU

Bahan-bahan

Ulam (Sumer dihiris halus)

Daun kesom

Kobis

kacang panjang

taugeh

bunga kantan

serai

Sambal kelapa (untuk digaul)

Bawang merah}*

lada hitam}*

* tumbuk halus

garam

8 ekor Ikan selayang/beliak mata/kembong (rebus + garam & asam keping 2-3 kpg) pas tuh buang tulang

Kelapa parut - goreng tanpa minyak

(satukan sumer bahan diatas & gaul dgn nasi)

Tumis budu

1 biji kelapa Santan

kering 1 senduk - blend

3-4 ulas Lada bwng merah& bwng putih - blend

1 inci halia - blend

garam

1-2 sdm budu

2 kpg asam keping

Cara

Masuk sumer dalam periuk rebus sampai mendidih & pecah minyak & pekat - ini untuk kelapa biji yg diperah santan – bagi yang menggunakan santan segar.

Tumis bahan blend hingga garing kemudian masukkan santan segera hingga pecah santan dan pastikan jgn bg air sbb bahan2 blend sumer dah ada air. Masak hingga naik minyak – bagi yang menggunakan santan segera

Monday, November 16, 2009

MAXICAN BUN / PAPA ROTI / MAMA ROTI / ROTI BOY

Maxican bun / Papa roti / Mama roti / Roti Boy


Aku suka sangat2 dengan 'Papa Roti' kalau kat Tesco, kat Alamanda Putrajaya 'Roti Boy' kat kedai kek & roti Season JB 'Maxican Bun'. Apa pun nama dia aku memang suka sesangat! Kat sini takder jual bun bun nih! huhuhu... So aku 'terpaksa' buang sifat 'M' aku yang besau jauh2...Kalau tak alamat mati kempunan ler aku..Uwaaa!!!!

Aku dapat resepi ni daripada wordpress.com kepunyaan Mencari Mawaddah, Sakinah wa Rahmah. Memacam resepi dia buh. Seronok sesangat! So, dapat ler aku mencuba resepi yang dia dah tepek tuhhh.... Terima kasih wahai tuan empunya wordpress....

Meh kita share resepi. Aku C&P jer lah yerrr.... Mintak halal yer tuan tanah...hehehe...Jom layannnnnnnnn............

Bahan-bahan (17 biji)

Filling

  • 200 gm mentega
  • 1/2 teaspoon vanilla essence
  • 70 gm brown sugar

Topping

  • 200 gm mentega
  • 160 gm gula icing
  • 3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • 1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • 200 gm tepung gandum

Doh Roti

  • 500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • 2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softener( optional)
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil dry yeast
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur- dipukul
  • 250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • 60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. Uli adunan sehingga menjadi adunan lembut selama 10-15 minit.
  8. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar
  10. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan

Setelah letak topping

Bun yang telah siap dibakar

Monday, October 12, 2009

SOTONG SUMBAT

Sotong Sumbat


Hari tuh aku pergi ler pasar kat balad dengan suami aku. Macam biasa kalau pergi pasar yang aku carik ikan, udang atau sotong. Kalau ada lala aku tibai gakkkk...hehehe....Nak carik kerang toksah mimpi! Mana ler kerang nak idup kalau dalam pasir...Kalau pantai kat sini berlumpur tuh harapan nak makan kerang tuh 'bersinar' ler sket....huhuhu

Masak sotong nih dah lama tapi nak publish untuk share ngan kengkawan asyik tak menyempat2 jerrr....Bukan tak sempat aper, kalau dulu aku busy tengok citer Korea, kali nih aku busy layan kengkawan kat facebook. Dah macam ketagih gituuuuu....Seb baik ler aku tak layan farm village...Kalau tak nampak bersawang ler blog aku nih!Muahahaha....Wokeh, jom layan resepi nih..... Resepi dari Chef Norzailina....



Bahan


600gm sotong

500ml air

4 biji telur

2 biji bawang besar - cincang halus

1 biji cili hijau - buang biji & cincang halus

1 biji cili merah - buang biji & cincang halus

1 biji bawang besar - hiris bulat

4 sdm rempah kari

2sdm cili kisar

1 sdm kicap pekat (guna kicap biasa jer pun boleh)

1sdt gula

1/2sdt lada hitam

Garam secukup rasa

lidi- utk semat kepala sotong

minyak masak utk menumis



Cara


1)Telur + bawang + cili + cili merah & hijau + garam. Goreng & jadikan scrumble egg. (Bawang & lada guna separuh jer.)


2)Sumbat telur dalam sotong dan semat bersama kepala sotong


3)Tumis baki bawang & cili hingga naik bau


4)Masukkan rempah kari.Bila hampir pekat, masukkan kicap, lada hitam, garam & gula secukup rasa


5)Masukkan sotong sumbat.Biarkan hingga sotong masak dan kuah agak pekat.


6)Bubuh bawang besar dihiris bulat utk hiasan.Kacau seketika hingga bawang layu.


7)Sedia utk dihidang


























Saturday, September 26, 2009

CHOCOLATE RICE COOKIES


Sebelum aku bercerita tentang beraya kat Yanbu nih, aku nak tunaikan permintaan kengkawan yang datang jauh dari Jubail masa hari raya pertama. Dorang nak resepi biskut coklat rice nih. Psstttt.... buat kengkawan Jubail, korang buattttttttt jangan tak buattttttttttt........Tak sedap jangan marah kat aku yerrrr....hehehehe....

Resepi nih sebenarnya dah lama dah aku dapat. Seingat aku masa aku tunggu SPM dulu. Tahun berapa?Ishhhh...Biar ler jadik kenangan...Muahahaha....Wokeh, aku taknak buang2 masa nak membebel. Jom kita layannnnnnnnnn............

CHOCOLATE RICE COOKIES

Bahan-bahan

1/4 cawan tepung self-rising (aku gune tepung blue key-bawak dpd M'sia...hehe)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula castor
100 gm butter
50 gm kelapa parut kering (desiccated coconut)
2 sdm serbuk koko
1 biji kuning telur (optional - tapi aku tak masuk nanti biskut keras)

Caranya

1) Campurkan tepung gandum, tepung self-rising, gula, kelapa parut dan serbuk koko hingga sebati.

2) Masukkan butter dan gaul hingga sebati.

3) Canai setebal 1.2 cm dan terap adunan menggunakan acuan yang digemari. Kalau takder acuan, potong bentuk segi empat sama. Boleh juga buat bentuk bulat2. Ikut creativity masing2.

4) Hiaslah dengan chocolate rice diatasnyer.

5) Bakar disuhu 180 degree selama 10-15 minit atau sehingga biskut masak.(Ni bergantung pada oven memasing)

Thursday, August 13, 2009

RAINBOW DOUGHNUT


Rainbow Doughnut atau Donat Pelangi

Donat nih adalah kuih yang paling senang nak buat. Betul tak??? Sejak2 balik dari bercuti nih memang malas nak masak2 nih! hehehe... Oleh kerana Irfan nak makan donat mama, aku dengan rela hari ler buat donat. Aku kalau wat donat kengkadang lebih 20biji. Al-maklum ler rakyat jelata ramaiiiiii....Muahahaha...Kalau tak abis goreng aku frozen kan. Agak2 nak goreng, aku kuarkan dan biarkan 10-15 minit baru ler aku goreng.

Tapi hari nih aku 'gatal tangan' mengubah ruper asal donat nih jadik warna-warni....hehehehe.... Resepi donat nih sama jer seperti donat lain. Tapi aku punyer resepi very simple! Takyah nak pening2 kepala! Sebab lain orang, lain ler resepi dia kan kan kannnnnn.....
Wokeh, ni resepi yang teramat simple daripada aku.

Bahan-bahan

500 gm tepung gandum
11gm yeast (aku guna yg kering)
3 sdm gula pasir
3 sdm butter
3 sdm susu tepung
sedikit garam
Air secukupnyer (Kalau guna tepung protin tinggi kena guna sikit air, kalau tepung biasa air kena lebih sket)
1/4 cmt Pewarna (merah, kuning & hijau) - aku guna pewarna yg cair, kalau guna yg serbuk, bancuh dulu pewarna dengan air
Minyak untuk menggoreng secukupnyer

Nota kaki : Jgn gunakan telur sbb dgn menggunakan telur donat akan liat bila sejuk.

Caranya

1) Campurkan kesemua bahan dan ramas butter sehingga seperti menjadi tepung roti.

2) Masukkan air dan uli hingga sebati.

3) Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian. 1 bahagian warna hijau, watu bahagian warna kuning dan satu bahagian warna merah. Uli doh hingga warna sebati.

4) Satukan ketiga2 doh itu dgn cara tarik2. Jangan uli nanti warna bercampur & tak cantik. Cukup tarik2. Kemudian bulat2kan tepung dan canai kira2 2-3 inci. Terap dengan menggunakan penerap donat. Biarkan seketika sehingga donat naik2 kali ganda.

5) Apabila donat dah naik 2 kali ganda, goreng dengan api perlahan. Perlu dingatkan, apa menggoreng mestilah dibalik2 selalu kalau tidak donat akan hangus. Begitu jugan dengan pengunaan api. Api yang kuat menyebabkan donat cepat hangus dan tak masak.

6) Setelah donat masak, angkat dan letak diatas kertas tisu untuk tokskan minyak yang berlebihan.

7) Setelah itu bolehlah ditabur gula halus atau gula aising. Boleh juga dihias dengan coklat sebagai topping.
















Saturday, June 13, 2009

MEE JAWA SELANGOR

Comeyyyy kad jemputan Yann! Kalah orang nak wat jemputan kawen! Muahahaha


Resepi nih didatangkan khas dari Sabak Bernam, Selangor oleh Pn. Yann, Harum Chempaka...hehehehe.... Tapi aku cumer sempat songlap resepi dia jer... Sebab masa tuh keadaan tak mengizinkan untuk aku merasa mee jawa tersebut sebab keadaan tak mengizinkan! huhuhu.... Sebelum dapat resepi dan makan2, kad jemputan telah diedarkan.... Ada sesapa yang tak dapat jemputan ari tuh??? Kalau ada yang tak dapat, jangan salahkan aku atau Yann yerrrr...hehehehe.... Salahkan diri sendiri yang tak skodeng e-mail! Muahahaha....

Programme masak2 kaum ibu Yanbu kat umah Yann nih adalah untuk last seasons. Seasons yang berikutnyer akan disambung semula pada lepas Raya nanti berikutan sumer orang2 Malaya balik bercuti. Summer holiday ler kata kannnnnnnn..... hehehehe.... Macam drama bersiri ler pulakkkkkkk........ Muahahaha.....


Dengan khabar mee tuh sedappppp banget! Waaaa.... Camni, aku kena buat gak arrr....hehehehe.... Betul ker Kak Sally??? Jeles ler nihhhhh..... Uwaaaaa!!!!! Mari kita layan resepi Yann lak yang orang kata menjilat mangkuk mee.... Layannnnnn



MEE JAWA SELANGOR




Bahan A

1kg mee kuning dicelur (kat Malaya boleh beli, kat Yanbu wat ler sendiri yerrr)
1/2kg daging (rebuslembut & hiris nipis)
100gm taugeh - buang ekor
2 tangkai daun bawang - hiris
5 biji cili merah - hiris
3 keping tauhu - goreng & hiris nipis
4 biji telur rebus - belah 2
3 biji limau nipis/lemon - dibelah
sedikit bawang goreng

Bahan B (utk kuah)

500gm ayam- potong kecil
300gm ubi keledek - rebus & kisar
200 gm ubi kentang - rebus & kisar
1 cawan udang segar - bersihkan & celur sebentar & toskan
3 sdb rempah kari daging
15 tangkai lada kering - kisar
1/2 cwn udang kering - kisar
8 biji bwng merah - kisar
5 ulas bwng putih - kisar
1 inci halis - kisar
1 inci lengkuas - kisar
2 btg serai - kisar
3 liter air (boleh diganti dgn air rebusan daging)
sedikit garam
sedikit minyak masak
sedikit gula

Caranya

1) Utk kuah, panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan cili kisar hingga garing. Setelah agak kering masukkan bahan2 dikisar halus dan tumiskan sehingga naik bau

2) Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Masukkan kedalam periuk dan tumis hingga naik minyak

3) Masukkan ayam, kacau rata hingga ayam separuh empuk.

4) Masukkan air mengikut kepekatan yang dikehendakki dan biar mendidih.

5) Masukkan kentang & keledek yang dilenyek halus dan kacau rata

6) Bila mendidih, perasakan dengan garam dan gula dan pastikan kuah ada rasa manis.

7) Renihkan dengan api perlahan hingga kuah sedikit pekat. Rasa kuahnyer jika ok matikan api

8) Tuang kuah kedalam mangkuk dan hidang bersama mee, tauhu, cili dan lemon


Waaaaaaaaaa.......... Meleley seyyyyy air liurrrrr..... Ni sebab tak dapat makan ler nih....Uwaaaa!!!
PERHATIANNNN!!!! PN YANN TAK DUK KAT SABAK BERNAM, TAPI TANJUNG KARANG, SELANGOR. PIHAK EDITOR MEMINTA MAAF DIATAS KESILAPAN INI!!!!UWAAAAAAA!!! YA AMPONNNNNNNN..........

Friday, June 12, 2009

SERI KAYA

Resepi nih aku dapat masa 2 minggu yang lepas kat umah Ila Hj Sanusi. Tapi dok dae (ikut kecek Kelate, hehehe) arr nak masuk dalam entry. Sori wahai Pn Ila....huhuhu... Gambar pun aku tak dapat nak sertakan sebab masa tuh kuih dah masak so kami para kaum ibu tinggal makannnnnnnnn jerrrr........hehehehe......
Untuk tak menghampakan sumer (pada sesaper yang tak dapat hadir) mari kita kongsi masakan dari negeri Cik Siti Wan Kembang nih.... Layannnnnn...........

SERI KAYA

Bahan-bahan

Beras pulut
10 biji telur (saiz kecil)
12 keping Gula melaka
400 ml Santan pekat (diambil dari 1/2 biji kelapa)+ sedikit garam
Daun pandan

Caranya

1) Panaskan gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan sehingga gula melaka cair. Setelah itu ketepikan dan biarkan sejuk

2) Panaskan pengukus dengan api perlahan

3) Telur dipukul tetapi jangan sampai kembang dan masukkan gula melaka yang telah sejuk tadi kedalamnya

4) Masukkan beras pulut yang telah dicuci bersih kedalam loyang dan campurkan dengan santan hingga sebati, setelah itu boleh lah dikukus sampai masak

5) Setelah pulut masak, tekan pulut tersebut sehingga padat dan rata kemudian masukkanlah air gula melaka bercampur telur diatas pulut tersebut.

6) Kukus sehingga masak.

Thursday, May 28, 2009

STRAWBERRY CAKE

Strawberry cake

Resepi nih aku ciplak dari Chef Mat Gebu MyR gakkk....Cumer aku alter sket untuk rasa strawberry pulak!hehehehehe....Sorry Cik Mat kerana derhaka yang teramat2 pada resepi Cik Mat nih! Terima kasih Mat Gebu!!!!

Jom kita layan resepi yang aku dah alter nihhhhhhhh.............



STRAWBERRY CAKE

Bahan
3/4 cawan gula aising
150 g mentega, pada suhu bilik
250 g cream cheese, pada suhu bilik
3 biji telur Gred A, pada suhu bilik
1/2 camca teh esen strawberry
1/2 camca teh pewarna pink
1 3/4 cawan tepung gandum
1 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/4 cawan susu segar / susu UHT perisa strawberry
3 camca besar strawberry filling


Cara
1) Satukan mentega dan cream cheese, putar sekejap hingga rata. Masukkan gula aising dan pukul hingga putih.

2) Masukkan telur dan terus memutar pada kelajuan tinggi. Masukkan satu persatu telur sambil terus memutar hingga kembang, masukkan juga esen strawberry dan pewarna pink. Jarak waktu utk setiap biji telur ialah 1 minit.

3) Pada speed perlahan, masukkan tepung berselang seli dgn susu segar/uht berperisa strawberry hingga habis. Gaul rata.

4) Masukkan strawberry filling. Kacau perlahan menggunakan tangan. Jangan terlalu laju nanti buah strawberry akan hancur. Cukup sekadar kaup balik sajaha.

5) Sapu acuan bulat berukuran diameter 26cm dgn mentega dan tabur dgn tepung, ketuk keluar lebihan tepung.

6) Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 35 - 40 minit.

7) Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan kek dari acuan dan sejukkan kek atas redai.

8) Tuang lebihan strawberry filling untuk topping.

Wednesday, May 27, 2009

SUP EKOR

Sup ekor lembu bukan ekor unta! hehehehehe....


SUP EKOR


Bahan-bahan
500g ekor lembu
1 sup bunjut adabi (sup tulang)
2 kiub lembu
2 1/2 liter air
3-4 ulas bawang putih
1 cm halia minyak untuk menumis
7-8 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
2 biji limau nipis (aku ganti dgn lemon 1biji)
2 ketul ubi kentang
1/2 batang lobak merah


Bahan Hiasan
daun sup/ daun bawang
bawang goreng

Cara-cara
1) Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Kemudian cincang-cincanglah biar jadi halus.

2)Hiris pula halia nipis-nipis. Boleh juga ditumbuk dengan lesung bersama dengan bawang putih.


3) Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih hingga wangi.

4) Kemudian masukkan air bersama ekor lembu. Rebus sehingga ekor lembu empuk. (petua supaya cepat empuk, masukkan 2-3 sudu besi bersama2, insyaallah cepat empuk)

5) Bila dah empuk, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah

6) Masukkan pula rempah sup bunjut (sup tulang) dan kiub lembu (beef stock). Biarkan sehingga ubi kentang empuk.

7) Masukkan pula sedikit gula dan garam secukup rasa.

8) Bila nak hidangkan, bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Bagi sesiapa yang suka masam perhlah sedikit limau nipis. (aku suka masam sket sbb tak muak, so aku perah limau nipis)

Tuesday, May 26, 2009

BLUEBERRY HIDDEN CAKE

Blueberry hidden cake


Resepi nih aku dapat daripada Chef Mat Gebu kat MyR. Tapi resepi asal dia takder bagi topping atas. Oleh sebab tangan aku yang gatal nih, so aku bagi ler topping. Sorri arr Mat.... Pape hal pun terima kasih diatas resepi nih.


Oleh kerana aku 'kelisa'(bukan keta yerrr, kelisa nih adik beradik ngan penyakit M....hehehehe) so aku cumer C&P jer. Cumer aku edit skettttttt jerrr sbb menda takder dan tak cukup.... hehehehe....Jom kita layannnnnnn.....


BLUEBERRY HIDDEN CAKE

Bahan
3/4 cawan gula aising
150 g mentega, pada suhu bilik
250 g cream cheese, pada suhu bilik (aku guna cheese 200gm jer)
3 biji telur Gred A, pada suhu bilik
1/2 camca teh esen vanila
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*
1/2 camca teh soda bikarbonat*(*digaul rata dan diayak)
1/4 cawan susu segar/susu UHT (aku ganti susu cair)
5 - 6 camca besar blueberry filling


Caranya
1) Satukan mentega dan cream cheese, putar sekejap hingga rata. Masukkan gula aising dan pukul hingga putih

2) Masukkan telur dan terus memutar pada kelajuan tinggi. Masukkan satu persatu telur sambil terus memutar hingga kembang, masukkan juga esen vanila. Jarak waktu utk setiap biji telur ialah 1 minit.

3) Pada speed perlahan, masukkan tepung berselang seli dgn susu segar/uht hingga habis. Gaul rata

4) Sapu acuan bulat berlubang tgh dgn mentega dan tabur dgn tepung, ketuk keluar lebihan tepung. (aku guna myk masak + tepung jerrr)

5) Tuang 3/4 adunan kek ke dalam acuan.

6) Sudukan blueberry ke atas adunan kek tadi.

7) Ratakan blueberry dgn spatula

8) Tuang lebihan adunan kek dan ratakan. Hentak perlahan acuan kek 2 - 3 kali. Masukkan ke dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 35 - 40 minit

9) Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan kek dari acuan dan sejukkan kek atas redai.

10) Tuang baki topping diatas kek untuk hiasan. **** yg nih aku memandai jerrr...

Saturday, May 23, 2009

SATE

Sate Villa Bayu Mama Bungas....hehehe....

Masa 2 bulan lepas, Si Milah (aku,kau,dia) ada bawak sate kat pantai Al-Hasi, Ummluj. Sedap seyyyy!!!! Oleh kerana dah dekat setahun tak makan sate, so aku try ler buat sate sendiri w/pun tergagap2 nak cucuk sate sendiri. Dan hasil nyer okey ler, tapi tak leh ler sampai nak berjual sate pulokkkk!!!! Muahahahaha.....

Jom kita layan resepi sate nih...... Layannnnnnnnnnnnnnn.............


SATE AYAM


Bahan-bahan
400gm daging ayam tanpa tulang-dipotong kecil2
1 sdm Kicap manis
2 sdm sos tiram
1/2 sudu teh garam
40gm gula
lidi sate (direndam dgn air, tujuan bila bakar sate lidi tak terbakar)
3 sudu besar minyak


Bahan dikisar:-
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup (aku ganti dgn 1 sdm kunyit serbuk)
1 cm lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 batang serai

* 1 btg serai dititik-buat merenjis sate

Cara-cara
1) Perap ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam. (aku perap semalaman).

2) Cucuk ayam pada lidi sate.

3) Lebihan bahan perap tadi dicampur dgn 3 sudu minyak tadi dan renjis gunakan serai yg dititik semasa membakar sate. (Cara bakar sate jgn tanya aku tanya suami aku...hehehe)

4) Bakar hingga masak dan hidangkan dgn nasi himpit , timun, bawang besar dan kuah kacang.

Tuesday, May 19, 2009

APPLE PIE

Apple Pie yang telah 'dijumpai'!....hehehehe....

Aku suka sangat makan Apple Pie McD. Tapi kan ler selalu nak que kat McD semata2 nak makan apple pie tuh! Kesiannnnnn kat BIG BOSS (suami aku ler tuuuu....) Kopak arrr kalau hari2 dok pegi McD! hehehehe... Oleh kerana aku sukaaaaaa sangat makan apple pie nih, aku pun carik arr resepi yang boleh aku gunakan untuk apple pie nih. Resepi nih aku dapat dari blog RESEPI MAMA. Tapi gambar apple pie tuh tah ilang kat mana aku pun tak tau. Nanti arr aku carik, pas tuh aku masuk kemudian...Kira 'halal' jer lerr...huhuhu. Jom kita layannnn....



Bahan untuk kulit

Tepung serbaguna
mentega (blh jugak menggunakan shortening)
1 sudu garam
1/2 cawan air sejuk
minyak untuk menggoreng


Bahan untuk inti

3 biji apple hijau dibuang kulit dan dipotong dadu
1/3 cawan gula pasir
1/2 sudu serbuk kayu manis


Cara membuat inti

1) Kupas kulit epal dan potong dadu.

2) Campurkan gula dan serbuk kayu manis.

3) Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul.

Cara membuat pastry

1) Ayak tepung dan garam.

2) Potong mentega yang masih beku. Gaul mentega dengan tepung. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel.

3) Masukkan air dan gaul dengan garfu.

4) Canai atas papan.

5) Potong panjang 8 inci lebar 6 inci macam McD punya. Letakkan inti epal ditengah pastry.

6) Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.

7) Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar.

8) Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan.

9) Toskan atas tisu serap minyak.



Tips: untuk mendapatkan hasil pie yg rangup, simpan apple pie di dlm fridge 15 minit sbl digoreng.