Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Friday, February 13, 2009

MADINAH DAN PERTEMUAN.....

Minggu yang lepas aku berkesempatan untuk ke Madinah lagi. Rasanyer dah 'terlalu' lama aku dan kuarga tak jejak kaki kat Madinah nih! Biasa ler kan, untuk orang2 yang kat sini kalau sebulan tuh rasanyer dah terlalu lama sebab destinasi antara Yanbu dengan Madinah hanya makan masa 1 1/2jam gitu. Betul ker Pak Supir??? Sebab aku main agak2 jerrrr...Mana ler aku tahu jarak yang sebenar, lain ler kalau aku drive kannnn....Ni Pak Supir bawak keta sorang2, cakap sorang2, sebab aku ni kalau dah masuk keta terusssssss zzzzzzzz....Mintak MAHAP jer ler ye Pak Supir....hehehehe....

Aku dengan kuarga bertolak takder ler awal sesangat...Aku rasa dalam jam 8.00pagi gitew kot...Perancangan jam 7.30pagi! Ha! Jangan nak salahkan orang pompan ye kalau lambat!!! Orang pompan ni banyak menda yang nak kena buat. Nak hini lah, nak hitu lah, anak lah, umah lah sumer sekali lah.... Sebab tu ler lambat! Bukan sebab orang pompan nih HEGEH yerrr!!!! hehehe....

Aku sampai lebih kurang dalam jam 10.30pagi dan kami sumer terus check-in kat Hotel Durrat Al Fayroz dan kebetulan lak dapat ler bilik betul2 bersebelahan dengan Hj Ghaz n family yang dah selamat sampai pada malamnyer...Seronok2! hehehe....

Pas Zohor suami aku bertemu dengan Pak Sedara sepupu dia (sepupu abah mertua aku). Aku masa tu sakit kepala tak dapat nak berjumpa (tidur beb! dah tak tahan sangat sori ye Pak cik).

Lepas solat asar kami sekuarga pegi ke Al Noor Mall yang bersebelahan dengan Geant. Ha, jangan korang hingat kat M'sia jerk yang ada Giant! Kat sini pun ada gak tau!! Cuma spelling jer yang lain skettttt jerrr.... Kalau susun atur barang2(yang aku skodeng), colour T-Shirt pekerja dia yang kuning tuh sejibik macam Giant yang kat Plentong tuh! Anak2 ler yang gumbira sakan dan bukan kepalang!! Jap masuk sana jap masuk sini! Ayooooo!!!!! Sumer dorang nak beli! Kalau boleh Shopping Complex dorang nak hangkut letak kat depan humah! Boleh??

Temenung jap ayah! Pasti ada $$$$ yg bakal terbang pas nih....

Hingat menda alah ni free rupernyer kena deposit SR50/hour!!!

Lepas tu kami sumer bertolak ke Masjid Qiblatain untuk solat Maghrib. Oleh kerana Masjid Qiblatain berhampiran dengan Jarrir BookStore, lepas jer solat Maghrib kami sumer kesana. Kat sini waktu solat sumer kedai tutup hinggalah selesai solat baru kedai akan dorang bukak macam biasa. Sesampai jer kami kat sana, fuyyoooo!!!! Pak2 Arab ngan Mak2 Arab ni dah que weh kat depan pintu kedai! Walhal pintu lom bukak lagikkkk!!!! Alahai!!! Dorang pon manusia biasa macam kita2 ni gakkkk..... Manusia ni sama jerrrr....

Seperti biasa anak2 aku sumer bertempiar carik buku masing2 termasuk ler si Muhammad Irfan nih! Yo yo ooo jer gitew!!! Kengkadang bebudak nih sesuka hati dier jer kan nak hambik! Macam kakak2 yang 2 orang tuh hambik buku cerita High School Musical sampai 2-3 buah! Hanis pun sama! Haiiiyaaaa!!!! TOKEH BALAK pun boley bankrup kalau macam nih punya gaya! Suami aku terpaksa ler sort memana buku yang tak berkenaan. Buku2 tersebut akan di reject sebelum dibawak ke kaunter pembayaran! hehehe....

Irfan punyer bnyk sket sbb murah....

Yang ni Nabilah punyer

Hanis dengan buku Hannah Montana nyer!

Malam, pas Isyak aku dengan suami ronda2 kat area Masjid Nabawi. Saja jenjalan carik2 angin... Aku pegi cume bertiga jer...Anak dara yang 4 orang tuh dah takmau ikut. Dorang dah dapat buku yang dorang nak satu lagik dorang dah penat kot tu yang dorang sumer tersadai kat bilik jerr....

Suami aku bersama Izuddin

Dalam perjalanan balik aku dapat 'miss called' dari sahabat lama aku nih! Aku tepon semula dia dan kebetulan lak bas yang dia naik betul2 lalu kat depat hotel yang aku menginap dan aku bersama suami lak ada kat depan hotel tuh! Masyaallah! Bukan senang nak dapat situasi macam nih! Aku nampak bas yang dia naik masuk kelaluan untuk ke hotel Bahauddin. Sempat ler aku melambai! hehehe....Untuk pengetahuan, dia ni kira pangkat 'adik' ler dgn aku. Sebab masa aku kenal dia dulu pun masa aku keja dan dia praktikal kat tempat aku keja (masa tuh dia student lagi). Selepas tuh dia bekerja ditempat yang sama aku bekerja. Sekarang aku dengar dia dah naik pangkat Manager! Alhamdulillah...Satu lagi dia ni pun baru jer dapat pasangan anak kembar 'hero' pada December yang lalu! Tahniah, Izuddin!

Selepas solat subuh, aku dan suami pergi ke Hotel Bahauddin tempat Izuddin ni menginap. Dapat ler kiriman yang sangat2 'berharga' dari M'sia! Jutaan terima kasih pada Hanim (ex-office mate aku) yang sudi bertungkus-lumus carikkan aku untuk dibekalkan! Terpaku aku seketika sebab segala macam benda yang aku tak 'jangka' dibekalkan! Jutaan terima kasih juga aku ucapkan buat Izuddin yang 'bersusah-payah' bawak barang2 tu untuk aku! Sebenarnya aku cuma kirim sebotol kicap, sepeket serbuk kari dan sepeket sebuk kurma jer...Tapi, Izuddin kata tak kan tu jer sebab dia pergi 4 orang(termasuk adik dan adik ipar selain dpd bapanyer). Kesian ler plak untuk aku kirim bebnyk sebab dia bawak orang tua kannnn. Tak sangka ler plak segala macam khazanah yang tiba! Kengkadang waktu2 yang macam nih, baru kita kenal antara 'kawan' dan 'sahabat'. Jutaan terima kasih buat Hanim dengan Izuddin!!! W/pun kat M'sia menda2 tuh sumer tak 'berharga', tapi bagi aku dan kengkawan kat KSA nih 'menda' tuh sumer ibarat 'emas'!!!!Bukan takder kicap ngan serbuk kari kat sini, tapi sumer tak menepati piawaian anak tekak aku! huhuhu....Apa korang hingat SIRIM jer ada piawaian kerrr????


Yang takder dijual kat memana kedai Indon di KSA nih!

Masih segarrrrr gitew!!!!

Yg nih bukan dpd M'sia haaa... yg ni aku beli dgn harga SR1 jerrr....

Sebelum solat Jumaat, aku sempat 'calling2' dgn Imah (org umah Hj Ghaz). hehehe....Bukan apa, cuma ajak ronda2 kat sekitar Taibah Hotel. Kat situ kan banyak kedai2 untuk dilawati dan dilewati....Kalau pegi dengan orang lelaki nih, bukan tak syok, tapi 'aura' nak melilau nih dah tentu kureng sesangat! Kalau dengan orang pompan nih, w/pun tak membeli tapi akhirnya membeli, aura dia tu ada ummmphhh!!! hehehe.... Sempat ler gak carik sesikit untuk anak2! Betul tak Imah??? Lengkali kalau kita pegi memana saing tuh, kita pegi ler sesama yeeee....Baru ler ada 'aura' gitewww!!!! hehehe....

Lepas solat Jumaat kami sumer bertolak balik ke Yanbu. Kali ni aku takder nak menyinggah memana termasuk ler kedai Indon tuh! Bekalan baru masyukkkk tuuuu.....hehehehe....So, dengan 'CIK SOM' nyer, aku dan family chaw chin chaw ler dulu ke Yanbu.....

Wednesday, January 14, 2009

KENANGAN

Ingat lagi tak apa yang kita dolu2 makan, aper yang kita main, cerita aper yang kita suka dannnn kartun aper yang kita nengok???

Ha, yang nih pun aku terima e-mail gak dari ex-schoolmate aku.... Tergelak besau aku!!! Muahahahahaha.... Dannnn aku pun masuk jer ler kat entry aku nih! Thanks Zon! Terkenang citer lama daaaa.....

Sapa yang pernah ada 'benda alah' ni?

Pernah main tak?

Dulu sekeping ghega dier RM0.10 sen, glamer kalau ada ni...

Seronok kalau main ni!Sampai tak ingat nak mandi!



Stationery yang mesti dimiliki ....

Water colour ni??? Guna 1bln dah mcm batu!

Kartun 'febret'




Makanan ringan 'kegemaran'

Setiap petang mesti tunggu cerita macam nih...

Ber'kati2' abah aku beli...Dulu mana ada kira kilo!


Siap ada 'tatoo' lagi! Nak guna kena guna air l****! Pas tuh mak marah suh cuci! huhuhu.....

Belon yang paling glamer masa tuh! Pas tiup besau2 tampal kat muka wat topeng...Kalau bocor tiup dulu pas tuh tekap kat bibir biar lekat....hehe

Sunday, December 28, 2008

SEMALAM, HARI INI DAN ESOK

Sebenarnya inilah putaran hidup kita sebagai manusia. Bermulanya hari ini, kemudian kita tinggalkan dan menjadikannya semalam. Semalam adalah pengalaman, kenangan dan berakhir menjadi sejarah hidup yang tak akan dapat dipadam hingga keakhir hayat. Hari ini adalah bermulanya cerita. Sama ada cerita baik atau tak, semua tu kita yang tentukan. Kalau baik hari ini maka baiklah sehingga keakhir hayat dan begitulah sebaliknyer. Kerana hari ini adalah penentu segalanya. Hari esok hanya perancangan semata dan kita tak pasti adakah kita dapat melalui hari esok atau pun tidak.

Begitu jugak dengan blog aku ni. Apa yang aku tulis adalah pengalaman aku yang nak aku share dengan kengkawan. Sebenarnya sejarah blog aku ni bermula ketika aku menjejakkan kaki aku dibumi KSA ni. Itupun setelah ex-office mate aku Nooryati yang suggest. Pada asalnya memang aku tak amek 'port' pun dalam bab2 blog ni. Suami dan anak sulung aku dah ada blog sendiri since last year dan suami aku pun pernah tanya kat aku either aku nak buat blog atau tak, tapi masa tu aku cuma kata; "Malaslah...Tulislah pape yang patut, tapi jgn lupa masuk sekali nama dan gambar saya yew. Sebab cerita kita ni lebih kurang jer". Tapi disebabkan aku dah duk jauh dengan family dan kengkawan, maka kawan aku tu pun tanya either aku ni ada blog atau tak. Aku kata baca jer ler blog suami aku. Tapi dia suh aku buat ler blog sendiri sebab tak syok baca yang bukan blog aku. Start dari tu ler aku mula ber'blogging'. Anyway thanks to Noor.

Pada asalnyer apa yang aku catat dalam blog aku ni adalah pengalaman aku sendiri untuk aku cerita pada kengkawan dan kuarga. Bukan untuk show-off tapi aku cuma nak share experiance dengan kuarga dan kengkawan yang mengenali aku untuk dijadikan info. Sama ada orang suka ataupun tidak, setiap yang aku catatkan dalam blog aku adalah rentetan cerita pada hari2 semalam yang tak mungkin berulang lagi. Sebab sumer tu dah jadi kenangan dalam hidup aku. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Sumer orang ada hak nak suarakan apa yang tersirat dan tersurat dalam hati kat dalam blog masing2. Sebab blog ni universal bagi aku. Kalau kita nak politikkan blog tuh, maka jadi lew politik. Kalau kita nak jadikan tempat bercerita jadi lew tempat bercerita. Sumer tuh ikut pada tuan yang empunya blog tersebut macam ner dia nak kendalikan. Tepuk dada tanya iman, kata orang2 sekarang.

Pada kengkawan, kaum kuarga, teman2 blog serta pelayar2 blog yang lain yang sudi menyinggah kat blog aku ni, walaupun sesaat TERIMALAH SEADANYA sebab aku ni cuma manusia biasa, dan yang baca gak manusia biasa. Kepada yang sudi menjadikan aku seorang kawan atau sahabat tak kira ler kat mana korang berada, RIBUAN TERIMA KASIH aku ucapkan. Orang tua2 kata tak rugi kalau ramai kawan. Semoga hari ini adalah lebih baik dari yang semalam dan hari esok adalah yang terbaik dari hari ini seterusnya pada tahun2 akan datang, Insyaallah.