Alhamdulillah....Dapat gak aku dengan kuarga mengerjakan umrah ramadhan pada tahun nih. Dari sehari ke sehari nak buat umrah ramadhan tapi ada jer 'halangan' yang tak dapat nak dielakkan. W/pun hotel jauh lebih mahal daripada biasa, alhamdulillah kami sumer satu kuarga dapat mengerjakan umrah dengan takder pape halangan yang tak diingini.
Aku bersama suami dan anak2 bertolak pada hari Rabu yang lepas lebih kurang jam 4 petang. Tunggu anak2 balik sekolah dengan suami aku balik keja dulu. Sebelum bertolak, aku sempat masak untuk juadah buka puasa satu kuarga. W/pun sedia maklum kat tepi2 jalan ada orang yang bagi sedekah untuk berbuka puasa, tapi tekak ngan perut melayu kami nih 'tak tahan' dengan sebuku roti jerrr! hehehehe... So, masak yang paling simple sekali untuk kami satu kuarga ayam masak kicap! Sama tuh ada ler gak aku buat sambosa dengan teh tarik yang tak macam mamak wat tarik2 tuuuu...Muahahaha...
Kali nih kami bertolak ke Mekah bukan iku jalan biasa. Kami ikut jalan Jeddah. Menurut suami aku, kereta tak boleh masuk dalam kawasan Mekah. Suami aku dapat info dari Hj Ghaz (suami Imah) ngan Hj Rosehaizat (suami Kak Salina). So, suami aku pun parking ler kereta kat Kudai. Dari Kudai kami satu kuarga naik bas untuk terus sampai ke Masjidilharam. Okey gak ler parking kat Kudai nih kalau compare parking kat Misfalah. Sebabnyer??Kami tak perlu nak jalan jauh2.Sampai2 jer dah kat depan masjidilharam!Kalau kat Misfalah kami kena 'membetis' selama 15minit!Penat wooooo.....
Seperti biasa sebelum masuk ke tanah haram, kami akan singgah kat miqat Juhfah dulu untuk berniat ihram. Kali nih kami ditimpa musibah sket. Semasa suami aku nak reverse kereta dia terlanggar kereta pak arab yang parking kat belakang kereta suami aku. Kalau nak ikutkan salah, memang salah 'pak arab' tuh, tapi suami aku malas nak kecoh2 bulan ramadhan nih, suami aku terus jer mintak maaf dan nak bayar ganti rugi. Alhamdulillah, tak rugi kalau kita rendahkan diri untuk minta maaf. Kawan2 Pak Arab tuh dengan Mat2 Bangla yang ada kat masjid Juhfah tuh kata "KHALAS!KHALAS!RAMADHAN!" Indahnyer ramadhan....Saling maaf memaafi antara insan!
Sampai jer kat Kudai, kami pun berbuka puasa dengan apa yang kami bawak dan kami sumer sampai di Masjidilharam lebih kurang jam 9.30malam. Dengan kedaan orang yang ramai, hotel yang penuh, suami aku 'gamble' jer untuk carik hotek yang memula sekali kami temui. Suami aku sorang jer yang pegi carik hotel, aku dengan anak2 beserta beg2 tunggu jer kat tepi jalan. Bukan takleh ikut, tapi leceh nak bawak budak2 beserta beg2 yang berat. Lagi pun menurut suami aku, Hj Ghaz ada bagi tau kalau bawak kami sumer takut orang hotel tuh 'sembelih' harga! Yer ler dia tau yang kita nih menag desprate nak bilik. Dah malam, dah penat mesti kita tak tolak kan.....Anyway terima kasih diatas info yang diberikan....
Alhamdulillah, kami dapat bilik hotel 'budget' (yg dah tak budget lagi dahhh) berdepan dengan Hijjaz hotel dan bersebelahan dengan kedai emas zamzam. Kira dengan masjidilharam dekat sangat ler tuuu... Selalunyer hotel2 yang camtu dorang charge SR300/nite. Tapi kali nih harga melambung2 dan berganda2 mahalnyer! SR1K++/nite!Baru aku dengan suami 'terperasan' yang kami datang 10 malam terakhir ramadhan! Malam lailatul qadar! Patut ler mahallll....hehehehe
Buka puasa tak susah sebab kat situ ada D'Saji (Felda punyer). Jadi, kalau nak makan makanan melayu tuh lepas ler...Alhamdulillah...Cumer sahur jer pagi tadi suami aku tak leh nak beli yang best2 sebab jam 2.30pagi manusia dah bersesak2 cari juadah untuk bersahur! So, kami makan sahur ala kadar jer.....
Kami plan balik Yanbu awal sket. Bukan apa, tak larat arr nak tawaf widak kat tengah2 panas! hehehe....Lagi pun kalau lewat2 orang dah ramai nanti lewat lak... Aku selamat sampai Yambu tepat jam 12.30tengahari. So, suami aku terus jer solat jumaat kat Al-Semairi setelah hantar kami sumer balik rumah. Alhamdulillah......