Showing posts with label cerita aku. Show all posts
Showing posts with label cerita aku. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

KUCING

Si COMOT ahli dalam rumah kami yang baru

Teruja sangat dengan kucing yang baru kami jumpa masa weekend lepas. Actually aku ni peminat kucing tapi sejak lepas sekolah kucing dah tak jadik geng aku. Kalau dulu bila balik sekolah jumpa jer anak kucing sure aku bawak balik rumah. Mak aku bising2 tapi dia bela gak kucing. hehehehe.... Malangnya kucing yang mak aku bela tak pernah membiak. Bela ler kucing betina banyak mana pun. Beranak ler kucing tu banyak mana pun tak akan menjadik punye! Orang kata kalau pusar kepala ada 2-3 kat kepala bela binatang 4 kaki membiak.... Ermmmm... takde maknenyer laaaa... hehehe...

Last weekend aku dengan family pegi berpiknik untuk sarapan pagi. Alaaaa... Sekadar nasik goreng dengan ayam goreng jer takde bawak lebih2 sebab kami tengah 'jaga badan' ler kunun2nyer... Kami pergi kat tasik Yanbu ataupun Yanbu Lake (kat signboard ada tulis). Saja carik angin pagi yang sejuk. Masa kami tengah bersarapan tetiba ada ler makhluk Allah yang comel ni peratikan kami makan. Aku bagi ler nasik goreng sesenduk untuk makhluk comel ni. Tapi dia wat dekkkkk jerrrr... Lerrr kucing arab ni tak reti makan nasik rupenya... Bila bagi ayam goreng jer bersih ko tinggal tulang jer... Tengok rupa dua yang comel pastu reti pulak erk kucing arab ni cakap melayu so, kami semua meeting either nak bawak balik atau tak kucing ni. Big Boss bagi green light sebab dia yang tukang kuar duit kan untuk spend maintanance sang kucing ni. Kami sume ler happy unless anak aku yang no.2 yang sejak azali lagi memang takut akan makhluk comel ni... 

Sebelum balik, kami dah bincang apa yang perlu dan tak perlu untuk kucing ni. Memula anak2 aku kena mandikan kucing ni sebab rupe dia yang sungguh comot. Sementara anak2 aku mandikan kucing ni, aku bersama suami aku pergi carik pasir untuk kucing ni melepas (skrg still under toilet train lagi), cari towel mandi dia, cari tempat dia tidur dan cari semua peralatan untuk sang kucing ni. Malam pun aku dgn suami pegi lagi cari makanan si kucing ni. Tekezut zuttttt bila makanan kucing ni pun ada peringkat umur gak. Aku hengat kan ler baby jer yang ada peringkat2 makan...hahahaha...

Sampai sekarang lagi aku masih lagi mencari sesuatu yang boleh dijadikan pondok untuk kucing aku ni tidur. Dia takut tidur kat dalam bekas yang kami belikan. Rasa tak secure kotttt... Malam jer tidur atas pokok sampai burung yang buat sarang tiap pagi bising sebab takut si kucing ni makan anak2 dia dalam sarang. Adehhhh... Dah macam mini zoo pulak rumah aku ni... huahuahua

Dannnn kucing yang comel ni kami sume bagi nama COMOT. Tau pulak bila kami panggil dia... hehehe...

Monday, October 31, 2011

EUROPE

15 May yang lepas aku berpeluang menemani suami aku ke Natherlands. Rezeki yang tak pernah aku sangkakan. Pergi pun kira last minute sebab suami aku dapat panggilan daripada seorang sahabatnya untuk menjadi salah sorang 'team kerja' dorang. Bila dah suami aku tanya nak ikut atau pun takkkk... Tak kan ler aku nak tolak tuah... ngeh ngeh ngeh...

Memula tu berat hati gak nak tinggalkan kesemua anak2 perempuan aku kat rumah. Tapi bila aku fikirkan dorang sume ada exam dan dah besar so, aku bulatkan hati untuk menemani En Suami tercinta. Aku cuma bawa Irfan jer sebab dia balik sekolah jam 11.30pagi. Yang lain sume balik 3.00petang. Kalau aku tak bawak Irfan mana aku nak letak budak tu sensorang...huhuhu... Maka ada ler satu 'handbag' yang aku bawak kesana kemari... hehehe

Perjalanan dari Yanbu ke Jeddah dengan menaiki kereta (sendiri drive). Lepas tu aku 'tumpangkan' kereta aku tu kat rumah Pn Wan Surita & En Rashid yang baik hati. Sampai jer aku dijamu dengan Laksa Penang. Dah ler dapat tumpangkan kereta, dapat makan lagi youuu! Alhamdulillah... Kenyang kami bertiga! Dah ler tu tolong hantar kami bertiga untuk carik cab lagik! Memang baik hati... Jutaan terima kasih untuk Eita & family.

Kami berlepas daripada Jeddah dan transit jap kat Riyadh setelah tu terus ke Kota London. Daripada London Airport kami bertiga naik train untuk ke satu lagi airport untuk pergi ke Antwerp, Belgium. Cuaca kat London masa tu agak sejuk sebab semasa kami sampai hujan turun rintik2 disamping angin yang bertiup sampai ketulang hitam..... trrrrr trrrr....

Semasa dalam flight kami bertiga tidur dengan nyenyaknya! Tak sedar langsung! Sedar2 jer kapal nak landing. Bermakna kami bertiga tidur selama 2jam! huhuhu... Anak aku Irfan lagi ler... Dah sampai pun masih lagi meneruskan mimpinya. Plan asal daripada Antwerp ke Maastrich nak naik train tapi dak sorang ni kejut2 takmo bangun pulak. Terpaksa ler aku & suami bergilir kendong dia dan cari cab untuk meneruskan perjalanan. Ada hikmahnya kami naik cab sebab driver cab tu orang Maghribi yang baik hati. Dia bagi almost 50% diskaun untuk ke Maastrich. Alhamdulillah.... Bukan setakat tu jer dia siap bagi SMS pada suami aku jemput makan kat rumah dia untuk dia kenalkan aku bersama isteri & anak2nya. Terharu sungguh! Tapi apakan daya masa tak mengizinkan so, kami tak dapat penuhi permintaan dia... Kesian kannn...


MAASTRICH, NATHERLANDS

Selama 3hari aku kat Maastrich takde apa yang aku dapat buat. Adal ler jenjalan dengan Irfan tengok2 kawasan (ala2 YB gitu). Bukan apa, saja jalan2 sama tu aku nak carik tempat2 makan yang halal. Ermmm... Nmpk gaya kami kena makan roti jer ler selama seminggu sebab takde nampak kedai makanan halal. Ada ler kedai Indonesia tapi menu yang dihidangkan sesangat membuat aku bak meraung! Begitu juga restoran Thailand yang kita semua sedia maklum. Kami semua dapat makanan yang halal di Antewerp, Belgium. Subway halal beb! Siap jumpa restoran Malaysia lagi! Masa tu aku pulun abisssssssssss.... Burppp... Alhamdulillah

Bersama Makcik Indon & suaminya yang dah 50 tahun menetap di Maastrich, Netherland

Restoran Indonesia serta menu yang tertera... Meraung aku tengok!


Perjalanan dari Antwerp ke London dengan menaiki monorailRestoran Malaysia di Antwerp, Belgium


LONDON

Penantian berakhir apabila suami aku selesai menghadiri mesyuarat selama 3 hari. Jeng jeng jeng... Time untuk kami meronggeng! LONDON destinasi setetusnya. Kat London ni part makan memang tak bimbang. Banyak makanan halal. KFC, McD & Subway juga halal tapi kena alert perkataan 'HALAL' ada ditampal kat pintu. Kedai2 makan orang muslim pun banyak. Tinggal lagi ongkosnyer jer... hehehe...
Di airport London









Madame Tussaude... Tak dapat jumpa yang betul jumpa yang palsu pun ok laaaa

Sunday, November 14, 2010

HARI WUKUF

Esok adalah hari wukuf. Kalau tak wukuf maka tak dapat ler haji. Sebab wukuf tu adalah Haji dan Haji tu adalah wukuf. Semasa wukuf di Arafah, berdoalah apabila gelincir matahari sehingga terbenamnya matahari kerana pada waktu itu Allah akan memaqbulkan doa setiap hambanya. Teringat saat manis semasa di Arafah pada tahun 2008. Pada tahun ni anak2 aku yg pertama dan yang ke-2 berpeluang menjadi tetamu Allah dan berpeluang berada di padang Arafah. Semoga semia para jamaah haji mendapat haji yang mabrur... Aminnn

Pada yang tak berada di padang Arafah, disunatkan berpuasa pada hari itu. Sebenarnya disunatkan berpuasa pada 1-9 Zulhijjah. Tapi kalau tak termampu disebabkan ada keuzuran, pada hari2 didalam 1-9 Zulhijjah pun boleh berpuasa.

Monday, November 8, 2010

SIAP SUDAH

Tote bag yang selesai aku kait. W/pun tak ler cun mana tapi aku puashati...hehehe

Masih ingat lagi tak entry aku yang dulu tentang hobi baru tu? Actually ni bukan ler hobi baru aku tapi sejak2 duk kat sini, ini ler hasil kerja tangan aku yang pertama. Kalau tak aku asyik masak manjang. W/pun dah lama tak berapa aktif kat blog, masak tetap masak cuma ada sket penyakit M untuk aku masuk dalam entry. huhuhu...

Projek yang seterusnya, akan aku fikirkan.... lalalala

Tuesday, August 31, 2010

HOBI BARU

Ermmm... aku sekarang dah tukar profession...hehehe...Dulu selalu masuk 'opis' untuk cuba pelbagai resepi. Tapi sekarang aku cuba tukar profession... Wat crochet stitches...hehehe... Tak tau ler either hobi baru ni sekadar hangat2 tahi ayam atau berterusan....

Bukan apa, bulan puasa ni nak masuk opis pun apa yang aku nak buat? Awal sangat tuuuuu.... Kalau pun nak cuba resepi baru. Kuih raya? Ermmm...tahun ni aku tak buat sebab aritu balik M'sia aku memang dah set dalam mind aku ni yang aku tak buat. Aku buat kuih tunjuk jer...So, aku pun dah pikul kuih tu... Memang puashati kalau wat sendiri tapi tahun ni rasa malas ler pulak. Mungkin mood M'sia masih ada lagi kottt...hahaha...

Oh yer, berbalik pada hobi aku ni, aku takleh cakap apa apakah gerangan yang aku buat. Bukan alas meja tapi something yang aku akan bawak pegi memana... Apa dia? Tungguuuuuu... Aku kena siapkan dulu... Tapi aku pun tak pasti berapa lama masa yang akan aku ambik atau terus abandon...huahuahua...

Monday, August 30, 2010

TINGGAL KENANGAN

Pejam celik pejam celik hampir 2 minggu aku meninggalkan bumi tercinta Malaysia. 2 bulan berada bumi tersayang terasa masa cepat berlalu. Rasa tak puas jumpa mak dgn abah aku, adik beradik aku, kuarga sebelah suami aku, anak2 sedara yang semakin membesar dan ada gak anak sedara yang tak pernah aku temui dah hampir setahun.


Sepanjang percutian, ramai yang aku temui termasuklah seorang rakan kolej aku. Yang lain tak dapat aku temui. Masing2 busy dengan kuarga dan ada gak yang tak dapat dikesan. huhuhu... Oh ye, bercerita pasal cuti ni, aku rasa percutian kali ni agak kureng sket arr kalau compare dengan percutian last year. Tapi, aku tetap bersyukur sebab dapat gak aku merempit yang memang tak pernah aku rasai kat Saudi nih....kehkehkeh...

Selepas programme mengkhatankan anak lelaki tunggalku, menghantar anak2 perempuan aku yang sulung hingga yang no.3 kekelas taekwondo serta menghantar anak aku yang ke.4 ke swimming class (termasuk diri aku ni gak sbb aku tak reti berenang), suami tersayang aku pun tiba dibumi tercinta untuk bertemu orang2 yang tercinta (aku & anak2 ler...hehehe) maka programme jalan2 cari makan pun bermula...

Kat Universal Studio, S'pore... Gambor blur sebab copy dpd FB punyer...hehehe

Meredah Zoo S'pore dalam hujan...huahuahua


Ustaz Qamarul & isteri bersama anak2 murid dan 'mak murid' nya...ahaks! Semoga bekekalan hingga keakhir hayat, Insyaallah


1st week, kami pergi ke Singapore. Tujuan utama untuk menghadiri majlis walimah Ustaz Qamarul yang mengajar anak2 aku serta anak2 Yanbu yang lain kelas fardhu ain, mengajar aku dan kaum ibu Yanbu lain kelas bahasa arab & hadith 40 dan kelas quran buat aku dan suami. Orang kata sambil menyelam sambil minum air... Tak gitu? Maka aku dan kuarga pun berkampung ler kat Singapore selama 4hari untuk pergi ke Universal Studio dan Zoo Singapore. Syukur, semasa di Singapore kami sekuarga menginap dirumah sahabat baik suamiku Zarina & Suhaimi. Kebetulan pula Zarina pergi outstation, maka atas dasar kepercayaan penuh kepada kami so kami pun duduk ler kat rumah dia 'ala2 rumah sendiri'...hahaha...


Selesai percutian di Singapore, percutian berikutnya ke Kuala Lumpur. Ermmm... Plan asal semua tak menjadi... Takpe ler at least anak2 aku dapat berpuas2 mandi di Sunway Lagoon. Plan nak pegi KLCC, Mines Wonderland tapi hajat tak kesampaian... Diatas kesilapan teknikal...huhuhu...Takde rezeki... Lain tahun ler, kalau panjang umur dan masih ada rezeki, Insyaallah aku pergi kesana. Bukan tak pernah pegi pun, tapi saja mengisi masa percutian. Agak berbaloi gak ler sebab aku dapat bertemu dengan Mak Busu aku kat Kajang & rumah teman sekuliah suami aku masa dia belajar kat US dulu kat Bangi. Masa tu macam rasa beraya pulak...ahaks! Tapi terfikir gak dalam hati, memang masa tu raya advance kat Malaysia buat aku dengan family...hehehe


Masa berlalu cukup pantas. Akhirnya Ramadhan pun tiba. Alhamdulillah aku dapat menyambut Ramadhan bersama mak dan abah aku dan mertua aku. Alhamdulillah jugak aku dapat berbuka puasa bersama adik2 aku w/pun tak semua balik. Cuma, ketika aku berpergian untuk pulang semula ke Yanbu ni, hati aku sayu... Sayu meninggalkan mak dengan abah aku yang semakin uzur... Panjang umur kita jumpa lagi... Insyaallah....

Friday, July 16, 2010

MALAYSIA OH TANAH AIRKU

Diam tak diam dah 3minggu aku berada di Tanah air tercinta.... Benda2 yang lama aku tinggalkan aku buat semula...Opssss!!! jangan salah anggap yerrrr... Maksud aku drive...Wallaaaa rasa syiok semacam beb!!! Memula tu aku takut2 gak nak bawak... Skill tetap ada tapi confident level aku menurun tahap gaban! Fuhhhh...Kalau orang bawak kereta kat belakang aku sure akan berkata2 dalam hati " gerangan kura2 manakah yang drive ni?" sebab aku drive 40km/jam... Urghhhh....Tension kan? huahuahua...

Tapi kini, tahap pemanduan aku dah improve banyak... Kalau memula 40KM/jam, sekarang ni dah capai 100KM/jam...hahaha...Dah berani cilok sket2 tapi undang2 aku tetap ikut sebab aku ni bukan macam pemandu2 arab disinun...hehehehe...Sekali2 puji diri sket takpe kannnn...Kalau aku tak puji sapa lagi...muahahahaha

Kepulangan aku kali ni hanya bersama anak2 jer sebab suami tersayang tak cukup cuti untuk turut serta...Insyaallah minggu depan suami tersayang akan tiba untuk bersama kami...

Sementara menunggu masuk OT, Irfan main game dulu

Urghhhh.....Ngantuks teramat...Ubat bius masih ada...
Pose istimewa untuk ayah tersayang daripada Irfan
Urghhhh...Busyannnn...Bila lahhhh nak baik niiiii...

Sepanjang 3minggu berada di bumi tercinta, banyak perkara yang telah dirancang aku laksanakan dan masih lagi in progress.... Perkara pertama aku dan suami rancang adalah untuk hantar anak2 aku yg sulung hingga yang ke-3 untuk menghadiri Taekwondo class selama 1bulan (intensive). Still in progress.... Perkara ke-2 yg begitu important bagi aku dan suami adalah untuk khatankan satu2nya anak lelaki aku, Irfan... Alhamdulillah, sekarang dia dah pulih sepenuhnya.... Dan yang terakhir sekali perancangan yang telah diatur, adalah untuk menghantar anak ke-4 aku ke swimming class... and still in progress... Sebenarnya anak aku ni masuk swimming class dengan aku sekali...hahahaha... So, pada sesapa kengkawan yang berada di JB, jom kita ramai2 penuhkan kolam renang yang kosong tuuuu... Yang 3orangJustify Full anak perempuan aku tu dah tahu swimming dan dah ada diving licence so, aku hantar ler dorang semua ke Taekwondo class untuk isi masa lapang.... Sementara menanti suami aku tersayang pulang ke Tanah air...



Makan2 pulak kat sini, aku takleh nak poya2 sebab aku pun 'berpantang'...Err maksud aku kami semua berpantang sebab Irfan berkhatan... Tapi seminggu sebelum tu sempat ler aku bawak anak2 pulun memana yang tak ada kat Saudi... hehehe... Buah favorite aku, durian pun dah aku telan w/pun kat rumah parents aku takde musim! Pelik kan? Pada hal tempat lain melacak dengan rambutan, durian, manggis... Tapi tahun ni kat rumah parents aku tak ada walau sebutir pun! Bukan kat rumah parents aku jer tapi satu kampung! Maka aku pun 'petik' ler semua buah2an tu kat tepi jalan tapi semua dah siap berikat...(beli ler apa lagi!)...huhuhu...



Percutian kami masih ada lagi 1bulan berbaki... Insyaallah dengan ketibaan orang yang tersayang aku dan anak2 dapat ler jalan2 cari makan nanti....hehehehe

Tuesday, April 20, 2010

CYST AND ME


Sebelum 'minor surgery' atau pembedahan kecil...
Benjol yang cumilllll...hahahaha


Cerita bermula pada Januari yang lepas....Tak tau pasal apa, seingat aku 4bulan yang lepas aku telah 'merentap' kain baju kat dalam washing machine... Rentapan maut gituuuu...hahaha...Tetiba tangan aku sakit dan membengkak... Mujur ler aku bawak minyak urut cap WAK DAKAM...kuikuikui... Aku sapu jer ler minyak tu kat pergelangan tangan aku.... Bengkak dah hilang, tapi muncul macam 'benjol' kat pergelangan tangan aku tuuuu... Rasa sakit tu on and off...Ku sangkakan tulang yang beralih arah....Tapi aku tetap tunjuk kuat...Sebab aku sangkakan benjol tu akan hilang tapi sampai ler ni tak hilang2...lalu ku suarakan pada suamiku dan dia suggest utk pergi ke hospital wat check-up....

Pergi hospital tak lama kejappppp sesangat...Tak x-ray punnnn...Cuma doktor tu tekan tempat yang benjol pas tu dia kata 'CYST'...Esok harinya dia suh suami aku tepon dia untuk confirmkan next week aku akan menjalani minor surgery untuk remove cyst tu...Buang cepat lagi bagus sebab rasa sakit on & off...Macam ada rasa lenguh2 sengal2 gituuuu... Weiiii bukan aku yang sengal tauuuu!!!! kwang kwang kwang....

Bengkak sikit takper arrr janji cepat baik kannn...

Tangan kanan ku kena cucuk dan bengkak utk masuk ubat bius....
Bye2 cyst...Doa dan harapan jgn ler ada lagi...Insyaallah


Alhamdulillah...PADA HARI INI, cyst yang aku alami dah pun remove daripada badan aku...Mudah2an tak akan berulang lagi, Insyaallah... Suami aku kata tu 'kifarah' dosa2 lama...Emmm...yer la tu kotttt... Nobody perfact kannnn... hehehe... Pada kengkawan yang mengenali atau yang berada di maya nie, kalau ler korang ada rasa lenguh2 tangan dan ada benjolan kecil ataupun besar jangan memalu atau segan (takut ler tuuuu) nak jumpa doktor... Pegi jerrr check...Bukan apa takut kalau simpan lelama takut penyakit lain pulak yang datang... Alaaaa...minor surgery tak sakitttt...Ada macam kena gigit semutttttt jerrr...hehehe... Pada yang 'keberanian' tu kurenggggg cyst pun leh gak disedut untuk buang cecair kat dalamnya...Apa2 pun kena dapat advice daripada doktor ler yerrr...

Ubat yg sama tapi ada 2 versions kat kotak tu...

Sunday, April 11, 2010

CERITA TERTUNGGAK

Sahabat...Dari kiri; Datin Fadlon, Pn Hajjah Syarifah Zainon, sapa lagaaaa aku ler tu...dan Amy disalah satu ruang tamu rumah Dato' Zainal

Barang yang Amy bawak untuk aku...Aku kirim 3 brg jer tapi yg sampai, masyaallah....Berkodi! Anyway thanks Amy yg bersusah payah bawak brg2 tuuuu....

Dah lama dan memang terlalu lama aku tak up-date blog aku ni...Kesiannnnn blog aku nihhh....Dah bersawang2... ishk ishk ishk...Hiba....Citer punyer ler berlambak2, gambor pun dah berkoyan, masa pun banyakkkk tapi tak tau ler naper ilham nak menulis kureng gituuuu...

Jabal Tsur diwaktu malam~seperti orang tidur. Gambar diambil ketika dirumah Dato' Zainal

Dah sebulan woooo aku tak up-date blog...Kalau ada yang masuk dalam entry pun pasal masak dan masak....Lain takdak!Takper ni sekurang2nya aku masih ada lagi didunia blog ni lagik untuk menulis....Mesti ada apertizer, macam makan gakkkk...Opsss!!! Makan lagikkkkkk....huahuahua

Dulu pernah aku berjanji yang aku nak citer camner aku berkenalan dengan salah sorang 'owner' hotel kat Mekah yang berbangsa Melayu dan masih fasih lagi berbahasa Melayu nih....haaaa ni dia citer dia....jeng jeng jenggggggg.....

Kisah bermula (ala2 macam cerita seribu 1001 malam)semasa aku bersama suami bertemu sahabat lama yang datang berkunjung ke Baitullah kerana urusan Ziarah & Umrah pada bulan January yang lepas... Oleh kerana yang bersahabat lama ni suami aku, maka tempias pun aku dapat gak lerrr....hehehe...

Minggu pertama aku bertemu dengan Amy dan suaminya Malek kat Madinah. Dorang ni datang dengan share partner Malek. Kat situ Amy kenalkan aku dengan seorang kawan dia, kak Lon yang cukup humble dan low profile. Aku tak tau yang Kak Lon ni 'Datin'...Sebab dia jenis yang ramah gilors! Aku tanya gak dengan Amy, dia ni jenis yang tak kisah ker? Amy kata both (husband & wife) jenis yang humble(suami kak Lon Dato' Ismail)... Respect gilors aku arrr...Sebab jarang orang yang berada ni jenis yang humble dan suka bersedekah...Dia tak bercerita, tapi orang lain yang bercerita berkenaan sedekah dia....Seronoknya kalau jadik insan yang humble ni kannn...Kengkadang ada gak orang yang kaya tak seberapa, tapi part berkawan ni memilih, nak yang kaya2 jer dan paling aku tak suka sekali berkawan dengan orang yang ala2 ustazah jer...Kita tak boleh judge orang camtu sebab Allah kalau nak bagi hidayah pada orang yang tak bertudung tu sekejap jerr...Cenggitu gak kalau Allah nak tarik hidayah Allah pun sekejap jerrr....Jadik, jangan ler memilih kawan....Tak baikkkkkk.... Nak berkawan pun mesti ikhlas jangan kerana ada sebab....Ni ikhlas daripada hati aku...Aku pun bukan ler baik sangat, tapi aku memang tak suka kalau orang berkawan dengan aku ni ada sebab...

Minggu berikutnya, aku bersama suami bertemu sekali lagi kuarga Malek & Amy bersama anak2nya di Mekah. Huh! ada ke patut Amy ajak aku p 'ronda2 kota Mekah' dengan group dia...Dia kata Kak Lon yang ajak...Malu ler akuuuuu sebab aku pun bukan kenal lama dengan Kak Lon ni...huhuhu...Orang kata rezeki kami, so aku bersama suami dan anak2 dengan muka yang malu2 unta pun ikut ler rombongan dorang....Kami pergi kerumah Datuk Zainal, owner Zahafiz Travel (muasasah yang dorang ni ikut)...Datuk Zainal ni menjemput jemaah ziarah & Umrah ni sebab dia ada wat kenduri disamping menjamu anak2 Yatim dari Mekah. Masa duduk sembang2 tu ler aku berkenalan dengan isteri Hj Arshad, Pn Hajjah Syarifah Zainon...Citer punyer citer, rupanya aku pernah berjumpa dengan dia masa rombongan dari Yanbu melawat tempat2 bersejarah di Mekah. Masa tu ak ler orang yang paling lewat sekali naik bas sebab Irfan tidur dan masa tu ler aku masih sempat lagi bersembang sampai suami aku jerit suruh cepat naik bas, kalau tak aku kena tinggal lerrr....Muahahaha....

Bermula dari situ ler ada lagi rentetan cerita....Aku sambung lain entry sebab banyak wooo citer yang tertunggak....Tungguuuuuuuu!!!!!!!!!!!

Sunday, February 14, 2010

KONSERT YIS

Sebelum bertolak pergi, Haziqah sempat shoot gambor 'model2' cilik nih....

Hari selasa lepas, YIS (Yanbu International School) telah mengadakan Talent Show untuk para pelajar. Kalau tahun2 yang sudah warga M'sia memang kurang tapi pada tahun ni agak meriah sebab kat dewan ada ler dengar gak bahasa yang aku fahami...hehehehe...

Mr Thomson, pengetua YIS
Elementry koir
Persembahan dpd KG~yg ala2 baju princess tu anak Noor Cik AA dan yg tudung merah muka monyok tu anak Mas Leman...hehehe

Sebelum bertolak aku selaku 'mak andam' yang tak resmi telah 'menconteng' muka anak2 yang ambik bahagian...macam tahun2 lepas gak lerr....hehehe...Muka2 comel yang aku conteng selain daripada anak2 aku adalah anak Imah Hj Ghaz~aku pajak dia, dia pajak aku...Boleh?~..hehehe...dan anak kembar Kak Lynn Pawi....Lepas conteng2 muka dorang sumer berlatih tiup flute untuk konsert yang akan diadakan.

Persembahan dpd Grade 2
Nabilah dan Adlina
3 serangkai~Malaysian girls...Dpd kanan : Aina, Adlina dan Nabilah....
Hanisah, Aisyah dan Dina & gang~sebahagian dlm gambor ready nak tiup flute

Memang seronok bila tengok aksi anak2 kat atas stage. Macam2 gelagat yang ada. Tapi kali ni aku tak dapat nak duduk kat row yang tengah. So, gambar pun takdak! Gambar2 yang aku masuk dalam entry aku ni adalah daripada ihsan En Suhaimi (suami pada Aizal~blog Tentang Sesuatu)....Terima kasih banyakkkkk....Budimu ku kenang.....hehehehe...

Faqihah anak Kak Gee dan Afiqah anak Mahaya~persembahan dpd Grade 6



Persembahan dpd Grade 7~Malaysian :Nazihah, Azmi~anak Kak Salina dan Afif anak Kak Lynn

Persembahan dpd Grade 9...Ala2 Micheal Jackson yg tak menjadik...hehehe~kiri sekali anak Kak Salina

Majlis berakhir lebih kurang jam 8malam (kalau tak silap). Pape pun aku happy bila anak2 happy....

Tuesday, February 2, 2010

CAMPING DI AL-HASI

Orang2 Yanbu 'berkampung' utk 1malam di Pantai Al-Hasi

Best...Memang best...Ini baikkkk punyer citer tapi minggu lepas punya citer ler nih...hehehe...Aku bersama kuarga serta kawan2 Yanbu berseronok2 camping di pantai Al-Hasi...Kami berconvoi lebih kurang 21buah kereta.... Berkumpul seawal 7.30pagi dan kami selamat sampai di Al-Hasi pada jam 9.30pagi...


Khemah besar ada 2buah ~ ihsan daripada En. Abd Rahman (Yanbu Islamic Centre)...Enjoyyy wa cakap lu...Ahaks!! Selain khemah besar, kami sumer ada bawak khemah sendiri...W/pun tak besar ala2 khemah bungalow macam Milah & Zikhan punyer~tempat aku lepak2 sbb best sangat...terima kasih Milah....hehehe, tapi boleh ler untuk kami....


Haziqah ready nak pegi diving, Hanisah & Aisyah~anak Hj Ghaz ready nak snorkeling

Haziqah(belakang~kakak) & Nazihah(depan~adik)...2 orang anak dara aku ni memang suka kat dalam laut...

Nabilah...baru jer baik demam tapi terjun gak ke laut wat snorkeling...pas tu gigil2 sejuk...ishhhh!!!Geram!

Ikan ni susah hati sebab kena skodeng oleh anak2 dan suamiku...hehehe


Sampai jer kami sumer kuarkan bekalan memasing...Subhanallah....Makanan punyalah banyak dah macam pasar malam! Betulllll.... Nasib baik ler Da(isteri Hj Ramli) meng'offer' diri ala2 juru jual kat Pasar Khadijah...hehehe...Seronok ler sapa2 yang nak makan tuuu...Tunjuk2 jer takder bayor pape...kwang3....Pulak lepas berendam kat air, memang ler kruk2 nyanyian dalam perut tu...hehehe....

Budak2 ler yang paling gembira sebab dapat main pasir, main air, snorkeling & diving... mak budak pun gembira sama...Disamping lepak2, makan2, cerita2 sampai aku terlupa yang aku tengah berdiet! owhhhh...tidakkkkkk!!!!! Uwaaaa....
Sunset...bermakna berakhirnya hari siang dan acara BBQ akan muncul tak lama lagi...hehehe

Kipassss jgn tak kipassss....

Malam, lepas solat maghrib acara barbeque dijalankan...Perut aku dah macam nak meletup! Tapi pasal sate dengan otak2 hasil usahasama Mar abang Pi, Za Hj Fauzi & Da Hj Ramli aku tak pedulik!!!! Wahai perut, ko nak meletup pun meletup ler....Kwang3....Ishhhh!!!Tak baik betul aku nih! Ikut nafsu betul! kan kan kannnnn....muahahaha....

Selesai jer acara barbeque ada acara menangkap ketam...Aku tak sempat tengok sebab mata dah takleh nak bukak dahhhhh....Info aku dapat dari suami aku...Tapi suami aku kata, ketam takmo timbul...~yg sebenornyer takder ler tuuuu...Takut ketam nak timbul sebab orang2 Yanbu ganas2 pulak nampak bara kat atas pantai...muahahaha.... Acara masak sup unta diketuai oleh 'CHEF KAY' pun aku tak dapat turut serta...Aku dah kroh...kroh...Malam tuh, hanya 1 khemah besar yang digunakan....Yang lain sumer tidur dalam khemah sendiri...Termasuk ler aku....hehehe...Tapi abang Pi and the gang macam biasa ler berjaga sambil berdiang ditengah malam yang dingin.....hehehe...


Pagi2 aku dikejutkan suara azan~tak dapat dikenal pasti geran suara siapa....Tapi yang pasti, suara imam solat tu aku dah tahu...hehehe...Suara Ustaz Qamarul~student daripada Madinah University... lepas solat subuh kami duduk berdiang dulu tepi bara api~baki bara unggun api malam tu...Hilang rasa sejuk, orang2 kuat memasak pun perangat ler baki makanan yang melimpah ruah...Oleh sebab aku tak kuat aku duduk jer tepi bara...Lapor jer aku makan...Boleh camtu???hehehe...


Selesai sarapan pagi, kami sumer berkemas untuk balik...Aku dan kuarga selamat sampai kerumah lebih kurang jam 11.30pagi...Kengkawan lain sampai kul berapa yer??? hehehe...

Sunday, January 10, 2010

PERHATIAN!!!!

Sekali lagi blog kwn2 yang telah aku tepek hilang....Yer ler cat umah baru sumer hilang....Tulunnnnnnnnn....

Nanti aku carik semula erk blog korang sumer....Tunggu!!!! Kl takder, korang ketuk2 ler lagi umah aku yg masih berbau cat nih...Tima kasih utk korang sumer....Sayang korangggg!!!! hehehe

Saturday, December 19, 2009

TERIMA KASIH

Awal December yang lalu adalah tarikh lahir aku. Terima kasih pada suami tercinta dan anak2 tersayang yang mengingati tarikh lahir aku. Pada suami dan anak2 terima kasih juga birthday gift yang diberikan. I love you!!!! Muahhhhhh....

Pada kengkawan yang sudi mengucapkan hari lahir pada aku kat facebook dan hantar sms jutaan terima kasih pada korang semua.... Sayang kat korang sumer.....

Saturday, December 12, 2009

RIYADH-DHAHRAN-KHOBAR-JUBAIL-MADINAH

Dah lama bebebor tak up-date blog. Bersawang sana-sini dahhhh...hehehe....Tak tau ler napa, mcm malaz jer nak up-date sekarang nih.Citer banyak, masa ada tapi tak ter up-date...hehehehe...Sebok melayan citer korea kat Youtube.Ishhhh...dah ler lembab...Kena tunggu lama baru dapat tengok citer...huhuhu...

Okey ler, nak citer pasal raya haji yang lepas. Aku sekuarga bersama2 kuarga Hj Ghaz dan kuarga Hj Rohaizat cross Arab Sudi (Timur Barat). Nak citer lebih2 suami aku dah masuk kat dalam blog dia. Untuk mengetahui cerita yang lebih lanjut, bersama gambar2 leh ler jelajah ke http://http://villabayu.blogspot.com/2009/12/journey-across-saudi-arabia.html

Friday, November 20, 2009

DERITA TALASEMIA

Bila baca keratan akhbar Harian Metro hari nih, aku rasa terharu sesangat. Teringat derita yang ditanggung oleh seorang sahabat di M'sia, kak Ti. Dua orang anak dia mengidap penyakit Talasemia. Setiap bulan dia berulang alik ke hospital. Ada juga orang yang tak bersimpati pada dia malah dikatanyer anaknyer tuh Draculla - penghisap darah....Terharu atas nasib yang menimpa anak2 kak ti. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.Semoga kak ti terus tabah, insyaallah....


Derita talasemia
Oleh Ridzuan Ahmad
am@hmetro.com.my
POKOK SENA: “Anak saya bukan saja memerlukan bantuan bekalan darah sepanjang hayat, malah perlu memakai sebuah mesin di perutnya untuk memasukkan ubat bagi membuang zat besi di dalam badannya,” kata Maizura Mat Rozi, 30, ibu kepada Nurul Izzati Abdul Rahim, 4, yang menderita penyakit talasemia sejak berusia setahun. Menurutnya, anak bongsu daripada empat adik beradik itu mula dikesan menghidap penyakit itu selepas pembesarannya terbantut ketika berusia enam bulan selain badannya kekuningan dan tekanan darahnya rendah.Katanya, selepas itu dia perlu membawa anaknya berulang alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setiap minggu bagi menjalani rawatan intensif termasuk menerima darah untuk merawat penyakitnya.“Hospital dah menjadi seperti rumah kedua kami kerana anak saya perlu menjalani rawatan daripada pakar. Sekiranya bekalan darah tidak mencukupi, kami terpaksa membawa penderma darah sendiri bagi menampung keperluan darah anak saya.
“Anak saya memiliki darah jenis A+ dan kadang-kadang darah penderma itu tidak sesuai dengan darahnya,” katanya selepas menerima kunjungan daripada Exco Pemuda Umno Malaysia, Sufian Awang dan Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrulhisham Hashim.
Maizura berkata, setiap tiga kali seminggu, anaknya perlu memakai mesin di bahagian perut selama sembilan jam sehari untuk merawat penyakit berkenaan bagi mengelakkan kesan lebih teruk termasuk hati dan limpa bengkak sehingga boleh memudaratkan kesihatannyaKatanya, walaupun mengalami pelbagai simptom penyakit, Nurul Izati tetap aktif seperti kanak-kanak lain seolah-olah dia tidak menghidap sebarang penyakit.“Anak sulung dan kedua saya dikesan sebagai pembawa penyakit ini. Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan kami akan terus berusaha untuk merawat penyakit ini.“Setiap bulan kami membelanjakan hampir RM500 untuk membiayai kos rawatan termasuk kos untuk berulang alik ke HSB,” katanya yang turut menjadi ahli Persatuan Talasemia Kedah.katanya, dia terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu perangkaan (sementara) semata-mata untuk menjaga anaknya yang memerlukan penjagaan rapi setiap hari.

Monday, October 26, 2009

IRFAN DAH SEKOLAH!!!!!

Muka ceria dihari pertama nak ke sekolah



Minggu yang lalu Irfan dah start sekolah. Alaaaa....Start pun hari Selasa 20hb October. Yea lahhh hari Sabtu 17hb October lepas baru aku bersama suami register Irfan masuk sekolah. Aku pergi bersama kak Salina dan suaminyer, Hj Rosehizat. Terima kasih.... Alaaaa....Sesaja biar dia bersosial. Kalau sangkut apa yang dia belajar kat sekolah tuh kira bonus ler bagi aku wat Irfan.....Lagi pun kalau kat umah mana ler Irfan ada kawan...Mama ler teman sejati, kemana aku pegi kat situ dia ada...Gaduh pun dengan mama gak...hehehe




Hasil kerja hari pertama sekolah




Dia tahu jer esok nak sekolah, memalam siap bawak beg kehulu kehilir...Kalau boley tido pun nak ngan beg! huhuhu...Takper ler nakkkkk....janji engkau nak sekolah. Excited sungguh!!!! Muahahaha...Irfan sekolah sessi petang sebab sessi pagi dah penuh. Bermakna lepas pukul 2petang jer aku kesunyian lerrr..huhuhuhu...

Untuk Acik Sarah, Mak Su Seri, atuk mak, atuk abah, atuk man & atuk umi ni ler sebahagian gambar Irfan 1st day nak pegi sekolah dan hasil kerja hari pertama bersekolah buat tatapan sumer.