Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Friday, March 6, 2009

PENYAKIT CENGKERING @ CACAR AIR @ CHICKENPOX

Oleh sebab aku dah bercerita pasal penyakit nih, so aku nak share ngan kengkawan berkenaan ngan penyakit 'gatal' nih! Chickenpox ler tuuuuu.........hehehe.... Semoga info yang ada dapat membantu sedikit sebanyak mengenai penyakit ni... Jom kita share sesama....

Cacar air ialah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit. Ia disebabkan oleh kuman virus (Vlaricellazoster). Hampir semua kanak-kanak akan mendapat penyakit ini. Dalam masyarakat Melayu penyakit ini umumnya dikenali sebagai demam campak.

Cara ia merebak
Cacar air yang mudah berjangkit ini merebak dari seorang ke seorang melalui bersin, batuk, pakaian yang tercemar dan sentuhan ke atas lepuh yang pecah. Gejalanya akan timbul dalam masa 7-21 hari selepas seseorang itu terdedah kepada kuman penyakit ini.

Gejala
Pada lazimnya cacar air tidak menimbulkan sebarang gejala sehinggalah munculnya bintik-bintik ruam atau campak. Sesetengah kanak-kanak akan terasa letih, demam, batuk, selsema dan mengadu sakit perut sehari atau dua hari sebelum ruam yang merah dan rata ini muncul.

Kemunculan Ruam
Biasanya ruam bermula di kulit kepala, muka dan belakang . Tetapi ia juga boleh merebak ke mana-mana permukaan badan. Ia jarang dilihat di tapak tangan atau tapak kaki. Ruam yang timbul adalah lebih kecil dari saiz biji jagung. Ia kadang-kala kelihatan berkerak dan boleh juga timbul di dalam mulut, di atas kelopak mata dan di bahagian kemaluan.

Dalam masa beberapa jam sahaja, bintik-bintik merah ini akan bertukar menjadi lepuh yang kelihatan jernih dan sangat gatal. Lepuh ini menyebabkan mangsanya rasa teramat gatal. Apabila anak anda menggaru, lepuh ini akan pecah dan mengeluarkan cecair. Ia kemudiannya akan kering dan menjadi keruping yang keras. Dalam tempoh kira-kira 2 minggu keruping-keruping ini akan tertanggal. Memandangkan ruam-ruam ini terus keluar untuk selama 2 - 6 hari, bintik-bintik merah yang baru sering kelihatan muncul di samping keruping lama.

Sesetengah kanak-kanak hanya timbul beberapa bintik ruam sahaja di badannya, manakala yang lainnya adalah lebih menyeluruh.

Komplikasi
Lazimnya, komplikasi jarang berlaku. Walau bagaimanapun, cacar air kadangkala boleh menyebabkan penyakit Ensefalitis (lkeradangan otak), Meningitis atau Pneumonia (keradangan paru-paru). Kanak-kanak yang menghidapi kanser atau mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu yang boleh mempengaruhi sistem daya tahan melawan penyakit (sistem imun) merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi tertentu akibat cacar air ini. Tetapi, masalah yang paling besar yang dihadapi oleh ibu bapa apabila anak mereka mendapat cacar air ini ialah jangkitan kuman pada lepuh-lepuh tersebut.

Pemulihan
Kebanyakan kanak-kanak akan pulih dalam masa kurang dari 2 minggu.

Rawatan
Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor boleh mengurangkan masa jangkitan dan tahap keterukan cacar air. Bagi kes-kes cacar air biasa, rawatan ubat-ubatan tidak digalakkan. Perlu diingat bahawa ubat-ubatan ini hanya berkesan jika ia mula digunakan dalam masa 24 jam selepas jangkitan bermula. Ia tidak mengganggu keupayaan kanak-kanak tersebut membina sistem daya tahan melawan penyakit ini. Untuk keterangan lanjut mengenai perkara ini, berjumpalah doktor anda.

Lazimnya, jika seseorang kanak-kanak itu diserang cacar air pada kali pertamanya ia akan mendapat imuniti atau daya tahan melawan penyakit ini sepanjang hayatnya. Kanak-kanak jarang sekali mendapat serangan kali yang kedua. Jika ia berlakupun, ia hanya merupakan serangan yang ringan.

Pencegahan
Sejenis vaksin telahpun dijumpai untuk mencegah penyakit cacar air yang dipanggil Vaksin Virus Varicella Zoster . Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 12 bulan ke atas, remaja dan orang dewasa yang belum lagi mendapat penyakit ini. Adalah penting untuk memberi imunisasi ini kepada remaja dan orang dewasa yang belum mendapat penyakit cacar air, kerana jika jangkitan ini berlaku di kalangan golongan tersebut keadaannya adalah lebih teruk.

Dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau anggota kesihatan mengenai perkara ini. Wanita hamil yang tidak pernah mendapat cacar air dan belum penah mendapat imunisasi perlu menjauhkan diri mereka dari jangkitan ini kerana ia boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan.

Penjagaan sendiri

1) Matlamat utama penjagaan adalah untuk memberi keselesaan pada anak anda dan mengurangkan rasa gatal yang dialami. Jika tidak, anak itu akan menggaru keruping tersebut dan mendedahkannya kepada jangkitan cacar air seterusnya (sekunder) serta meninggalkan parut yang dalam.

2) Galakkan anak anda supaya tidak menggaru keruping tersebut. Biarkan ia sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain.

3) Mandikan anak anda dengan air sejuk tanpa menggunakan sabun setiap 3-4 jam sekali untuk 2-3 hari pertama jangkitan (15-20 minit setiap mandian). Lapkan hingga kering dan jangan menggosoknya.

4) Rendam kain ke dalam air sejuk dan tuam di bahagian yang gatal.

5) Sapu losyen Calamine untuk melegakan gatal-gatal buat sementara.

6) Potong kuku anak anda untuk mengelakkan jangkitan disebabkan lepuh yang pecah. Menggaru ruam berkeruping itu akan meninggalkan parut yang kekal.

7) Sarungkan tangan bayi anda dengan stokin kain kapas jika ia didapati menggaru kudis-kudis tersebut.

8) Basuh tangannya 3 kali sehari dengan sabun anti bakteria untuk mengelakkan jangkitan pada lepuh yang pecah.

9) Tenteramkan anak anda dan pastikan ia tidak terasa panas. Kepanasan dan berpeluh akan menyebabkan kegatalan bertambah teruk. Jauhinya dari cahaya matahari kerana lebih banyak ruam cacar akan timbul pada kulit yang terdedah kepada matahari.

10)Berjumpa doktor dan pegawai farmasi jika kegatalan bertambah teruk dan mengganggu tidurnya.

11)Berikan anak anda parasetamol untuk melegakan demam.[Catatan: Jangan beri aspirin atau apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan Salisilat kepada mereka yang berumur 19 tahun ke bawah, melainkan atas nasihat doktor. Ini kerana ia dikaitkan dengan Sindrom Reye (satu keadaan yang sangat merbahaya).

12)Berikan makanan yang lembut dan cecair sejuk jika terdapatnya kudis di dalam mulut. Jangan beri makanan bergaram atau buah oren kerana ini akan merengsa dan mengganggu kudis-kudis itu.

13)Berikannya air garam suam untuk berkumur (1/4 sudu teh garam kepada 4 aun air) bagi melegakan gatal-gatal di dalam mulut.

14)Tenteramkan anak anda bahawa ruam-ruam itu tidak serius dan pasti akan hilang dalam masa seminggu-dua.

Sunday, November 2, 2008

PENANGAN BER 'SHOPPING'.......

Masa on the way balik Yanbu badan aku sakit2 dan rasa seram sejuk gitu! Bukan sebab ada hantu, tapi rasa macam tak sihat badan(penangan shopping kot!). Walaupun macam tu, masa singgah makan aku tetap 'bedal' apa yang ada depan mata. Rezeki jangan ditolak. hehehe...

Rupa2nyer, sampai ke hari ini kepala aku yang pening macam nak meletop tu tak hilang2. Memula suami aku ajak pegi klinik depan umah (alah, General Hospital jer) tapi aku tak mau sebab aku takut arr nak pegi. Sebab macam2 citer aku dengar. Tapi hari ni sebab dah tak tertanggung sakit, maka dengan muka yang selebet aku pun pegi gak jumpa doktor.

Aku terus pegi kat ENT. Kenapa ENT? Bulan Januari lalu aku ada wat minor surgery kat hidung aku nih...Bukan nak mancung, tapi hidung aku ni terlalu sensitif sampai nak nafas dah tak leh (bengkak & block pernafasan). Pas aku jumpa doktor (Doktor Sabina Tasneem-ENT), dia kata infection. Masa tu baru ler aku teringat yang aku pegi snorkeling hari tu. Patut ler hidung aku pedih. Aku ada bagi tau pada Kak Za(sebab dia jer yg tau pasal ni), dia kata agaknya lom baik sepenuhnyer tak...Aku pun don't border ler menda2 ni. Ingat biasa jer rupa2nyer jadi macam ni...Bukan setakat demam jer, tapi siap keluar cecair dpd hidung aku ni. Sebelum tu (hari Jumaat) hidung aku dah bleeding dah...Aku ni pulak, selagi tak rasa menda, selagi tu ler aku tahan jer...Kengkonon nak jadi heroin gitu....hehehe...Ni ler padahnyer orang degil....

Aku berdoa pada Allah biar ler aku cepat baik. Banyak kerja2 aku tergendala. Nak solat pun payah bila sujud (terpaksa cepat2 bangun sebab sakit kepala & air keluar-sebelah hidung jer). K ler, ni aku nak telan ubat biar cepat baik(makan ubat kerana terpaksa-menyampah tul!). Insyaallah....

"Bersabarlah dalam menempuhi segala penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa2 kecil" (ni sebab aku banyk dosa kot!!!hehehe)

Chaw chin chau!!!!!!