Kat sana kami "Shopping" siket cari barang2 dapur yang tak lengkap lagi. Aku ke bandar Yanbu ni kira kali ke-2. Sebelum tu aku ada gak pegi kesana cari barang. Kira bandar Yanbu ni ada ala2 bandar Masai ler gitu. Kalau tak pun macam bandar Tiram(Mas kata macam kat Langkawi!). Cuma kawasan dia ni kureng ler kebersihan dier...hu hu hu
Masa ni aku teringat lak sebelum aku datang kesini. Masa tu beras naik, minyak naik bulan ni elektrik lak naik. Kesian kat mak abah aku, mak abah mertua aku. Korang nak tau minyak kat sini berapa? SR0.38/liter. Ok ler, kata Arab bnyk minyak. Beras pun dorang import gak (dpd Thailand)10kg beras kat sini SR52 shj(Royal Umbrella Brand). Compare kat Malaysia?Memang ada tanam padi lagi mahal dpd KSA. Kesian orang2 tua aku makan beras hancur...hu hu hu
Royal Umbrella Brand
Suami aku ada gak beli watermelon kat sini(beli kat tepi jalan). Besar gedabak seh....Dah ler tu, lonjong lak bentuk dia...Tapi isi dia manisssss sesangat....Honeydew dia lak tak bulat ada sikit bujur. Masa beli tuh ingatkan betik....Anak aku yg kecik kata papaya. Bila aku belah jer, laaaa honeydew rupernyer...Aku pun suruh nak aku no.2 yg amek gambar ni wat tatapan korang sumer(tak kreatif langsung!!!)he he he
Aku ada gak tinjau2 tempat yang jual tanah hitam (black soil) untuk aku tanam mana2 pokok yang boleh ditanam tapi setakat ni lom jumpa lagi ler...Pasu tu banyak ler dorang jual tapi tanahnyer tak jumper. Yang aku jumpa pasir ada ler...
Sebut pasal pasir, 2-3 hari yang lepas tempat aku kena ribut pasir (sand storm). Aku tak perasan pun ada sand storm nih, tapi anak2 dara aku (yg sulung dgn no.2) bg tau aku masa dorang amek baju yg dah kering kat luar dia kata mata masuk pasir. Pas tuh, suami aku balik keja pun bagi tau gak. Jalan nak ke Jeddah ditutup. Masa tu kitorang anak-beranak tak kuar pun...Tapi the next day ner kami sempat gi berkelah! Siap order ayam goreng lagi...(Masa ni tak sempat nak amek gambar).Kat sini picnic ada family area. Yg bujang ada area dia. Janji budak2 enjoy dah ler... Kitaorang gi tak ler pakai swimming suit ker tapi pakai jubah...hu hu hu...FYI, kat sini ada hari yg tertentu untuk ladies swimming. Suami aku kata setiap hari Khamis. Tapi, nanti ler aku survey dulu kat mana tempat dia. Kalau dah jumpa, aku inform ler kat korang sumer. Aku pun dah lama tak terjun kolam nih...he he he
Wokeh ler, nanti aku infom lagi kalau ada lagi informasi terkini dan sensasi...Oh ye..Kat Yanbu ni ada tempat jual baju untuk wanita. Cantik2!!!Kat Ladies Street. Orang kat sini boleh pakai ape2 jer baju yg dorang nak, sebab luar dorang pakai abaya (jubah hitam). Wajib dipakai pompan kat sini. Kalau tak pakai salah nanti kena tangkap dgn Polis Agama dorang(kalau dorang jumpa-setakat ni aku lom pernah jumpa). Suka atau tak, kena gak pakai....What to do....
Bubye......


0 comments:
Post a Comment