Saturday, August 23, 2008

SUSU UNTA??

Minggu yang lepas suami ajak aku pegi ke Madinah(jalan lagi!). Kali ni adalah kali yang ke-2 aku satu family pergi ke Madinah(Ziarah). Tapi kali ni ada geng, dgn Nor orang rumah Din (OBM). Seronok gak...Sebab aku sempat singgah di bukit pasir untuk kali ke-2. Tapi kali ni aku tak ler pegi naik, sebab bulan yang lalu aku dah naik dah...Cuma tengok anak-anak aku dengan Nor satu family naik keatas bukit pasir tu. Kali ini aku overnight kat Madinah.

Lepas tu kami sumer pegi ke Masjid Nabawi. Masa ni aku excited sangat, sebab tengok jam masaih awal lagi. Aku sampai dalam jam 9.30pagi. Emmm, kalau ikut jadual jam 11.00 pagi baru pintu ke Raudhah dan Makam Nabi bersama sahabat-sahabatnyer ditutup. Kalau dulu aku ikut para jemaah daripada Malaysia & Indonesia untuk masuk ke Raudhah & Makam Nabi,kali ni aku ikut cara Kak Salina, isteri Hj Rosehizat. Aha! Jangan terkezut! Aku dengan anak-anak aku, 'bungkus' tinggalkan 2 bijik mata (ikut style Arab)untuk serbu ke Raudhah & Makam nabi. Sebab dengan cara ni, aku cepat sket dapat masuk dan kuar ke Raudhah & Makam Nabi. Tak sampai 2 jam!kami sumer dah kuar dari Raudhah dan Makam Nabi.Silaunyer!!!!Nabilah kat depan Masjid NabawiNak kebilik hotelBersama anak2 didepan bilik hotel
Tutup!Tutup!panas beb!

Nabi SAW pernah bersabda, "Mana-mana umatku yang masuk ke Madinah ini dengan kesusahan, maka akan mendapat syafaatku diakhirat kelak (untuk orang2 yang sabar)" (ni aku baca buku Mak cik dpd M'sia yang duduk kat sebelah aku masa kat dalam Masjid Nabawi). Masa tu, aku rasa ada kekuatan mental bila aku tak dapat masuk kedalam Raudhah pada hal jam baru menunjukkan 9.30pagi-pintu ke Raudhah dah ditutup! So, jangan percaya janji arab nih...huhuhu.... Jadi, aku pun kuar ler dari Masjid Nabawi & aku masuk semula masa nak solat Zohor. Memang challanging! berbekalkan kudrat yang size XS(perasan jap!-untuk org2 dia ler, org M'sia aku size M kot he he he)aku kepit anak2 aku kanan & kiri, untuk menuju ke Raudhah & Makam Nabi. Fuiyo! Memang dahsyat ler pompan2 Arab nih! Ibarat aku nih seekor tikus bersama2 beberapa ekor gajah....he he he...Tapi alhamdulillah aku & anak2 aku selamat gak masuk kedalam walaupun dalam keadaan yang berpeluh2 & tercungap2!he he he...

Petang pulak, aku pergi ke Bazar Kurma. Emmmm...Dapat gak aku cari kurma kegemaran aku. Kurma susu. Nampak macam tak masak, tapi dah masak. Tak terlalu manis. Sedapppp....Anak2 aku lak request kurma Najwa yang orang panggil kurma Nabi. Tak tau ler sempat bertahan sampai bulan Ramadhan ke tak sebab aku tengok dorang makan macam makan kacang ler plak...Kalau bulan Ramadhan kurma akan naik harga, lagi pun kurma buat masa ni memang fresh yang datangnyer dari ladang.Macam2 ada!!!
Emmm...Boleh rasa lagi!!!


Esoknyer plak kami sekeluarga pergi ke Bukit Magnet. Tapi aku tak der ler jumpa batu magnet kat situ...he he he...Cuma experience yang aku dapat ialah kereta bergerak sendiri setelah gear di'free'kan. Suami aku cuma control brek, tanpa menekan minyak. Amazing!!!On the way ke bukit magnetSempat possing kat bukit magnetIni anak dara aku, bukan magnet yer...Taman permainan di bukit Magnet.Nak main???Don't worry tak melekat!

Dari Bukit Magnet, kami sumer pergi ke Jabal Uhud dan Makam para Syuhada yang gugur syahid. Aku tak sempat nak merakamkan kat tempat tu sebab masa tu cuaca panasssss sangat! Sampaikan anak aku yang ke-4 berdarah hidung. Selain daripada panas, berdebu ler plak!

Pas tu kami sumer pegi lak 'melawat'unta kat kandang...he he he...Oleh kerana tersangattttt ler harumnyer kandang unta tu, anak aku yang ke-4 berpatah-balik ke kereta, tak mau ikut masuk kandang unta.Tak tahan ar bau die...Banyak tulllll buih dia!Kalah teh tarik king!!!Tepi sket!Bnyk tullll baja unta kat bawah nih!!

Disana, kami sumer melihat proses 'perah' susu unta secara tradisional. Kemudian, 'upacara' minum susu unta pun berjalan....Tak ku sangka, susu unta ni lebih sedap daripada susu lembu. Tapi tak leh minum bebanyak, sebab dia akan 'cuci perut' korang! Bagi sesapa yang digest dia kureng, aku suggest minum ler susu unta...he he hePrepare susu unta untuk minumLepas nih giliran sapa plak lerEhhh...Sedap rupernyer...Din OBM,Nor & anak2 pun tak lepas peluang...Sedap....


Sunset-On the way balik Yanbu
Setelah 'berkenalan & bermesraan' dengan unta, aku & kuarga aku pun pulang. Lebih kurang jam 7.45 malam, aku sampai kerumah dengan selamatnyer.......

8 comments:

KAHERAH said...

Salam...

Mama Bungas..nak link akak nye blog leh tak???

REENAZ said...

Wakaikumsalam...Aper salahnyer...Selamat berkenalan & terimalah seadanyer...Wassalam

Ejalz said...

Kak Ina, ada blog ropanya... bolehlah kita link-meng'link'kan antara satu sama lain.. fyi, saya dari blog Tentang Sesuatu..
next week, merdeka day kami balik la sana.. insya-allah boleh la berkenalan secara fizikal pulak..

Unknown said...

wah bestnyer dapat ziarah kat medina.. teruja betul UW ngan bukit magnet tuu.. nak juga merasai kebesaran allah s.w.t yg satu ni.. UW pernah jg baca story bukit magnet kat blog OBM....semoga UW akan sampai jg kat situ suatu hari nanti..AMIn

REENAZ said...

Dear Ejalz, akak tau blog Tentang sesuatu tu. Akak selalu baca melalui blog hsbnd akak - Villa bayu. Akak pun pernah gak htr comment kat blog Tentang Sesuatu - pasal buah kalau x silap. So see u nxt month. Jgn luper bw tempoyak balik. Sdp wei smbl tempoyak...

-----------------------------------
Salam UW. Insyaallah UW akan sampai gak nnti. Kalau da smpi sini leh kita convoi. Nti leh minum susu unta sesama...he he he

Anonymous said...

Ina masuk raudhah makin ada improvement dgn ber'bungkus'... Alhamdulillah. nak solat sunat d raudhah, ada 1 spot yg 'safe' yg tak bertolak2, yg tak dhalau2. nak tau? ha... nanti kita sembang lagi k. u will find masuk ke raudhah makin easier n tenang InsyaAllah... SALINA

REENAZ said...

Oooo...Ye ker??Thanks! Nti ler kita p sembahyang sesama.Hr tu x dok no tepon, jd x leh ler nk janji. Ni ada TOK GURU ajau, ni yg best! kih kih kih....

Unknown said...

Harap2 macam tu laa...hehehe..tp tak tau lagi bila.. Urusan suami tak selesai lagi, br apply visa awal bln 7, maklumlah 5bln jg ambil masa berfikir utk buat penghijrahan ini. Semoga semuanya berjalan dgn lancar.