3 hari 2 malam bersama mertua, aku rasa masa cepat jer berlalu. Anak-anak aku pun rasa macam tu gak.
Dalam masa yang singkat tu, aku dan suami sempat ler ajak mereka berdua pegi 'balad' selepas solat tarawikh. Sebelum tu, petang sebelum buka posa, jiran 'arab' aku ada jemput kami sekuarga datang selepas solat Maghrib untuk berkenalan. Hanya suami, abah mertua dan Irfan jer yang dapat memenuhi undangan mereka sebab kami ada 'tetamu' nak datang umah dan berjumpa dengan mak mertua aku. So, aku dengan mak mertua aku serta anak2 pompan aku tinggal ler kat umah.....jpg)
.jpg)
Abah mertua bersama Irfan kat rumah Abu Hasan, jiran 'arab' kami
Mertua aku shopping sket untuk dibawak pulang ke M'sia
Untuk mak dan abah mertua aku, aku ucapkan bebanyak terima kasih kerana 'bekal'kan stok makanan pada kami sekuarga walaupun tak banyak tapi alhamdulillah...
Mertua aku bekalkan kicap 2 botol(yg di'transfer' dalam botol coca-cola), anak pokok kari, daun kesum, beberapa keping belacan(w/pun aku tak order),sup bunjut, lada kering, kuih raya sket & 2 biji puting susu anak aku. Terima kasih mak dan abah....Aku pun ada terima bekalan daripada mak aku sendiri, 4 bungkus kecil kerepek ubi. Terharu sungguh! Walaupun tak banyak, aku rasa sungguh terharu....hu hu hu....
Disudut hati, aku hanya dapat berdoa agar kesemua orang tua aku sihat dan panjang umur dan insyaallah, tahun depan kita jumpa lagi.....
RESIPI KEK PAUN OREN
2 years ago


6 comments:
Salam kak..seronok eh mereka datang.. lagila bln pose nih.. feeling2 malaysia masih ada lg kan.. kak, klu jumpa jiran arab tuh, communicate gn bahasa arab ke omputih ek..
terubat jugak rindu kat kampung ek bila mertua datang...jelesnye,hu..hu..hu..
Jamilah, so far akak lom lg jumpa dgn org umah dia. Cuma ada ler tukar2 kuih bukak posa...Hubby akak yg communicate dgn dia. Bahasa aper lagi, omputih ler...Tp pak mertua akak bahasa arab dia leh ler sket2...
Cik aa...
Jgn ler jeles2, nanti giliran awak akan tiba. Sbnarnyer, mertua akak plan dah lama nak p umrah ramadhan. Since last year lg. Tp rezeki mereka tahun ni & kebetulan kami sumer dah ada kat sini, so dorg pun dpt ler singgah kerumah kami w/pun skejap. Nak amek visa ziarah, visa k'jaan arab bekukan sbb dah dekat musim haji takut org take advantage.
wah mesti syahdu kan? raya dah dekat daa.. mak aii..cantiknya wallpaper umah pak arab tuu.. dia tu memang asal yanbu ker?
UW, Pak arab tu memang asal Yanbu. Dia renovate umah dia berpuluh ribu. Ruang tamu pun ada 3! Kat arab ni, org luar mcm kita jgn harap le nak ada prpoerty. Kita org luar ni cuma dapat sewa jer.
SALAM DARI CIK YAYA & CIK AZI KEPADA SEMUA
Post a Comment