Sunday, September 14, 2008

HAPPY BIRTHDAY IRFAN

Sayang mama!
Anak ayah...

Hari ni genap anak lelaki tunggal aku berusia 3 tahun. Pejam, celik, pejam, celik dah besar anak bujang aku ni...

Teringat 3 tahun lalu, doktor kata due date aku 28hb September, tetapi kita ni hanya menjangkakan atau lebih tepat lagi merancang, Allah yang menentukan. So, anak aku ni lahir lebih cepat dari yang dijangkakan. Awal 2 minggu. Walaupun waktu itu aku 'bertarung' nyawa selama 18jam! Dan akhirnya doktor induce juga. Berbanding dengan kakak2 nya, semua lewat 40-42 minggu, ataupun lebih tepat, 10-10 1/2 bulan! Semuanya induce! Tapi dalam pada tu, 5 orang dah anak aku...he he he...

Irfan sambut ulangtahun yang pertama

Anak lelaki ni perangai pun berbeza. Dah nama lelaki kan... Kengkadang tu, yang satu ni buat mulut aku tak henti2 bercakap. Sampaikan suami aku kata, anak lelaki sorang dah macam 10 orang! he he he...Ye lah, kalau yang atas-atas dia sumer kakak(perempuan), tetiba yang ni lelaki, memang ler lain. Anak perempuan ni cakap sekali dah leh ikut kata. Yang lelaki ni bila kita berkeras, dia lagilah buat. Bila kita berlembut baru lah dia ikut. Itu pun ikut angin dia...

Tapi, pape pun alhamdulillah aku panjatkan syukur pada Allah sebab maqbulkan doa aku untuk menimang 'cahaya mata' lelaki. Selama 10 tahun perkahwinan aku dan suamiku menunggu, barulah Allah mengurniakan aku dan suamiku insan yang bernama MUHAMMAD IRFAN!

Semoga menjadi anak yang Soleh! Amin.......

Irfan baru tumbuh gigi
Emmm...4 bulan dah anak mama...
1st time gunting rambut, nak raya...
Handsome tak?Irfan sekarang dah pandai melaram.

7 comments:

KAHERAH said...

Salam kak..

Alahaii Dina n Irfan sama usiala yek..Dina lahir 22 / 9 /2005..alkisahnye Erah mmg da plan da nama Muhammad Irfan juga tuk Dina sebenarnya sebab doktor kata anak lelaki dr awal ngandung hingga saat nak bersalin..Sekali bila da ceaser kuarla NUR DINA UMAIRAH..hehehehe

So Hapie bday tuk Irfan dulu yek..Moga menjadi anak yang Soleh dan membesar dengan sihat di depan ibu dan ayah..menjadi kebanggaan semua.
Ikhlas dr Untie Erah

cik aa said...

happy birthday irfan...moga menjadi anak yg soleh..

REENAZ said...

Untie Erah & Cik AA, terima kasih Irfan ucapkan...Nak wat open table kat mana ek malam ni???he he he...

Unknown said...

selamat hr lahir yg ke3; semoga Irfan menjadi anak yg soleh, berilmu, beriman, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. aMin.. jgn nakal2 tau! hehehe

REENAZ said...

Buat Ummi Wafa terima kasih.... Insyaallah...Irfan tak nakal2. Tapi kalau 'tak nakal' bukan anak lelaki....he he he

Ejalz said...

Happy Birthday to Irfan.. apsal tak cakap hari tu.. kalau tak, leh kita celebrate sama-sama gitu.. hehe.. boleh la Irfan yang potong kek hari tu.. auntie malu ler.. tu yang potong siap-siap kat dapur.. hahaha..
wahhh.. anak-anak kita sebaya ler gitu.. anak kedua besdaynya 29/7/05

REENAZ said...

ha ha ha...Patut ler ari tu dah siap potong! Anak kedua akak pun bulan 7 gak...13/7. Pape pun, thanks auntie Ejalz, Irfan ucapkan...