Monday, September 8, 2008

REZEKI HARI INI......

Alhamdulillah, aku panjatkan syukur kepada Allah pada hari ni melimpah-ruah rezeki berbuka puasa yang kami satu family dapat. Dapat kuih daripada Mas, pas tuh dapat lak juadah berpuasa daripada jiran ARAB aku. Errrrrkkkkkk.......Kenyang dan penuh perut kami anak-beranak....
Ni ler juadah buka jiran 'arab' aku bagi. Tapi dah tinggal sket, sebab dah kena ngap!

Hari ni aku mencuba resepi baru. Sebenarnya, resepi tuh Sardine Pie. Oleh kerana sardine tak ada kat umah aku, yang ada hanyalah daging kisar, so aku modified jadik Meat Pie. Rupa dia punyer ler buruk! Aper tak nyer, cheese yang wat pie tu tak cukup, so aku pun bedal jer ler dengan cheese yang wat pizza. Bila aku campurkan jadik ler tompok-tompok hitam(dah macam awan mendung le plak...) Aku ada ler bagi sket pie tompok2 tu pada Mas. Mas, ko ler jadik tukang rasa...he he he. Okey ke idak, tak dapat aku pastikan....Maka inilah dia hasilnyer.
Ini ler dia Meat Pie aku...Tukar nama lah. Cloudy Pie...

6 comments:

Masdihana Hamzah said...

sedap tu meat pie kak ina. alya makan sampai 2 ketul. separuh kami dah abis bedal, lagi separuh kami beri kat 3 bujang sebelah umah.

kuih yg abg leman beri tadi dia beli kat pasar ramadhan yanbu... sedap gak... tapi inti dia kedekut sikit sangat.

Unknown said...

auntie ina pai apa tu ibu minta resepi boleh tak.......?.....?

cik aa said...

baiknyer jiran arab kak ina..siap bagi2 kuih lagi...

REENAZ said...

Mas, Kuih semalam budak2 yg 'ngap'. Dorang kata karipap bantal. Kuih tu sama ngan yg jiran arab tu bagi.

Aisyah, sebenarnya pai sardin. Tapi, sardin kat umah auntie Ina tak ada. So, auntie ina tukar le jadi pai daging. Oleh kerana cheese tu auntie ina campur dengan cheese buat pizza, jadi warna dia hitam sikit. Ibu nak resepi? Boleh...Bagi tau ibu pai tu tak ler sedap sangat...he he he

Nor, sebenarnya dari hari tu jiran kak ina nak bagi tapi kami sumer tak dengan anak dia ketuk pintu kat luar rumah. Semalam jer dia press bell kat luar baru ler kita sumer kuar tengok. Rupernyer dapat juadah posa 1 dulang. Siap dengan kurma lagi....

yannfuad said...

walaupun uper meat pai tu tak beraper nk indah..janji hasilnyer bole d makan n d terima oleh anak tekak...hihihi

REENAZ said...

Sebenarnya dah kekurangan cheese. Jumpa cheese yg wat pizza bedal jer ler...Tu yg warna dia 'berkarat' sket....he he he