Selepas menyambut Aidilfitri di Makkah, kami sumer balik ke Yanbu Al-Sinnayah untuk makan2 lak. Yea ler, pepagi raya orang sumer kat Malaysia makan ketupat dengan rendang tetiba kami anak-beranak sumer makan nasi arab beralaskan saprah diatas lantai. Kesian ler aku tengok anak2 aku tu.... So, pagi tu aku, suami aku dan anak2 sumer 'gotong-royong' masak untuk raya walaupun masa tu kami masak agak lewat sket, tapi berkat kesabaran dan kesungguhan kami (nak makan punya pasal), makanan pun siap dihidang jam 3:30 petang. he he he... Yea la, nak masak awal, kedai sumer tak bukak pepagi. So, kami sumer start pun lambat ler... Yang penting, aku puashati bila tengok anak2 dan suami aku dapat makan makanan raya macam kat Malaysia walaupun tanpa ketupat dan lepat(orang Johor memang tak lepas dengan ketupat & lepat nih...)
Tak sabar nak makan ni mama!
Malam tu lak, kami sumer dijemput makan di rumah Leman & Mas. Lepas makan dari rumah Leman dan Mas, kengkawan dari YIC/YUC pun tiba rumah kami.
Esoknyer pulak, kami buat makan2 sket untuk kengkawan yang tak dapat balik beraya di Malaysia (macam aku). Aku masak ler seadanya...Buat kengkawan sumer, terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan kerana sudi datang walaupun malam tu, nasik impit aku tak berapa menjadik sebab kurang sejuk. Aku potong awal sebab dah jadik kelam-kabut sket.....Insyaallah, panjang umur, murah rezeki dan kami masih lagi ada disini, aku masak2 lagi buat ubat rindu kat Malaysia....
Antara kengkawan yang hadir....


6 comments:
Na...
kari malam tu best sungguh (dah tahu rahsianya DKK kan?)
Meriah sungguh dan seronok dapat jumpa antara kita. rasa macam kat johor pulak.
SYUKRAN WA LAILATUN SAEDAH
Tu ler DKK dgn kari mmg tak leh dipisahkan....he he he...Kalau pure ikut resepi dia lg cun. Tp kari brand tu x de sini sbb tu masak mcm biasa jer.
Meriah mmg meriah, tp masih mcm kurang jer...Tak tau ler yg mana. Mgkn sbb x de mak & abah, adik beradik kot...
Mlm td shopping ker???
AFUAN......
kak ina,lupa nak bagitau mlm tu nadzmin terbawak balik kamera mainan irfan yg kaler kuning tu.dlm kete baru perasan...sori ek!
salam aidilfitri..meriah gak rayer kt yanbu yer..yan pulak sempat makan ketupat n rendang rayer pertama jer..jadik la..dr kempunan..huhuhu
maner la tau rezeki kak ina tahun depan dpt rayer kt mesia pulak..
Cik aa, kamera tu pun 'anak dara' arab bg Irfan masa iftar kat umah dia - masa bulan posa hr tu...he he he
Yann, dah sampai Yanbu ke? Meh ler dtg umah akak beraya. Tp nasi impit dah tak dok dah...Kuih raya ada lagi....
alhamdulillah da sampai yanbu 2 ari lepas..penat pun x ilang lagi..
simpan cikit kuih rayer tuk kami..jangan perabis dulu...hihihi..insyaallah kita akan serbu umah kak ina...bole bersua muka ngan kak ina..mengeratkan silatulrahim..wah gitu..klu jdk en hubby yann bg tau kt husband kak ina...
Post a Comment