Sunday, October 26, 2008

BERITA DARI MALAYSIA

Semalam aku ada telefon mak dengan abah aku, to wish their birthday. Tapi aku dikejutkan yang abah aku kena demam chikungunya. Teringat aku pada seorang sahabat UW (yang empunya blog INDAHNYA CIPTAAN TUHAN), ada mengatakan bahawa mertua dia kena demam tersebut. Apa khabarnya yer???
Sebagai anak tentunya aku rasa sedih sesangat. Al-maklum ler aku ni anak abah....Sebak bila abah bagi tahu yang dia tak sihat, demam dah beransur pulih cuma sehari dua ni dia tak berhenti sesedu. Kenapa yer? Aku cuma pesan dengan dia supaya banyakkan minum air panas suam dan mandi air suam. Yea la, orang tua...Kesihatan pun tak menentu.....
Cuma aku panjatkan doa, semoga Allah sembuhkan penyakit abah aku secepat yang mungkin, dan dapat aku berjumpa dengan dia dalam keadaan yang sihat nanti, Insyaallah. Amin.....

3 comments:

Ejalz said...

Kak Ina, camne leh dapat demam tu..? penah baca jek dalam paper.. tak pernah lak amik tau... apa kes tu kak ina?

Unknown said...

to kak ejalz- kata doktor yg merawat bapa mertua UW, virus chikungunya ni asalnya dari bangladesh, as we know pendatang bangla kan ramai.. tu pasal laa ianya cepat merebak kat tpt kita ni. sampai ke hari ini masih blum ada lg vaksin cuma ubat tahan sakit jer yg ado.

to kak ina- harap2 akak sabar dan byk2 bdoa semoga abah cepat sembuh. alhamdulillah atuk, nenek dan mak mertua UW dah sembuh cuma abah mertua belum sembuh sepenuhnya, ygmana abah mertua perlu berpantang makan i.e; makanan yg berasaskan kacang(semua jenis kacang)dan berasaskan pulut @ tepung pulut.
kalau abah tak pantang makan pasti kakinya bengkak kembali dan rasa berbisa akan menyerang.
penyakit ni kalau nak sembuh sepenuhnya ambil masa juga laa, antara 2bln-6bln, so kena byk2 bersabar. setiap penyakit tu penghapus dosa.

REENAZ said...

Ari tu akak ada tepon dia n dia kata dah ok. X tau ler ok yg cam ner...Cuma dia kata dia kena tak teruk sgt n x sampai kena admit. Tak tau ler dia makan pantang ke tak. Sbb abah akak ni jenis tak reti nak pantang. Nanti takut kecik ati lak...Biasa lah kan org tua....