Monday, October 20, 2008

SANGGUPKAH ANDA?

Seperti biasa setiap pagi aku akan melayari internet sebelum memulakan tugasan harian rumah. Tapi hari ni lain dari hari2 yang lain. Entah kenapa hari ni hati aku terdetik nak baca cerita dari Malaysia. Maka, aku pun klik ler kat METRO bahagian setempat. Aku baca ruangan RELA DIMADU DEMI AGAMA. Rupa2nyer cerita tu cerita seorang sahabat aku, MUZLIFAH. Aku kenal dengan dia masa hantar anak2 aku kesekolah dan Taekwondo di SJK(C) Chee Thong. Orangnya cukup lembut. Bila bercakap terlalu sopan. Kengkadang aku terasa malu bila berbual dengan dia. Walaupun dia ni dikalangan orang yang berada, tapi dia tak pernah cerita tentang diri dia. Bukan aku jer yang kenal dengan dia, Kak Za (Ummulamirul) pun kenal dengan dia sebab mertua Kak Za dekat dengan rumah dia.
Pada 28 Mac 2008, aku ada terima sms darinya(aku tak pegi sebab hubby aku nak pegi Yanbu pd 30hb). Biasanya dia akan jemput aku kalau dia buat kenduri ker,open house ker atau aqiqah dan potong jambul anak. Kali ni dia jemput aku atas sebab 'suami dia nikah satu lagi!'. Terkedu aku jap!
Dan ini adalah petikan dari METRO hari ini yang aku copy & paste.
JOHOR BAHRU: “Demi agama, saya rela dimadu,” kata Muzlifah Mohd Adam, 34, madu kepada Nor Hanisah Warah Abdullah, 34, wanita Thailand yang menghadapi dilema berikutan urusan pendaftaran pernikahannya dengan ahli perniagaan di sini, belum diselesaikan Jabatan Agama Johor (JAJ).Menurutnya, dia mengenali Nor Hanisah Warah atau nama asalnya, Waraporn Intasin, sejak kira-kira dua tahun lalu atas urusan perniagaan, kerana madunya itu mempunyai syarikat membekalkan mainan dari Thailand.Katanya, perkenalan menerusi urusan perniagaan bertukar kepada persahabatan dan daripada hanya berurusan menerusi e-mel, mereka bersembang di telefon.“Kami menjemput Nor Hanisah Warah datang ke Johor Bahru dan pelawaan itu diterimanya sebelum tiba di sini Februari lalu. Mungkin selepas melihat cara kehidupan kami sebagai Muslim, Waraporn Intasin terbuka hati memeluk Islam.
“Mungkin juga jodoh dia dengan suami saya, saya tidak mempunyai masalah bermadu dengannya. Saya mengambil keputusan itu kerana sedar berpeluang membantu menarik saudara baru.
“Selain itu dengan pengalamannya menguruskan perniagaan mengeksport mainan, kami (saya dan suami) berpendapat dia dapat membantu menguruskan salah satu perniagaan kami selain menemani saya yang kesunyian berikutan suami sibuk menguruskan perniagaan,” kata ibu kepada enam anak itu.
Menurutnya, selepas mengadakan perbincangan di mana suami bernikah di Satun, Thailand pada 13 Mac lalu, dia sanggup ke negara berkenaan bagi menemani madu dan suaminya itu.
Katanya, selepas sah bergelar suami isteri mereka kemudiannya tinggal bersama di Kampung Cahaya Baru, Masai, di sini, di mana Nor Hanisah Warah menguruskan ladang ternakan milik suaminya, manakala dia kekal menguruskan perniagaan kedai runcit.
Akhbar ini Sabtu lalu melaporkan, rayuan dan dilema seorang saudara baru memikirkan nasib kandungan sekiranya urusan pendaftaran pernikahannya masih belum dapat diselesaikan, sedangkan dia kini sudah mengandung empat bulan.
Nur Hanisah Warah Abdullah, 34, merayu urusan pendaftaran pernikahannya diselesaikan segera selepas pernikahannya itu disahkan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, 6 Mei lalu.
Nur Hanisah Warah dipetik berkata, disebabkan tertarik dengan agama Islam dan ingin menjalani kehidupannya sebagai Muslim, dia sanggup meninggalkan sementara anak perempuannya berusia lapan tahun di rumah orang tuanya di Chiang Rai, Thailand berhijrah ke Malaysia.
Selain itu, katanya, dia menyerahkan perniagaan mengeksport permainan kanak-kanak kepada rakannya yang diusahakan bersama sejak kira-kira enam tahun lalu, selepas tertarik dengan ajaran Islam dan ingin menjadi seorang Muslim.
Bagaimanapun, katanya, disebabkan beberapa masalah pernikahan mereka masih belum boleh didaftarkan di sini, dia menghadapi pelbagai masalah seperti ketiadaan visa hingga menyebabkannya terpaksa pulang ke Chiang Rai, Thailand, kira-kira tiga minggu sekali membabitkan belanja hampir RM3,000 setiap kali pulang, selain bimbangkan masa depan kandungannya yang berusia empat bulan.
Selesai aku baca berita tersebut, terus-terang aku katakan, sebagai manusia biasa aku sendiri tak sanggup buat apa yang sahabat aku ni buat. Semoga PAYUNG EMAS menanti mu di Syurga wahai sahabatku, MUZLIFAH! Insyaallah....

10 comments:

yannfuad said...

mulia sungguh ati kawan kak ina..
x rela bkongsi kasih..huhuhuhuhu

Anonymous said...

memang Muzlifah ni one in a million. tengok la filem AYAT-AYAT CINTA...dlm Utube pun ada full story. tengok la...misti nangis punye tengok pengorbanan Aisyah.

Anonymous said...

a'ah kak rina,pg (wktu mlysia) td seri bc,brite k2 yg seri bc selepas brite utama,seri ingt sgt yg kak rina cite tu,die jemput majlis perkahwinan suami die dgn isteri die yg convert tu..mule2 seri bc xtgk tmpt,seri nmpk je cahaya baru trus je ingt,masuk metro seh...niat die baik,xsedikit pun trase dgn madu die,mmg mulia niat die.Besar pbgorbanan die,tinggi martabat die sbg wanita,seri xkawin lg,xtaulah kan masa depan seri suatu hari nnt,xle ckp lebih2...ssh nk d duga,cume seri harap seri mampu menghadapi ujian Allah suatu hari nnt. Amin

ddiswara said...

Alhamdulillah.. besar pahala tu... Mudah2an dimudahkan urusan... Amacam, dah duduk kat Arab tu tak mau carikan satu utk Abe ko??? Muwahahahahakakakakaka...

ddiswara said...

Sabar..sabar...sabar.. banyakkan beristighfar!!!

Anonymous said...

Suami dia pulak kawan aku tu... kot-kot tempias pulak kat aku ek? Mana lah tau....heee....hee...

Anonymous said...

suami dia taukey ktr engineering,rumah dekat surau albararah yang dengarnya sebulan ramadhan penuh dengan kuliah dan kiamulail.apa yang nabi saran tentu ada hikmahnya.madu itu sentiasa manis.

REENAZ said...

Office suami dia dkt dgn umah saya kat M'sia. Dulu kalau p kedai India (Kengkadang malas nak p Tesco sbb htr anak kat sek Dato') mmg lalu kat KTR Engineering tuh. Suami dia pun baik mcm isteri dia gak. Suami saya pun kenal dgn suami dia. Kan dah dikatakan, PEREMPUAN YG BAIK HANYA UTK LELAKI YG BAIK DAN LELAKI YG BAIK HANYA UTK PEREMPUAN YG BAIK

Anonymous said...

tabik kat muzlifah. mari kita isteri2 jadi mcm dia... (boleh ke?) provided that our hubbys nak nikah kerna "menolong" n bukan kerna sex semata2! huhuhu... masih sanggupkah kita? atau kita sanggup melihat kaum sejenis kita merana terjebak jadi mistress lelaki durjana? apa kata suami kita lak adalah salah seorg lelaki durjana tersebut? tp bagaimana pula kita mengukur nilai ksh syg... kalau suami sanggup menduakan kita kan? tanpa memikirkan pengorbanan kita kpd mereka all these yrs? but then again... kalu suami mmg baik sesgt, mayb isteri no problm suami berpoligami. tepuk dada tanya selera. Allah Maha Mengetahui...

ddiswara said...

Apa kata ramai2 pakat carikan husband partner 1 @ lebih... Ye la kan ramai suami Mithali... Kesian pompuan2 yg tak dpt kawin lagi... Besar pahala tu!!! Takbiiiiiiratul ihram...