Sunday, November 2, 2008

PENANGAN BER 'SHOPPING'.......

Masa on the way balik Yanbu badan aku sakit2 dan rasa seram sejuk gitu! Bukan sebab ada hantu, tapi rasa macam tak sihat badan(penangan shopping kot!). Walaupun macam tu, masa singgah makan aku tetap 'bedal' apa yang ada depan mata. Rezeki jangan ditolak. hehehe...

Rupa2nyer, sampai ke hari ini kepala aku yang pening macam nak meletop tu tak hilang2. Memula suami aku ajak pegi klinik depan umah (alah, General Hospital jer) tapi aku tak mau sebab aku takut arr nak pegi. Sebab macam2 citer aku dengar. Tapi hari ni sebab dah tak tertanggung sakit, maka dengan muka yang selebet aku pun pegi gak jumpa doktor.

Aku terus pegi kat ENT. Kenapa ENT? Bulan Januari lalu aku ada wat minor surgery kat hidung aku nih...Bukan nak mancung, tapi hidung aku ni terlalu sensitif sampai nak nafas dah tak leh (bengkak & block pernafasan). Pas aku jumpa doktor (Doktor Sabina Tasneem-ENT), dia kata infection. Masa tu baru ler aku teringat yang aku pegi snorkeling hari tu. Patut ler hidung aku pedih. Aku ada bagi tau pada Kak Za(sebab dia jer yg tau pasal ni), dia kata agaknya lom baik sepenuhnyer tak...Aku pun don't border ler menda2 ni. Ingat biasa jer rupa2nyer jadi macam ni...Bukan setakat demam jer, tapi siap keluar cecair dpd hidung aku ni. Sebelum tu (hari Jumaat) hidung aku dah bleeding dah...Aku ni pulak, selagi tak rasa menda, selagi tu ler aku tahan jer...Kengkonon nak jadi heroin gitu....hehehe...Ni ler padahnyer orang degil....

Aku berdoa pada Allah biar ler aku cepat baik. Banyak kerja2 aku tergendala. Nak solat pun payah bila sujud (terpaksa cepat2 bangun sebab sakit kepala & air keluar-sebelah hidung jer). K ler, ni aku nak telan ubat biar cepat baik(makan ubat kerana terpaksa-menyampah tul!). Insyaallah....

"Bersabarlah dalam menempuhi segala penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa2 kecil" (ni sebab aku banyk dosa kot!!!hehehe)

Chaw chin chau!!!!!!

4 comments:

Saliza said...

Salam..
Hah tulah kalau dah degil tu.. kan dah susah.
Okey cuba baring dan dongakkan kepala ke atas gitu. Sambil tu baca selawat banyak2.
Oh ya Baca juga Bismillah pada air zam-zam segelas gitu dan cuba sedut ke dalam hidung dan hembuskannya.Bismillah adalah penawar . InsyaAllah berkat air suci dan bismillah kot2 baik.
Cuba try test lah ya...

REENAZ said...

hehehe....Kak za ni, mcm x kenal lak dgn ina ni....Insyaallah akan dicuba. Smlm dah p klinik & alhamdulillah dah mula leh membebel kat bebudak dah....Kira dah baik ler tu....

Anonymous said...

iman pun hidung berdarah panas badan kot anyway semoga cepat sembuh ye kak ina

REENAZ said...

Imah, p ler bawak jumpa doktor. Kalau tak pun letak ais kat kepala nak reduce panas & brentikan darah dpd hidung.