Kat depan rumah sebelum berangkat pergi .jpg)
Muka2 yg tersayang yg bakal ditinggalkan hampir seminggu
7 Zulhijjah 1429H - Alhamdulillah setelah hampir seminggu selesai sudah rukun Islam ke-5 aku kerjakan dan mudah2an diterima olehNya. Aku dan suami bersama kengkawan lain tiba di Yanbu pada hari Rabu yg lepas 10/12/2008 bersamaan dgn 12 Zulhijjah 1429H. Aku dan suami serta kengkawan yg lain bertolak pada hari Jumaat 5/12/2008 bersamaan dgn 7 Zulhijjah 1429H jam 11.30am. Perjalanan kami lancar tanpa ada apa2 halangan. Selama ni kalau aku dgn suami nak pegi Makkah tak pernah pun naik bas. Tapi kali ni dapat ler merasa naik bas coster. Baru lagi sehhh...Tempat duduk pun masih bungkus plastik! Aku dgn suami dan kengkawan yg lain tiba dimiqat Juhfah jam 3.40pm. Kat sana aku berniat haji (aku ambik haji Ifrad) sama tu sempat ler aku wat solat jamak takhir sekali.
.jpg)
Beg jer kat atas bumbung, tapi tuan beg kat dalam bas
.jpg)
Kat Miqat Juhfah
Setelah tu kami sumer bergerak ke Makkah dan kami tiba lebih kurang dalam jam 8.00pm. Selalunyer aku dan suami parking kereta dekat jer dgn Masjidilharam tapi kali ni aku dgn suami dan kengkawan yg lain menapak ke Masjidilharam. Jauh gak perjalanan tu dan kalau tak silap aku ada ler gak dalam 1/2jam. Oleh kerana jalan beramai2 maka tak ler terasa sangat. Setelah selesai tawaf qudum dan saie haji dalam jam 2.00am, kami sumer pergi semula ke bas. Perancangan awal nak pegi Mina awal sket, tapi keadaan tak mengizinkan bas bertolak jam 4.30am dan kami terpaksa melalui kesesakkan lalu-lintas yang teruk dan kami sumer tiba di Mina jam 7.00am. Bila aku kira perjalanan dari Yanbu sampai Mina, sempat weh balik M'sia! hehehe...

Khemah-khemah di Mina
8 Zulhijjah 1429H (Hari Tarwiyah-hari bersiap-sedia) - Sampai jer dikhemah Mina, aku pun buat ler apa2 yg patut. Mengqada' solat subuh aku, mandi dan seterusnya aku zzzzz.....Letih tu.... Lagi pun 8 Zulhijjah kan hari tarwiah iaitu hari bersiap-sedia so, aku merehatkan ler diri aku utk persediaan hari2 yg berikutnya. Solat pada waku di Mina adalah diqasar tanpa dijamak. Alhamdulillah, kat Mina segala keperluan asas seperti tilam, bantal, selimut serta tandas semua disediakan. Nak kata berebut2 tandas tu aku rasa tak ada dan tandas memang bersih. Minuman free flow. Ada air mineral, air kotak, air carbonat dan air panas. Mee segera pun disediakan dan aku ler yg paling bnyk makan mee segera sampai dpt gelaran 'Ratu Maggie'! Kwang kwang kwang!
.jpg)
Perjalanan ke Arafah
9 Zulhijjah 1429H - Hari ini adalah hari penting bagi orang yg mengerjakan haji. Sebab hari ni adalah hari wukuf kat Arafah. Ada org kata kalau tak wukuf maka tak haji. Tapi, wukuf adalah salah satu rukun haji kalau tak buat tak sah ler haji kita. Seawal 3.00am aku bangun. Sementara tunggu solat subuh maka aku buat ler apa2 yg patut. Seperti yg dijanjikan lepas jer solat subuh, kami sumer bertolak dari Mina ke Arafah. Perjalanan sesangat ler 'adventure'. Tak tau ler mungkin dugaan untuk kami sumer atau memang 'driver' kat Saudi ni terror2 belaka. Ngeri beb!Rasa ngilu sesangat! Sumer main cilok2. Oleh kerana kesesakkan yg teruk, maka kami sumer membetis ler ke khemah yg dah disediakan. Jauh gak arr lebih kurang 2km ler kalau tak silap aku. Terus-terang aku katakan, setibanya aku di Arafah terasa diri aku ni kerdil sangat dan terasa Allah dekat sangat dengan aku. Masa tu air mata aku jatuh macam air hujan. Tak dapat aku nak ceritakan perasaan aku masa tu. Keampunan yg pertama aku mintak. Ye la, aku ni manusia biasa dah tentu bertimbun dosa2 aku sama ada aku sengaja atau tak sengaja. Mudah2an Allah ampunkan segala dosa2 silam aku dan dosa2 yg akan datang. Di Arafah jugalah dimana Allah banyak mengampunkan dosa hamba2nya. Kemudahan untuk wuduk dan tandas tersangat ler mudah. Begitu juga dengan makan. Air free flow sama macam kat Mina. Tak seperti yg aku dengar. Alhamdulillah. Setelah tu, kami beramai2 bergerak ke Muzdalifah. Seperti yang di lakukan Rasulallah, solat jamak takhir dan qasar kami kaum wanita sumer balik semula ke khemah selepas tengah malam cukup lah sekadar singgah sebentar. Yang tinggal hanyalah orang2 lelaki untuk bermabit.
.jpg)
Jalan beramai2 ke Arafah
.jpg)
Bas tanpa bumbung yg dikatakan digunakan oleh jemaah golongan Syiah
.jpg)
Sementara tunggu bas nak pegi Muzdalifah, siap possing dulu!
.jpg)
Suasana di Muzdalifah
10 Zulhijjah 1429H (Hari Nahar) - Pagi tu kami tak pegi melontar jamrah sebab kami dah berjanji kami akan pergi melontar selepas asar. Kalau nak ikut sunah, hari 10 Zulhijjah disebut juga hari Nahar pada selepas Duha adalah waktu yg afdhal untuk melontar tapi waktu tu adalah waktu peak so kami sumer kenalah 'bersabar' dulu kerana takut perkara yg tak diingini berlaku. Telahan kami memang betul, ada dikalangan group kami yg pergi melontar pada waku tersebut bercerita keadaan yg sesak pada waktu tersebut sehingga tak ada ruang nak bergerak. Aku dan suami bersama kengkawan yg lain pergi melontar jalan kaki jer. Pergh....1 jam perjalanan dari khemah sehigga ke jamrah. Kami sumer pergi di tingkat 2 untuk melontar dan alhamdulillah, aku dapat melontar dihadapan 'kawah' tersebut tanpa ada halangan. Setelah itu kami para wanita sumer bergunting sedikit dihujung rambut untuk bertahalul awal sementara yg lelaki sumer bercukur, dan sumernya 'berwajah' baru......
.jpg)
Perjalanan ke Jamrah
.jpg)
Terowong untuk ke Jamrah
.jpg)
Suamiku dgn wajah barunyer....
11 Zulhijjah 1429H(Hari tasyrik pertama) - Setelah solat subuh aku bersama suami dan kengkawan yang lain pergi ke Kota Makkah untuk melakukan tawaf ifadah. Kami sumer pergi menaiki van sapu. Oleh sebab kami sumer nak cepat sampai, maka kami sumer charted satu van. Perghhh....mahal seh! Dia charge kami sumer SR400 untuk satu van untuk 9 orang. Kalau tengok van dia alahai! sedih gitu! Tapi hanya itu jer yg ada, so kami naik jer ler.... Setelah selesai tawaf ifadah, kami sumer bergerak menuju ke Mina dengan menaiki bas coster yg macam ada ala2 bunyi exhaust jatuh gitu dengan bayaran SR20. Maka lepas lah kami sumer tahalul thani pada hari ini.
.jpg)
Keadaan kota Makkah semasa Tawaf Ifadah
.jpg)
Selesai Tawaf Ifadah
Tiba di Mina, kami sumer berjalan sejauh 900meter untuk sampai ke jamrah. Masa ni aku rasa macam stamina dah kureng gitu kalau nak compare dgn hari semalam. Ye le, bnyk tenaga yg aku gunakan w/pun aku ni 'Ratu Maggie' tapi kalau takat 1bungkus maggie tuh, tak leh nak cover weh....Kali ini kami melontar di tingkat yg paling atas iaitu tingkat ke-3. Alhamdulillah segalanya mudah dan aku juga dapat melontar betul2 dihadapan 'kawah' jamrah tersebut. Jadik, aku nampak ler batu yg aku lontar tu jatuh kebawah tanpa syak lagi.
.jpg)
Nak pegi melontar ketiga2 Jamrah dgn menggenggam batu kat tangan.
Setelah tu, kami sumer balik ke khemah dengan menapak lagi selama 1jam. Sesampai jer kat khemah, ada lak kawan bagi tau aku kalau nak pergi jamrah dari khemah ada bas dgn tambang SR10. Laaa....Kalau ler aku tau, tak ler aku menapak pas tuh urut2 betis sebab kejang. huhuhu...Tapi tak per anggap jer ler ibadah kan....Kalau tak gitu tak tau dan tak rasa 'nikmat' menapak....hehehehe
.jpg)
Di Jamrah Aqabah
.jpg)
Hari terakhir, setelah melontar
12 Zulhijjah 1429H - Pagi 12 Zulhijjah kami sumer berkemas untuk pulang sebab kami sumer mengambil keputusan untuk mengambil nafar awal. Selepas solat subuh, kami sumer memunggah barang2 kat bas. Pas tuh, kami sumer pergi beramai2 naik bas yg akan ke jamrah dgn tambang SR10. Bas yang akan membawa kami balik ke Yanbu hanya menanti di Makkah pada jam 2.00pm sebab tak leh nak kuar pada masa tu. Setelah melontar kami sumer bergerak ke Makkah dengan menaiki van sapu. Memula tuh kami dah beli tiket bas tapi bila tengok keadaan yg tak mengizinkan, so aku, suami aku, Mas, Leman dan Alya (anak mereka) changed mind. Kami sumer naik van sapu. Perjalanan kali ini lagi ler advanture. Dgn keadaan van yg uzur, kami sumer disumbat macam sardin disamping ada lagi penumpang lebih kurang seramai 15orang dibumbung dgn bayaran SR15 seorang. Masa tu hanya Allah jer ler yg tahu perasaan kami dan kami rasa bumbung van tu 'melendut' semacam jer. Laju ler plak dia drive sampai absober pun dah tak de rasa. Alhamdulillah sampai gak kami dlm keadaan selamat.
.jpg)
Keadaan yg seperti ini menyebabkan kami tak jadi naik bas
.jpg)
Ni ler dia van sapu yg kami naik rasa macam 'melendut' bumbung tu....
.jpg)
Sebelum tawaf wida', sarapan dulu kat D'Saji
Setelah tu kami apa lagi, isi perut dulu dan tempat yg dituju D'Saji ler....O ye, D'Saji ni kat Safwa Mall berhampiran dengan Zamzam Tower. Tengok waktu awal lagi nak wat tawaf wida' kami sempat ler dulu wat 'tawaf kedai' dikedai2 yg berdekatan. hehehe....
.jpg)
Jutaan manusia didataran Masjidilharam
Setelah itu aku pun buat tawaf wida'. Alhamdulillah, aku dan suami hanya mengambil masa 45minit jer semasa tawaf. Masa ni aku dan suami diambang kemusykilan. Ye la, lagi 20minit lagi solat zohor boleh ke aku dan suami solat setelah tawaf wida'. Setelah rujuk dan mendapat penjelasan dari yg arif, rupa2nyer, boleh melakukan solat tapi tak lebih dari 2waktu dan setelah buat tawaf wida' tak leh ler lagi menyopping sakan. Kalau sekadar beli makanan untuk alas perut dan menunggu teman dalam kadar waktu yang singkat setra pergi kebilik penginapan untuk berkemas dan ke tandas adalah dibolehkan. Jam 3.00pm kami sumer berangkat ke Yanbu dan aku tiba dirumah dalam jam 9.00pm. Kenangan mengerjakan haji adalah kenangan seumur hidup yang tak dapat aku lupakan. Baru kini aku tahu kenapa ramai yang merindui ibadah haji kerana aku dah merasa sendiri kemanisannya. Jika diizinkan Allah, aku nak lagi menjadi tetamuNya. Semoga aku mendapat haji yang mabrur olehNya.
Juga jutaan terima kasih aku ucapkan pada Hj Ghazali kerana sudi 'lead' kami semasa melakukan haji.
3 comments:
Salam Reenaz...alhamdulillah dah selamat segala-galanya... sakit dada saya menahan sebak bila baca entry awak kali ni.... tak tahan rasanya ingin menikmati kemanisan yang awak rasa tu....ntah bilalah dpt peluang tu lagi sekali. Wassalam.
Tahniah Mak Aji....
Anak sihat??
Hafizah
Insyaallah, satu hari nanti awak akan menjadi tetamuNya.
***********************************
Izuddin
Alhamdulillah sume anak2 akak sihat. Anak2 n twin awak sihat? Salam akak wat wife
Post a Comment