Thursday, December 18, 2008

KISAH SEMALAM

Perjalanan nak ke Bukit Pasir, Badr

Kiri bukit yang berbatu-batan, kanan bukit pasir

Perancangan awal suami aku nak bawak anak2 pergi scuba dgn snorkeling tapi keadaan tak mengizinkan (boat not available) so, suami aku tukar plan. Kami satu family ke bukit pasir dekat dengan Badr. Bukan tak pernah and main pasir kat sana, tapi dah tak tau kat mana lagi nak dituju. Yea la, plan asal nak ke laut, tetiba ke bukit lak. Jauh tu 'tersasar'. hehehe....

Pendakian bermula....

Jauhnyer nak sampai atas....

Ala-ala 'Spiderman' gitu!

Lepas solat zohor jer kami satu family pun bergerak ke Bukit Pasir tersebut. Perjalanan hanya mengambil masa selama 1/2jam dari Yanbu ke Badr. Sebelum pergi suami aku sempat 'menyinggah' jap kat kedai petrol pump beli ler pape yang patut buat bekal. Memula tu aku dah siap2 bawak nasik tapi suami aku kata pas zohor so, kami sumer 'sapedek' dulu arrr kat umah.

Sayuppppp....perkampungan di padang pasir

Sebagai pemerhati jer....

Pas anak2 sumer puas main pasir kat Bukit Pasir suami aku bergerak pergi kearah perkampungan kat area padang pasir kat situ. Padang pasir area tu memang cantik. Sempat ler anak2 berpossing sakan. Aku cuma jadi pemerhati jer dari jauh...Memandangkan kami sumer tak fasih berbahasa arab, kami sumer tak ler masuk area perkampungan tersebut. Bukannyer apa, takut kedatangan kami disalah-ertikan. Maklumler kita ni orang luar, pandai2 ler nak bawak diri....Tak pasal2 kena 'libas' nanti dgn orang Arab naya jer! Kami sumer sampai rumah tepat dikala azan asar berkumandang. Balik cepat pun sebab malam pas Isyak, ada picnic dgn family2 kat Yanbu ni.


Cantik, pemandangan di padang pasir

Possing maut, kat padang pasir!

Sampai jer rumah, akupun buat ler pape yang patut, sempat gak aku wat marble cheese cake untuk aku bawak untuk malam tu (gambar tak sempat nak rakam). Memula tuh nak bawak talam berlauk resepi ibu mertuaku, tapi bahan2 kurang tu yg aku tukar menu. Pas Isyak iaitu lebih kurang jam 8.00pm kami sumer pegi kat Pantai RC. Kat situ ramai kengkawan yg bawak juadah masing2 - kira ala2 pot luck ler ni...Macam2 ada. Puding roti,murtabak,kuih buah melaka,puding peach,pasta goreng,sambal udang,kek gula hangus dannnnnn macam2 lagi lah sampai tak terhabis makan dan akhirnya kami tukar2 kuih masa nak balik. Cuaca lak pada malam tadi agak dingin, sekitar 25 celcius. Angin malam terasa sejuknya. Anak2 sumer bertempiaran kegembiraan. Ala2 anak2 arab gitu main memalam! Malangnyer, kamera aku tertinggal kat kereta so, aku tak berkesempatan ler nak masukkan gambar dalam entry aku nih.... Pape pun, meriah gitu bila kumpul ramai2 nih! Picnic kami berakhir pada jam 10.00pm dengan membawa balik pelbagai jenis juadah.

2 comments:

yannfuad said...

alahai ruginya x dpt joint pot luck tu...sedih tau...
asben check email pukul 10 mlm.. gathering pun da abissss...

REENAZ said...

Laaa....Kesiannyer....Akak pun lupe nak tepon. X per, next time akak inform kalau ada gathering. Itu pun kalau asben akak inform...hehehe