Friday, January 2, 2009

PICNIC

Minggu ni aku dan kuarga tak de pegi memana. Perancangan awal kami satu kuarga nak pegi Jeddah bersama kuarga Hj Ghaz dan kuarga Din OBM. Tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, maka kami sekuarga batalkan niat untuk ke Jeddah. Tak per ler nanti lain kali jer ler.... huhuhu
Sebagai ganti, aku dan suami cuma bawak anak2 pergi ke pantai RC kat Yanbu ni jer. Yang ikut hanyalah 3 orang daripada 5 0rang anak2 kami. Yang 2 orang lagi tak mahu ikut, dorang nak duk kat umah jer... Sebelum ke pantai, suami aku singgah jap ke Pizza Hut untuk bekal ke pantai. Jap! jap! bukan Pizza Hut, tapi Biza Hut!. Sebab kat Saudi ni yang ada BIZA HUT, bukan PIZZA HUT! Yea la, arabic alphabet mana ada huruf 'PA' jadi dorang ganti ler dengan huruf 'BA'. hehehe....


BIZA HUT?? kat Saudi jer yang ada....

Pizza Hut, Yanbu diwaktu malam

Lapar punyer pasal, hanya ini yang tinggal!

Irfan yang paling ceria!


Laparnyer!!!!!

Emmmmm..... Yummy!!!!

Sampai jer kat pantai RC, kami terus jer lepak kat tengah2 taman yang berdekatan dengan Taman Permainan. Lepas jer makan, anak2 aku terus jer bermain kat taman permainan. Maklum ler musim sejuk laparrrr jerr... Jadi sebelum dorang main kena isi perut dulu!

Cuaca malam tadi agak dingin, aku tengok temperature kat sini around 21 celcius. Tak lama pas tu, angin malam bertiup. Perghhhh!!!! Sejuk sampai ketulang hitam! Aku rasa sejuknyer angin malam tadi lebih kurang dalam 16-18 celcius. Anak2 aku main pun tak lama. Sejuk agaknyer... Kami lepak kat taman pun tak lama sebab sejukkkkk sangat! So, kami sumer amek keputusan untuk balik jer ke rumah.

p/s : Sebenarnyer, aku dah publish entry ni, tapi tak tau mana silapnyer masa aku try nak edit sket sbb tangan gatal entry asal aku hilang. Jadi pd sesapa yg dah baca entry aku yg asal mungkin ada sket kelainan.



2 comments:

Sheikh Helmi said...

Bestnya dia p pantai! ye la kan,dia ka yanbu ada pantai..jeles kami kat makkah ni tau...xpe2,balik mlysia ni nk g cuti2 malaysia!!heheheh

REENAZ said...

Perrghhh!!!Nak cuti2 M'sia sehhhh...Tu yg xleh tahan oooo... Rindu dgn M'sia especially LAKSA JOHOR kegemaranku! Yum!Yum!