Friday, April 24, 2009

PICNIC & CAMPING DI PANTAI AL-HASI

Menunggu rakan lain di 'kapal layar'

Irfan dah letih sangat, tak sampai lagi tempat yang dituju....


Semalam aku bersama kuarga dan kengkawan lain bersuka-ria kat tepi pantai Al-Hasi lagik. Tapi kali nih tak sama port ngan yang dulu. Tempat cun dah kena 'chup' ngan pak arab daaaa...huhuhu... Aku suka tempat yang dulu sebab tempat tuh macam lagoon! Anak2 aku yang diving pun suka tempat yang lama gak sebab tak ler jauh sangat dorang nak husung 'tong gas' kat tengah laut! hehehe....Tapi untuk anak2 mandi manda ngan yang nak snorkeling tuh, aku prefer tempat semalam sebab pantai dia landai pas tuh banyak coral yang cantik dan berwarna-warni. Sampaikan anak Kak Salina, Azhad yang umur 8tahun++ tanya camni kat mak dia "Mama, is it painted?" Nak gelak aku bila dengar soklan yang cute tu bersama coral warna merah naik atas darat dengan muka dia yang penuh ngan question mark. hehehe....


En.Villa Bayu ready nak diving dengan anak2....
Ayam panggang abang Pi...Nyum!Nyum!
Antara yang dibakar dan yang terbakar sampai rentung. Saper punyer kerja ler nih...hehehe

Kami sumer sampai lebih kurang jam 10.00 pagi. Turut bersama kami bersama kuarga daripada Jeddah, Mekah dan juga students daripada Universiti Mekah. Cumer studets dari Mekah tiba lewat sket. Begitu gak kuarga Din OBM n Noor Cik aa, Dossey n Anis, Kuarga Hj Fauzi n Za dan kuarga Hj Ahadin n Kak za. Meriah? Memang lerrr..... W/pun cuaca agak panas sket kalau compare 2bulan lepas, tapi sumer tuh takder ler menghalang daripada anak2, bapak2 dan mak2 bersuka-ria terjun laut! Cumer aku jer yang tak dapat nak terjun sebab hidung aku mengalami infection kes snorkeling 2 bulan yang lepas kat pantai sama, tak baik2 lagik!Tengok dari jauh ler aku!Sabo jer lerrrr...Sedey2....huhuhu....

Rajinnnnnn anak teruna Kak Salina

Salah sorang anak teruna Kak Salina dan En Villa Bayu antara orang kuat...hehehe

Abang Pi selaku 'ketua' ber barbeque....

Ni bukan acara 'unggun api' tapi acara 'membakar' ayam...hehehe

Pada waktu malam selepas solat maghrib, sumer anak2 ada program motivasi oleh ustaz Khairul (anak sedara Ustaz Ismail Kamus). Sambil tuh kami wat ler barbeque. Sambil bakar2, sambil dengar. Tak luper gak sambil makan2 sampai naik 'tepu' dah kantung perut aku nih! Yer ler makan tak berenti dari pagi sampai malam! hehehe....Alhamdulillah rezeki pada hari tuh memang lumayan lahhhh....

Motivasi bersama Ustaz Khairul

Nasyid dari students Mekah (Ustaz2) selepas acara motivasi
Perghhhh!!!!Kerja keras Pn Imah kita nih!hehehe

En.Villa Bayu sebok 'membakar' sampai rentung sausage tuu...hehehe

Anak2 menikmati hidangan

Pas aktiviti bakar-membakar, makan-makan, sumer kuarga bertolak kerumah memasing tepat jam 10.00malam. Cuma kuarga aku bersama kuarga Abang Pi & Mar, Karga Dossey & Anis, kuarga Hj Romli & Da dan Kuarga Hj Sanusi & Ila jer yang overnite. Seronok gak bermalam dan tido dalam khemah. Tak sangka lak aku malam sejukkkkkk sangat macam tido dalam air-cond ler pulakkkk....Ishhhhh!!!!Sejuk sungguh! Sampai aku tak dapat nak tido sangat, bukan aper bimbang gak kalau2 air pasang, hanyut pulak kami sumer anak-beranak!Sesedo dah kat tengah laut merah! Haru jer!huhuhu....Alhamdulillah malam tuh anak2 sumer tidur ngan nyenayknyer. Terima kasih ler wat abang Pi kerana sudi menjadi 'security guard' buat kami sumer, w/pun kami tak lantik dia sampai aku sangkakan Pak arab sekodeng kami memalam buta tengah tido(dek kerana torch light abang Pi). Sampai tak lelap mata aku nih!hehehe....Yer ler kat pantai tuh bukan kami jer yang ada Pak arab pun ramai gak yang camping kat situ. Anyway thanks to abang Pi kerana sudi 'jaga' keselamatan kami sumer..... hehehehe...

Pagi pas subuh, kami sumer masak2 wat sarapan. Aku? Aku tukang perati ngan tukang makan jer...hehehe...Perati si Anis ngan Da goreng sausage, keropok ngan wat air teh. Pas tuh, Mar orang umah abang Pi turun padang lak wat mee hoon goreng. Haaa???? Masak gune aper??? Ishhhh korang nih! Si Mar nih sumer dia bawak, daripada khemah 'besao bapok' (kena ikut loghat gannu...hehehe) sampaiiiiii ler ker dapur gas 2tungku (siap ler ngan tong gas yang mcm org wat jual goreng pisang)....Tapi malangnyer aku tak berkesempatan nak snap aksi dorang masak-memasak kat tepi pantai. Seronokkkkk!!!!!

Kami sumer bersiap untuk balik lebih kurang jam 9.00pagi. Tapi kami sumer tak balik ke Yanbu terus, kami sumer menuju ke Ummluj untuk survey dan skodeng2 pantai yang akan jadik mangsa kami berikutnyer. Cumer Da ngan kuarga jer yang tak dapat ikut kami ke Ummluj.

Pantai di Ummluj yang bakal menjadi destinasi seterusnyer....

Aku dan kuarga selamat sampai kat umah lebih kurang jam 12.15 tengahari. W/pun penat dan anak2 sumer 'sunburn' tapi keseronokan memang terasa. Insyaallah panjang umur kami sumer akan berkelah lagi disana.

2 comments:

Anonymous said...

seronok tgk org berpiknik, bila la agknya org tua ni boleh nk gi piknik ni hu hu hu

kak faiz

REENAZ said...

Seronokkkkk sangat...hehehehe....Rasa mcm dak sekolahhhh jer tido dlm tent yg cinonet tuh!hehehehe....

Kat Msia lg bnyk tempat menarik. Bnyk pokok xler togel mcm kat saudi nih! Perghhhh panas! Tapi, kena pastikan kak faiz sihat dpd demam kalau akak nak pegi piknik.Kalau tak nanti lain jadinyer... hehehehe....