Al-Fatihah buat Pn. Satiam yang meninggal pada hari ini pada jam 7.00 pagi waktu tempatan, iaitu jam 2.00 petang waktu M'sia.
Pn Satiam nih sebenarnyer kenalan yang memerangkap 'nenek angkat' pada anak2 aku. Dia pun anggap aku nih macam anak dia. Kalau orang tanya aku nih sapa, dia akan bagitau kat orang aku nih 'anak' dia. Hubungan kami rapat w/pun kami kenal belum lama.
Tahun lepas, suami arwah meninggal dunia. Masa tuh kami belum lagi berangkat ke Saudi nih. Anak aku Nabilah memang rapat dengan suaminyer. Sampaikan semasa mayat masuk kedalam liang lahad, Nabilah berdiri kat depan sekali untuk tengok suami arwah yang Nabilah panggil 'atuk darling' sebab dia sayang sangat kat orang tua nih....
Ari tuh aku ada terima sms dari seorang sahabat yang aku anggap 'kakak' (Kak Tie). Dia bagi tau aku yang 'nenek' (panggilan dari anak2 aku utk dia) dah collapse. Sebelum aku ke Saudi nih awrah memang ada mengidap sakit breast cancer tapi setibanya aku kat sini, dia ada bagi tau yang doktor dah sahkan penyakitnyer sembuh setelah melalui berbagai2 chemotherapy. Tetiba 2-3 bulan yang lepas aku diberitahu arwah sakit. Ingatkan sakit biasa jer ruper2nyer Allah lebih menyayangi diri dia.......
Bila terima sms daripada kak tie, aku terus telefon salah seorang anak dia (Nabihah-anak bongsu dia). Masa tuh aku dah tak dapat nak bersuara dan aku terus nangis! Sedih sangat2! Sebab arwah nih baik sangat kat kami!
Al-Fatihah untuk beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat......Amin......


1 comments:
Mama aka Kak Rina,
Salam kak.. Takziah dari saya. Allah lebih menyayanginya. Kita kena redha dengan pemergiannya..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..
Amin..
Post a Comment