Aku suka sangat makan Apple Pie McD. Tapi kan ler selalu nak que kat McD semata2 nak makan apple pie tuh! Kesiannnnnn kat BIG BOSS (suami aku ler tuuuu....) Kopak arrr kalau hari2 dok pegi McD! hehehehe... Oleh kerana aku sukaaaaaa sangat makan apple pie nih, aku pun carik arr resepi yang boleh aku gunakan untuk apple pie nih. Resepi nih aku dapat dari blog RESEPI MAMA. Tapi gambar apple pie tuh tah ilang kat mana aku pun tak tau. Nanti arr aku carik, pas tuh aku masuk kemudian...Kira 'halal' jer lerr...huhuhu. Jom kita layannnn....
Bahan untuk kulit
Tepung serbaguna
mentega (blh jugak menggunakan shortening)
1 sudu garam
1/2 cawan air sejuk
minyak untuk menggoreng
Bahan untuk inti
3 biji apple hijau dibuang kulit dan dipotong dadu
1/3 cawan gula pasir
1/2 sudu serbuk kayu manis
Cara membuat inti
1) Kupas kulit epal dan potong dadu.
3) Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul.
1) Ayak tepung dan garam.
2) Potong mentega yang masih beku. Gaul mentega dengan tepung. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel.
3) Masukkan air dan gaul dengan garfu.
4) Canai atas papan.
5) Potong panjang 8 inci lebar 6 inci macam McD punya. Letakkan inti epal ditengah pastry.
6) Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
7) Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar.
8) Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan.
9) Toskan atas tisu serap minyak.



2 comments:
Mama,
Cam sedap je.. yummmy... hehe
Dah tak gi McD since kes Israel tu..
catz
akak suka inti dia.Sedapppp....Tapi mana tah akak save gambo tuh, luper ler pulakkkk....Tu yg takder dlm entry tuuuu....Nanti kalau akak jumpa akak masuk gambo yg akak dah buat tuuu...
Post a Comment