Hari ini genap setahun umur blog aku. Rasanya macam baru semalam jer aku menulis blog aku ni. Aku mula menulis blog ni pun diatas permintaan ex-office mate aku di Felda-Johore Bulkers, Pasir Gudang, Nooryati. Pada asalnya aku cuma nak berkongsi cerita dan pengalaman serta melepas kerinduan pada kengkawan dan sedara-mara kat Malaysia dan aku tak sangka dengan menulis blog ni aku dapat ramai kenalan di alam maya ni. Syukur alhamdulillah.....
Masa aku buat blog aku baru jer 8hari berada di bumi Anbia' nih. Setahun dah berlalu dan sekarang aku sambut ulang tahun yang pertama ku nih kat M'sia tanah air tercinta! hehehe... Mungkin ada yang masih tertanya2 apa makner BUNGAS disebalik nama blog aku nih dan tak kurang jugak ada yang dah tahu makner disebaliknyer. BUNGAS dalam bahasa banjar bermaksud CANTIK. Oleh sebab aku nih suka yang cantik2, tak kira ler kelengkapan diri ker,rumah ker atau pape jer ler, so aku letak ler perkataan tuh. Mudah2an apa yang ada kat dalam blog nih, sumer yang cantik2 belaka...Bukan kerana aku yang cantiks!(Perasan jap!) Muahahaha......
Buat kengkawan, sedara-mara dan pelayar2 blog ni terima kasih aku ucapkan kerana sudi 'singgah' kat blog aku yang tak seberapa ni. Bukan untuk show-off tapi sekadar untuk bercerita pada kengkawan. So, kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Yer ler sebagai manusia biasa, aku tak perasan kengkadang aku yang aku tuliskan ada menyinggung perasaan pada kengkawan dan pelayar2 blog. Mungkin sebab aku nih kuat merapu2 menyebabkan ada yang rasa boring. So, MINTAK MAHAPPPPPPP ler bebanyak sebab itu ler aku!!!!
2 comments:
Happy Birthday Mama_Bungas !!!
Semoga Rina akan terus berkongsi cerita dgn kita semua.
-N, PG-
Noor
Kalau bukan Noor yg suh wat blog mungkin Rina takder ramai kwn2 maya & yg realiti. Thanks a lots!
Post a Comment