
Rainbow Doughnut atau Donat Pelangi
Donat nih adalah kuih yang paling senang nak buat. Betul tak??? Sejak2 balik dari bercuti nih memang malas nak masak2 nih! hehehe... Oleh kerana Irfan nak makan donat mama, aku dengan rela hari ler buat donat. Aku kalau wat donat kengkadang lebih 20biji. Al-maklum ler rakyat jelata ramaiiiiii....Muahahaha...Kalau tak abis goreng aku frozen kan. Agak2 nak goreng, aku kuarkan dan biarkan 10-15 minit baru ler aku goreng.
Tapi hari nih aku 'gatal tangan' mengubah ruper asal donat nih jadik warna-warni....hehehehe.... Resepi donat nih sama jer seperti donat lain. Tapi aku punyer resepi very simple! Takyah nak pening2 kepala! Sebab lain orang, lain ler resepi dia kan kan kannnnnn.....
Wokeh, ni resepi yang teramat simple daripada aku.
Bahan-bahan
500 gm tepung gandum
11gm yeast (aku guna yg kering)
3 sdm gula pasir
3 sdm butter
3 sdm susu tepung
sedikit garam
Air secukupnyer (Kalau guna tepung protin tinggi kena guna sikit air, kalau tepung biasa air kena lebih sket)
1/4 cmt Pewarna (merah, kuning & hijau) - aku guna pewarna yg cair, kalau guna yg serbuk, bancuh dulu pewarna dengan air
Minyak untuk menggoreng secukupnyer
Nota kaki : Jgn gunakan telur sbb dgn menggunakan telur donat akan liat bila sejuk.
Caranya
1) Campurkan kesemua bahan dan ramas butter sehingga seperti menjadi tepung roti.
2) Masukkan air dan uli hingga sebati.
3) Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian. 1 bahagian warna hijau, watu bahagian warna kuning dan satu bahagian warna merah. Uli doh hingga warna sebati.

4) Satukan ketiga2 doh itu dgn cara tarik2. Jangan uli nanti warna bercampur & tak cantik. Cukup tarik2. Kemudian bulat2kan tepung dan canai kira2 2-3 inci. Terap dengan menggunakan penerap donat. Biarkan seketika sehingga donat naik2 kali ganda.

5) Apabila donat dah naik 2 kali ganda, goreng dengan api perlahan. Perlu dingatkan, apa menggoreng mestilah dibalik2 selalu kalau tidak donat akan hangus. Begitu jugan dengan pengunaan api. Api yang kuat menyebabkan donat cepat hangus dan tak masak.

6) Setelah donat masak, angkat dan letak diatas kertas tisu untuk tokskan minyak yang berlebihan.
7) Setelah itu bolehlah ditabur gula halus atau gula aising. Boleh juga dihias dengan coklat sebagai topping.


2 comments:
salam..
Tak penah buat donat pelangi.. kek pelangi tiap tahun buat.. donat i selalu buat juga.. kalu rajin celup coklat masakan dan tabur manik rice..nampak mcm dunkin donat.
Shaniza
Selalu I celup dgn coklat masakan. Tapi sejak2 balik nih malaz gitu!hehehehe...
Tp I tak guna coklat bar. I guna srbk cklat+susu cair+gula n masak sampai pekat. Bila dah suam2 baru celupkan kat donat tuh.Pas tuh tabur dgn tousand island ker, manik rice ker. Baru ler cun. Kan kan kannnn....Anyway thanks for your idea. Resepi wat topping coklat tu dpd dpd kwn I, Kak Sally. Thanks to her...
Post a Comment