Friday, November 20, 2009

DERITA TALASEMIA

Bila baca keratan akhbar Harian Metro hari nih, aku rasa terharu sesangat. Teringat derita yang ditanggung oleh seorang sahabat di M'sia, kak Ti. Dua orang anak dia mengidap penyakit Talasemia. Setiap bulan dia berulang alik ke hospital. Ada juga orang yang tak bersimpati pada dia malah dikatanyer anaknyer tuh Draculla - penghisap darah....Terharu atas nasib yang menimpa anak2 kak ti. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.Semoga kak ti terus tabah, insyaallah....


Derita talasemia
Oleh Ridzuan Ahmad
am@hmetro.com.my
POKOK SENA: “Anak saya bukan saja memerlukan bantuan bekalan darah sepanjang hayat, malah perlu memakai sebuah mesin di perutnya untuk memasukkan ubat bagi membuang zat besi di dalam badannya,” kata Maizura Mat Rozi, 30, ibu kepada Nurul Izzati Abdul Rahim, 4, yang menderita penyakit talasemia sejak berusia setahun. Menurutnya, anak bongsu daripada empat adik beradik itu mula dikesan menghidap penyakit itu selepas pembesarannya terbantut ketika berusia enam bulan selain badannya kekuningan dan tekanan darahnya rendah.Katanya, selepas itu dia perlu membawa anaknya berulang alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) setiap minggu bagi menjalani rawatan intensif termasuk menerima darah untuk merawat penyakitnya.“Hospital dah menjadi seperti rumah kedua kami kerana anak saya perlu menjalani rawatan daripada pakar. Sekiranya bekalan darah tidak mencukupi, kami terpaksa membawa penderma darah sendiri bagi menampung keperluan darah anak saya.
“Anak saya memiliki darah jenis A+ dan kadang-kadang darah penderma itu tidak sesuai dengan darahnya,” katanya selepas menerima kunjungan daripada Exco Pemuda Umno Malaysia, Sufian Awang dan Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrulhisham Hashim.
Maizura berkata, setiap tiga kali seminggu, anaknya perlu memakai mesin di bahagian perut selama sembilan jam sehari untuk merawat penyakit berkenaan bagi mengelakkan kesan lebih teruk termasuk hati dan limpa bengkak sehingga boleh memudaratkan kesihatannyaKatanya, walaupun mengalami pelbagai simptom penyakit, Nurul Izati tetap aktif seperti kanak-kanak lain seolah-olah dia tidak menghidap sebarang penyakit.“Anak sulung dan kedua saya dikesan sebagai pembawa penyakit ini. Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan kami akan terus berusaha untuk merawat penyakit ini.“Setiap bulan kami membelanjakan hampir RM500 untuk membiayai kos rawatan termasuk kos untuk berulang alik ke HSB,” katanya yang turut menjadi ahli Persatuan Talasemia Kedah.katanya, dia terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu perangkaan (sementara) semata-mata untuk menjaga anaknya yang memerlukan penjagaan rapi setiap hari.

3 comments:

gyan MD said...

cerita2 begini membuatkan myself insaf dgn segala kenikmatan & kemudahan & kebahagian melihat anak2 sihat & menbesar & lain lagi & lagi & lagi &.. bnyk sgt nikmat yg Allah Ta'ala berikan.. x terhitung. alhamdulillahirobbil'alamin.

.. terkadang terfikir gak.. rasa malu dgn Allah kerana amal & perbuatan tidak setanding dgn nikmat yg Allah berikan itu.. astghrfirullah..

Unknown said...

salam mamabungas...kesian kan..tak apa nak buat...semuga anak-anak kita sehat selamanya dan di jauhkan dari penyakit berbahaya...
ooo ingatkan kat sana tak yah kuota haji..leh gi sesuka hati...
akak rajin makan nasi kerabu tapi tak rajin buat sebab akak ajer yang makan..anak-anak tak suker..

Sulamankasihabadi said...

salam kenal...

gitu la perjalanan hidup..selalu di uji dgn berbagai dugaan..semoga tabah dengan dugaan yg mendatang