Monday, February 15, 2010

MEKAH DAN KEM IBADAH "AM I TRULY A MUSLIM?"

Last week kami sekuarga bertolak ke kota Mekah sekali lagi. Kali ini aku sekuarga bersama dengan kuarga Hj Ghaz & Imah. Sebelum bertolak, kami singgah rumah Kak Lynn (blogger Moden Mama) untuk santapan tengahari....Wahhhh...mabeles2! Majority menu kegemaran anak tekak aku...Nak pulun sumer teringat aku tengah berdiet, namun itu bukan penghalang....Makan tetap makan....Muahahahaha....Kalau dulu aku bantai 2-3 pinggan kali ni aku reduce ler jadik 1/2 pinggan. Menu utama yang disajikan adalah nasi dagang. Desert kegemaran aku cream puff dan cheese tart.... Penuh sampai leher wa cakap lu!!!! Anyway buat kak Lynn dan suami kami ucapkan bebanyak terima kasih....Sedap yang tak terhingga!

Bermiqat di Juffah serta solat asar disana perjalanan kami teruskan ke kota Mekah. Kali ini kami ke kota Mekah bukan sekadar untuk datang ziarah dan umrah tetapi beserta menghantar anak2 ke kem Ibadah yang dikendalikan oleh students Ummul Qura' University, Mekah.

Sampai saja kami di Mekah aku bersama kuarga dan kuarga Hj Ghaz dan Imah, kami sumer menginap di hotel kepunyaan Hj Arshad dan isteri, Pn Syarifah Zainon. Emmm...sebelum nih aku memang dah pernah jumpa dengan Pn Syarifah nih, tapi tak sempat nak citer kat blog. Nanti ler kalau aku senang aku masuk dalam entry akan datang....


Dari kiri: Datin Fadlon, Pn. Syarifah~owner hotel Manazil Al-Rayed, aku ler tuuu & Amy~kwn aku dpd KL...Gambar ni credit dpd Amy. Thanks Amy

Hotel tempat aku menginap ni bernama MANAZIL AL-RAYED dan kepunyaan orang melayu kita....So, sesapa yang pegi Mekah nak carik hotel leh ler ke hotel ni...Errr...Hj Arshad, ni promote ni leh dapat bilik free tak? Muahahaha...

Sebahagian daripada ibu2 yg hadir pada malam itu. Turut serta Pn Rosie(tudung kelabu) isteri ketua Consult Jeddah~Gambar credit dpd Pn Hafizah khairi...Terima kasih banyak...

Esok harinya hanya suami aku yang menghantar anak2 ke kem ibadah. Bertempat di Hotel Fattani (kalau tak silap~sbb aku xperati sangat) kepunyaan Hj Arshad gak.... Pada malam tu, aku bersama2 ibu bapa anak2 yang mengikuti kem ibadah Am I truly a Muslim ke hotel Fattani sebab ada tahlil dan kenduri arwah untuk rakyat M'sia yang meninggal akibat accident (dlm ihram~ketika dpd Madinah ke Mekah nak wat umrah) dan seorang lagi meninggal sebab sakit~tak pasti, sbb itu ler berita yg aku terima.

Selesai bacaan yassin dan solat Isyak, kami dijamu dengan nasi laham mandi....Wahhh...sejak dok sini aku memang terror ler makan daging kambing! Dulu memang aku tak sentuh daging kambing nih! Sekarang pantangggggg.... pantang jumpa! hehehe.... Sedap tak terkata! Terima kasih pada pihak penganjur....

Keesokkan paginya, aku bersama2 ibubapa yang lain pergi sekali lagi ke hotel al-Fattani untuk menjemput anak2 yang mengikuti kem ibadah. Sebelum majlis bermula, kami ibubapa disajikan sarapan pagi. Terima kasih...Kalau tak kebuloq ler aku...hehehe...Setelah tu aku dan ibubapa lain juga mengikuti motivasi yang telah diadakan untuk anak2. Wahhhh.... Touching!!!!! Memang berkesan! Kengkadang kita sebagai ibubapa tak sedar kesilapan tu berpunca daripada kita sebagai ibubapa. Mengapa dan kenapa anak derhaka. Membentuk peribadi dan akhlak anak bermula daripada ibubapa. Kalau kita doakan anak, anak juga akan mendoakan kita, Insyaallah...

Selesai program motivasi, kami sumer menaiki cab pergi ke Masjidilharam untuk solat Jumaat. Selesai solat Jumaat di Masjidilharam, aku bersama kuarga Hj Ghaz pun bertolak ke Yanbu. Aku selamat sampai di Yanbu lebih kurang jam 7.00p.m....Alhamdulillah

2 comments:

MohdArshad said...

Salam..Syukran Mama Bungas...Hotel fatani kepunyaan Hj Kamil org Malaysia juga.kes kemalangan seorang aje maut...sila tengaok entry saya yg lalu semua ada....Jumpa lagi

LYNN said...

Terima kasih..sesama. Ibu dan ayah Mithali...