Monday, August 30, 2010

TINGGAL KENANGAN

Pejam celik pejam celik hampir 2 minggu aku meninggalkan bumi tercinta Malaysia. 2 bulan berada bumi tersayang terasa masa cepat berlalu. Rasa tak puas jumpa mak dgn abah aku, adik beradik aku, kuarga sebelah suami aku, anak2 sedara yang semakin membesar dan ada gak anak sedara yang tak pernah aku temui dah hampir setahun.


Sepanjang percutian, ramai yang aku temui termasuklah seorang rakan kolej aku. Yang lain tak dapat aku temui. Masing2 busy dengan kuarga dan ada gak yang tak dapat dikesan. huhuhu... Oh ye, bercerita pasal cuti ni, aku rasa percutian kali ni agak kureng sket arr kalau compare dengan percutian last year. Tapi, aku tetap bersyukur sebab dapat gak aku merempit yang memang tak pernah aku rasai kat Saudi nih....kehkehkeh...

Selepas programme mengkhatankan anak lelaki tunggalku, menghantar anak2 perempuan aku yang sulung hingga yang no.3 kekelas taekwondo serta menghantar anak aku yang ke.4 ke swimming class (termasuk diri aku ni gak sbb aku tak reti berenang), suami tersayang aku pun tiba dibumi tercinta untuk bertemu orang2 yang tercinta (aku & anak2 ler...hehehe) maka programme jalan2 cari makan pun bermula...

Kat Universal Studio, S'pore... Gambor blur sebab copy dpd FB punyer...hehehe

Meredah Zoo S'pore dalam hujan...huahuahua


Ustaz Qamarul & isteri bersama anak2 murid dan 'mak murid' nya...ahaks! Semoga bekekalan hingga keakhir hayat, Insyaallah


1st week, kami pergi ke Singapore. Tujuan utama untuk menghadiri majlis walimah Ustaz Qamarul yang mengajar anak2 aku serta anak2 Yanbu yang lain kelas fardhu ain, mengajar aku dan kaum ibu Yanbu lain kelas bahasa arab & hadith 40 dan kelas quran buat aku dan suami. Orang kata sambil menyelam sambil minum air... Tak gitu? Maka aku dan kuarga pun berkampung ler kat Singapore selama 4hari untuk pergi ke Universal Studio dan Zoo Singapore. Syukur, semasa di Singapore kami sekuarga menginap dirumah sahabat baik suamiku Zarina & Suhaimi. Kebetulan pula Zarina pergi outstation, maka atas dasar kepercayaan penuh kepada kami so kami pun duduk ler kat rumah dia 'ala2 rumah sendiri'...hahaha...


Selesai percutian di Singapore, percutian berikutnya ke Kuala Lumpur. Ermmm... Plan asal semua tak menjadi... Takpe ler at least anak2 aku dapat berpuas2 mandi di Sunway Lagoon. Plan nak pegi KLCC, Mines Wonderland tapi hajat tak kesampaian... Diatas kesilapan teknikal...huhuhu...Takde rezeki... Lain tahun ler, kalau panjang umur dan masih ada rezeki, Insyaallah aku pergi kesana. Bukan tak pernah pegi pun, tapi saja mengisi masa percutian. Agak berbaloi gak ler sebab aku dapat bertemu dengan Mak Busu aku kat Kajang & rumah teman sekuliah suami aku masa dia belajar kat US dulu kat Bangi. Masa tu macam rasa beraya pulak...ahaks! Tapi terfikir gak dalam hati, memang masa tu raya advance kat Malaysia buat aku dengan family...hehehe


Masa berlalu cukup pantas. Akhirnya Ramadhan pun tiba. Alhamdulillah aku dapat menyambut Ramadhan bersama mak dan abah aku dan mertua aku. Alhamdulillah jugak aku dapat berbuka puasa bersama adik2 aku w/pun tak semua balik. Cuma, ketika aku berpergian untuk pulang semula ke Yanbu ni, hati aku sayu... Sayu meninggalkan mak dengan abah aku yang semakin uzur... Panjang umur kita jumpa lagi... Insyaallah....

2 comments:

Unknown said...

salam reenaz..tak perlah..kamu balik pun sekejap ajer kan..ingatkan sampai raya kat sini.

semuga abah kamu beransur sehat yer.

REENAZ said...

Kak Ina,
Aritu memang tak sempat nak p merayau memana kat KL sbb mak ngah suami meninggal sakit cancer.