Tinggal beberapa hari jer lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Namun, Ramadhan kali ini aku dapat merasa sambutan Ramadhan disana dan disini... Alhamdulillah... Ramadhan disana aku sambut bersama mak dengan abah aku dan mertua aku.
Kemeriahan sambutan Ramadhan kt sana dengan kat sini lain... Macam langit dengan bumi. Tapi aku suka dua2 sekali. hehehe... Kalau kat M'sia petang2 jer aku sebok meronggeng kat bazar Ramadhan sambil2 tu mata sempat ler melilau cari2 makanan yang jarang aku jumpa tapi kegemaran aku. Opsss!!! Balik M'sia ni aku 'cuti' untuk seketika memasak w/pun kengkadang ada gak aku masuk 'opis' kat sana tapi takler 100% waktu bekerja....hahaha...
Kat sini pulak ada juga orang jual juadah berbuka. Tapi majoriti yang jual adalah tokey2 restaurant yang bukak gerai kat depan kedai dorang. Masa tu ada ler nampak pan cake versi arab. Emmm...not bad ler rasa dia itu pun sebab anak2 aku suka, kalau dia tak suka kompem tak sedap! Aku memang tak menjamah pun sebab 'ghupe' dia pelik! Ahaks!
Kotak Iftar...
..... dan isinyaYang tak jadi budaya kat M'sia adalah amalan sedekah. (Opssss!!! Maaf yer...Bukan takde erk orang bersedekah kat M'sia, tapi kurang dan bukan jadik budaya) Kat sini, start jam 4.30petang jer kat tepi2 jalan ada orang bersedekah untuk iftar. Kengkadang tu polis pun turun padang tolong orang bagi juadah untuk iftar. Iftar ni kalau dalam bahasa kita buka puasa. Alaaa...Bukan banyak pun isi dia... Takat kurma 3-4biji, sebotol air mineral, sekotak air kotak dengan sebuku roti bun. W/pun tak banyak, tapi bagi orang2 yg dalam perjalanan untuk kesesuatu destinasi tu memang cukup berharga. Kat sini takde hentian plaza tol untuk berhenti makan(sebab kat sini memang tak jumpa dan tak pernah bayar tol; lalu jer kat memana jalan sume free...hehehe).

Bubur barli arab yang sampai sekarang anak tekak aku takleh terima... Begitu gak dgn family aku...huhuhu

Kuih apa entah... Nak sentuh pun rasa ngeri jer gitu...huahuahua

Roti besau dabak ni ada habatusauda' lagikkk...Tapi kalau makan cicah dgn plain yogurt sedap wa cakap luuuu....
Tapi, kalau part sedekah ni, orang2 arab kat sini akan ambik semaksima mungkin untuk bersedekah pada bulan Ramadhan nie. Termasuk ler salah sorang jiran kat depan rumah aku. Setiap tahun dia memang tak missed untuk bagi aku iftar. Last year dia siap bagi juadah untuk sahur lagi! W/pun ada certain makanan dia aku dengan kuarga aku memang takleh nak telan. Alaaaa...sedia maklum jer ler yg anak tekak aku ni anak tekak Melayu pegi mana ceruk sekali pun belacan tetap aku pikul...hehehe
Part shopping raya pulak, aku rasa macam lagi dahsyat dorang dari kita ni! Aritu aku pegi Jeddah dan aku tengok sendiri camner dorang bershopping. Dahsyat... Jam 2.30 pagi dah macam waktu tengahari kat M'sia ni. Jalan sume jammed! Shopping sume complex penuh! For your info, waktu business dorang ni kalau bulan puasa lain sket.... Lepas zohor ada certain kedai akan dibuka (tertakluk pada owner). Nanti masuk waktu asar sehingga maghrib kedai akan ditutup. Selepas solat isyak kira2 jam 9.30malam kedai akan dibuka hingga jam 3.00pagi. Jam 4.00pagi dorang akan bersahur dan terus solat subuh. Biasaler kannnn dorang ni hidup waktu malam. Waktu siang ni dorang tak aktif tau!
Apa2 pun aku tetap suka akan kemeriahan Ramadhan sama ada kat sana ataupun kat sini. Tak tau ler sama ada tahun depan aku dapat bertemu kembali pada bulan yang penuh keberkatan ni sebab umur dan rezeki kita hanya Allah yang mengetahui...


2 comments:
Roti besau dabak ? Sesuai betul description tu. He..he..he..
wannor, hehehe...Perasan tak roti dorg? kl mkn sorg mesti tak abis punya...hehehe
Post a Comment