Esok adalah hari wukuf. Kalau tak wukuf maka tak dapat ler haji. Sebab wukuf tu adalah Haji dan Haji tu adalah wukuf. Semasa wukuf di Arafah, berdoalah apabila gelincir matahari sehingga terbenamnya matahari kerana pada waktu itu Allah akan memaqbulkan doa setiap hambanya. Teringat saat manis semasa di Arafah pada tahun 2008. Pada tahun ni anak2 aku yg pertama dan yang ke-2 berpeluang menjadi tetamu Allah dan berpeluang berada di padang Arafah. Semoga semia para jamaah haji mendapat haji yang mabrur... Aminnn
Pada yang tak berada di padang Arafah, disunatkan berpuasa pada hari itu. Sebenarnya disunatkan berpuasa pada 1-9 Zulhijjah. Tapi kalau tak termampu disebabkan ada keuzuran, pada hari2 didalam 1-9 Zulhijjah pun boleh berpuasa.


0 comments:
Post a Comment