Monday, January 31, 2011

CINNAMON ROLL

Cinnamon rolls dengan glaze sebagai topping
Cinnamon rolls yang kanak2 suka dgn topping coklat bersama choc chips


Emmm... Dah lama tak berceloteh kat blog ni. Rindu pun ada tapi keadaan tak mengizikan buat aku. Lama dah tak 'sembang' dengan kawan2 blog ni. 'Ziarah' tu ada cuma tak bagi salam jer... hehehe...



Baru-baru ni ada kelas masak2 Kat Yanbu ni. Biasa ler kannnn setiap 2 minggu sekali pasti ada kelas diadakan. Bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan berkenal2an diantara yang baru dan yang lama. Terbuka kepada sesiapa saja yang berminat. Bukan tunjuk terror siapa yang terror masak atau yg paling expert. Just for sharing.



Okey kat sini aku nak share ilmu yang kami perolehi semasa kelas memasak. Jom kita masuk dapur dan mari kongsi resepi CINNAMON ROLL ataupun Roti Gulung serbuk kayu manis....



Bahan-bahan doh

5 cawan tepung gandum
3/4 susu tepung
3 sudu makan cream cheese
1 sudu makan bread improver
1/2 cawan minyak masak
1 1/4 cawan air (bergantung pada tepung; kalau guna tepung high protien air kena kurang)
3 sudu makan yeast @ 22gm yeast kering
3/4 gula pasir


Untuk bahagian inti

1/2 cawan gula
2 sudu makan cinnamon atau serbuk kayu manis
2 sudu makan butter (lembutkan)

Untuk glaze

1/2 cawan gula ising
4 sudu makan susu cair (jika terlalu pekat tambah susu lagi)
1 cmt vanilla essence
* satukan kesemua bahan dan panaskan diatas api kecil hingga pekat.


Cara

1) Campur kesemua bahan hingga menjadi serbuk roti
2) Tambahkan air dan uli hingga menjadi doh.
3) Tutup dengan plastik supaya angin tak masuk selama lebih kurang 1jam.
4) Bila doh dah naik 2kali ganda, canai diatas papan pencanai setebal 1/2inci dengan bentuk 4segi dgn size 12'x6'
4) Sapukan hingga rata dengan butter yang telah dilembutkan diatas doh tersebut
5) Taburkan dengan gula yang telah dicampurkan dengan serbuk kayu manis tadi hingga rata
6) Gulung doh bermula dari size 12inci tadi. Gulung seperti menggulung tikar.
7) Gamkan hujung doh dgn tepung yang dibancuh dgn sedikit air supaya doh tidak terbuka semasa proses pengembangan dan membakar
8) Potong setebal 1 inci atau 2 inci (ikut ketebalan yang disukai)
9) Bakar dalam suku 250 degree selama 20 minit atau sehingga kekuningan
10) Curahkan dgn icing glaze diatas cinnamon roll itu tadi.
11) Sedia dihidang.


**Boleh juga gunakan chocolate syrup Hershey's bagi yang nak mudah.
** Inti boleh juga ditambah dgn menaburkan chocolate chip selepas tabur serbuk manis @ cinnamon dan gulung

0 comments: