Semalam aku dengan beberapa family berpikinik lagi.... Kali ni bukan di Al-Hasi tempat selalu tapi kali ni di sebuah pulau. Ye pulauuuuu.... Apa korang ingat Saudi ni takde pulau ke? Ada tapi pulau ni aku panggil pulau 'botak' sebab takde pokok pun kat atas pulau tu yang ada hanyalah rumput-rumput jer... Ermmm... rumput pun consider pokok ler jugak kannnn...
Dijetti Al-Ahlam
Nyaman ditiup sang bayu...
Perjalanan menaiki bot daripada Yanbu (tempat kami tinggal ler) melalui jetti Al-Ahlam ke Pulau tu lebih kurang 1-1 1/2jam. Kalau bot kecik 1jam dah sampai tapi kalau bot besar dalam 1 1/2jam ler baru sampai. Biasa ler kan kalau yang 'besar' tu memang 'slow' ler sikit kalau compare yang 'kecik'...hahaha
Panggilan pulau

Pandangan daripada pulau yang 'botak'... hehehe
Persisiran pantai pulau


Ready to dive
Like father like daughters
Sesampai kami semua disana, khemah arab pun dipasang untuk kami semua berteduh. Kebetulan pulak cuaca semalam agak sejuk 17degree so, sedap ler kami bersantai. Hati ni meronta nak snorkeling (perkara wajib bagi kami kalau berpiknik selain ada yang terjun untuk diving) tapi apakan dayaaaaa.... Aku 'berendam' ala2 duyung jerrr... Epppp!!! Duyung erk bukan DUGONG! Coral takmo tumbuh arr kat area pulau tuuu. Ikan pun takut nak keluar daripada tempat persembunyian. Yang ada pasir yang memutih jer... huhuhu... Syukurlah ada seagull babies kat atas pulau tu wat anak2 tengok. Tapi seagull tu punya ler bisingggggg.... Macam nak tenggelam pulau koooo... hehehe..
Mansur & Hazim anak SamKae & Fidah sebagai 'Penjaga' anak seagull... hehehe
Anak2 riang ria bermandi manda
Rasa tak puas berendam bila kami diberitahu bot akan berlepas balik ke Al-Ahlam (jetti tempat bot berlabuh). Bukan apaaaaaa.... Kami selalu kalau berpiknik ni sampai overnite sekali. Sori ler takde masuk entri sebab aku malas pulak nak menulis lately ni...huhuhu... Takpe nanti ada masa terluang aku akan selitkan gambar2 tu... Insyaallah... Takmo janji ni sebab kalau mungkir janji nanti jadi orang munafik... Takutzzzzzzz....
Percutian' ala2 Mild Seven...hehehehe
Ada macam Kate Winslet tak? hahahaha... Tapi sayang 'RioCaprio' tukang snap gambor...huhuhu
On the way ke bot kami semua ternampak seekor ikan kaler 'biru kilat2' yang sungguh besar. MasyaAllah... Ikan tu berenang kat air yang cetek jer sebab tu kami nampak kat tepi pantai! Tapi malang nya aku tak sempat nak snap ikan besar tu.... huhuhu... Semasa dalam perjalanan pulang tetiba2 aku dikejutkan ada kawanan DOLPHIN yang mengekori bot kami! Wahhh... amazing! Laju sungguh dolphin tu mengejar! Suami dan anak aku sempat snap gambar dolphin tersebut. Yang bestnya anak aku sempat amek video dolphin yang mengekori bot kami.
Kami selamat sampai di jetti Al-Ahlam lebih kurang jam 6.00petang. Bagi aku dan anak2, piknik kali ini adalah piknik yang paling bebeza daripada piknik yang pernah kami alami....
0 comments:
Post a Comment