Wednesday, March 16, 2011

KEMBALI KE SEKOLAH

Dulu, Irfan cuma hantar & bye2 jer kakak2 naik bas pergi sekolah....

Sekarang 3thn berlalu Irfan dah besar... Irfan sama2 dengan kakak2 pergi sekolah... Ni tengah tunggu bas datang kat tepi rumah

Semalam, 15/3/2011 anak lelaki tunggal aku selamat memasukki alam persekolahan setelah 6bulan 'bercuti' gara2 sekolah lama tutup untuk selamanya.... Alhamdulillah aku panjatkan syukur kepada Allah kerana impian anak aku, Irfan untuk bersekolah bersama kakak2nya akhirnya terlaksana.

Schedule harian Irfan kat sekolah

Sebenarnya application untuk masuk ke sekolah suami aku dah submit tapi masa yang diambik tu lama bebenor untuk 'placement test'. 2 minggu kami terpaksa menunggu. Setelah suami aku buat follow-up akhirnya pihak sekolah YIS (Yanbu International School) telah menetapkan pada hari Ahad 13/3/2011 untuk Irfan menduduki placement test. Masa tu mama dia yang berdebor2 kooooo... Aku ingatkan boleh ler aku masuk untuk teman anak aku kedalam tapi jangkaan aku meleset sama sekali. So, terpaksalah aku duduk menunggu kat luar. Dalam hati aku ni Allah jer ler yang tau. Boleh ker Irfan bercakap bila kena soal nanti? W/pun Irfan cuma masuk untuk kelas Junior Kindergarten tapi hati aku ni rasa tak sedap. Ye laaaa... Budak ni bukan boleh percaya sangat. Depan kita wahhhh kemain lagi tapi bila kita takde takut dia melalak pulak.... huhuhu

Alhamdulillah, selama 15minit berlalu, Irfan akhirnya diterima masuk ke sekolah. Bila dia dah ke sekolah maka teman aku untuk membebel pun takde ler kat rumah... W/pun masa persekolahan Irfan cuma 3jam tapi aku rasa sunyi pulak...hehehe... Mama dia pulak yang terlebih syahdu... Kwang3... Apa-apa pun untuk Muhammad Irfan khasnya dan kepada anak2ku yang lain, semoga anak mama berjaya dalam menempuhi alam persekolahan nanti kerana bermulanya langkah pertama pada hari ini akan menentukan perjalanan yang berikutnya.... Amin

2 comments:

myazna said...

assalamualaikum...
kak, nak tanya sket..just getting some info je..umur berapa ye baru dpt masuk kindergarten kat YIS tu?

REENAZ said...

W/salam Myazna...

Kl nak masuk YIS kena ikut tarikh lahir. Utk Junior Kindergarten (utk thn ni) bg kanak2 yg lahir pd bln 8-12 tahun 2005 & kanak2 yg lahir pd bln 1-7 2006. Ni dorg ddk sekelas. Utk Kindergarten kanak2 yg lahir bln 8-12 tahun 2004 & kanak2 yg lahir bln 1-7 tahun 2005. Begitulah seterusnya. Tp kl anak2 ni cemerlang dorg boleh lompat kelas.

Harap2 dgn info ni dpt membantu Myazna :)