Saturday, November 15, 2008

HAPPY BIRTHDAY NABILAH

Nabilah 5 tahun - Nak pegi wat konsert, mama make-up kan
Hari nie, genap umur anak aku Nabilah 7 tahun. Emmm...Dah besar dah anak mama...Teringat dulu masa mengandungkan si Nabilah ni. Ada komplikasi masa aku mengandungkan dia. Doktor bagi tahu kat aku, janin dalam rahim aku tak berapa kuat dan chances untuk gugur besar. Masa tu, doktor advise pada aku untuk amek suntikan hormon selama 2 bulan, pada setiap minggu. Doktor kata masa tu, aku tak leh wat kerja-kerja berat. Even drive pun doktor tak benarkan. So, in early stage pregnant ni aku banyak ler berehat dan MC pun banyak...he he he

Baru pandai meniarap

Nabilah 6 tahun - Nuri Graduation Day

Nabilah nak pegi sekolah agama, awal tahun ni

Aku panjatkan syukurkepada Allah selepas selama 8 jam aku 'bertarung' nyawa, maka Allah kurniakan aku dan suamiku insan yang bernama NABILAH SYUHADA. Nabilah lahir sama tarikh dengan abah mertua aku. Bestkan??? Yea la...anak-anak aku lahir semuanyer induce, sebab over due-41 to 42 weeks. So, boleh ler aku pilih tarikh! he he he..Tapi yang tak 'best'nyer masa tu, esok adalah hari pertama umat Islam berpuasa. Maka....Aku 'terpaksa'lah mengganti puasa selama sebulan...hu hu hu

Dan....SELAMAT ULANGTAHUN juga buat abah mertua aku YANG KE-66 TAHUN, buat TN HJ A. RAHMAN SIDEK BIN HJ MOHD MOKRI, semoga panjang umur & dimurahkan rezeki untuk beribadah kepada Allah...Insyaallah

Abah, dengan Irfan masa datang ke Yanbu dirumah Abu Hasan

6 comments:

cik aa said...

Happy birthday to Nabilah.Semoga menjadi anak yg solehah..

REENAZ said...

Insyaallah...Hari gumbira betul dia sbb bw kek p sekolah. X tau ar rupe kek tu nti bila tiba sekolah.huhuhu....

Saliza said...

Selamat Hari Lahir Bila...

Sampaikan salam untuk Bila...Moga jadi anak yang solehah.

REENAZ said...

Tima kasih Cik Za...Insyaallah....

Ejalz said...

happy besday to nabilah.. happy day to mama nabilah... awat tak buat kek lebih.. pas sama kat mama classmate nabilah? hehe... soh la dia posing ngan beg comel tu...

REENAZ said...

hehehe...X sempat lg nak possing dgn beg comel tuh. Hr2 dia complaint bnyk homework.huhuhu...Insyaallah petang ni nk suh dia jd model 'beg'.hehehe