Hotel Intercontinantel, Jeddah... Tempat kami menginap 4hari 3malam...Beraya kat Saudi ni tak macam kat M'sia. Bulan syawal ada sebulan maka sebulan ler kita beraya. Kengkadang tu siap ada sempena lagi...hehehe... Bukan mengata yer, sebab aku dulu pun camtu gakkkk...huhuhu... Kat sini, habis solat raya maka habis ler sudah... Takde kesinambungan lagi...huhuhu... Mujurlah lepas solat raya ada ziarah raya daripada rumah kerumah. At least terubat rindu beraya. Hari2 yang berikutnya? Emmm... Memana yang ada perancangan untuk keluar dari Yanbu untuk makan angin, maka berbondong2lah mereka keluar daripada Yanbu. Termasuklah aku sekuarga. Memana yang suami kena bertugas diwaktu raya, terpaksalah mereka duduk 'bertapa' kat rumah bersama anak2. Sebab kat sini kaum wanita tidak dibenarkan drive, w/pun naik basikal! Kesiannnnnn kan kami kannnn....
Pemandangan pantai Obhur... Pantai yang cantik & air yang jernih
Nunnn dibawah payung kuning tu adalah wanita Saudi yg pakai 2pcs tgh hisap rokok yg sempat aku skodeng... Gambor tak clear sebab gambor skodeng...hehehePerjalanan 'raya' kami rahun ni tak jauh mana punnnn.... Cuma kat Jeddah jerrrr... Kawan2 yang menyertai expedisi Jalan2 Raya Jeddah ni sama macam kawan2 yang menyertai jalan2 raya ke Abaha tahun lepas. Sudah tentulah sahabat seperjalanan dan sepemakanan anginanku, kuarga Hj Ghaz & Imah (wajib)...hehehe... dan kuarga Hj Zaki & Mas.
Aha! Raya kali ni kami ke pantai jerrrr... Perancangan awal kami nak menginap kat Obhur iaitu salah satu pantai yang ada kat Saudi ni. Pantai ni berhampiran dengan Jeddah. Tapi malangnyer semua bilik2 dan resort penuh! Tak sangka! Ada juga yang available yang ditawarkan tapi harganyaaaaaaaaaaa MAK DATUK!!!!! Boleh wat tambang pergi balik M'sia! SR18K-SR20K! Itu pun dia kata pakej untuk 5hari. Buat hapa! Bukan kami nak berdondang sayang kat situ, kami cuma nak berehat2 disamping menjalani aktiviti snorkeling dan diving jer...
Untuk masuk ke Pantai Obhur ni, CAMERA NOT ALLOWED! Tapi handphone yang ada camera boleh...hahahaha...Kelakor kan? Tapi itulah hakikatnya... Kenapa tak boleh? Ha! Ni yang aku nak cerita. Kat dalam pantai yang 'berkepung diluar tapi terbukak didalam' ni KHAS untuk org2 luar yang macam aku ni (bukan saudi) dan untuk orang Saudi yang American minded jer... Maksudnya? Kat dalam ni abaya tak pakai pun takpe dannnnnn kalau nak pakai 2pcs pun DIBOLEHkan! Aku? Weiiiiii.... Aku ni kan perempuan Melayu terakhir...So, aku malu2 gitu (sambil jln tertunduk malu...hehehehe)...
Memula masuk tu aku terkezut unte jap! Owh! Inikah perempuan2 Saudi yang suka MENGHARAMKAN apa yang orang luar pakai? Cakap tak serupa bikin! Kat dalam tu aku betul2 terkejut dengan dorang sumer! Pakai bikini~2pcs punya, hisap rokok & bertindik pusat! Dorang ni Muslim! Kalah Minah2 saleh weiiii.... Ngeri gituuuuu... Tapi bila dorang keluar dari situ bijik mata pun tak nampak! Sebab aku pernah tanya pada pompan saudi (masa aku pegi gym) yang tahu berbahasa English ni (sebab majoriti dorang ni tak tau bahasa English atau memang takmo cakap, itu aku tak tau) dia kata pakai niqab @ purdah ni cuma culture @ budaya dorang jer... Kalau dorang tak pakai purdah bermakna dorang memalukan kuarga dorang. Itu yang dia sampaikan pada aku. Kalau dia tipu maka aku tipu ler korang yerrrr....huhuhu
Irfan 'celebrate' birthday bersama kawan2 Tengahari aku dan suami sempat ke Baskin Robin's untuk beli kek Birthday Irfan. Selama 2tahun berturut Irfan sambut birthday pada bulan puasa. Kali ni dapat ler dia celebrate bersama kawan2 kat dalam bilik hotel. Majlis kecil2an jerrr... Orang kata jangan tidak, cuma untuk sukakan hati anak2....

Air pancut tertinggi didunia, Jeddah KSA
Petang selepas celebrate Irfan birthday dan 'berpeleseran' di pantai Obhur, kami pergi beraya dirumah Consulate M'sia~En Ramlan & Pn. Ita. Emmmm.... Sedap sungguh spagetti yang dihidangkan. Hilang segala diet aku...Sebab aku rasa aku yang 2kali tambah! hahahaha... Balik daripada beraya kami semua singgah ditepi pantai laut merah di Jeddah sambil menikmati pemandangan malam dan air pancut tertinggi didunia.
Pada keesokan harinya, kami semua berkemas2 untuk pulang ke Yanbu. Itu menandakan sambutan Raya untuk kami dah sampai kepenghujungnya....huhuhu...Tapi tak tau ler kalau2 ada kawan2 yang nak buat open house bagi memeriahkan lagi suasana hari raya kannnn... Aku okey jer, dengan syarat kena jemput ler... Orang kata malu makan laporrrrrrrr.....hehehe
4 comments:
Selamat hari raya Reena, seronok berjalan-jalan ke Jeddah ek.. : D, lain kali jgn lupa bwk 2 pieces suit ye ke beach nnt..he..he..gurau je Reena..
Salam Reena,
Ibu jalan-jalan sampai sini. Selamat berkenalan. Seronok baca kisah Reena.
Selamat Hari Raya utk wannor juga... 2 pieces suit?huhuhu... Usahkan org, ikan pun malu nk tgk...huahuahua
Salam perkenalan buat ibu... Terima kasih kerana sudi singgah...
Post a Comment