Begitu jugak dengan blog aku ni. Apa yang aku tulis adalah pengalaman aku yang nak aku share dengan kengkawan. Sebenarnya sejarah blog aku ni bermula ketika aku menjejakkan kaki aku dibumi KSA ni. Itupun setelah ex-office mate aku Nooryati yang suggest. Pada asalnya memang aku tak amek 'port' pun dalam bab2 blog ni. Suami dan anak sulung aku dah ada blog sendiri since last year dan suami aku pun pernah tanya kat aku either aku nak buat blog atau tak, tapi masa tu aku cuma kata; "Malaslah...Tulislah pape yang patut, tapi jgn lupa masuk sekali nama dan gambar saya yew. Sebab cerita kita ni lebih kurang jer". Tapi disebabkan aku dah duk jauh dengan family dan kengkawan, maka kawan aku tu pun tanya either aku ni ada blog atau tak. Aku kata baca jer ler blog suami aku. Tapi dia suh aku buat ler blog sendiri sebab tak syok baca yang bukan blog aku. Start dari tu ler aku mula ber'blogging'. Anyway thanks to Noor.
Pada asalnyer apa yang aku catat dalam blog aku ni adalah pengalaman aku sendiri untuk aku cerita pada kengkawan dan kuarga. Bukan untuk show-off tapi aku cuma nak share experiance dengan kuarga dan kengkawan yang mengenali aku untuk dijadikan info. Sama ada orang suka ataupun tidak, setiap yang aku catatkan dalam blog aku adalah rentetan cerita pada hari2 semalam yang tak mungkin berulang lagi. Sebab sumer tu dah jadi kenangan dalam hidup aku. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Sumer orang ada hak nak suarakan apa yang tersirat dan tersurat dalam hati kat dalam blog masing2. Sebab blog ni universal bagi aku. Kalau kita nak politikkan blog tuh, maka jadi lew politik. Kalau kita nak jadikan tempat bercerita jadi lew tempat bercerita. Sumer tuh ikut pada tuan yang empunya blog tersebut macam ner dia nak kendalikan. Tepuk dada tanya iman, kata orang2 sekarang.
Pada kengkawan, kaum kuarga, teman2 blog serta pelayar2 blog yang lain yang sudi menyinggah kat blog aku ni, walaupun sesaat TERIMALAH SEADANYA sebab aku ni cuma manusia biasa, dan yang baca gak manusia biasa. Kepada yang sudi menjadikan aku seorang kawan atau sahabat tak kira ler kat mana korang berada, RIBUAN TERIMA KASIH aku ucapkan. Orang tua2 kata tak rugi kalau ramai kawan. Semoga hari ini adalah lebih baik dari yang semalam dan hari esok adalah yang terbaik dari hari ini seterusnya pada tahun2 akan datang, Insyaallah.


5 comments:
salam...
na, bile nok wak projek mee kuning tu?
Hai...lain bebenor bunyi cete kali ni....macang tengoh sejukkkkk je... ke guane???
ha aah la... lain mcm je bunyi entry ari ni. sodih den. mmg kita hrpkan/doakn hari ni dan esok akan akn jd yg baik n terbaik. tp kalau dah tak baik tu... "yakini lah bahawa segala bencana yg menimpa adalah dr ksilapan kita sendiri yg semuanya tlh dtentukan oleh qada dan qadar Allah swt..." (terbaca ayat2 ni dlm harakahdaily online semlm)
Kak za, dah nak start tahun baru.Kena ingatkan diri ni sket...hehehe...
*******************************************
Ni kak ina ker? Oooo harakahdaily ada tulis mcm ni ker? Xsmpt lak nak tgk....
hi mama bungas itteww, salam tahun baru hijrah 1430 dari me dikejauhan ..
Hi Me...Salam Maal Hijrah n Salam tahn baru gak....Johor pe kabo yek? banjir x?
Post a Comment