Hari ni ada short course untuk bakal2 haji di padang pasir. Kat mana? Aku pun tak tahu. Sebab aku ni tukang ikut 'driver' jer, kat mana dia pegi kat situ ler aku ikut.hehehe....Suami aku kata kursus bermula jam 4.30petang. So, aku kuar rumah tepat jam 4.00petang. Itu pun selepas aku dengan suami aku pergi keluar cari barang untuk anak aku.
On the way pergi, ada 2buah kereta dibelakang kereta kami - follow kereta kami berdua(kami berdua tak sure sapakah gerangannya). Berpeluh suami aku! Sebab dia kata, dia pun tak tahu tempat kat mana. huhuhuhu.... Kalau kami sesat, maka yg kat belakang pun ikut sesat arr....hehehehe... Lebih kurang jam 4.15 petang kami tiba disana.
Disana seorang ustaz Indonesia yang didatangkan khas daripada Madinah telah memberikan penerangan secara ringkas mengenai haji dan segala kemusykilan para jemaah haji telah terjawab apabila sesi soal-jawab diadakan.
Selepas solat Isyak dan makan malam, majlis pun selesai dan insyaallah pada 28hb akan diadakan lagi short course ditempat dan waktu yang sama.


0 comments:
Post a Comment