Irfan dah bersiap nak pegi solat dgn ayah....
Pagi ni seperti biasa aku masak untuk anak2 aku untuk dorg bawak bekal ke sekolah. Irfan pun bangun macam biasa. Kalau aku bangun seawal 5.00 pagi, jap lagi dia akan turun kebawah carik aku kat dapur dalam jam 5.30pagi atau 6.00pagi. Huh! kengkadang tuh rimas gak bila dia merengek dan baring kat kaki tempat aku berdiri. Tapi kesian gak bila dia sambung tidur kat bawah dapur tempat aku masak. Maklum jer ler nama pun dapur... Entah kenapa pagi tadi aku tengok mata dia merah sebelah. Dia bagi tau aku sakit. Laaaa....Kena sakit mata ke budak ni??? Kesiannnnn aku tengok dia. Tahu jer ler sakit mata dah tentu selebet jer muka dia. Tambah lagi baru bangun tidur.
Anak2 yg bakal aku tinggalkan sementara waktu
Dalam jam 7.15pagi aku terus jer tepon suami aku kat Jubail cerita tentang Irfan. Suami aku suh aku pegi klinik dalam jam 9.00pagi. Aku ni ati ada kecik sket...Ye ler kat tempat orang tak sama dengan tempat sendiri. Kat M'sia panjang langkah aku kalau nak hantar anak pegi klinik.Tak yah sebok2 nak tepon suami aku kalau anak sakit. Tau ler aku apa nak buat. Kat sini aku terpaksa bagi tau suami aku dan tanya apa yang perlu aku buat. Emmm...Betul orang tua2 kata HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI. Ye la, kat sini mana ada orang pompan drive. Tapi ada gak aku drive secara curik, tapi bukan kat Yanbu ni aku buat kerja tu....huhuhu.
My hero
So, aku pun tunggu ler sampai anak2 aku yang besar balik sekolah untuk teman aku pegi klinik. Bukan tak leh pegi sendiri, tapi kat sini orang lelaki dia pelik sket, macam tak pernah nampak orang pompan gitu w/pun kami sumer dah pakai 'uniform Ninja'! Sayangnyer, lepas zohor klinik untuk rawatan biasa tak bukak, yang ada hanya untuk emergency. Maka aku pun patah balik ler kerumah tunggu lepas Maghrib lak. Kat sini bila waktu solat jer sumer kedai tutup. Klinik pun tutup. Aku rasa kalau ada org yg dah nazak mahu 'meninggal' on the spot! huhuhu....
Lepas jer solat Maghrib, aku dan anak2 beramai2 pergi klinik. Alhamdulillah sumer berjalan lancar. Cuma yang leceh sket, masa nak amek ubat. Tutup lagi sebab break solat Isyak. Fuiyo!! Berasap jap! Pas tuh aku pun pegi ler kat Pharmacy dia nak amek ubat. Ha! kat sini lain lak citer dia, senarai ubat yang Doktor bagi tuh sumer tak ada and dia suh aku pegi amek kat tempat lain. Panas jer aku! Dah ler orang pompan kat sini tak leh drive, pas tuh senang2 jer suh aku pegi amek ubat kat Pharmacy lain! Ada ker patut! Aku tepon lagi suami aku and dia inform kat aku tunggu jer ler esok sebab esok dia balik. Memang arr leh amek esok, tapi sekarang kedua2 mata 'hero' aku tuh dah bengkak! Tension aku...huhuhuhu...Satu lagi, sakit mata ni penyakit yang berjangkit! Seram gak aku. Yea la, dalam membuat persiapan nak menunaikan ibadah haji aku cuma boleh bertawakkal jer pada Allah supaya aku sekuarga beroleh kesihatan yang semaksimumnyer. Lagi2 aku memang tinggal kesumer anak2 aku tu... Pada kengkawan yang buat haji tahun depan atau tahun yang akan datang tu, nanti tolong2 ler jenguk2 kan anak2 aku nih...Bukan aku bimbang pasal makan atau pakai, tapi kesihatan mereka tu yang aku cukup bimbang. Dan aku harap, sebelum aku berangkat menunaikan fardhu haji sumer anak2 aku sihat termasuk aku dan suami aku.
Kat sini aku cuma mampu berdoa dan tawakkal kepada Allah semoga semuanya dipermudahkan olehNya....Insyaallah...
.jpg)


9 comments:
Ala siannyer irfan..insyaallah mintak dijauhkan sakit2,hrp2 cpt je baik..takut jugak ye kl kena gitu,dh la x leh drive..ke sana sini nk cari ubat..hu2..
Ye la nor, pulok mcm kita nih suami tgh tak dok. Sib baik klinik dekat jer, leh jln kaki. Kalau jauh mahu hr ni br p klinik sbb ayah dia balik hr ni. huhuhu. Din balik sok kan?
kak ina, don't worry.. masih ada orang mesia/singapore di yanbu ni sepeninggalan kita.. insya-allah Allah melindungi anak2 kita sepeninggalan kita untuk 'mati' kan..
p/s 'mati' - rujuk ceramah Ustaz Daud
ngapa kak ina tak telepone... leh kami tolong antakan n carikan ubat2 tu kat pharmacy lain.. anyway irfan dah baik lum? cian dia.
ngapa kak ina tak telepone... leh kami tolong antakan n carikan ubat2 tu kat pharmacy lain.. anyway irfan dah baik lum? cian dia.
kak ina,tgok gambar budak berlima kat atas tu..sedih muka sorang2 nk kena tinggal...samalah nanti ainna,nadzmin dan affi seminggu duk ngan famili angkat..tawakal je la.
Mas, tima kasih bebnyk....Ptg td zuraili dah sampai n kami plan nak amek ubat tu pas maghrib gitu.
***********************************
Ejalz, rasa seram plak bila kata p 'mati'...huhuhu...Ye la, 'mati' sbb kita p pun dgn tujuan menghadap Allah wat ibadah.
***********************************
Cik aa, rasa terharukan bila nak tinggalkan dorg. Tp sumer tu kena tawakkal jer ler...Kita p pun bukan 'bersuka-ria'. Insyaallah semoga semuanyer di lindungi Allah.
kak ina,selamat mengerjakan haji...as dah dua kali haji kat sini,tapi tak berpeluang lagi nak ke sana...
Bertuah akak dapat kerjakan haji...
Terima kasih as. Insyaallah pas ni as lak...Org2 veteran kena pegi dulu...hehehehe...
Post a Comment