Semalam adalah hari yang terakhir bagi jemaah yang mengikuti short course di rumah rehat kepunyaan Aramco dekat dengan Padang Pasir, Yanbu ni. Banyak lagi ilmu yang dapat aku kutip dan kemusykilan yang ada dalam diri ni terjawap bila aku tanyakan soalan2 yang ada dalam keraguan. W/pun suami aku tak dapat mengikuti short course ini kerana tugasan luar, aku dapat juga menghadirkan diri disana semalam. Apa lagi menumpang ler....hehehehe... Terima kasih banyak2 pada Kak Salina dan suami, Hj Rosehaizat.
Dalam perjumpaan tersebut aku sempat berkenalan dengan Kak Aidah yang mana pada tahun lepas dia telah pun menunaikan fardhu haji ini. Sempat juga aku bertanyakan pada dia apakah barang2 keperluan yang harus aku bawak semasa mengerjakan ibadah haji dan situasi mengerjakan haji mengikut agent di Saudi ni. Selain daripada itu Kak Aidah dan Kak Salina juga banyak bercerita pengalaman masing2 semasa mereka menunaikan ibadah haji. W/pun Kak Salina pergi menunaikan ibadah haji melalui Tabung Haji Malaysia dan Kak Aidah melalui agent Saudi (sama macam aku sekarang ni, insyaallah) tak banyak beza pengalaman mereka berdua. Cuma yang membezakannya adalah proses nak pergi dan masa tinggal di Makkah sahaja.
Apa2 pun aku ucapkan ribuan terima kasih pada Kak Salina dan Kak Aidah yang banyak membantu. Semoga Allah membalas budi baik kalian berdua....Kat sini aku hanya berserah pada Allah sahaja mudah2an segala amalan aku diterima olehNya dengan bekalan ilmu yang memang aku rasa tersangat2 ler sedikitnya bersama debarannya.......


2 comments:
Tawakkal kpd Allah kerana Allah Maha Mengetahui... mohon doa dpermudahkan dari A to Z, selamat pergi menunaikan haji dan selamat kembali bersama haji yg mabrur InsyaAllah. kami doakan... salina
Thanks...Insyaallah...
Post a Comment