Semalam aku dengan kuarga pergi picnic kat Pantai Al-Hasee, Ummluj di utara Yanbu. Tapi kali ini, kami sekuarga pergi berkonvoi dengan teman-teman yang lain. Antara yang berkonvoi dengan kami sekuarga adalah kuarga Hj Rosehizat, kuarga Hj Ghaz, kuarga Ahadin dan Kuarga Din OBM.
Kami bertolak selepas zohor. Sebenarnya pagi tu kami sumer tak de pegi memana. Yea lah, nak pegi Makkah dah tak leh masuk sebab Kerajaan Arab Saudi dah tak benarkan orang luar masuk ke kota Makkah unless jamaah haji sahaja. Nak pegi Madinah, jamaah haji pun dah semakin ramai sekarang. Jadi, idea nak pegi picnic kat pantai Ummluj tercetus pada jam 8.00pagi. Suami aku yang suggest. Pas jer suami aku dapat idea nak berpicnic, aku selaku 'secretary' terus meng'calling' kengkawan sumer (yg ada dlm simpanan sahaja). Ada yang aku tepon tak dapat dan ada yang diluar kawasan...hehehehe...Ada kengkawan yang tak dapat pegi atas sebab suami mereka bertugas pada hari tu. Tak pe la, hari lain kita pegi ye. Insyaallah...And you all yang tak dapat ikut tu jangan nangis tau! hehehehe.......
Perjalanan selama lebih kurang 1jam daripada RC ke pantai tu sungguh menyeronokkan. Yea la, perjalanan lain dari yang lain. Pemandangan yang sungguh indah yang tak dapat aku gambarkan kat sini. Sesampainyer kami kat sana, kami sumer pun apa lagi terus jer le bentang tikar. Anak2 Hj Rosehizat sebok memacak khemah yang dorang bawak. Para isteri sebok lak mengeluarkan bekalan masing2. Kak Salina bawak nasik kambing satu dulang, marble cheese cake(emmm...sedap sungguh!) dan karipap. Kak Saliza dengan laksa Johornya, nasik putih bersama budu(yg ni dia dah pakat2 dgn aku) dan kari telur,Imah bawak mee hoon dan kek sarang semut, Nor Cik aa bawak nasik ayam dan puding buih. Aku? hehehe...Simple jer nasik lemak jer dengan nasik putih. Masa tu anak2 sumer bertempiaran kegembiraan bila tengok air laut termasuk ler anak aku..hehehe...Para bapak2 pulak, ada yang memancing, ada yang jadi camera man dan ada jugak yang jadik tukang perati jer...Tapi, meriah gitu!
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


4 comments:
Na...
Terkilan tak makan nasi ayam nor. Mase kat sane dah kekenyangan ingat nanti nak balik nak makan...tapi lupa pulak. sampai rumah nyesal.
Apa-apa pun redahan kita ari tu....berbaloilah ...
apa tak nye...pantai tu anak2 kita semua yang kongke kan...tak pernah dibuat orang.hanya orang malaysia yang ni aje yang buat
kak za,lain kali kita wat nasi ayam lagi..he2.
kak ina,seronok la,lain kali kita pegi lagi..cari tempat lain plak siap bleh camping2 gitu.wah,seronoknyer..
Kak za, sib baik ati tu dpt rasa. Yg x smpt rs mee hoon Imah tp ina smpt ta-pow.hehehe...
Nor, Mmg ada plan nak p camping & overnite. Nti ler tgu bdk2 cuti sekolah. Mesti best gitu pegi reramai. Biasa le org M'sia...Tak gitu kak za? hehehe
amboi.. korang jalan sakan eeekk... apsal tak ajak kami sekali eekk? hehe.. kat mana pantai tu kak ina? berapa jauh dalam kiraan jam seeloknya kak ina bergerak dari rumah? *ada macam soklan exam tak? maklumler student tengah exam ni..hehe*
Post a Comment