Saturday, November 22, 2008

RESEPI SEMALAM

Hari Khamis yang lepas aku makan marble cheese cake yang kak Salina bawak. Emmmm....Sedap sungguh! Nak buat gak resepi yang serupa tapi aku tak bawak weighing scale untuk sukat tepung tuh. So, aku carik ler resepi yang buat cheese cake guna sukat cawan. Finally, aku jumpa gak dan ini hasil dan rupe cheese cake aku tuh.... Oh ye, rupe memang tak cantik ye... First time buat... Anyway, kalau ada rasa2 nak komen tuh, dipersilakan.....

Blueberry cheese cake

Bagi kengkawan yang nak mencuba, try la. Memang sedap. Bagi aku dengan anak2 ler....hehehe...Orang lain aku tak tau arrr....

BLUEBERRY CHEESE CAKE

Bahan-bahan

250g cream cheese (tapi aku masuk 1 kotak cheese Philladelphia - 200g)
200cc/ml fresh cream/plain yogurt (aku masuk 1 kotak almarai fresh cream - 180g)
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula ( 1/3 cawan gula - sukatan aku mintak bantuan sukat pd kak salina)

Topping (Yg ni aku tambah suke2 hati aku...huhuhu)

1 tin blueberry (aku gune brand Lucky leave)

Cara-cara

1) Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok (oven paper)

2) Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream

3) Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit

4) Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.

5) Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

6) Tuangkan blueberry keatas cheese cake anda (yg ini suka2 ati aku jer nak tambah.huhuhu...)

5 comments:

Masdihana Hamzah said...

salam kak ina...

cam nak meleleh air liur ni tengok cheese cake kak ina ni... ada lebih tak?...hehehe main2 je.

sori le tak dapat joint you all picnic, sebab kereta yg baru dibeli (tp 2nd hand) lum service lagi.. tak leh jalan jauh2..hehehe. kami picnic kat laut balad je...

REENAZ said...

Adus! Satu lg mak buyung kata cam tuh...huhuhu...Alahai!Tak sampai ati arrr...Td si Erah ni, mas ler plak...Popia basah yg ari tuh pun lum bebuat lg.

Tak per, ada masa lg insyaallah...Nti kita p lg.

Jamilah said...

issshh kak ina nih.. sy pantang klu kek ada berry2 nih.. ritu pi umah ejalz pun dia buat gak tp s.berry la.. mak aiii..sedddapp.. bila le sy nak men try nye..bukak oven pun x reti nih.. haha

REENAZ said...

Mesti Milah punya oven canggih ni....hehehe...Kak ina campak jer dlm oven pas tu putar. X ikut timing dia pun. Nak tau masak ke idak, cucuk kat tgh kek tu. Akak guna garfu sbb lidi x de. Licin garfu tuh, masak ler kek tu...

Anonymous said...

salam.. cheese cake lagi, best best..
nk cuba fuzzy punyer cheese cake, ala "bake" dlm fridge.. http://fuzzyliciouslymine.blogspot.com
semoga dpt haji mabrur, insyAllah