Monday, December 29, 2008

MEE KUNING

Aku sebenarnyer dah lama nak buat mee kuning ni (sedia maklum ler kat sini mana nak dapat stok), cuma mesin jer yang tak der. So, hold dulu ler. Pada mulanya aku nak pinjam kak Za punya, tapi masa tak mengizinkan. Maklum ler, aku kat sini nak kuar kena ada driver. Pas tuh 2-3hari lepas (aku tak ingat ler hari apa) aku dengan suami aku pergi kat Yanbu International Market. Saja jer jalan2 amek angin malam. Ye la setelah beberapa hari suami aku tak der aku dok jer terperap kat umah. Jadi bila dia balik jer aku pun aper lagi, take advantage ler...Driver dah ada...hehehe. Masa jalan2 tuh ler aku ternampak ler mesin mee. So, aku sambar jer ler.

Dapat jer mesin mee tuh, aku pun apa lagi projek ler wat mee kuning. Tapi aku tak guna pun air abu. Sebab kat sini aku tak tau maner ler nak cari air abu. Ikut resepi asal yg aku dapat, dia guna mesin mee canggih. So aku combined dengan resepi mee lain mengikut kadar kemampuan mesin mee aku yg tak canggih ni. Masa ni ler kesabaran aku diuji. Perrrrgh! Berat sungguh masa nak memutar! Aku rasa kalau macam ni tiap hari mau naik muscle aku kat lengan! huhuhu...Alhamdulillah....Berjaya gak! Dan hasilnyer ini ler dia....Puashati aku!

Mee kuning yang aku combined dari 2 jenis resepi.



Bahan-bahan

500gm tepung gandum
1 biji telur
200ml air
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Minyak secukupnya
Air bercampur minyak untuk merebus



Caranya

1) Satukan telur, serbuk kunyit dan air. Kemudian campurkan kedalam tepung.

2) uli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mee agak kering bukan macam buat doh karipap (ala-ala serbuk roti sket)

3) ambil sedikit adunan dam masukkan ke dalam mesin pasta pada no1. Jika adunan berderai jangan khuatir kerana adunan akan bersatu setelah terus di putar

4) Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (no4 atau no5)

5) Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi kecil Terus memotong sehingga adunan habis

6) Setelah itu rebus mee selama 2 minit, jika terlalu lama mee akan kembang

7) Toskan air, tuang sedikit minyak sementara mee masih panas jika tidak mee akan melekat.

8) Sejukkan mee. Boleh terus diguna atau disimpan.

6 comments:

Rs Iena D'Izmans said...

SALAM Maal Hijrah Kak Ina..
Ya Allah.. Kak!!!.. mencabar sunggh dduk kat sne kan..klu kt mesia ni kta sntiasa brskp... "alah..beli aje lh" tpi mmg best kak ina ni.. punye nk mkn mee kning.. brazam smpi trcpai hjt tu.. utk anak2: brsyukor lh sb dpt mama mcm kak ina ni.. Sory la.. tk dpt nk krm rspi yg dijnjikn tu dlm 2 3 hri ni.. mntnce krg..bg sya msa semnggu ni key..Sya jnji kt akak.. hri tu sbnrnye sya pun dh trdetik nk bg kak ina msin tu,tpi almklumlh tngok hsbnd nye muatan je...Eemmmm....hrpn trus msuk mzium..bkan msn mee tu je.. mlh sya dh blikan pun smthing yg mmg akak nak guna sgt2.. akak ada sbut kt blog akak ni.. sya ngah tnggu sapa lgi yg nk ksana ni sya nk mtk tlg krmkn kat akak.. ari tu sya x tau hsbnd sue (wife walangkopo) blk ke Yanbu lewat sikit dr hsbnd sya.klu tak dh slmt dikerjakn. kak, mas apa crta?? dia n baby dlm perut tu sihat tak? akak kirim salam kat dia ye.msa sya ni trhd jgk.tk smpt nk bkak blog dia.mggu lpas sya bkak blog dia,tpi lum updt..kak za sya dpt skype ngan dia.lma gak celoteh..sya cuba invte akak msa tu.tpi mcm akak ckp tulah..tk leh msuk lngsung line akak..
insyaAllah klu d pnjgkn umur, d mrahkn rzki kta jmpa thun dpan..(bln brp..??).

REENAZ said...

Huntung ke hapanyer! Ni sbb tekak mama dia yg nak ler ni sbb tu ler mama dia bersusah payah. Cuba anak dia yg nak mama dia lanyak jer guna spagetti. Boleh???? ekekekee...

Yea la Na, Insyaallah tahun depan...Doa bbnyk....

Sheikh Helmi said...

awatla akak dok jauh kat yanbu tu..kalo dok kt makkah kan bagus..leh jadik supplier mee kuning kat d'saji nih...

REENAZ said...

Ekekeke....Nak jadik supplier D'Saji?Ala,'towkey' pon dah nak blah dah....

Anonymous said...

Tahniah Rina sebab berjaya buat mee kuning.
Noor kat sini dah lama nak buat mee sendiri, tapi masih tak kesampaian. This weekend nak cari mesin mee tu. Anak2 pun suka makan mee ni. Tak de asid borik, selamat dan suci.

REENAZ said...

hehehe...Tu combined resepi umi_e dgn kak ogy punya. Nak ikut style umi_e kat sini xder air abu, ikut kak ogy punya style mesin mee rina yg biasa punya. Jd pandai2 ler...

Berbaloi buat mee ni tau Noor. Muai!