Saturday, December 20, 2008

TALAM BERLAUK

Sebenarnya dah lama aku nak makan talam berlauk ni. Selalunyer kalau buat mesti tak jadik. Kengkadang keras sampai merekah, kengkadang tuh terlembik sampai tak leh nak potong. Suami dan anak2 aku pun suka makan talam berlauk nih. Kalau kat M'sia, bila mak mertua aku datang bawak talam berlauk nih, jap jer licin. Air tangan orang tua nih lain sket, apa yang dia masak sumer sedap atau aku yang tak tau nak masak...hehehe...

Oleh kerana nak makan sangat, aku pun mintak ler resepi dengan mak mertua aku. Dengan malu2 kucing gitew aku pun tepon ler mak mertua aku kat M'sia. Awww!!!! Sebab suami aku pun pernah yang suggest kat aku suh tanya mak dia. Agaknyer dia tengok aku buat tak pernah menjadi dan tak sesedap mak dia buat kot....uwaaaaa!!!!!

Dan ini ler dia hasil nyer.......Walaupun tak sesedap mak mertua aku, at least leh ler potong. Terima kasih mak!

Yang tinggal cuma ini jer....

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan
Sedikit garam (biar rasa lemak)

Topping

5 biji bawang merah - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
Segenggam udang kering - dikisar halus
10 ekor udang segar dibuang kulit
1 biji telur
1/2 suduteh lada hitam - dikisar halus
Serumpun daun bawang (rumpun ker?-bantai jer ler) - diracik halus
2 biji lada merah hidup (kalau tak mau pedas, kurangkan) - dipotong dadu
Garam secukup rasa

Caranya

1) Tumis bawang merah,bawang putih,udang kering,lada hitam, garam hingga sebati kemudian pecahkan telur dan gaul sebati.

2) masukkan udang segar kedalam bahan diatas tumis hingga masak.

3) Tepung gandum, tepung beras, garam dan santan diadun menjadi satu kemudian kukus lebih kurang 10 minit (untuk topping melekat kat kuih talam)

4) kemudian taburkan bahan yang ditumis dan separuh daun bawang diatas kuih talam tersebut. Kukus kuih talam tersebut dalam 10 minit lagi dan akhir sekali taburkan baki daun bawang dan lada tersebut.

6 comments:

cik aa said...

pernah tgok tapi tak pernah makan..boleh cuba ni..

REENAZ said...

Try la....Jgn ketagih udah ler...Mcm kak ina, dh try makan budu sampai tahap ketagihan...hehehe

yannfuad said...

mana nk dpt tepung beras kak ina..dia tulis cap aper..?

en_me said...

sodapnyerrr..

REENAZ said...

Yann, ada jual kat balad. Kedai India. Nama kedai tuh Taufique. Kalau dpd balad sebelah kanan.Macam2 tepung ada jual.Mak pak jer yg tak de...hehehe

Me,baru ni ler akak buat menjadik. Itu pun mintak ihsan resepi dpd ibu mertuaku...huhuhu

Sheikh Helmi said...

mak aih akaka kau sorang ih..nasib baik akak dok kat yanbu'..kalo dok kat makkah ni,sure saya ''setelkan' all ur cookings!!!!